Entri Terkini Yana Yassin

Recent Post no Thumbnail by Bina Blog

Review | Filem Nongkrong


Weee ~~ Ok nak sambung review pasal Filem Terbaru MIG Nongkrong. Filem bergenre Seram Komedi akan bermula tayangan pada 10 Mei 2012 . Filem ke -59 terbitan MIG ini mengambil konsep filem Nangkung yang pernah mencapai 8.5 Juta pada tahun 2010.


Gabungan mantap pelakon - pelakon utama seperti Shaheizy Sam , Angah raja Lawak , dan Epy Raja Lawak bakal menggamatkan panggung dengan lawak jenaka . Gandingan 3 pelakon ini agak menarik, turut di bantu Pelakon Mon Ryanti , Liana Rafiai , Fyza Kader , Zul Suphian dan ramai lagi. Diarah kan pengarah yang tak asing lagi dengan MIG iaitu Ismail Bob Hashim. Lokasi penggambaran sekitar Banting , Selangor membuktikan banyak lagi tempat-tempat menarik di Malaysia yang boleh di jadikan tempat penggambaran.

Terkejut tengok Puteri bertukar Hantu

Puteri mengganggu setiap bomoh yang membantu SS, Angah dan Epy

Duit punya pasal, apa pun tak boleh.



Sinopsis :
Nongkrong mengisahkan tiga pemuda, Aman (Angah), Bada (Sam) dan Cumi (Epy) yang cuba mencari kekayaan dengan menggunakan jalan yang tidak sepatutnya iaitu meminta nombor ekor.

Cumi terdesak ingin meminang kekasihnya, Lin (Nuremy) manakala Bada dan Aman yang mahu mengubah nasib keluarga, tekad menemui bomoh bagi melaksanakan hasrat mereka.
Segala-galanya bermula apabila seorang bomoh handal menjalankan upacara memanggil puteri laut untuk membantu mereka. Puteri bersetuju dengan syarat, salah seorang daripada mereka bertiga iaitu Bada perlu berkahwin dengannya.

Melihatkan kejelitaan Puteri, Bada tanpa bertangguh terus bersetuju.
Usai sahaja upacara perkahwinan, Puteri bertukar rupa menjadi hantu yang menakutkan menyebabkan semua mereka lari lintang pukang. Bomoh pula dibunuh oleh hantu Puteri.
Hidup mereka berubah apabila hantu Puteri terus mengejar dan menghantui kehidupan mereka termasuklah mengganggu Zura (Siti Aziz), isteri Aman yang sedang hamil dan Haryani, anak perempuan Bada yang masih kecil.




Bomoh Indon, berlagak weeei ( Nape berlagak, korang kena tengok )

Bak kata Mon Ryanti - Panas nyer pakai benda alah buruk nie sampai 8jam.

Tolong selamatkan bebird saya - kata Angah.




TRAILER :



Review :

Citer nya agak lawak, boleh buat korang gelak tanpa henti. Banyak babak yang akan buat korang terbahak. Yang tak boleh blah, bila nak selamatkan diri dari di 'rogol' oleh puteri paya bakau. SS , Angah dan Epy berlarian hanya dengan memakai boxer. Tak masuk akal betul. Cuma, Epy sebagai pelakon baru, harus lebih banyak belajar sebab kekadang dialog yang di utrakan agak tidak jelas. Dan aksi membuat memek muka terlalu banyak buat rasa macam, apakah??? Korang kalau nak layan citer , gelak2 yang ada pengajaran boleh bawak family tonton Filem Nongkrong. 


4 / 5 Bintang




Gambar di MALAM Pra-Tonton SINI




5 comments:

  1. ada masa nanti boleh tgk cerita ne huhuhu

    ada masa..jmptlah join segmen miss z

    http://misszberceloteh.blogspot.com/2012/05/segmen-up-follower-tambah-kenalan.html

    ReplyDelete
  2. hi, baru je lepas tengok filem ni.. agak mencuit hati juga la.. tapi part yang lari2 separuh bogel tu cam tak sesuai jer untuk tontonan budak2.. hehe..

    greeting from,
    http://malayafilm.blogspot.com/

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Copyright © Yana Yassin Designed by Ms.Azhafizah