Entri Terkini Yana Yassin

Recent Post no Thumbnail by Bina Blog

HTC Butterfly, Samsung GALAXY S III mini dan Sony Xperia™ Tipo bersama Celcom First


Assalammualaikum,

Hai peminat gadget, terutamanya peminat Smartphone a.k.a telefon pintar , korang tahu tak yang Celcom akan melancarkan 3 jenis Smartphone dengan Pakej rangkain terpantas Celcom . Celcom akan menyediakan pakej telefon terkini kepada pengguna dengan harga terendah dan talian yang terhebat.


Telefon pintar yang akan di perkenalkan adalah HTC Butterfly serendah RM1,468 (RRP: RM2,299), Samsung GALAXY S III Mini serendah RM588 (RRP: RM1,199) atau Sony Xperia™ Tipo serendah RM88 (RRP: RM499) dengan mana-mana pilihan hanya dengan Celcom First Plan.

Tak tahu nak buat pilihan, apa kata korang tengok dulu spec siap tipon nie, yang bersesuaian dengan kehendak korang lah.




HTC Butterfly (The world’s first full HD smartphone display from RM1,468)



  • Experience super speed and performance on the latest Android 4.1 (Jelly Bean) and 1.6 GHz quad-core Snapdragon S4 processor.
  • It has the world’s first full HD smartphone display, 5” wide. 
  • With an amazing 8MP camera, you won’t need any other.
  • Equipped with Beats Audio™ to bring music to life.

Samsung GALAXY S III mini (Intuitive and elegant from RM588)


  • Also runs on the latest Android 4.1 (Jelly Bean) 
  • Has a 1GHz dual-core processor.
  • Enjoy large view on the 4” Super AMOLED display.
  • Take pictures wherever you go with the 5MP camera and 4x optical zoom.

Sony Xperia™ Tipo (Smart, simply, hassle free from RM88)



  • Runs on Android 4.0 (Ice Cream Sandwich) 
  • Has a 800 MHz Snapdragon™ processor.
  • Not too big, not too small at 3.2” with Scratch-Resistant display. 
  • Snap away with the 3.2MP camera.
Semua telefon nie, korang boleh miliki dengan pakej terhebat dengan Celcom First. Jimat dan Berbaloi - baloi tau.

Monthly Commitment
RM78
RM98
RM118
RM138
RM188
RM208
Voice Plan
Celcom First Prime (RM40)
Celcom First Premier (RM80)
Celcom First Elite (RM150)
Data Plan
Mobile Internet Basic
(RM38)
Mobile Internet Advance
(RM58)
Mobile Internet Basic
(RM38)
Mobile Internet Advance
(RM58)
Mobile Internet Basic
(RM38)
Mobile Internet Advance
(RM58)
Data Volume
1GB
3GB
1GB
3GB
1GB
3GB
FREE Data
50MB
100MB
200MB
Advance Payment
RM250
RM300
RM450
Device Price (12 months contract)
HTC Butterfly
RM1,898
RM1,798
RM1,698
Samsung GALAXY S III Mini
RM988
RM888
RM688
 Sony Xperia™ Tipo
RM368
RM288
RM208
Device Price (18 months contract)
HTC Butterfly
RM1,768
RM1,668
RM1,468
Samsung GALAXY S III Mini
RM888
RM788
RM588
Sony Xperia™ Tipo
RM288
RM208
RM88




Mengapa Celcom First ?

Ini 10 sebab kenapa perlu memilih Celcom First.

• 3 pelan mudah dengan satu kadar rata untuk panggilan suara & videoSMS & MMS.

• Nikmati lebih untuk bercakap dengan SIMPANAN AUTOMATIK pada panggilan korang kepada semua rangkaian.

• FLEKSIBILITI untuk beralih antara pascabayar dan prabayar, bila-bila masa.

 Bayaran yang dibuat pilihan MUDAH untuk korang melalui tambah nilai, dalam talian atau di kaunter.

 pelanggan EKSKLUSIF & PERIBADI perkhidmatan sentiasa bersedia untuk membantu korang.

• TIADA BIL kejutan dengan komitmen bulanan korang sudah termasuk IDD dan yuran perayauan.

• RANCANGAN ANEKA untuk pertengahan yang lebih rendah, atau penggunaan yang lebih tinggi untuk memenuhi setiap keperluan mudah alih.

• DATA PERCUMA serta-merta untuk memastikan korang melayari, berbual dan menghantar e-mel di mana sahaja.

