Entri Terkini Yana Yassin

Recent Post no Thumbnail by Bina Blog

Membebel jerrk, nyampah tau.

Assalammualaikum *__*,

Yihaaaa, sekarang YY berada di Seri Pasific Hotel. Menghabiskan masa dengan merehatkan minda dan menonton tv. YY berada kat sini sebab tuah yang datang hari tue. Ada kat entri nie < SINI >.


Tapi yang buat YY stress kat sini xde wifi, cmne YY nak online nie. Padahal dalam kepala dah ada macam2 nak buat nie. Terpaksa YY curi2 masuk guna wifi yang walaupun 1 bar, yang kebetulan unsecured. Haaisssh, bak kata angah "hotel cikai kat vietnam pun ada wifi free tau'. Apa nak buat, dah dapat free duk sini, layan kan ajer. Setakat beberapa hari x online boleh kot. Boleh ke??? :)))

Rezeki jgn di tolak, musuh jgn di cari


* Bilik best, tapi nape xde internet free eh. Yang ada kena bayar dengan nilai rm50 sehari. Mahal kan???



Wowww, retis follow sini. !!!

Assalammualaikum *__*,

Sape kenal Natasha Aimee. Angkat kaki. ekekeke, kang ada plak yang tumbang sebab x balance. Teruja nyer sebab retis sudi follow blog YY yang x berapa nak adooo nie. Memula YY prasan aimee ada blog, so YY follow lah, x sangka aimee follow YY balik.


Nie lah Natasha Aimee

Msg Aimee kat Wall YY






Korunk pun. Jom lah follow blog Aimee nie yer. Cepat terjah SINI


* tgh chat ngan aimee kat fb, ramah rupe nyer. Selalu YY segan nak tegur, sebab retis kan. :)). X sangka Aimee nak chat ngan YY. toce3x.


Si 'Ijau' buat perangai, Rupernyer nak 'tenaga'.

Assalammualaikum *___*,

Minggu nie YY agak stress jugak lah. Mana tak nyer, isnin pagi masa nak g keje si 'ijau' buat hal. Xmo hidup plak dah. YY cuak jugak, haissh nape lah buat hal kan. So, terpaksa lah YY g keje dengan si 'merah'. Kat opis tanya2 lah pendapat yang pandai pasal kete nie kan. Then , Azam kata maybe batery or alternater ( betul ke eja nyer nie ).

Balik jer keje, YY terus g beli jumper. Nak jump kan si 'ijau' ngan si 'merah'. Tipon adik suh balik jap, kebetulan adik xde pizza nak hantar ( adik YY keje kat Domino's ). YY x berani buat sebab azam duk takut2 kan kata nanti kete meletop. Wowww, seriau jap. Then bila dah jump, si 'ijau' pun hidup.

Si 'ijau' dan Si 'Merah' sedang menanti untuk di jumper kan.

Nak jadi citer, Selasa pg dengan kompiden YY start si 'ijau'. Halamak, xleh hidup plak. X pasal kena bawak si 'merah' lagi. Rabu pun macam tue gak. Xleh hidup lagi, padahal balik keje selasa tue YY dah jump dan bawak si 'ijau' jejalan. Nampak macam ok jaaa. Sekali pg tadi buat perangai lagi.

Nampak x,..adik YY dengan baju Domino's

Adik YY kata, "nie pun nak amik gambar eh", hahahaha.

Then, balik keje td dapat idea nak tuko batery si 'merah' dengan si 'ijau'. Terus ok. So, si 'merah' dah xde batery. Batery si 'ijau' hantar charge kat kedai dengan kadar RM10. Esok baru leh amik. Lama kata nyer nak charge tue.

Hope esok pagi si 'ijau' ok lah. Dah lah besok YY nak nginap kat Seri Pasific Hotel. Hasil dari kejayaan YY kat SINI. Nak merehatkan diri, selepas cuti2 dan masalah yang melanda. :))




#3 Wordless Wednesday | Let it remain Wordless

Assalammualaikum *___*,


@ Nami Island.




#2 Wordless Wednesday | Next Trip, sape nak follow ???

Assalammualaikum *__*,




Pfwtt !!! sib baik book tix bukan time diowg public holiday.

#1 Wordless Wednesday | Raya & Satay

Asslammualaikum *___*,







Touching di Malam Hari.

Assalammualaikum *__*,

Tadi kan, kat opis kan. YY duk berborak lah ngan dudah pasal download mendownload filem nie. Tup2 Dude cakap, dah tgk ke Filem yang ada Mia Sara, Lisa Surihani , SS ngan Bront. Puas lah duk fikir, sebab memasing tak ingat tajuk. Then, bila dah ingat, yeaaaaah Filem 'SEKALI LAGI'. YY masa kat panggung mmg x sempat nak tonton wayang citer nie.



