Entri Terkini Yana Yassin

Recent Post no Thumbnail by Bina Blog

Family Day | Owhhh Bertuah nyerrrrrr

Assalammualaikum *__*,

Hari nie YY nak story pasal family dah yang opis YY buat kat Corus Paradise, PD. Idea family day nie datang dari Dato' KPP yang nak pencen dah tahun depan. So, bersemangat lah semua AJK membuat persiapan. Kali nie, setiap yang menjoinkan diri di beri warna kumpulan untuk acara sepanjang family day 2011 nie. Ada kumpulan kuning , oren , merah dan hijau. YY bawak ibu untuk Family Day nie. Maklumlah, ibu suka ja kalau anak bawak jejalan kan.



YY dapat kumpulan kuning. Nama kumpulan pun "Lanchang Kuning". Kitaorg nyer  trademark adalah Lanun. masa perbarisan dan lintas hormat, siap tutup mata sebelah macam lanun hokey. Cuma sayang YY lupa nak take pict ngan Ketua Lanun Tuan Surinder. Betul2 cam lanun dia dress up hokey. Sampai Dato' pun x cam pegawai dia hokiessss.










Bila malam ada majlis yang bertema kan 60-an ( Malam mengusik jiwa ). Puas YY cari baju ala2 60an tau. Payah gak nak cari baju sebab YY yang agak2 tembam ini. hihihihi, dalam fikiran kena cari baju dot dot dot. Kebetulan malam tue YY join acara yang dipertandingkan iaitu 'LINE DANCE'. Patut nyer buat tari ala poco2, tapi kump YY buat ala2 rap dengan lagu po yeah yeah dari kumpulan VE. Apalagi, dapat no last arrr, x menang sebab larikkk tema. Di samping tue ada pertandingan karaoke jugak.






Sok pagi nyer acara bola tampar. pun YY join, sampai lebam tangan sebab bola xde hangin sangat. Sambung plak dengan acara sukaneka. Tengahari lepas check-out, acara penyampain hadiah dan cabutan bertuah sambil lunch. X sangka YY dan Ibu sangat bertuah. Meh layan picture niee.



Tahun depan Dato' kata nak buat lagik , sebelum dia pencen. Hope bertuah lagik. Ahaaaaiii !!!!




kecewaaaa nyerr | gara2 tenet xleh bukaaaaa

Assalammualaikum,

Hari nie di mulakan dengan pagi yang menggeramkan. Ce korunk tgk tweet nie





argghhh, geram nyer. Semalam opis nyer tenet x leh nak buka. Then balik umah pun xleh nak buka gak. Sekali pagi nie perasan tweet nie. Aduh keciwa nyer. Xper lah kan. Xder rezki nama nyer. Hope contest yang kat Maxis berjaya lah tuk tgk Filem "Tolong Awek Aku Pontianak" nieee,...



Padahal umah dengan Wangsa Walk tue dekat giler,... Hurrmmm !!!!

