Entri Terkini Yana Yassin

Recent Post no Thumbnail by Bina Blog

Penawar Penat Oleh Rasulullah.


Penawar penat oleh Rasullullah

"Apakah kamu mahu aku ajarkan perkara yang lebih baik daripada
apa 
yang kamu minta daripadaku? Apabila kamu berdua berbaring untuk
tidur, bertasbihlah (Subhanallah) 33 kali, bertahmid
(Alhamdulillah) 33
kali dan bertakbir (Allahuakbar) 33 kali. Ia adalah lebih baik
untuk 
kamu berdua daripada seorang khadam."

Inilah penawar ringkas yang Nabi s.a.w. ajarkan kepada anak dan

menantunya bagi meringankan keletihan dan kesusahan hidup mereka
berdua.

Saidina Ali terus mengulang-ulang kalimah-kalimah Rasulullah
s.a.w. 
ini. Katanya 
"Demi Allah aku tidak pernah meninggalkannya semenjak ia
diajarkan
kepadaku."

Sesiapa sahaja yang merasai kepenatan setelah melakukan
tugas-tugas
harian supaya mengamalkan membaca 
'Subhanallah' (33 kali), 'Alhamdulillah' (33 kali) dan
'Allahuakbar' (33 kali) 
pada setiap malam iaitu sebelum melelapkan mata.

Lakukanlah dengan penuh ikhlas dan istiqamah (berterusan),
Insya-Allah
petunjuk Nabawi ini mampu menyelesaikan bebanan-bebanan hidup
seharian
kita. Akan terserlah ceria di wajah pada keesokan hari dengan
senyuman.

"Selemah-lemah manusia ialah orang yg tak boleh mencari
sahabat dan orang yang lebih lemah dari itu ialah orang yg mensia-siakan
sahabat yg telah dicari" ( Saidina Ali)"










3 comments:

  1. wah.. thanks for the sharing.. teringat tentang kedatangan dajal nanti. di mana makanan bagi orang2 beriman ialah zikir. kerana pada hari itu, makanan tiada lagi kecuali kepada mereka2 yang mengikut dajal

    ReplyDelete
  2. perkongsian yang menarik dan mmberi manfaat! :DD

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Copyright © Yana Yassin Designed by Ms.Azhafizah