Then balik umah, YY pun buat operasi lah mendownload, sampai terlelap2 menunggu. Bila dah tgk, serius mmg best, dan touching2 sampai bengkak mata. Haaaai, nie lah masalah YY, kalau baca novel pun leh nangis2 sampai bengkak mata, nie pulak tgk filem kan. Jgn esok bangun pun mata bengkak sudah. Malu ehhhh, kang ingat gaduh ngan 'mamat' plak. Eh, ngan mamat kucing kesayangan YY pun kitaorg selalu gaduh tau. Biasa lah , berebut tempat tido.


p/s : sape dah tgk 'sekali lagi', best kan, kan, kan.



Jom tambah follower

Assalammualaikum *__*,

haaa, lama dah x join segmen. Sape nak tambah follower meh lah join segmen dari Lulu Caldina.







Nak join meh ke SINI. Tutup Jumaat nie 3petang tau.



Beraya Dengan Retis & Blogger

Assalammualaikum *__*,

Di kesejukan malam, di kala kehujanan. Mata semakin memberat. Meh sini YY tepek picture beraya bersama dengan artis2 dari Universal Music dan Blogger retis. :)))



Kak Ina : Ning, Yana nie pun Blogger gak

Ning Baizura : Oh, yer ke. apa Blog eh ( bertanya sambil senyum lebar )

YY : yanayassin.blogspot.com ( sambil tersipu malu )

Ana Raffali : Terima Kasih sudi datang.


Opss !!! perempuan berborak, 6ith Sense tgk aja.



* Berkenalan dengan blogger retis kak ina yang sangat ramah. Seronok borak ngan kak ina, siap bg tips berblogging lagi. Thanks kak ina.



Bersambung ~ ~ ~ ~ ~


Sape Nak Menang Proton Inspira | Meh dengar SuriaFM

Assalammualaikum *__*,


Haaa, teruja tak tgk YY nyer tajuk. Sape xmo kan kalau dapat kete percuma. Xyah nak susah2 kuar duit, tup2 dah ada aset sendiri. Dapat free lagi.









Meh sini YY nak story. Sape yg biasa dengar SURIAFM mesti tahu kan. SURIAFM tengah buat peraduan Kereta & Duit Raya Suria untuk menang sebuah Proton Inspira - Pemanduan Untuk Keselesaan Keluarga.




Peraduan nie camnie :


Memula korunk kena kene spot di mana K3 (halim,shira , zizi ) berada berdasarkan klue klue yang di beri.

so dah tau  korunk kene la sms SURIA JARAK KDR HANTAR KE 33988





Apa lagi, Dengar lah SURIA.FM. Mana tahu ada rezeki korunk dpt kete Inspira kan, kan , kan.





Suria FM
Lembah Klang - 105.3fmIpoh - 96.0fmKuantan - 96.1fm
Seremban - 107.0fmTaiping - 91.7fmKuala Terengganu - 102.4fm
Melaka & Johor Utara - 88.5fmPerlis, Kedah & P.Pinang - 106.9fmKota Bharu - 106.1fm
Johor Bahru - 101.4fmKota Kinabalu - 105.9fmsuriafm.com.my


SURIA FM MUZIK TERBAIK 90an dan TERBARU!!!


Dan kalau korunk FREE, leh lah join Konsert SURIA.FM kat Dataran Putrajaya 1 October 2011 nie. Ada ramai artis yang akan buat persembahan tau. Diantara nya Dato' Siti Nurhaliza, Dato' M.Nasir , Mawi , Yazzer , Ning Baizura , Amy Search dan ramai lagi. Masuk PERCUMA. Mai serang Putrajaya. :))




Suria FM

YY & Shah ( Producer Breakfast @SURIA )



Rajin2 jugak singgah web SURIAFM yerrr di http://www.suriafm.com.my







Selamat Pengantin Baru Anje *___*,

Assalammualaikum *__*,

YY nak Buat Ucapan buat Anje,

Selamat Pengantin Baru Anje, Moga bahagia hingga Hujung nyawa.

Anje sangat comel.


Andak sudah anak 1, Anje baru kahwin. Adik badik lain nie apa citer eh. Opss !!! tanya macam lah YY dah kawin jugak kan.



Masa melawat Andak dalam pantang. Sudah ada junior 'PRS'.

