Entri Terkini Yana Yassin

Recent Post no Thumbnail by Bina Blog

4 Tempat Menarik Di Port Dickson

Bagi korang yang baru first time nak pergi bercuti ke Port Dickson tu meh sini baca apa yang YY nak share. Haaa, sedikit sebanyak korang boleh juga tahu tempat apa yang menarik dan best dekat area Port Dickson.

Ikutkan Port Dickson ni dah lama menjadi tempat tumpuan pelancongan, tak kira lah dari dalam negara ataupun luar negara kerana ia mempunyai segala kemudahan prasarana yang lengkap dan baik. Di sini juga, terdapat ada banyak pilihan hotel Port Dickson yang menarik dan unik untuk korang bermalam seperti Grand Lexis, Ancasa Residences, Bayu Beach Resort, Lexis Hibiscus, Glory Beach Resort , Corus Paradise Resorts dan banyak lagi lah.

Sememangnya, terdapat banyak tempat menarik yang boleh dikongsikan tapi takkan laa korang larat nak pergi semua tempat kan. Jadi, YY nak share 4 tempat menarik yang ada di Port Dickson.


1.    Pantai Tanjung Tuan
Salah satu tempat menarik yang terpelihara indah dengan kehijauan hutan dan kejernihan air lautnya ialah Pantai Tanjung Tuan. Air lautnya sangat jernih dilengkapi oleh hamparan pasir putih yang halus dan lembut, berbeza dengan destinasi tempat menarik yang lain kerana masih terlindung dari binaan-binaan bangunan hotel dan rumah-rumah pelancongan.

sumber google


Tak jauh dari pantai ni korang boleh kunjungi ke Rumah Api Tanjung Tuan yangberdekatan dengan Blue Lagoon Port Dickson. Rumah api ni juga dikenali dengan nama Cape Rachado dan merupakan antara rumah api tertua di Malaysia. Pastikan stamina korang cukup tau untuk mendaki naik ke atas rumah api ni. Dah sampai atas nanti bolehlah korang menikmati permandangan di atas. Dah penat-penat, lepas tu dapat menikmati permandangan yang indah pula kan, memang puas!

2.            Pantai Cahaya Negeri
Di sekitar batu 5 dan batu 6 Port Dickson terdapat sebuah pantai yang menarik iaitu Pantai Cahaya Negeri dan ramai juga yang kata pantai ni merupakan pantai yang terbaik di sini selain dari Pantai Teluk Kemang. Haaa, nak tahu terbaik ke tidak, korang wajib datang ke sini! Dah datang baru boleh komen. Hihi.

sumber google

Disebabkan keindahan permandangan di sini, terdapat banyak hotel Port Dickson, resort dan homestay yang telah didirikan di sepanjang perairan ni. Keindahan alam semula jadi yang menawarkan ketenangan diimbangi oleh prasarana moden yang memberikan keselesaan pasti membuatkan percutian korang sangat bermakna. Apa yang menariknya lagi, korang juga boleh kunjungi ke Pulau Burung dengan melalui sebuah jambatan kayu yang panjang dan boleh beriadah bersama keluarga sambil menikmati panorama indah Hutan Paya Laut.


3.            Muzium Tentera Darat
Untuk pengetahuan korang Muzium Tentera Darat ni merupakan muzium tentera yang terbesar di Malaysia yang mana ia juga standing dengan muzium-muzium tentera dari luar negara dengan berdasarkan kelengkapan infrastruktur dan bahan pengisian yang ada di dalamnya.

sumber google

Korang yang suka dengan sejarah tu pasti akan kagum dengan bahan-bahan ilmu yang ada di sini. Bagi korang yang kurang minat dengan sejarah pun boleh juga ke sini, mana tahu korang boleh dapat info dan tambah ilmu baru di sini. Bak kata pepatah tak kenal maka tak cinta. Haaa, nanti kalau korang dah kenal nanti mesti boleh jatuh cinta kan? Hihi.

Dekat muzium ni pun terdapat pelbagai kemudahan yang disediakan seperti surau, kedai cendera mata, kafe, tandas awam dan sebangainya. Kalau korang perlukan penerangan secara berkumpulan, Pembantu Penerangan turut disediakan bagi mendapatkan maklumat secara tepat. Idea yang ideal juga kalau korang nak bawa anak-anak datang ke sini untuk mempelajari ilmu sejarah dengan lebih dekat.


4.            PD Ostrich Farm – dekat dengan paradise lagoon apartment
Orang kata memang tak sah kalau bercuti bersama keluarga membawa anak-anak tidak datang ke PD Ostrich Show Farm ni. Kalau korang stay dekat Paradise Lagoon Apartment,tidak jauhlah jaraknya untuk sampai ke sini, lebih kurang dalam 10km saja. Selain burung unta, di sini juga terdapat haiwan lain seperti, keldai, unta, kambing, ayam belanda, itik dan lain-lain lagi. Yang pastinya kalau korang bawa anak-anak datang ke sini mesti mereka seronok dapat tengok haiwan-haiwan ini.

sumber google

Dekat sini mereka boleh tengok dengan dekat betapa besarnya burung unta ni dan yang paling teruja sekali bila dapat tengok telurnya yang sangat besar! Kalau goreng buat telur dadar ni, satu bas pun boleh makan. Haha. Selain tu, terdapat juga aktiviti lain yang disediakan seperti korang boleh menunggang burung unta, memanah, ATV rides outdoor dan macam-macam lagi.
Haaa, banyak kan tempat-tempat yang menarik. Tu belum termasuk dengan aktiviti bersukannya lagi tu. Mesti ada pelbagai aktiviti di tepi pantai yang boleh korang lakukan bersama keluarga dan rakan-rakan bila bercuti ke sana nanti. Tak rugilah kalau ada di antara korang yang bercadang nak buat aktiviti hari keluarga ataupun reunion bersama rakan-rakan di sana. Pasti akan memberikan kenangan terindah buat korang.

Citer banyak pun tak guna, Korang patut terjah semua tempat yang YY citer nie. Memang seronok tau . Tak yah sesuah nak bercuti ker obersea bagai, dalam Malaysia pun banyak tempat menarik, terutamanya kat Port Dickson. Sat naaa, Nak share dengan korang gambaq masa YY bercuti di Corus Paradise Resort,PD .

Corus Paradise Resorts PD

View dari bilik , seronok Kak Long Qaireen.


Corus Paradise Resorts PD

Adik pun nak jugak,



Corus Paradise Resorts PD

Tak kan lepak bilik jer, kena lah pi mandi laut kan.


Corus Paradise Resorts PD

Seronok Kak Long dapat main pasir ngan mandi laut


Corus Paradise Resorts PD

Mandi Kolam Pulak,


Corus Paradise Resorts PD

Penat adik mandi, tido dulu lah . Hahahhaha./




Okay lah, have fun korang! Selamat bercuti ya.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Copyright © Yana Yassin Designed by Ms.Azhafizah