Entri Terkini Yana Yassin

Recent Post no Thumbnail by Bina Blog

2011 tinggal Kenangan, 2012 penuh Harapan.


Selamat Tahun Baru 2012 semuaaaaaaa,agak banyak kenangan pahit , manis , suka , duka yang YY temui sepanjang 2011. Masa berlalu dengan pantas. Kita x boleh nak pandang belakang lagi. Jadikan semua yang terjadi sebagai pengalaman yang mematangkan.

Tahun Baru jugak menunjukkan umur pun meningkat setahun lagi. Seronok sebab Sepanjang 2011, YY dapat bercuti bersama yang tersayang, berkenalan dengan kawan-kawan di dunia Blog. The best is, YY dapat penghargaan didalam kerjaya YY sekarang. Tahun 2011 nie jugak mmg sukar nak percaya sebab YY dapat banyak peluang tgk wayang free ( Pra-Tonton ) dan bertemu #retisMalaysia.


Percutian di Tahun 2011 antara nyer ke Langkawi , Korea, Kedah, Pulau pinang, Johor, Melaka ,Lumut. Woww 2012 pun dah ada plan cuti-cuti. Yeaaaah, x sabar dah. 

Langkawi - citer lanjut kat SINI

Percutian ke KOREA - Kisah Kat SINI

Selepas 5 tahun berkhidmat di Sektor Awam, Alhamdulillah.

Sambut Besday YY yang ke(ce teka ) di Chili's KLCC. - Kisah kat SINI

Sambut Besday ibu di Malaya Steamboat





Hurrrm, banyak kenangan manis jer nie. Yang pahit, YY dah transform jadi manis. Boleh ke macam tue,muhahhahaha. Xmo ingat benda yang sedih-sedih lah.


So, Selamat Tahun Baru. Moga segala Impian tercapai dan rezeki semakin murah di tahun baru ini dan dikurniakan kesihatan yang baik. AMIN.


p/s : Blog adalah tempat YY berkongsi cerita dan rasa. Harap korang semuaaa ok3 jerk.






Pemenang Juara Idola Kecil 4 | TV9


Weee~~ semalam habis Maharaja Lawak MEGA. Malam nie bakal bertemu dengan Juara Baru Idola Kecil musim ke-4. Ada 6 peserta yang bakal berentap. Abby , Irish , Hairul , Rusil , Shasha dan Fifa. Konsert final Idola Kecil 4 pada malam ini jam 8.30mlm di TV9. Sesama kita nantikan keputusan nya.


SIAPA JUARA IDOLA KECIL 4



Finalist Idola Kecil 4



p/s : haaai, masa zaman YY kanak-kanak dulu xde pun pertandingan nyanyi2 nieee.



Bertemu Lisa Surihani & Yusry di Pra-Tonton Papa I Love U



Wee ~~ nak sambung kisah selepas aktiviti bermain air kat SINI. YY bersiap- sedia plak nak ke pra-tonton Papa I Love U. Alaaah, Filem baru lakonan Lisa Surihani , Mia Sara dan Zaliff Sidek. Filem MIG yang ke-52. Dahsat betul Mejar David Teo keluarkan Filemkan. Tak sunyi panggung. Terbaeik laaaah.

Para Pelakon Papa I Love U, David Teo dan Pengarah Hashim Rejab

Pelakon Utama Papa I Love U

Terima Kasih Cik Nunu tunang si JMR yang sudi bagi tix kat YY. Cik Nunu yang menang contest, YY plak teruja join sama kan. Dari S.alam YY terus menuju ke MBO Subang Parade. Sib baik lah jalan tak berapa nak jem, dan YY pun tak sesat. Maklumlah, nama jer org KL, tapi bila berjalan slalu jer sesat.