Kisah KAMI ada kat SINI

Alhamdulillah, bersama hingga kini. Dah lepas berjalan ke Penang , Melaka , Langkawi , Korea bersama-sama. Next year dah ada plan. Haisssh, berjalan jer koje nyer kan.


SOLAT ?? Dah TUA baru buat laaaah.


Zack: Joe, jom pergi solat. Kalau lewat nanti terpaksalah kita bersolat di luar masjid.
Pelawa Zack ketika dia hendak keluar dari pejabat. Hari ini adalah hari pertama Joe memulakan tugas di tempat kerja baru. Dan orang pertama yang sudi menjadi sahabat Joe adalah Zack.
Joe: Kau pergilah solat Zack, aku nak habiskan kerja ni.
Zack: Eh, tak per. Lepas solat nanti, boleh sambung kerja tu semula. Jomlah.
Joe: Kau sahajalah pergi. Aku tak solat hari ni.
Zack: La, mana boleh macam itu Joe. Solat adalah perkara yang diwajibkan ke atas setiap muslim dan muslimat yang mukallaf iaitu baligh dan berakal.
Joe: Kau kata aku ni tidak berakal lah ya ?
Zack: Bukan macam tu maksud aku. Kenapa kau tak nak solat ?
Joe: Buat apa nak solat. Kitakan muda lagi. Tunggulah bila dah tua nanti. Waktu tu nanti, barulah aku hendak tumpukan sepenuh perhatian aku untuk mengerjakan solat, pergi haji ke. Masa tualah waktu untuk kita beristirehat. Perbanyakkan amalan untuk di jadikan bekalan di akhirat kelak. Masa muda adalah waktu untuk kita bekerja kuat, kumpulkan harta untuk bekalan hari tua.
Mengucap panjang Zack apabila mendengar pendirian Joe dalam bab solat. Sudah jauh tersesat rupanya Joe.
Zack: Ehm kalau kau tak sempat tua, macam mana pula Joe. Katakanlah jika kau ditakdirkan meninggal pada hari esok ?
Joe: Eh yang engkau sibuk sangat ni apasal. Mak bapa aku tak pernah solat dan mereka juga tidak pernah mengajar aku untuk solat. Walaupun aku tidak solat, aku masih bernafas hingga ke hari ini. Rezeki aku masih di murahkan hingga ke hari ini. Jadi apa yang penting sangat solat ini ?
Zack: Solat mempunyai kedudukan yang paling tinggi dalam Islam. Ibadah lain tidak dapat menyamai ibadah ini kerana solat merupakan suatu manifestasi perhubungan insan kepada Allah, mengandungi pelbagai hikmah serta mampu menjadikan individu Muslim itu benar-benar bertaqwa.
Solat juga merupakan tanda terima kasih kita di atas segala rezeki yang di kurniakan dan begitu juga dengan nyawa yang telah di beri pinjam kepada kita. Tujuan kita hidup di dunia ini adalah untuk beramal kerana hanya amalan kita sahaja yang akan menjadi tiket untuk kita ke syurga ataupun ke neraka.


Joe hanya memandang screen komputer sambil tangannya mengetuk - ngetuk pensil di atas meja tulis.
Zack: Joe, masih belum terlewat untuk kau bertaubat. Aku bersedia untuk membantu kau Joe. Suatu ketika dahulu, aku juga seperti kau Joe. Islam atas sebab keturunan sahaja. Hal solat, puasa, aku tidak pernah ambil kisah.
Hinggalah pada suatu hari, aku di uji dengan kemalangan yang dasyat. Aku koma sebulan. Selama aku dalam ke adaan koma, aku telah bermimpi untuk melihat segala balasan yang akan aku terima di sebabkan kejahilan aku. Tunang aku meninggal di tempat kejadian dan dia sedang hamil anak luar nikah aku ketika dia meninggal Joe. Aku amat terkilan kerana dia tidak sempat untuk bertaubat.
Hanya aku yang masih di beri kesempatan untuk memperbaiki segala kesilapan lalu. Setiap kali selepas bersolat, aku tidak lupa berdoa untuk arwah tunang aku. Moga dengan sedikit usaha dari aku ini, dapat meringankan azab kubur yang sedang di hadapinya di sana. Mari Joe, aku bantu engkau.
Sabda Rasulullah s.a.w yang maksudnya:
"Mana-mana muslim yang apabila masuk waktu sembahyang yang diwajibkan lalu dia pun berwudhuk dengan wudhuk yang baik, melakukan solat dengan sebaik-baiknya begitu juga dengan ruku'nya, maka sembahyang itu merupakan kafarat (memadamkan) dosa-dosanya yang telah lalu, selagi dia tidak melakukan dosa besar." Riwayat Muslim


LIKE !!! LIKE !!! LIKE !!! | MIG ONLINE & DAVID TEO

Assalammualaikum *___*,

Apakah nie, tajuk siap LIKE!!! banyak kali. Sape x kenal MIG dan David Teo. Penerbit Jutawan tue. Banyak terbitkan filem2 yang BOX OFFICE. Apa kata kita reramai LIKE FB MIG ONLINE dan David TEO. Ada Peluang dapat tiket wayang free hokeeey. Jom kita sokong industri perfileman Malaysia.






