Entri Terkini Yana Yassin

Recent Post no Thumbnail by Bina Blog

Aplikasi Touch dari Bank Rakyat bantu kawal perbelanjaan .

Assalammualaikum ,


Sebelum YY berkhidmat di sektor awam , dedulu YY pernah lah bekerja di sektor perbankan . Zaman tue , semua manual xde lah canggih manggih lagi . Takde lagi perbankan online . Semakin hari , dunia semakin canggih . Now days , dah ada perbankan online . Kebanyakan transaksi semuanya dihujung jari , tak perlu lagi bersusah payah nak ke kaunter bank . Xperlu membuang masa gitueee.



Korang tau tak yang Bank Rakyat sekarang dah ada aplikasi sendiri . Yang korang boleh godek – godek dekat phone jer . Download jer di Play Store atau App Store . Aplikasi yang sangat mesra pengguna . Yang penting dan paling best , ianya PERCUMA .




Aplikasi Touch dari Bank Rakyat



Aplikasi terbaharu daripada Bank Rakyat ini diperkenalkan bagi memudahkan pengguna mendapatkan informasi terkini tentang produk dan perkhidmatan Bank Rakyat. Pengenalan aplikasi akan membantu bank untuk mendidik pengguna mengenai cara pengurusan kewangan terutamanya dalam kalangan golongan muda.



Aplikasi Touch dari Bank Rakyat



Aplikasi Touch dari Bank Rakyat




Aplikasi Touch dari Bank Rakyat



Istimewanya aplikasi ini bukan sahaja bersifat mesra pengguna malah ianya bakal menjadi aplikasi pertama di Malaysia yang dibangunkan berdasarkan prinsip Syariah. Korang boleh buat budget bulanan , berapa nak simpan , berapa yang boleh dibelanjakan . Semuanya dihujung jari , siap ada report lagi .



Aplikasi yang sangat mudah , mesra pengguna . Tak perlu ada akuan Bank Rakyat pun korang leh gunakan aplikasi nie . Pilih Aplikasi “Touch” . Jom kita menajadi pengguna bijak dengan Aplikasi “ Touch” dari Bank Rakyat .



Untuk muat turun aplikasi  dan lebih information berkaitan “ Touch” sila layari : https://amanz.my/2015/07/bank-rakyat-melancarkan-aplikasi-pengurusan-kewangan-touchstyle-untuk-android-dan-ios/ .



Sila layari FB dan Twitter Bank Rakyat ( mybankrakyat) dan sebarang pertanyaan boleh hubungi talian Bank Rakyat ( 1300 80 5454 ).




P/S : Seronok kalau ada yang boleh bantu kita kawal perbelanjaan .




Ragam Anak Yang Di Tinggalkan

Assalammualaikum,



Baru – Baru nie YY kena keje luar ke Penang . Bila dapat tau , risau betul dengan anak dara . Maklum lah , sejak lahir tak pernah lagi kena tinggal lama . Tido malam pun xpernah lagi pisah . Macam – macam duk fikir dalam kepala otak .



YY kena pi 4 hari . Nasib ibu ada untuk jaga . Abahnya keje x tentu masa , so memang tak leh tinggal ngan Abah . Ibu teruja habis nak jaga cucu . Punya lah YY risau takut anak dara meragam , siap tinggal kan baju tak basuh kot . Atas nasihat ramai pihak , petua katanyaa.

Nur Qaireen Iman - Kerenah Baby   Nur Qaireen Iman - Kerenah Baby

Day 1 – Tok Wan ngan Pak Su bawak jalan pi Tesco . Siap beli selipar baru .




Nur Qaireen Iman - Kerenah Baby   Nur Qaireen Iman - Kerenah Baby

happy jer muka . Tempat fv skg memang bawah meja .





Nur Qaireen Iman - Kerenah Baby

Dah mula nak berjalan sendiri . ada dalam 7 ke 8 langkah dah .