Bila Lelaki Hilang Tulang Rusuknyaaaaa


WANITA: Siapa yang paling kamu cintai di dunia ini?
LELAKI: Kamu!!!
WANITA: Menurut kamu, saya ini siapa?
LELAKI: (Berfikir sejenak, lalu menatap WANITA dengan pasti) Kamu, tulang rusukku.
Kerana Allah melihat bahawa Adam kesepian. Saat Adam sedang lena tidur, Allah mengambil rusuk Adam dan menciptakan Hawa. Semua LELAKI mencari tulang rusuknya yang hilang dan saat menemukan wanita untuknya, tidak lagi merasakan sakit di hatinya...
Setelah berkahwin, pasangan itu mengalami masa yang indah dan manis untuk sementara. Setelah itu, pasangan muda ini mulai tenggelam dalam kesibukan masing-masing dan kelelahan hidup yang ada. Hidup mereka menjadi membosankan.
Kenyataan hidup yang kejam membuat mereka mulai menyisihkan impian dan cinta satu sama lain. Mereka mulai bertengkar dan pertengkaran itu mulai menjadi semakin panas. Pada suatu hari pada akhir sebuah pertengkaran WANITA lari keluar rumah. Saat tiba di seberang jalan, dia berteriak "Kamu tidak cintakan saya lagi!!!".
LELAKI sangat membenci ketidakdewasaan WANITA dan secara spontan juga berteriak "Saya menyesali perkahwinan ini! Kamu ternyata bukan tulang rusukku!!!"
Tiba-tiba WANITA terdiam, dan berdiri kaku untuk beberapa saat.
LELAKI menyesali akan apa yang sudah dia lafazkan, tetapi seperti air yang telah tertumpah tidak mungkin untuk diceduk kembali. Dengan berlinang air mata, WANITA kembali ke rumah dan mengambil barang-barangnya, bertekad untuk berpisah. "Kalau saya bukan tulang rusukmu, biarkan saya pergi. Biarkan kita berpisah dan mencari pasangan sejati masing-masing".
Lima tahun berlalu. LELAKI masih belum lagi berkahwin, tetapi berusaha mencari khabar akan kehidupan WANITA. WANITA pernah ke luar negeri tetapi sudah kembali. Dia pernah berkahwin dengan seorang asing dan bercerai.
LELAKI agak kecewa bila mengetahui WANITA tidak menunggu, sepertinya.
Dan di tengah malam yang sunyi, dia meminum kopinya dan merasakan sakit di
hatinya. Tetapi LELAKI tidak sanggup mengakui bahawa dia merindukan WANITA.
Suatu hari, mereka akhirnya bertemu kembali. Di airport, tempat di mana banyak terjadi pertemuan dan perpisahan, mereka dipisahkan hanya oleh sebuah dinding pembatas.
LELAKI: Apa khabar?
WANITA: Baik... Kamu sudah menemui tulang rusukmu yang hilang?
LELAKI: Belum.
WANITA: Saya akan terbang ke New York dengan penerbangan berikut. Saya akan kembali 2 minggu lagi. Telefon saya kalau kamu berkesempatan. Kamu tahu nombor telepon saya kan ? Tidak ada yang berubah.
WANITA tersenyum manis, berlalu di hujung lafaz "Selamat tinggal.."
Satu minggu kemudian, LELAKI menerima khabar WANITA adalah salah seorang korban Menara WTC. Malam itu, sekali lagi, LELAKI meneguk kopinya dan kembali merasakan sakit dihatinya. Akhirnya dia sedar bahwa sakit itu adalah kerana WANITA, tulang rusuknya sendiri yang telah dengan bodohnya dia patahkan.
Kita menempiaskan 99% kemarahan walau kepada orang yang paling kita cintai. Dan akibatnya adalah penyesalan. Seringkali penyesalan itu datang dikemudiannya, akibatnya setelah kita menyedari kesalahan kita, semua sudah terlambat...
Kerana itu, jagalah dan sayangilah orang yang dicintai dengan sepenuh hati... Sebelum mengucapkan sesuatu berfikirlah dahulu, apakah kata-kata yang kau ucapkan akan menyakiti orang yang dicintai? Kira merasakan akan menyakitinya, sebaiknya jangan pernah dilafazkan. Kerana semakin besar risiko untuk kehilangan orang yang dicintai.
Jadi berfikirlah, apakah kata-kata yang akan dilafazkan sebanding dengan akibat yang akan diterima?? 


SHARING IS CARING

ASTRO Melampau | Jangan Bayar Bil Astro 3bulan


image

KUALA LUMPUR – Kempen pemboikotan Astro bermula hari ini apabila lebih 70 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang diterajui Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) menyeru tiga juta ahli dan penyokong mereka supaya tidak membuat pembayaran bil selama tiga bulan berturut-turut ke stesen televisyen berbayar itu.

Arahan itu turut meliputi pemboikotan terhadap barangan dan pengiklan yang mengiklankan produk mereka di stesen televisyen berkenaan
.
Langkah ini diambil setelah amaran dan rayuan yang dibuat sebelum ini dipandang sepi oleh Astro malah stesen itu dilihat semakin angkuh mempertahankan pendirian mereka.
Pengerusi Majlis Penasihat PPIM, Tunku Azwil Tunku Abdul Razak berkata, walaupun tanpa Astro, pengguna kini masih boleh beralih kepada perkhidmatan Unifi dan juga perkhidmatan menggunakan aerial seperti yang wujud selama ini.