Mana tahu nanti kita leh tgk wayang sesama kan. Filem terbaru dari MIG 'Bini Biniku Gangster'. Lakonan Shaheizy Sam, Yana Samsudin dan Intan Ldyana. Best dan mmg terbaik lah. YY ada review filem BBGK kat SINI.

Lepas LIKE, Komen kat SINI dan katakan

 :: ' SAYA VIEWERS DARI BLOG http://yanayassin.blogspot.com


Boleh kita dating tgk wayang sesama kalau ada rezki, kan , kan, kan,.. !!!

LIKE JGN TAK LIKE !!!!!






SAH | NORMAN dan MEMEY sudah Nikah


Hanya sekali lafaz tepat jam 5.11 pm, Mohammad Norhakim Zakaria atau lebih dikenali sebagai Norman Hakim,35 bergelar suami kepada Suhaiza Suhaimy, atau dikenali sebagai Memey Suhaiza, 23 di kediaman pengantin perempuan, Felda Tenggaroh Selatan 1, Kota Tinggi, Johor, petang tadi.
Norman Hakim dinikahkan oleh imam Mukim Kambau, Zulkipli Tarmizi dengan mas kahwin berjumlah RM22.50 dan hantaran berjumlah RM24000.
Sejumlah 5 dulang hantan daripada pihak Norman Hakim berupa set persalinan barang kemas (cincin dan rantai), GPS, kek buah-buahan, sirih junjung dan senaskah Al-quran. Manakala, pihak Memey Suhaiza membalas 7 dulang hantaran berupa sebuah iPad2, cincin berlian, coklat, buah-buahan, kek lapis Serawak dan senaskah Al-quran.
Kedua-dua mempelai akan mengadakan majlis resepsi pada keesokan harinya pada tempat yang sama.
SUMBER


Jemputan ke Celcom Unplugged 2011 anjuran Celcom & Universal Music Malaysia

Assalammualaikum *___*,


Yeaaaah, rezki murah lagi. Kali nie YY dapat jemputan ke Celcom Unplugged 2011 anjuran Celcom & Universal Music. Sungguh x cayer tahu. YY dapat email dari Juan Danza ( PR Consultant -Universal Music Malaysia ). Maybe sebab YY pernah join program Universal Music Malaysia kat SINI.






Promo kat celcom.com.my



Memula YY ingat memain ja, so YY balas balik email. Tup2 mmg betul dapat jemputan. 


Acara ::


Tarikh : 25 September 2011 
Masa : 12tgh 
Tempat  : Bora Ombak , Ampang. 


Artis yang ada tuk concert nie,Ning Baizura, Meet Uncle Hussain, 6ixth Sense dan Ana Raffali.


Best nyer kalau dapat jumpa diowg lagi.




*******sesape blogger yang minat nak join leh arr email ke juan.danza@gmail.com  . YY promote sebab Juan pesan suh ajak rakan blogger join event nie tapi bg url blog kat Juan tau. Macam biasa kena promote event kat blog memasing lah kan.Jom kita dating kat Bora Ombak Ahad nie.********








Trip to KOREA | Day 4 @Nami Island ( kisah bergambar beribu lemon ) :-))

Assalammualaikum *__*,

Hai uolss, ada jugak yang duk tunggu2 YY nyer citer pasal kat Korea eh. Maaf lah lewat story sebab YY kena dulu kan review filem Bini Bini Ku Gangster dan Al-Hijab . YY mmg suggest sangat korunk tgk 2 Filem tempatan nie. Terbaik Hokeeey !!!.

Sambung kisah Korea yer. Hari seterusnyer kitaorg ke Nami Island. Alah tempat yang Winter Sonata berlakun tue. Tapi YY xpernah tgk pun. Masa sibuk2 ngan Winter Sonata, YY masih belajar, so x de kesempatan nak tgk lah. Sape ada DVD, bak sini kasi YY pnjam. Nak gak leleh2 air mata, kata citer tue sedih kot.

