Entri Terkini Yana Yassin

Recent Post no Thumbnail by Bina Blog

Pelancaran Kawasaki MX World Pertama Hebat oleh CBK Motor Sports


Weee~~ sebelum nie YY berpeluang ke Majlis Pelancaran Kawasaki GT World dan sekali lagi YY di beri peluang hasil jemputan mamat retis nie ke Pelancaran Kawasaki MX World Pertama. Bertempat di Jalan Ipoh, Majlis ini diadakan meriah dengan jemputan kepada pihak media, peminat motocross dan pemilik Kawasaki sendiri.

Kawasaki MX World , Jalan Ipoh KL

Sejarah CBK Motor Sport Ditubuhkan pada tahun 2002, CBK Motor Sport nama ini di petik dari nama pengasasnya, Chew Boon Keam @ Ah Loo. CBK Motor Sport dulu hanya menawarkan perkhidmatan pembaikan untuk motosikal komersial. Dengan rendah diri,beliau meneruskan minatnya yang lebih besar ke dalam industri motocross dengan menawarkan perkhidmatan pembaikan untuk motosikal motocross, aksesori dan sebagai peruncit untuk motorcross motosikal Kawasaki. Dengan semangat yang tidak berbelah bahagi dalam tempoh 10 tahun yang lalu, beliau mengubah kedai yang kecil kepada peruncit terkemuka dan pembekal untuk motocross dan superbike di Malaysia.



Aksi Lagak semasa Pembukaan Majlis.

Acara perasmian

Orang kuat di Kawasaki

Mr Jefrry Lim , GM Kawasaki ( Malaysia ) & Mr Loo Founder of CBK Motor Sport

Siap ada aksi lagak yang tak boleh di lakukan kepada yang bukan pakar di acara pembukaan. Majlis di acara kan oleh Mei Sze Choo yang sentiasa mencuri tumpuan peminat Kawasaki . Selesai acara perasmian, wakil media di bawa melawat ke bahagian showroom. Bila tengok bebarang yang ada, buat rasa macam nak tangkap sebijik, tapi apa kan daya motor kapcai pun YY tak boleh bawak, muhahhahaha. 


Motor Idaman Ramai.

Barangan di Showroom



Sessi soal jawab bersama Media

Helmet, Ko mampu,.. :))

Antara kejayaan dan pencapaian CBK Motor Sports di dalam industri motocross.
  • Mendapat tempat pertama di Asia Motocross Championship 2011 yang berlangsung di Kuala Terengganu
  • Terlibat didalam perlumbaan Super Motard Race 2011
  • Aktiviti off road hujung minggu di Sungai Long, Broga
  • Pengajuran tahun ke 3 untuk acara Motocross Expedition Taman Negara
  • Kelas hujung minggu Kursus motocross dan menunggang dengan selamat oleh Darcy Steinhardt

Bila masuk sessi cabutan bertuah dan makan - makan. itu adalah yang paling best. Tambahan plak ada rakan blogger yang menang cabutan bertuah. Jaket mahal wooo. Tahniah ler kat Kembar Yana Samsudin sebab menang eh. Betul - betul bertuah kamu yaa. Dan terima kasih kepada pihak Kawasaki kerana menjemput blogger sebagai media bagi memeriahkan majlis pembukaan ini.

Makan Time


Diantara Blogger yang hadir

Antara barangan yang YY dapat bernilai hampir RM300






Alamat CBK Motor Sport Sdn Bhd
373, Batu 2.5
Jalan Ipoh
51100 Kuala Lumpur
No. Tel: 03-4042 8555
No. Fax: 03-4042 2985
Alamat e-mail: cbkmotor@gmail.com





Antara Blogger yang hadir.
1. BroFramestone
10. Ain 
12. PCL
14. Boni
15. Eina






9 comments:

  1. bestnye mkn! dh la belum lunch nih. t'liur plak tgk bihun grg tuh. hu3..

    ReplyDelete
  2. mhl giler hrga helmet tuh..tp smart..

    ReplyDelete
  3. Saya tempoh hari ambil kuih mini sahaja kalau hendak makan dimajlis macam ini macam payah sahaja. :-)

    ReplyDelete
  4. perghhhhhhhhhhhhhh minah motor akak i sorang niiiii..hehe

    ReplyDelete
  5. perghhhhhhhhhhhhhh minah motor akak i sorang niiiii..hehe

    ReplyDelete
  6. perghhhhhhhhhhhhhh minah motor akak i sorang niiiii..hehe

    ReplyDelete
  7. From CBK Office Thanks your hard work done
    http://www.facebook.com/cbkmotorsport/
    http://www.cbkmotorsport.com

    ReplyDelete
  8. hai yana ..kaca mata ray ban nak beli tak? murah jeee. sesuai untuk muka u..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Copyright © Yana Yassin Designed by Ms.Azhafizah