• Berhubungan dengan KETENANGAN FIKIRAN melalui pengemaskinian dan pemberitahuan masa sebenar mengenai penggunaan korang.

• TALIAN TERPANTAS di Malaysia yang menawarkan perlindungan unggul dan kualiti.



Sekiranya korang berminat untuk melanggan pelan Celcom First dan mendapatkan pakej telefon pintar yang di tawarkan, sila layari www.celcom.com.my atau ke Blue Cube yang berhampiran.






Don't Lose It All | Kisah tentang DATA


Assalammualaikum,

Layan Video dulu ::




Wee ~~ sambungan kisah hubungan jarak jauh antara Nick dan Amy. Agak - agak korang apa jadi eh. Sedih dan makin sedih bila hubungan terasa makin jauh , tanpa kabar berita. Kehilangan Nick yang begitu lama, adakah mempengaruhi hubungan natara Amy dan Nick.

Akhirnya , jawapan di ketemukan. Sesuatu terjadi pada Nick, itu adalah punca kenapa Nick tidak menghubungi Amy.


Nick dalam perjalanan untuk membeli cincin apabila tragedi berlaku. Nick ingin membantu seorang perempuan yang malang, tapi Nick telah tercedera.

Adakah Amy akan melakukan sesuatu jika mengetahui yang Nick menghadapi masalah ?


Apa jadi dengan Nick, korang boleh tgk di Episod seterusnya kisah Nick dan Amy.


Menunggu terlalu lama, buat Amy rasa seolah - olah berputus - asa untuk menunggu Nick. Di samping Amy telah berasa selesa dengan Joe.


Adakah Joe mengambil kesempatan atas masalah yang di hadapai antara Amy dan Nick?


Perkara penting dalam perhubungan di antara Nick dan Amy adalah DATA. disebabkan ketiadaan DATA, Nick tidak boleh memberi tahu kepada Amy di atas apa yang terjadi di atas diri nya. Lagipun, segala-galanya adalah di internet sekarang dan ia kos hampir sama pada semua. Hanya selagi kita mempunyai data, ia membuat sebuah perhubungan supaya lebih mudah dengan hanya mendail * 128 # untuk mendaftar mana-mana pakej yang menjadi pilihan dan bersesuai .






Pengalaman mengajar, komunikasi memang penting dalam sesebuah perhubungan. Bila tiada DATA, semua benda jadi x keruan . Jadi buat lah pilihan tepat dengan ada nya plan murah XPAX untuk DATA.



#DontLoseItAll 
@xpaxsays


Dial *128#  sekarang untuk pemilihan data pelan yang terbaik untuk perhubungan cinta korang tu.



Don't Lose it all, check out http://www.xpax.com.my/c1.php



P/S : DATA buat dunia bagai kan di hujung jari.









Sinopsis & Trailer Filem Rock Oo | Rimba Bara



Assalammualaikum,




Bagi mereka yang tidak berpeluang menyaksikan filem Rock pada tahun 2005, korang pasti tidak familiar dengan Rimba Bara. Rimba Bara merupakan nama kumpulan rockers kampung yang cukup terkenal pada tahun 80-an dan hanya muncul dalam filem Rock, sebuah filem yang cukup mendapat sambutan tujuh tahun lalu. Kali ini, pengarah Mamat Khalid sekali lagi menemukan korang dengan Rimba Bara dalam Rock Oo.

Filem Rock Oo merupakan kesinambungan Rock (2005) yang memaparkan kisah kehidupan kumpulan Rimba Bara yang telah berpecah dan kini bersatu semula atas semangat mereka yang ingin terus kekal gah di arena muzik tanah air. Berpegang kepada azam dan kata-kata semangat Amy Mat Piah (Que Haidar) iaitu “Pantang anak petani moden mengundur kalah,” rockers kampung ini sanggup berjuang bermati – matian demi mempertahankan minat dan cita – cita mereka.

Semangat ahli kumpulan Rimba Bara terpupuk semula dan mereka bertekad untuk meneruskan perjuangan di ibukota dan di kampung.  Mereka harus mencari jalan penyelesaian untuk setiap rintangan yang datang bagi merealisasikan impian mereka untuk menjadi kumpulan rock yang terkenal di persada seni tanahair.  Apakah kelainan yang bakal ditonjolkan oleh Mamat Khalid menerusi filem “ROCK Oo…” dan adakah filem ini lebih menyengat dari yang asal?