Dari umah, lepas bfast kueh tiaw goreng ( menu msia ) , kitaorg pun gerak lah ke Nami Island. Amik masa dalam 2jam lebih perjalanan. Dalam perjalanan, ada lah brenti kat kedai cenderahati nie. Sape nak membuang yang kechik or besar leh buat apa yang patut. Bak kata John, jauh lagi perjalanan nie. Kat kedai nie, terkujat YY bila tgk tandas yang sangat bersih, siap ada gambar2 artis korea. YY kagum sebab, Korea toilet x guna paip air, so sepanjang perjalanan mmg kitaorg ada bawa botol kosong buat isi air kalau nak ke toilet. Dlm fikiran YY dah terbayang kalau M'sia xde paip, mahu bau yang kurang enak dalam toilet kan. Nie tidak berlaku di Korea, tandas bersih, tiada bau yang kurang enak , siap ada gambar2 lagi.

Nie lah kedai cenderahati , toilet siap ada gambar2 artis.

John dengan camera, xleh dipisahkan.

Sampai jer ke Nami Island, harus lah naik boat kan. Kang x sampai plak kat Island tue. Bangga lagi YY, bila naik boat nampak bendera Msia di antara bendera2 yang ada keliling boat. Ramai jugak org Korea yang sesama nak ke Nami Island. Kebetulan masa kitaorg datang, orang Korea tengah cuti festival. Raya 'Chuseok' nama nyer. Macam Raya Aidilfitri kat M'sia lah lebih kurang.



Bila tgk ja keindahan Nami Island, mmg YY terpegun habis. Chantek sangat. Cuma x dpt lah YY nak tgk daun luruh , sebab lum masuk autumn pun. Ada lah sebatang dua pokok yang dah jingga2 camtue. Apa lagi, amik peluang bergambar lah. Tempat yang bersih, susunan pokok kat Nami nie yang buat tempat tue sangat indah. Camne lah suasana dlm Drama Winter Sonata tue eh, mesti syok giler. Kat sini ada lah tempat YY tinggal kan jejak, mana tahu 1 hari nanti sampai lagi ke Korea, leh tgk kan apa yg YY tulis.


Ce teka apa yang YY tulis tueee


Happy, Kami dah sampai Korea - Nami Island wowww.





Dah puas bergambar, pusing2 dan berbasikal. YY pun terjebak lah buat potret karikatur. Siap dalam 8 minit dengan bewarna tau. Harga baru 10,000 won, kalau tambah ngan frame gambar total 20,000 won ja. Pandai betul mamat Korea tue buat, terus diaowg cakap macam muka 'Siti Nurhaliza anak 3',.. bhawawwhahahha, kejam kan.

Chantek dan bersih kan, sentiasa ada org sapu daun yang gugur






Kat Nami Island nie, kami bawa bekal dari rumah. Menu Bfast pagi tue, Kueh tiaw goreng. Jimat dah belanja tuk makan kan. g pun payah nak cari makanan halal kat Korea nie. Murah rezeki kitaorg, duk Korea makan terlebih, sebab ada John yang pandai masak. Haissh, sampai sekarang YY duk terliuq Laksa yang John masak, mmg sedap giler. Xpernah YY jumpa kat Msia sedap camgitue. Maybe guna ikan fresh kot.



Ayam kat Nami nie makan Kueh tiaw goreng, Mak teh x larat guna kerusi roda di tolak oleh Abg Wan. Bagus Nami Island nie, sediakan kemudahan tanpa bayaran untuk yang kurang upaya. Kagum lagi.

Pengalaman manis dan best betul masa kat Nami Island nie. Banyak bergambar jadi model tuk John. Maklum lah, John nie pandai amik gambar, alang pun belajar guna DSLR kat John. Yer lah, alang baru beli DSLR semata2 nak g Korea. Mmg terbaik lah bila berjumpa dengan org yang pakar, ilmu berguna sangat.

YY dan Diana - dengan gambar yg telah di karikatur kan.

Tia dan Hubby pun buat jugak !!!

alang tgh belajar dari sifu John - Kat umah.

Balik umah dah malam, tapi kitaorg boleh siap2 ke Dongdaemon Market plak lepas makan  mlm. Tempat nie macam Petaling Street lebih kurang. X beli apa pun, saje cuci mata.




Kisah KOREA 1 < SINI >

Kisah KOREA 2 < SINI >

Kisah KOREA 3 < SINI >

Kisah KOREA 4 < SINI >



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Copyright © Yana Yassin Designed by Ms.Azhafizah