Rupa – rupanya anak dara pandai bawak diri . Macam tau – tau jer ibunya takde . Kemain behave lagi . Tak banyak ragam. Cukup time masuk tido . Dah tue , tak bangun pun nyusu . Tido sampai ke siang . Alhamdulillah , anak dara tak menyusahkan tok wan . Makan pun selera jer .

Nur Qaireen Iman - Kerenah Baby     Nur Qaireen Iman - Kerenah Baby

Dah seronok main , cukup masa tido plak .




Nur Qaireen Iman - Kerenah Baby

Ada jer akal cari tempat main .



Tapi , cukup 4 hari . Bila ibunya balik . Amboiiii, tak nak dah ngan tok wan . Asik nak berkepit dengan ibu jer . Orang lain nak pegang pun meraung . Balas dendam eh ibu tinggal kan lama . Nampak gaya macam boleh tinggal selalu jer . Muhahhahahaha.


A video posted by Yana Yassin (@yanayassin) on




Sayang Nur Qaireen Iman .




p/s : gambar kalau Tok Wan amik memang tak sharp . Sabor jer lah . Takpe , janji ada .








Raku Pizza bercitarasa makanan Jepun

Assalamualaikum,



Buat peminat makanan Jepun dan Pizza . Nak habaq kat korang sekarang dah ada RAKU PIZZA gabungan makanan Jepun dan Pizza . Dengar cam pepepelik jer kan , tapi sedap uolsss . Ce korang bayangkan wasabi di jadikan sos dalam Pizza . Serius sedap wei . Walaupun rasa wasabi menyengat kat hidung .



Raku Pizza Subang




Raku Pizza sangat unik sebab korang boleh buat pilihan citarasa Pizza sendiri . Apa roti korang nak , Apa sos korang suka , Apa topping yang menambat hati , ikut suka korang lah . Raku Pizza akan menyediakan Pizza mengikut citarasa korang .



Raku Pizza Subang

Built Your Own Pizza





Pertama : Pilihan Roti Pizza Pilihan korang .

Raku Pizza Subang

Pilihan anatra Herbs , Plain & Charcoal




Kedua : Pilih sos

Raku Pizza Subang

Japanese Curry

Wasabi Mayonnaise

Teriyaki

Miso






Ketiga : Pilih Topping

Raku Pizza Subang


Raku Pizza Subang


Raku Pizza Subang




Dah siap pilih . Tunggu ajer lah Pizza korang siap . Senang kan . Harga pun berpatutan tau . Boleh makan Pizza bercitarasa Jepun ikut tekak sendiri . Ohsem woi . Saiz pulak sesedang untuk sorang makan . So, kalau datang ngan kengkawan , boleh lah rasa lain – lain Pizza nya .




Raku Pizza Subang

Sedang membuat Pilihan . Nampak tak anak dara pun sibuk nooo nak pilih gak .

Pilihan YY :

Roti Charcoal

Sos Teriyaki

Mozzarella Cheese

Soft Shell Crab

Bonito Flakes

Onsen Tamago

Extra Cheese

Grill Chicken






Akhirnya , setelah menunggu lebih kurang 10 minit . Pizza pilihan YY pun siap . Nampak yummeh sangat .




Raku Pizza Subang



Raku Pizza Subang

Sedap . Nampak tak Extra Cheese tueee .





Tapi kan , kalau korang rasa cam malas nak buat pilihan sendiri . Korang boleh jugak pilih Pizza Signature yang dah sedia ada . Pun sedap – sedap belaka . Tak Yah pepening nak pilih topping .