Filem terbitan Grand Brilliance ini dibintangi oleh Que Haidar (Amy Mat Piah), Khir Rahman (Jijo), Sofi Jikkan (Zul Kapan), Pekin Ibrahim (Slash Haji Tapah) dan Norazmi Bahron (Mi Black) dan Rimba Bara bakal menemui anda pada 28 Februari 2013 di pawagam seluruh Malaysia.










Sinopsis :

Filem ‘ROCK Ooo…’ merupakan kesinambungan Rock (2005) yang memaparkan kisah kehidupan kumpulan Rimba Bara yang telah berpecah dan kini bersatu semula atas azam dan kata-kata semangat Amy Mat Piah (Que Haidar) : “Pantang anak petani moden mengundur kalah.”

Semangat ahli kumpulan Rimba Bara terpupuk semula dan mereka bertekad untuk meneruskan perjuangan di ibukota dan di kampung.  Mereka harus mencari jalan penyelesaian untuk setiap rintangan yang datang bagi merealisasikan impian mereka untuk menjadi kumpulan rock yang terkenal di persada seni tanahair.  Apakah kelainan yang bakal ditonjolkan oleh Mamat Khalid menerusi filem “ROCK Ooo…” dan adakah filem ini lebih menyengat dari yang asal?  “ROCK Ooo…”  turut dibintangi Khir Rahman, Sofi Jikan dan Pekin Ibrahim.



TRAILER :





LIKE FACEBOOK ROCK Oo ... < SINI >


P/S : lama tak tgk Que Haidar di layar :)










Hampir Kehilangan Si Dia , SEGERA dapatkan DATA - Episod 2

Wee ~~ sambungan kisah kehilangan orang tersayang. Alah kalau korang lupa boleh terjah SINI

Don't Lose It All - Episod 2 Trailer mengimbau kisah lalu antara Nick, Amy dan Joe?


Amy menjadi lebih tertekan dengan sikap Nick yang berdiam diri tanpa sebarang berita setelah pemergiannya.

Banyak masalah timbul bila bercinta jarak jauh. Tambahan bila xde DATA. Bila ada DATA , baru sebuah hubungan dapat di cantum kembali . Takde ler sesedih , kemudian fikir yang bukan - bukan. Macam kisah Nick dan Amy yang semakin sedih dan menjarakkan lagi hubungan tanpa DATA.

Jom layan Video nie, Untuk tahu lebih lanjut apa yang terjadi.





Adakah Amy akan berubah hati? 


Apa yang terjadi pada Nick ? 


Cincin tersebut untuk siapa?



Cerita ini semakin mendebarkan dengan yang akan terjadi antara Nick dan Amy 


dan juga bagaimana pula dengan Joe ??




Apa yang akan terjadi kemudiannya... saksikan di http://www.xpax.com.my/c1.php 

dan nantikan kisah ini terbongkar pada 18 Januari 2012   #Don’tLoseItAll @xpaxsays 




Dalam sebuah perhubungan, Komunikasi sangat penting. So, bila ada DATA komunikasi tidak akan terbatas malahan lebih jimat. Kita boleh whatsApp , Boleh bertwitter , Boleh ber Facebook , Viber , Skype dengan insan yang jauh di mata dan pasti nya dekat di hati. 

Tak mo lah jadi macam Nick dan Amy, akibat takde DATA. Susah hati, kerisauan , curiga semua pun timbul. Hati pun x gembira.

Macam - macam YY pun guna DATA plan. Memang sesuai dengan gaya hidup masa kini. Nak berhubung dengan sesape dan di mana jua. Hari - hari kita boleh berhubung dengan yang tersayang dengan lebih penjimatan. 



Kini pelan data adalah keperluan untuk kita semua berhubung. Hanya perlu dail *128# untuk melanggani mana-mana pakej pilihan. 


Layari http://www.xpax.com.my untuk maklumat lebih lanjut.




P/S : Hidup bagai kan kosong tanpa DATA.



Review Filem Juvana | Sinopsis dan Trailer

Assalammualaikum,

Weee ~~ baru – baru nie YY berkesempatan ke Majlis Pratonton Filem Juvana . Filem yang menjadi kesinambungan dari Juvana Drama Bersiri di TV3. Terima Kasih Azwan Alternate Pictures sebab sudi jemput YY. Seronok dapat menonton bersama dengan para Pelakon dari Filem Juvana. Puas hati bila dapat menonton Filem yang berkualiti. Tahniah Pengarah filem Juvana Faisal Ishak.


