Entri Terkini Yana Yassin

Recent Post no Thumbnail by Bina Blog

Pregnancy 101 : Pengalaman Mengandung 1st Trimester


Assalammualaikum ,


Wee ~~ nak sambung citer bab pregnant lah . Macam lama dah tak share kan . Asik citer bab makan jer . Sebelum nie YY dah pernah citer pasal camne tau mengandung kan . Nie nak citer pengalaman sepanjang 1st trimester mengandung . 




1. Tidak mabuk 
Alhamdulillah , memula mengandung YY langsung xde mengalamani alahan , mabuk , pitam dan mengidam . So, semua berjalan dengan lancar . Perut pun lambar besar , berat pun lambat naik , jadi memang ramai yang tak perasan yang YY dah berbadan dua . Maklum lah , cepat bebenor lekat segan pulak YY jadinya . Syukur Allah bagi rezeki awal . 



2. Emosi dan sensitif 
Cuma yang YY perasan , diri ini terlalu sensitif . Benda kechik pun nak nangis . Past tue sentap cepat bebenor , tambahan bab yang melibat kan En. Suami . Nak di jadikan citer , dah ler En. Suami suka menyakat , di picit pipi lah , di picit hidung lah . Di buat nya kita macam bebudak . Dan, YY pulak cepat rimas. Past tue apa lagi , geram jer menangis lah . Apa daaarrr, gangguan emosi sungguh . Sampai En. Suami nak dekat pun kena marah . 



3. Pemalas tahap gaban 
Malas jugak ada lah satu lagi yang berlaku pada YY sepanjang memula mengandung . Mana tak nya, diri nie asik rasa nak baring jer . Malas nak berjalan , malas nak makan , malas nak masak , serba serbi malas lah . Memula pregnant pun YY tak de pi memana event . Memang dah rasa macam blogger pencen masa tue . Bayangkan , YY yang kaki berjalan dan merayap nie, beli barang dapur pun online jer ngan tesco , terus di hantar depan rumah . Nampak taaak , betapa pemalas nya YY . 



4. Pemakan 
Sebabkan takde mabuk ke apa, jadi semua makanan pun YY boleh blasah . Xde pantang larang langsung . Syukur sangat sebab YY tak mengalami alahan , macam sesetengah orang , sampai lembik dan warded lah masuk air sebab muntah teruk masa mengandung . Itu kalau datang rajin lah YY makan banyak , datang malas nyaaa. Satu benda pun YY tak makan . 



5. Kuat tido 
Bayangkan , bila mengandung nie banyak kali kot YY tido depan TV , kekonon baring kat sofa nak menengok TV . Last2 TV tengok kita . Sesedar kang dah kul 2 , 3 pagi . Maklumlah , dapat laki keje tak tentu masa. Kalau dia ada rumah , memang bising lah suh masuk bilik . Tapi bila dia keje, xde sape kisah . silap2 sampai ke pagi tido kat luar . Kat opis pun asik nak tido sesaje . Hushh , teruk betul kuat tido . 


6.Blog Tak berupdate 
Maklumlah , dah ada simptom pemalas kan . Jadi , blogging pun jadi malas . Nak menaip pun takde idea . Hari - hari bukak jer lappy , tapi terbiar camgitue jer . Apa pun tak boleh . Memang dasar pemalas dan otak beku . Satu idea pun susah nak mari . Itu yang bila ada keje urgent , YY terpaksa menaip kat opis, sebab bila kat rumah tido dan baring lagi penting . Hahhahahaha. 



7. Teruja beli sarung tangan baby
Yang nie memang tak leh blah . Mana tak nya , setiap kali keluar YY akan beli sarung tangan atau sarung kaki baby . Sekurang - kurangnya 1 . Tak kira lah apa color pun , janji berkenan . Sampai kan ada sekali tue , YY nak bayar parking kat autopay dan takde duit kechik . Jadi YY terpaksa pusing nak cari barang buat tukar duit . So, apa yang YY beli ? Sarung tangan baby yang tak sampai pun RM5 tapi di bayar dengan RM50 . Sebab nak tukar duit punya pasal . Nasib tak kena marah ngan cashier . Dalam hati nie, tetap nak beli untuk baby, padahal boleh jer beli barang lain buat tukar duit . 



8. Cepat menyampah ngan orang .
Hurmmm, perkara yang paling merisau kan YY . Kan orang cakap nanti boleh terkenan lah apa kan . YY cepat betul menyampah ngan orang kalau ada jer benda tak kena . Padahal , sebelum nie YY bukan kisah pun hal orang nie . Tetiba mengandung jadi kisah dan sensitif plak . Ya Allah , mohon jauh kan diri dari sifat negatif tak elok nie.  





Hurmm, ini apa yang jadi kat YY lah . Maybe setiap orang ada pengalaman berbeza kan . YY suka nak share , maklum lah blog cam diary . Sok Sok anak dah besar leh suh dia baca camne ibu dia ngandung kan dia dulu kan . 




P/S : Apa pengalaman 1st Trimester korang eh ?









Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Copyright © Yana Yassin Designed by Ms.Azhafizah