Entri Terkini Yana Yassin

Recent Post no Thumbnail by Bina Blog

Review | Filem Man Sewel Datang KL - Sinopsis & Trailer


Weee ~~~ Sape tau apa itu Sewel. Haaa, sewel tue macam blur arr, mengong sikit. So,  YY berkesempatan menonton Tayangan Ekslusif dan sidang media Filem Terbaru dari Work Mode Production Sdn. Bhd. Ini adalah Filem pertama dari production ini. Diarahkan oleh Pengarah Otai Abdul Rahman Adam, Filem ini di terajui oleh Shuib Sepahtu , Razali Hussein , Rafidah Ibrahim , Julia Zingler dan penampilan khas dari Siti Sarah. Bakal di tayangkan pada 31 Mei 2012. Terima Kasih Azwan sebab sekali lagik bagi peluang nie kat YY.



Sinopsis Man Sewel Datang KL.

Osman/Man, pemuda yang berperwatakan gila-gila datang ke Kuala Lumpur dan tinggal bersama rakan sekampungnya, Salim. Salim banyak mempengaruhi Man tentang kehidupan di ibu kota. Menerusi Salim juga, Man berkenalan dengan Nadia, seorang bekas model.

Man tenggelam dalam jerat cinta Nadia, segala kemahuan Nadia diturutkan dan dia sanggup berhabis wang ringgit memenuhi kehidupan Nadia yang serba mewah itu. Bagaimanapun Man akhirnya menyedari sesuatu yang tidak kena apabila Nadia meminta wang sebanyak RM250,000 untuk dijadikan modal perniagaan.

Dalam masa yang sama, Man tidak lagi mendapat bantuan kewangan dari ibunya di kampung menyebabkan beliau terpaksa berdikari untuk meneruskan kehidupan di Kuala Lumpur.
Man kemudiannya pulang ke kampung untuk menemui ibunya dan kekasih hatinya Siti Khadijah yang telah lama ditinggalkan. Malangnya Siti Khadijah telah menjadi milik orang kerana Man memungkiri janji cinta mereka dahulu.

Sekembalinya Man ke Kuala Lumpur, Man mengenali pula seorang gadis, Salbiah yang menjadi mangsa ragut. Mereka berdua menjadi sahabat yang saling membantu.Suatu hari Man terserempak dengan Leman, orang kampungnya yang mengusahakan kedai makan di Kuala Lumpur. Leman menasihati Man agar berwaspada dengan Salim kerana dikhuatiri Salim terbabit dalam kegiatan jenayah.

Bagaimana Man mahu berhadapan dengan Salim? Adakah benar tuduhan yang dilemparkan kepada Salim? Saksikan hero sewel ini yang cuba menyelongkar kebenaran yang tersembunyi dengan cara gila-gilanya.


Man "Jual Minyak" akibat putus cinta


Mak Man sedih sebab Man naaaak sangat pi KL


Man janji, pi KL tak lama punyerrrr.





Trailer


Review
Dengan Tagline filem nie "Citer Sini Habis Sini La Ek", Agak menarik di situ yaa. Setiap kali Man Sewel a.k.a Shuib ucap dialog tue, mesti satu panggung duk gelak. Tapi, bila korang tengok kan, korang akan dapat agak setiap watak yang di mainkan. Ibarat macam "Eh, mesti dia nie jahat" , "Haaa, kang kena tipu jugak nie" sebab nya jalan citer dah boleh agak. Sape jahat, sape baik mesti dah tau punyer. Watak Man Sewel amat sesuai di bawa oleh Shuib, tahap 'kejakunan' bila dapat datang KL dahsat sungguh. Sampai YY duk tanya kat member, "Ko dulu datang KL macam tue jugak ke, Muhahahaha' . Soalan cepucemas sangat kan. Kalau korang nak tahu, kena lah tengok kan. 


Bila Siti Sarah berlakon di samping suami ok jugak lah. Sebagai penyanyi yang mencuba dalam dunia lakonan, boleh diterima lagik. Dan korang akan tengok Shuib dan Siti Sarah inai masih di jari. Dah katanya shooting di buat selepas 3 hari diaorang berkahwin.Rezeki Shuib lepas kawin dapat jadi Hero Filem. Mamat Sepah pun ada dalam Filem nie tau. Fida Ibarahim ex-mamat pun ada. 


Kalau setakat nak santai, gegelak korang boleh tonton Filem nie. Terjah lah panggung 31 Mei 2012 . Boleh bawak seisi keluarga. Korang kena kosongkan minda, baru tak stress sangat nak fikir dalam2. Dah nama komedi ringan.




3.5 / 5 Bintang




Fida Ajak Korang Tonton "Man Sewel Datang KL"











p/s : kekurangan boleh di perbaiki. 









2 comments:

  1. sewel tu mcm senget 186 darjah ke timur. hahahha

    oke, look funny this movie plus si shuib kan. hahah

    nice preview....

    ReplyDelete
  2. haha, cite Malaysia memang kebanyakan suruh penonton kosongkan minda...=p...

    cite ni mula2 best pastu makin lama cam makin kureng..hehe


    jemput baca review di Kakiwayang.com jugeee...=p

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Copyright © Yana Yassin Designed by Ms.Azhafizah