Poster Juvana

Sinopsis :
Filem Juvana merupakan kesinambungan daripada drama TV popular Juvana yang telah disiarkan di TV3 dan memenangi Anugerah Drama Rantaian TV Terbaik Anugerah Skrin 2011.


juvana 1
Masa untuk berpindah ke Indera Sakti



juvana 1-5
Botak Kembali


Filem Juvana memaparkan kisah Botak, Apek, Ayam, Kicap, Komeng, Panjang dan Daim setelah Wira Bakti ditutup. Daim yang telah dibebaskan cuba memulakan kehidupan baru dan menyambung persekolahannya. Namun, sejarah hitam hidupnya tidak memberi laluan mudah untuk Daim membina hidup baru. Botak, Apek, Ayam, Kicap, Komeng dan Panjang telah dipindahkan ke sebuah sekolah juvana lain iaitu Sekolah Indera Sakti untuk meneruskan tempoh hukuman mereka.



juvana 1-16
Adlin Aman Ramli sebagai Warden



juvana 1-21
Lan Todak & Jamal



juvana 1-28
Daim ( Zahiril Adzim ) dan Sara ( Shiera Ayob )



Di sekolah baru itu Botak mula akrab dengan Apek serta yang lain. Namun, mereka menjadi sasaran Lan Todak, ketua samseng sekolah itu hingga mencabar semangat setia-kawan di antara mereka. Apa jadi seterusnya kepada mereka. Boleh saksi kan di panggung 24 Januari 2013.



juvana 1-32juvana 1-35juvana 1-42juvana 1-44
 
Barisan Pelakon :
Johan Asari sebagai Botak
Zahiril Adzim sebagai Daim
Syazwan Zulkifly sebagai Apek
Sharnaaz Ahmad sebagai Lan Todak
Syafie Naswip sebagai Jamal
Shiera Aiyob sebagai Sara
Idzham Ismail sebagai Panjang
Adam Shah sebagai Ayam
Megat Farzeril sebagai Kicap
Khairul Mohamed sebagai Komeng
Adlin Aman Ramli sebagai Tuan Ali
Sara Ali sebagai Juriah
Rahhim Omar sebagai Pengetua

 
Trailer :


 
Review :
Sebenarnya, masa siri dulu ada jugak episod yang YY ketinggalan. Tapi sebab penangan Juvana sangat kuat di kalangan kengkawan yang asik duk citer, berusaha tengok jugak. Tapi memang berbaloi bila menonton kesinambungan Drama Juvana di Filem. Seriusss, apa yang korang nak tahu ada jawapan di dalam Filem.

Banyak pengajaran dalam Filem nie, tak semestinya bila kita jahat, tapi akan jahat selamanya, dan orang baik boleh jadi jahat kalau asik duk kawan ngan orang jahat. Boleh buat kita insaf bila tengok camne bila kita berada di Pusat Juvana. Belum lagi kena denda ngan Warden, siap kena buli lagi dengan otai – otai Juvana .


Bila tengok keadaan Pusat Juvana, sumpah memang tak teringin pun nak masuk. Lakonan Sharnaaz sebagai Lan Todak, buat kita menyampah dan benci giler. YY siap ada menjerit kot bila tengok cara Lan Todak membuli penghuni Sekolah Indera Sakti. Hurrm, minta simpang lah. X sanggup kot kena buli camgitue. 


Cara pembulian, itu korang kena tengok sendiri lah.
Botak , Filem Juvana adalah Filem pertama Johan Asaari. Agak – agak korang Botak akan insaf ke bila berpindah ke Indera Sakti. Apek lakonan Syazwan Zulkifli YY suka lah, sweet jer sebab dia macam ada sense of humor dalam Filem Juvana nie. Walaupun jahat, setiap orang masih ada sifat kasih sayang dalam Filem Juvana nie.

 
Bintang : 4.5 / Bintang.
 
***********************************************************
Gambar Sekitar PraTonton dan Sidang Media Filem Juvana
Filem Juvana 108Filem Juvana 110Filem Juvana 113Filem Juvana 115Filem Juvana 121Filem Juvana 123
Sidang Media dan Sessi Bergambar.
 
Filem Juvana 126Filem Juvana 132
Blogger yang Hadir Ruby dan Broframestone



 
Apa lagi, cecepat terjah panggung pada 24 Januari 2013 nie. Tak rugi uolss. Filem yang mengambil masa hanya 17 hari penggambaran, tapi hasil memang memuaskan hati.


Twitter :  @JuvanaFilm  

Hastag : #Juvana




P/S : Filem Juvana Banyak Pengajaran.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Copyright © Yana Yassin Designed by Ms.Azhafizah