Weee ~~ sambung kisah langkawi lagik. Lama bebenor nak habiskan. Dah 3 hari, memacam aktiviti kan. So, sambung kisah check in. Sebelum nie ada kisah di SINI dan SINI . Kitaorang di tempat kat di Hotel Fave Langkawi. Hotel baru yang mula bertapak di Langkawi. Salah satu Hotel di bawah Aston International Hotels, Resort and Residences. Korang kalau biasa pi Negara Indonesia, mesti tahu pasal Aston nie. Hotel diowg selalu cecantik dan harga pun berpatutan.
Fave Hotel terletak di Mukim Padang mat Sirat, 5 minit jerk amik masa kalau nak ke Pantai Chenang. Memang strategik lah tempat nya. Nak pi Underwater World pun leh jalan kaki jer tau. Yang paling best, terutama blogger macam YY nie, mesti lah Wi-Fi Free. Xyah sesusah kalau korang nak online sentiasa. Dalam bilik siap ada TV LCD dengan Astro . Kalau yang memang penonton tegar TV, korang mesti teruja punya. Bilik yang sangat selesa dan sejuk mata memandang.
Bilik yang selesa.
Bilik dengan kelengkapan TV LCD dan Internet Percuma
Bilik Air Bersih
Mempunyai 97 bilik lengkap dengan penghawa dingin yang dilengkapi alat kawalan jauh , tempat tidur dan bilik mandi yang selesa, kunci blik dengan system keselamatan elektronik serta sambungan Internet dan Wifi berkelajuan tinggi secara percuma. Sesuai lah dengan Tagline Hotel Fave ini Fun , Fresh & Friendly .
Ruang Cafe
Kolam renang , boleh berenang
Korang kalau pi langkawi, boleh ler terjah Fave Hotel nie. Memang best dan menarik sangat.
Rate :
Superior : RM 268 nett
Deluxe : RM 288 nett
Fave Hotel
Chenang Beach - Langkawi
Mukim Padang Mat Sirat
Tel : 04-9556600
Langkawi.Favehotels.com
******************************************
Malam ke-2 kami di Langkawi, diadakan PC buat semua rombongan Media. The Best Part is , wakil dari Aston International Mr. Norbert Vas sanggup turun padang dari Indonesia untuk bertemu kami para rombongan. Memang bagus lah. Acara di mulakan dengan ucapan aluan dari Santai Travel En Azlee Halim, kemudian Mr.Lau dari Orient . Termasuk lah amanat dari orang penting Aston International Mr Norbert Vas yang berpengalaman hampir 17 tahun dalam bidang perhotelan.
Bila dah PC kan, mesti ada sessi soal jawab. Memasing boleh tanya soalan sesuka hati kekalu ada kecelaruan atau persoalan di minda tentang hotel , trip atau apa saja yang berkaitan dengan Kembara Media Fotografi. Bila dah selesai acara Press Confrences, dah tentu ler sessi makan2. Memang terbaik lah bila kitaorg di jamu dengan gambing golek, dan pelbagai lagi jenis makanan. Terima Kasih Fave Hotel Langkawi. Siap dapat ole-ole beg comel dari Aston International.
Terima Kasih sekali lagi Fave Hotel Langkawi kerana menyediakan penginapan yang selesa sangat dan makanan yang di jamu turut terbaik. Korang kalau ada peluang pi Langkawi, boleh ler duduk kat Hotel Fave nie yaaa.
Mr. Norbert vas menerima cenderahati dari Santai Travel
Mr. Lau dari Orient menerima Cenderahati dari Wakil Santai Travel.
Orang penting Kembara Media Fotografi
Bila dah PC kan, mesti ada sessi soal jawab. Memasing boleh tanya soalan sesuka hati kekalu ada kecelaruan atau persoalan di minda tentang hotel , trip atau apa saja yang berkaitan dengan Kembara Media Fotografi. Bila dah selesai acara Press Confrences, dah tentu ler sessi makan2. Memang terbaik lah bila kitaorg di jamu dengan gambing golek, dan pelbagai lagi jenis makanan. Terima Kasih Fave Hotel Langkawi. Siap dapat ole-ole beg comel dari Aston International.
Terima Kasih sekali lagi Fave Hotel Langkawi kerana menyediakan penginapan yang selesa sangat dan makanan yang di jamu turut terbaik. Korang kalau ada peluang pi Langkawi, boleh ler duduk kat Hotel Fave nie yaaa.
P/S : Bila tempat selesa, Makan pun sedap. Mesti bahagia kan :))
wah!! sempoinya hotel nih..
ReplyDeleteswimming pool tu stylo la..geram lak nak terjun situ..
ReplyDeleteteringat kat dinner last mlm 2.. nk gila aku mkn cz sedap.ngeh3
ReplyDeletehotel baru ni.... baru siap tahun 2012 ni kalau tak silap..huhu
ReplyDelete