” Kita tak mati tanpa Astro, kita juga bukan nak bermusuh dengan mereka, tetapi kita tidak mahu mereka sesuka hati menekan kita dengan pelbagai bayaran seolah-olah mereka mempunya kuasa mutlak untuk berbuat apa saja sehingga sanggup mengetepikan pandangan pelanggan, termasuk arahan daripada kerajaan sendiri.
” Astro jangan pandang remeh kempen ini kerana kita pernah berjaya dalam kempen pemboikotan beberapa barangan sebelum ini dan kita akan membuktikan sekali lagi ‘kemampuan’ kita pada stesen televisyen terbabit.
” Sekejap lagi kita akan mula menghantar sistem pesanan ringkas (SMS) kepada semua ahli , kempen ini akan berkuatkuasa sehingga Astro akur pada permintaan kita” tegasnya.

Tunku Azwil menambah, dengan memperoleh keuntungan sehingga RM800 juta pada tahun kewangan yang berakhir pada 2010, tidak ada sebab untuk Astro terus menekan pelanggan mereka dengan caj yang melampau.

Astro baru-baru ini mengumumkan bahawa mereka akan melakukan pelarasan terhadap pakej yang ditawarkan berkuatkuasa 11 Julai ini dengan harga langganan diselaraskan bergantung kepada pakej pilihan pelanggan.

Sesetengah pelanggan mungkin mengalami kenaikan sekitar RM1 hingga RM15 sebulan, manakala yang lain pula akan menikmati penjimatan RM4 hingga RM14.95 sebulan.
Bagaimanapun notis mengenai kenaikan bayaran perkhidmatan yang dikeluarkan oleh Astro kepada pelanggannya dianggap tidak sah kerana tidak mendapat kebenaran dari Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) terlebih dahulu, kata Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim.
Dalam perkembangan yang sama, Tunku Azwil berkata, usaha licik Astro juga jika tidak dibendung, akan membunuh masa depan industri penyiaran negara.

” Untuk pengetahuan anda, Astro mengenakan caj iklan yang rendah kepada syarikat yang ingin mengiklankan produk mereka, iaitu sama dengan kadar iklan stesen radio.
” Caj ini sudah tentu tidak boleh ditandingi oleh stesen televisyen tidak berbayar seperti RTM dan TV3,  akhirnya pengiklan akan lari ke Astro secara perlahan-lahan dan kesemua stesen televisyen percuma ini pasti akan mengalami kesukaran untuk bertahan,” ujarnya.

Mengenai pandangan yang mengatakan pihak Astro terpaksa menaikkan kadar cajnya disebabkan program berkualiti yang disediakan, Tunku Azwil berkata, ia bukanlah alasan untuk menambahkan beban.
Ujarnya, jika itu dijadikan alasan untuk menaikkan harga, ia ibarat satu ‘ugutan’ kepada para pelanggannya.

” Kepada kerajaan, tolonglah bela hak pengguna kerana kita dah ada pelbagai akta seperti Akta Perlindungan Pengguna 1999 dan Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.
” Pengguna muak dengan gelagat Astro yang sudahlah memonopoli pasaran hampir 20 tahun lamanya, mereka juga bertindak berlawanan dengan semangat 1Malaysia iaitu rakyat didahulukan dan pencapaian diutamakan,” 

ujarnya. – OlehSYAHRIL A. KADIR

SUMBER : Mynewshub.my






Cerita Universal Music Night & Suriafm Showcase

Assalammualaikum uolsss ,

Rasa macam lama ja x hupdate kan, maaf sesangat. Makluman mmg mggu nie YY sangat bizi. Hujung minggu nie opis YY buat Family Day kat PD. So, kami telah di beri rumah sukan tuk aktiviti sukaneka dan acara malam barbeque. YY kena masuk tuk bertanding dalam 'LINE DANCE' dan persembahan seksyen. Terkejar2 YY tau, mana nak latihan, mana nak buat hiasan tuk kumpulan. Hope minggu nie ja sibuk, sebab dah lama gak YY x sesibuk camnie. Sampai lewat dari biasa balik umah tau.



Hokey3, YY cuma nak story hasil dari citer ni < SINI > . So, pada hari kejadian menuju lah YY bersama Anis ke Hotel berkenaan. Sesampai ja tgk ramai orang. Ada yg ikut tema 'pirates' , ada gak yang sempoi ja. Meh layan picture ja lah eh. Malam tue showcase habis kul 1pg gak arr. Penutup dari 6ixh Sense yang mmg power giler. Opening dari Ning Baizura. Then Kumpulan Geisha dari Indonesia. Mmg POWER suara vocalis Geisha nie tahu, Agak banyak lah lagu Geisha nyanyi dalam 8 lagu tueee.