Pinjam tiket Fazrol


Kali nie nyer event siap ada makan2 lagi. Dah ler perut mmg lapar. Teruja bila tgk banyak makanan. So, makan dulu dengan Nunu dan Jmr. Ada nasi goreng, Macaroni , Sandwich , Ayam grg semua sedap lah. 


Review Papa I Love U ::

* Kekemian diantara Lisa Surihani dengan Mia Sara memang Tak leh pertikai lagi. Sampaikan, ada babak yang YY mengalirkanair mata bila Mia duk Pujuk Elly ( Lisa Surihani ). Wowww, sib baik panggung gelap.

* Kasih Sayang seorang ayah terhadap anak teserlah bila Zaliff ( Bahar ) berusaha buat yang terbaik untuk anaknya Mia.

* Ada masa,kita sebagai org tua jugak boleh belajar dari orang muda. Macam Mia tunjukkan sesuatu yang betul kepada Papa nya yang hilang arah dalam menguruskan hidup.

* Komedi pun leh tahan, pecah perut gak gelak.

* Air dicincang tak kan putus, Syurga di bawah telapak kaki Papa. :)) 


Hargai lah selagi kita mempunyai ayah.

Bintang 4/5

Filem yang patut tonton. Banyak pengajaran dalam filem nie. Sape yang ada krisis dengan papa, boleh jadikan Filem Papa I Love U sebagai panduan. Sape tak sayang anak kan?

******************************************************************************
Bersama Bakal pengantin

Mia Sara & Zaliff

Rakan blogger : Nisa Kay , Pen Merah , Ujang , Yana , Azhar MIG.

Culik gambar ngan Nunu kat FB MIG Online

Antara Blogger yang YY jumpa malam Pra-Tonton Papa I Love U::



p/s : YY teruja bila dapat kenal dengan rotikaya. Semua gegara kisah rotikaya kat SINI, 



Gambar di ambil oleh : Pen Merah

10 Filem Tempatan Dengan Kutipan Tertinggi 2011


Wee ~~ sebab kan minat tengok wayang. Sini YY nak share 10 Filem tempatan yng mendapat kutipan Tertinggi Tahun 2011. Tahniah buat production tempatan kerna kini mampu menghasilkan karya-karya yang malatooppp.

1) KL Gangster (RM11.74 juta)
Filem arahan Syamsul Yusof yang ketika ini memegang rekod sebagai filem melayu dengan kutipan tertinggi dalam sejarah. Filem lakonan Aaron Aziz dan Adi Putra berkisar permusuhan dunia samseng di Kuala Lumpur ini telah mencatat kutipan RM11.74 juta dan Syamsul Yusof sendiri telah diiktiraf sebagai Pengarah Terbaik untuk arahannya dalam filem ini dalam FFM24. Kejayaan KL Gangster membuktikan filem aksi kini mula mendapat perhatian peminat filem tempatan yang masa satu ketika dahulu dipenuhi genre seram.


2) Ombak Rindu (RM11.2 juta dan masih ditayangkan)
Masih ditayangkan ketika ini namun pencapaiannya mencatat kutipan RM10 juta setelah dua minggu ditayangkan adalah satu pencapaian yang luar biasa hebatnya. Filem arahan Osman Ali yang diadaptasi daripada novel dengan tajuk yang sama hasil nukilan Fauziah Ashari. Menceritakan tentang kehidupan seorang gadis bernama Izzah yang yatim piatu yang kemudiannya jatuh cinta dengan seorang lelaki kaya bernama Hariz. Juga merupakan genre baru yang menarik minat filem tempatan ke panggung setelah sebelum ini dikuasai genre seram.

