Entri Terkini Yana Yassin

Recent Post no Thumbnail by Bina Blog

Persiapan raya 2016 :)

Assalammualaikum,

Morning . Salam 19 Ramadan . Kejap jer masa berlalu kan . Macam baru jer posa , tetibo dah nak raya . Camne persiapan raya korang ???

YY ?? Kandungan sekarang dah 32 minggu . Tak lama dah nak bersalin . Hoiii , kemain payah nak cari baju raya . Semua sebab , YY dah beli kan baju raya anak dara Nur Qaireen Iman awal berbulan sebelum posa . So, bila nak cari naju mak pak yang sama color kemain susah lagi . Al maklumlah , color pilihan En Abah yang jarang orang pakai , color tak femes untuk tahun nie . Jadi agak payah lah nak cari .


Akhirnya , baju si Abah dapatlah jugak . Walaupun color lari sikit . Macam terpekat lah . Tapi baju YY , terpaksa di tempah . Nasib ada yang sudi nak buat kan . Mybe tempahan dah tak banyak , sempat lah tailor nak buat kan baju YY sorang jer . Alaaaa , selai jer pun . Bila ibu call kata , ada yang sudi nak jahitkan . Balik keje terus YY singgah Kamdar . Beli kain . Malam tue jugak hantar kat tailor . Bukan nak buat baju design pepelik pun . Buat baju kurung jer . Hope muat lah kan . Perut makin boyot . 


Alamaaak, padahal YY nak citer pasal lain . Tetiba dah tercita pasal baju raya plak . Ini lah akibatnya kalau lama x update blog . Banyak sgt benda nak citer , sampai celaru . Hahahhahaha, 


Ok lah , nak sambung keje jap . Nanti kita story mory lagi . Daaaa . 




P/S : Tahun nie beraya ngan anak dara jer kot , En. Abah keje .

Ikan Patin Masak Tempoyak Sedap Kini di Wangsa Maju

Assalammualaikum,



Ikan Patin ??? Sape sini yang tak makan Ikan Patin , rugi woooo. Sedap gitueee . Antara Ikan yang menjadi favourite YY kot . Kalau gi pasar , salah satu bahan basah yang wajib YY beli adalah Ikan Patin . Sedap kalau di buat masak tempoyak . Kebetula pulak selera YY , sama dengan En. Abah . Jadi , xde masalah arrr kalau nak masak banyak pun . 



One day , masa YY jengjalan area Wangsa Walk , terperasan lah satu Restoran Ikan Patin yang bernama Restoran Temerloh Catering . Selalu tengok mesti orang ramai . Dalam hati dah niat , satu hari nanti kena try datang nie . Dah nama pun Restoran Temerloh , mesti ikan patin pure kan . Kalau korang alert , mesti korang tau bandar temerloh memang terkenal dengan masakan Patin Tempoyak .


Restoran Temerloh catering

Restoran Temerloh Catering ( Cawangan Wangsa Maju ) 




Dah nama pun rezeki anak kot , tambahan 'adik' Nur Qaireen Iman yang kat dalam perut nie  memang teringin sangat. YY merasa jugak menerjah Restoran yang memang menjadi wishlist YY . Masuk Restoran memang YY dah terpikat , nampak kemas dan bersih . Salah satu yang menjadi faktor kita tak rasa was was nak menjamu selera . Selain dari menu yang diharap menambat selera .



Restoran Temerloh catering

Seperiuk besor koooo Patin Masak Tempoyak



Menu utama , Mesti lah Ikan Patin Masak Tempoyak . Dari pagi tak makan , sebab dah terbayang nak lunch dengan Ikan Patin tau . Ada pulak set ulam - ulaman . Hoiii , memang menambat selera . Sedap . Puas hati . Ikan Patin memang takde bau hanyir langsung . YY dapat tau dari manager Restoran bahawa Ikan Patin Restoran nie memang di bawa khas dari Temerloh . The Best part is , Ikan Patin ini adalah dari Sungai Temerloh sendiri . Itu yang buat Ikan tak hanyir dan segar . 