Paling sweet bila Siti Sarah ngan Syuib berduet. Maklumlah, dapat hubby Pelawokss kan. Atas pentas pun leh buat lawak lagikkk, semua duk jerit2 'DAFIIII, DAFIII<... hihihihih, pengaruh Maharaja Lawak uolsss. Kemudian ada Meet Uncle Hussein, Ahmad Ahmad, Kugiran di tepi Pantai, Afif AF9,Yazer AF3, Ana Rafali....ada jugak penyanyi yang YY x kenal pun. Acara lebih kepada nak kenalkan artis bawah Universal Music Malaysia.


GEISHA








hokeyy !! sini YY tepek VIDEO duet Siti Sarah ngan Shuib,.. Sweet tau diowng nie. LAGU CINTA ITU NYAWA !!!!



Universal Nights & Showcase 2011 | Thanksss to Ning Baizura

Assalammualaikum *__*,

Hai uolsss, agak lama jugak YY x menghupdate blog kan. Sekarang mood x mari lah. Dah lah kesihatan mamat masih x mengizinkan. Sekarang nie kena muntah2 plak. Makan banyak, then tido. Bila bangun ja, pasti mamat muntah. Agak nyer ubat buat mamat loya kot. Dah lah nak bg makan ubat punyer lah susah. Mamat jgn buat along risau eh.

Opsss !!!! citer pasal mamat plak. Macam xde kena mengena ngan tajuk ja kan. :))), YY tengah senyum lebar sebab bertuah dapat tix ke Universal Nights & Showcase 2011 @ Hotel Crown Plaza Mutiara. Haaa, semua tertanya lah tue camne leh dapat kan. Nie suma gegara Twitter. YY sekarang dah jarang aktif kat FB, lebih layan tweet. Tgh duk lepak YY ternampak tweet from @Ning Baizura




YY pun apa lagik, terus menuju ke official blog @Ning Baizura dan mengemailkan segala butiran yang di perlukan. Saje lah sesuka try, mana tahu YY bertuah dalam 50orang tue kan.



Selepas upacara mengemail, x sampai 10minit past tue YY terima email yang YY dah menang 2tix nak ke Majlis Grand nie. Terus rasa terujaaa tau. Tapi kan ada tema lah plak. Mana ada baju ala2 Pirate nieee. Kalau x ikut tema rasa nyer xpe kot. Kita bukan artis kan. Saje sesuka mengisi masa lapang kan.



# sedang layan ML Ulangan sambil senyum. Terujaaaa wei. 



Siti Nurhaliza | Wataniah lah pulaaaakkkk

Assalammualaikum *__*






Lepas tengok Dato' CT dengan pakaian camginieeee, agak2 ramai x yang nak masuk Wataniah. Adik YY pun pernah join wataniah nie. Kata nyer seronok. Siap blajar menembak lagikkkk. Masuk hutan, dapat cuti tanpa rekod tueee. Ada elaun tau kalau join Wataniah.

Tue jer nak citerrr.
ok, papai.

#5 Wordless Wednesday | Let it remain Wordless

Assalammualaikum *___*,






#4 Wordless Wednesday | Let it remain Wordless

Assalammualaikum ^___^,





Maksud Wordless Wednesday :
 Pada hari rabu, semua blogger post gambar di blog mereka tanpa meletakkan apa-apa description untuk explain gambar tersebut, biar gambar yang menceritakan tanpa korang letak apa-apa penjelasan

XOXO :p





#3 Wordless Wednesday | Let it remain Wordless

Assalammualaikum *___*,



Maksud Wordless Wednesday :
 Pada hari rabu, semua blogger post gambar di blog mereka tanpa meletakkan apa-apa description untuk explain gambar tersebut, biar gambar yang menceritakan tanpa korang letak apa-apa penjelasan

XOXO :p




#2 Wordless Wednesday | Let it remain Wordless

Assalammualaikum *___*




Maksud Wordless Wednesday :
 Pada hari rabu, semua blogger post gambar di blog mereka tanpa meletakkan apa-apa description untuk explain gambar tersebut, biar gambar yang menceritakan tanpa korang letak apa-apa penjelasan

XOXO :p




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Copyright © Yana Yassin Designed by Ms.Azhafizah