3) Hantu Bonceng (RM8.53 juta)

Filem komedi seram nampaknya masih lagi mempunyai daya tarikan kuat untuk penonton ke pawagam. Hantu Bonceng diarahkan oleh Ahmad Idham, satu nama yang tidak dapat dipisahkan dengan kutipan box-office. Elemen komedi, aksi dan seram memang tidak dapat dipisahkan dengan pengarah ini dan sekali lagi dia menyuntik elemen tersebut ke dalam Hantu Bonceng. Zizan Raja Lawak dan Juliana Evans digandingkan di layar perak untuk filem yang berkisar mat rempit diganggu hantu wanita yang pernah kemalangan bersamanya. Pastinya Ahmad Idham sudah pastinya tersenyum dengan kutipan lebih RM8 juta untuk filem tersebut.

4) Kongsi (RM8.09 juta)

Shaheizy Sam, itulah nama utama yang menjadi penyebab untuk menarik penonton ke panggung ketika ini. Bintang paling popular itu dilihat sebagai elemen utama untuk Kongsi arahan Farid Kamil mencatat kutipan RM8.09 juta. Kongsi berkisarkan seorang pembunuh upahan dari Thailand yang memegang misi untuk membunuh setiap ketua kongsi gelap di Malaysia dan tidak dinafikan filem yang mempunyai wajah Shaheizy berpeluang cerah untuk berjaya mencatat kutipan box-office.

5) Khurafat (RM8.08 juta)
Khurafat merupakan filem kedua paling berjaya arahan Syamsul Yusof untuk tahun 2011 ini. Ditayangkan seawal bulan Januari dan mencatatkan kutipan lebih RM8 juta. Lantas penggiat filem dan pihak media melihat ia sebagai penanda aras kepada satu perkembangan positif. Dilakonkan oleh Syamsul sendiri bersama Liyana Jasmay, keunikan jalan ceritanya serta imej seram yang begitu efektif menjadi penarik utama penonton ke panggung.

6) Hikayat Merong Mahawangsa (RM6.5 juta)

Filem Terbaik untuk Festival Filem Malaysia ke 24. Filem epik sejarah yang berkisar tentang Merong Mahawangsa yang membentuk kerajaan utama Langkasuka ini diterbitkan KRU Studio dan diarahkan Yusry Abdul Halim. Walaupun berjaya mencatat kutipan RM6.5 juta, ramai yang mengganggap filem ini sepatutnya mencatat kutipan jauh lebih baik dan setimpal dengan bajetnya yang besar. Setiap elemen sama ada daripada segi kostum, prop dan efek kesan khas sememangnya mengkagumkan malah boleh dikatakan setanding dengan kualiti antarabangsa.

7) Nur Kasih The Movie (RM4.93 juta)
Asalnya sebuah drama bersiri TV, namun populariti yang tinggi menyebabkan Nur Kasih diadaptasi ke dalam bentuk filem pula. Hebatnya kisah cinta Adam dan Nur Amina yang menjadi ikutan buat peminat telah membolehkan Nur Kasih The Movie arahan Kabir Bhatia mencatat keuntungan RM4.93. Lebih penting, nama Tiz Zaqyah, Remy Ishak dan Fizz Fairuz kini telah menjadi nama besar dalam industri hiburan di atas kejayaan siri Nur Kasih tersebut.

8) Bini-Biniku Gangster (RM4.71 juta)

Gandingan Shaheizy Sam, Intan Ladyana dan Yana Samsudin dalam Adnan Sempit sememangnya dilihat ada chemistry dan mungkin atas dasar itulah mereka bertiga digandingkan sekali lagi dalam filem Bini-Biniku Gangster. Hasilnya, filem arahan Ismail Bob Hashim ini berjaya mengutip RM4.71 juta dan siapa sangka, filem yang menceritakan kisah seorang lelaki beristeri dua, namun tidak mengetahui yang kedua-dua isterinya itu adalah ketua gangster untuk kumpulan masing-masing adalah hasil garapan skrip oleh Yana Samsudin sendiri.