Restoran Temerloh catering




YY nie bab Ikan Patin takde lah pandai sangat. Bila dah masuk Restoran nie , baru YY tau yang Ikan Patin ada banyak jenis . Dan yang menjadi kegilaan adalah Ikan Patin Buah . Di Restoran Temerloh catering , menyediakan 4 jenis Ikan Patin iaitu Ikan Patin sangkar , Ikan Patin Mas , Ikan Patin Linggi dan Ikan Patin Buah . 



Restoran Temerloh catering



Jangan tanya YY kenapa nama Ikan patin tue camgitueee . YY tak sempat lagi nak belajar bab sejarah Ikan Patin . Yang pasti Ikan Patin Sangkar tue memang asli dari Sungai Temerloh . Ikan Patin yang sedap pulak mesti lah tidak lebih dari 12kg , kalau lebih tak berapa nak sedap sebab pastinya lemak yang lebih . 


Restoran Temerloh catering




Harga Ikan Patin ( Seketul ) :

1. Ikan Patin Sangkar ( RM 12 )
2. Ikan Patin Mas ( RM 20 )
3. Ikan Patin Buah ( RM 29 )
4. Ikan Patin Linggi ( RM 22 )


Korang patut terjah tau , sebab bukan setakat Ikan Patin yang disediakan . Pelbagai lagi jenis lauk pauk disediakan . Bukan setakat Patin Masak Tempoyak , Masak Lemak dan Asam Pedas pun ada gak . Jangan risau , pasti akan menepati selera korang . 


Restoran Temerloh catering


Restoran Temerloh catering



Restoran Temerloh catering

Ikan Kerai Goreng 


Restoran Temerloh catering

ABC Special , Terbaikkkk . 



Lagi satu yang menarik adalah Puding Raja . Salah satu makanan tradisi pahang . YY memang selalu lah nampak ada yang post kat FB , atau tengok kat rancangan TV . Teringin sebenarnya . Dan memang bertuah sungguh bila dapat jugak merasa akhirnya . Memang sedap . Unik . Berbaloi plak bila rasa teringin , dan rasanya memang menepati tekak YY . Satu lagi desert yang pasti akan menjadi kegemaran YY . 


Restoran Temerloh catering

Puding Raja - RM 8.00


Bukan setakat di Wangsa Maju . Restoran Temerloh Catering mempunyai cawangan di Bandar Baru Bangi dan Shah Alam . Boleh lah terjah di mana yang berdekatan ngan korang. Bulan Puasa pun buka tau . Agak - agak nak berbuka dengan kaum kerabat boleh ler booking segera . 


Restoran Temerloh catering

Geng yang sesama menjamu selera . 





Bulan puasa dibuka dari pukul 3.00 petang hingga 9.00 malam .  


Wangsa Maju: (Belakang Wangsa Walk) 
Dibuka setiap hari kecuali Jumaat
Business Hour: 10 pagi sehingga 8 malam

35-G, Kedai D’Wangsa,
Jalan Wangsa Delima 12,
Wangsa Maju, 53300 Kuala Lumpur
03-4141 5044

*********************************************************

Bandar Baru Bangi (Sebelah Bank Islam) :
Dibuka setiap hari kecuali Jumaat
Business Hour: 10 pagi sehingga 8 malam

4 & 6, Jalan 8 / 36, Seksyen 8,
Bandar Baru Bangi, Bandar, Selangor
010-206 9590

***************************************************************

Shah Alam: Dibuka setiap hari
Business Hour: 8.30 pagi sehingga 6 petang

2, Jalan Pahat J 15/J, Seksyen 15,
40000 Shah Alam, Selangor
03-5523 2972




P/S : Sambil menaip , duk terbayang kesedapan Patin Tempoyak . Terliuq . 








Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Copyright © Yana Yassin Designed by Ms.Azhafizah