Raku Pizza Subang

Fujiyama Sunrice – RM 12.90
Cheese , Egg , Japanese Mayo , Okonomi Sauce , Rice Seaweed and with Choice of Chicken Sausage , Chicken Ham , Karage Chicken or Beef Pepperoni






Raku Pizza Subang

Sakurajima Lava – RM 12.90
Teriyaki Sauce , Cheese , Grill Chicken , Sweet Onion , Onsen Tamago , Japanese Mayo , Shredded Seaweed






Raku Pizza Subang

Americano Sumo – RM 12.90
Cheese , Beef Peperoni , Sweet Onion , Sweet Corn , Wasabi Mayo , Shredded Seaweed






Raku Pizza Subang

o Samurai – RM 12.90
Cheese , Karage Chicken , Sweet Onion , Okonomi Sauce , Japanese Yo , Bonito Flakes , Shredded Seaweed





Menarik kan . Bila dah rasa beberapa Raku Pizza Signature . YY suka Americano Sumo . Rasa Wasabi memang kena dengan tekak YY yang suka makan pedas . Memang lain sangat , selalu kita akan wasabi dengan sushi jer . Kali nie sia boleh jadi sauce untuk pizza .


Raku Pizza Subang




Eh citer kemain panjang . Lupa plak nak bagi tau mana Restoran Raku Pizza nie kan . Terletak di Subang ss15  , kawasan yang pelbagai makanan di jual . Kalau guna waze , cari jer Raku Pizza . Comfirm sampai depan Restoran terus .




Raku Pizza Subang

Kemain seronok anak dara dapat makan Pizza .




Raku Pizza Subang

Sempat anak dara beramah mesra dengan owner Raku Pizza



RAKU PIZZA

80, Jalan SS 15/4d,
SS15, 47500 Subang Jaya,
Selangor, Malaysia .

No Tel : +60 3-5631 2188

Business Hours:
Mon-Sunday (11am-10pm)






Intagram : @RakuPizza





P/S : Terbayang Pizza Wasabi Smile







KFC Delivery #SehatiSejiwa bersama Scha & Awal

Assalammualaikum,



Siapa yang x suka makan KFC kan . Baru – baru nie KFC ada lah buat contest kat Instagram sempena dengan Sambutan Hari Kemerdekaan . Pertandingan yang berlangsung dari 1 Ogos hingga 3 September ini telah menerima jumlah penyertaan yang begitu menggalakkan . Melalui peraduan ini , peserta dikehendaki mengambil gambar secara bersendirian atau berkumpulan beserta pesanan makanan yang di beli melalui KFC Delivery ( hotline : 1300-222-888 atau laman web : www.kfcdelivery.com.my ) mengikut kreativiti memasing . Gambar perlu membawa pengertian “ Sehati Sejiwa “ bersempena dengan tema kemerdekaan tahun ini .




KFC Delivery #SehatiSejiwa bersama Scha & Awal



Dah amik gambar , past tue sila lah muat naik gambar ke akaun instagram atau facebook korang atau laman facebook KFC Malaysia dengan hashtag #KFCDelivery dan #SehatiSejiwa . Pemenang akan dipilih berdasarkan kreativiti dan keaslian dalam mempamerkan produk di dalam gambar beserta slogan menarik .



KFC Delivery #SehatiSejiwa bersama Scha & Awal

The View Rooftop , G Tower



Tiga pemenang utama akan memenangi hadiah wang tunai sebanyak RM 1500 ( Johan ) , RM 1300 ( Naib Johan ) dan RM 1000 ( Tempat Ketiga ) . Manakala 7 lagi akan mendapat hadiah saguhati berupa wang tunai sebanyak RM 200 setiap seorang .



KFC Delivery #SehatiSejiwa bersama Scha & Awal

Pemenang contest KFC #SehatiSejiwa #KFCDelivery




So, malam anugerah yang diadakan di The View G Tower sangat meriah . Malam yang diingati untuk semua para pemenang dan juga kepada semua tetau yang hadir . Macam – macam aktiviti yang menyeronokkan telah diadakan termasuk lucky draw , face painting , pelbagai permainan yang menghiburkan , sessi ramah mesra dengan selebriti jemputan , photo booth dan semestinya hidangan ayam goreng lazat dari KFC .



KFC Delivery #SehatiSejiwa bersama Scha & Awal

Games yang lawak gilerrr . Tahniah Team Scha dua kali menang Smile




KFC Delivery #SehatiSejiwa bersama Scha & Awal

Pasangan Sehati Sejiwa Scha dan Awal .