9) Karak (RM4.28 juta)

Merupakan percubaan pertama KRU Studio menerbitkan filem bergenre seram dan buat pertama kalinya, juara Akademi Fantasia 8, Shahir muncul di layar perak. Inisiatif Yusry Abdul Halim untuk menterjemahkan kisah urban legend di lebuhraya Karak seharusnya dipuji dan tidak lengkap sesebuah filem KRU itu jika tanpa efek kesan khas yang hebat. Karak berjaya mengutip RM4.28 juta dan genre seram dilihat masih merupakan pilihan utama untuk penonton ke panggung.

10) Alamak Toyol

Alamak Toyol diarahkan Ismail Bob Hashim dan dilakonkan oleh Along dan Angah dari Raja Lawak. Baru saja ditayangkan November lalu dan kutipannya dilihat memberangsangkan dengan keuntungan mencecah RM3.74 juta. Kisah dua orang perompak yang melatih toyol belaan mereka mencuri ini sarat dengan komedi ringan dan sepertimana juga genre seram, genre komedi masih merupakan elemen utama penonton di Malaysia.



p/s : semua Filem di atas YY tgk Wayang Kecuali Hikayat Merong Mahawangsa.





SUMBER

Ustaz Azhar Idrus ajak Sambut Tahun Baru 2012 bersama-sama.


Wee~~ Morning. Saehari lagi kita akan menumpuh Tahun Baru 2012. So, sini YY nak bg idea kat mana korang boleh sambut tahun baru dengan lebih bermanfaat. Jadikan permulaan tahun baru dengan ilmu yang mungkin korang x leh lupa sampai bila - bila .




p/s : Ustaz Azhar Idrus pun ramai peminat tau :))




( VIDEO ) | Pesanan Johan Asari a.k.a Botak Juvana untuk Semuaaa.



Sambungan dari kisah di SINI

@MHSplash Party


Marilah kita jadi insan berguna. Jauhi Gangsterism :))


p/s : Drama Juvana bakal di Filem kan. Pasti korang terujaaa kan.




Juara Maharaja Lawak MEGA :)) - Tahniaaaaaaaaah OSBON


Weee ~~ Tahniah buat Juara Maharaja Lawak MEGA kepada kumpulan OSBON   . Mmg diorg lawak dan layak menang. Terbahak YY gelak tgk sengsorang kat rumah. Terapi tuk malam nie layan Maharaja Lawak Final.

Senarai Pemenang


JOHAN

Hadiah Wang tunai RM 350,000 & Trofi


TEMPAT KE - 2 

HADIAH Wang Tunai RM 250,000 & Trofi


TEMPAT KE - 3

HADIAH Wang Tunai RM 150,000 & Trofi


TEMPAT KE - 4 

Hadiah Wang Tunai RM 50,000 & Trofi



p/s : Lepas nie layan Raja Lawak pulaaak.

Keputusan Pemenang Maharaja Lawak Mega - Tahniah.



Weee~~~ Siapakah yang bakal memenangi Maharaja Lawak Mega pertama. Pasti semua teruja menunggu persembahan akhir. Ada sesape yang pergi Stadium S.alam ke.YY menonton kat rumah jer lah. Bakal menonton sesambil melipat kain yang berbakul-bakul tak berlipat nie. Konon2 sibuk sangat lah tueee.

YY rasa macam OSBON dan BOBOI yang akan jadi saingan terhebat. SAEHU ngan SYOK pun boleh tahan gak lah. Tema malam Final adalah BEBAS dan MUZIKAL. Aaron Aziz plak akan jadi juri jemputan. Wowww !!! kalau dapat tgk live,mesti best nie.

BOBOI

OSBON

SAEHU

SYOK

Sape pun menang, TAHNIAH di ucapkan. Pemenang bakal menjadi juri Tetap Raja Lawak 6.
Waaah !! x sabar pulak lepas nie nak tunggu aksi JOZAN sebagai Hos Raja Lawak.




p/s : YY berpeluang jumpa dengan OSBON masa kat SINI .



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Copyright © Yana Yassin Designed by Ms.Azhafizah