Pasangan Scha dan Awal memang sangat peramah . Melayan semua yang hadir . Sporting giler plak tue melayan semua tetamu . Siap Awal mintak Izin nak dukung anak dara Nur Qaireen Iman . Almaklumlah , lebih kurang jer baya Lara dengan Qaireen .



KFC Delivery #SehatiSejiwa bersama Scha & Awal

Anak Dara tak reti duk diam .




KFC Delivery #SehatiSejiwa bersama Scha & Awal

Lama tak pi Event , jumpa diorang nie .



KFC Delivery #SehatiSejiwa bersama Scha & Awal

Terima Kasih KFC Malaysia untuk pengalaman manis .




Tak sangka pulak yang YY bertuah malam tue . Dapat lah Voucher Parkson . Harus cari masa nak shopping nanti . Ada yang bertuah dapat barangan KFC , Tiket Wayang dan macam – macam lagi lah . Memang meriah giler . YY memang tak leh nak bergerak sangat , bawak anak dara kan . Bukan dia reti duk diam pun . Nasib ramai yang sudi jadi baby sitter sementara YY nak amik makan dan makan .



KFC Delivery #SehatiSejiwa bersama Scha & Awal



KFC Delivery #SehatiSejiwa bersama Scha & Awal




TERIMA KASIH KFC MALAYSIA



11250201_1673143729584198_7411789510905706479_n


Comot lak aihhh




Hotline  : 1300-222-888





Picture credit to : http://www.feeqsays.com/






YOUTH CALIPH CAMP 2015 KINI KEMBALI !!

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.


Youth Excellent Solutions (YESTeam)

YOUTH CALIPH CAMP 2015 KINI KEMBALI !!

YOUTH CALIPH CAMP 2015 KINI KEMBALI !!


“Wahai anak, jangan berkeras hati. Ambillah pelajaran positif dari kegagalanmu. 
Agar masa depan tidak lagi sulit dihadapi”



YY nak share Program cuti sekolah yang akan diadakan pada 21 - 23 NOVEMBER 2015 bertempat di Nur Laman Bestari, Ulu Yam ini memberi peluang kepada tuan/puan untuk memenuhi masa lapang anak-anak dengan aktiviti-aktiviti yang menarik dan berfaedah. Aktiviti-aktiviti dan modul yang disediakan antaranya IALAH :


· SMART SOLAT  - Mendidik Akhlak & Rohani

· SMART LEADER -  Melahirkan Pemimpin & Bertingkahlaku Disiplin

· JATIDIRI & MUHASABAH - Membimbing Arah Tuju & Memotivasi Diri

· AKTIVITI DALAM KUMPULAN -  Berkenalan & Membina Persahabatan

· CAMPFIRE - Bergembira & Bersantai

· JUNGLE TREKKING -  Menghayati & Menghargai Ciptaan Alam

· NIGHT WALK - Menguji Diri & Positifkan Hati

· PERMAINAN TRADISIONAL - Mengasah Kemahiran Motorik & Mewarisi Tradisi Nenek Moyang





YOUTH CALIPH CAMP 2015 KINI KEMBALI !!

YOUTH CALIPH CAMP 2015 KINI KEMBALI !!



Penyertaan YOUTH CALIPH CAMP 2015 Terbuka kepada :

· 8 - 12 tahun (Dewan Junior Caliph)

· 13- 17 tahun (Dewan Senior Caliph)

Tempat adalah TERHAD bagi 150 orang terawal sahaja..




Lokasi :
YOUTH CALIPH CAMP 2015 KINI KEMBALI !!


HUBUNGI KAMI SEKARANG !!… untuk maklumat lanjut…

Encik Ady ditalian 013-2177726


Insya Allah usaha tuan/puan dalam mendidik anak-anak akan diberkati Allah swt dan semoga anak-anak ini menjadi Khalifah yang Soleh/Solehah serta Cemerlang di Dunia & di Akhirat.


P/S : Jangan lupa mention dapat info dari blog YY , mana tau dapat diskaun Smile










Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Copyright © Yana Yassin Designed by Ms.Azhafizah