Entri Terkini Yana Yassin

Recent Post no Thumbnail by Bina Blog

Pak Yus Dalam Kenangan .

Assalammualaikum,



Sedih dan peritnya sebuah kehilangan . Sedih sungguh tengok rancangan Juara Parodi Pak Yus Dalam Kenangan . Orang baik – baik memang Allah sayang lebihkan . Al – Fatihah buat semua yang telah pergi meninggalkan kita .



alfatihah




Malam ini

Buat pertama kalinya
Aku melihat teman2 mu
Meronta-ronta
Mencari gurauan
Mencari tawa

Malam ini
Aku saksikan sendiri
Temanmu mengalir air mata
Bukankah teman2 mu pelawak dan penghibur?

Malam ini
Aku memerhati wajah2 itu
Termenung,
Entah apa di cari
Entah apa yang diralatkan
Atau di kilafkan

Malam ini
Mereka menyorok sebak
Di hati..
Menipu diri sendiri
Bahawa mereka benar ada..
Ada di dalam hati .

Tuhan kami pasrah
Bahawa kami juga akan pergi

Al fatihah


P/S : Al- Fatihah buat arwah ayah.

Murahnyaaa Empire Steamboat , Cyberjaya

Assalammualaikum,



Steamboat . Memang favourite YY . Nak jadi citer , masa memula YY kenal En. Abah . YY pernah bawak dia pi makan steamboat dengan BFF . Terperanjat dia tengok YY makan banyak . Hhahahhaha, nama pun buffet , harus lah makan dengan bersungguh – sungguh .



So, bila dapat tau ada steamboat baru bukak di Cyberjaya. Apa lagi , mari lah kita terjah . Kita kena cuba memana steamboat yang ada . Bila kat Cyberjaya , kena lah pi weekend , tak sempat pulak kalau nak pi weekdays kan . Pagi Sabtu , dengan anak dara . Angkut sekali ibu kita menuju ke Gem In Mall , Cyberjaya . Kalau ikut waze , dari rumah ke Cyberjaya cuma 40 minit .



Empire Steamboat , Cyberjaya




Sesampai jer , terawal plak . Kalau ikut booking pukul 11.30 pagi . jengjalan lah kejap dalam Gem In Mall yang xde apa pun sebenarnya . Ada Gym , dan ada beberapa tempat makan . Ingatkan Mall nya besor , rupanya kechik jo . Xde apa yang menarik pun .




Empire Steamboat , Cyberjaya




Cukup masa , kita menuju ke Empire Steamboat . Terletak di Ground Floor . Kalau masuk dari Pintu Utama memang terus nampak Restoran Steamboat nie . Ada pelbagai pilihan makanan steamboat dan korang boleh pilih nak buffet atau ala carte . Macam – macam pilihan ada . Ada seafood , ada desert , ada dim sum , ada buah – buahan , ada spagheti , ada otak – otak , ada chicken wing dan banyak lagi lah . Kalau pilih Buffet , boleh makan sampai lebam .




Empire Steamboat , Cyberjaya




Empire Steamboat , Cyberjaya



Empire Steamboat , Cyberjaya




Empire Steamboat , Cyberjaya



Tempat selesa , siap ada bahagian untuk anak bermain sesambil yang tetua menjamu selera . Xde lah banyak sangat iklan berlaku bila tengah makan kan .



Empire Steamboat , Cyberjaya


Selesa , memasing dengan periuk sup pilihan sendiri . Nak Sup Tom Yam atau Ayam . Xpayah nak share seperti di kebanyakan steamboat .





Empire Steamboat , Cyberjaya 


Korang leh kawal sup dengan klik klik ajer . Senang betul . Nak bagi sup korang menggelegak , buh 3 . Nak kurang buh 1 . Kalau agak- agak nak bagi rehat , xmo masak apa – apa  OFF dulu .




Empire Steamboat , Cyberjaya


Sambil makan , anak korang boleh bagi diorang bersuka – ria bermain di bilik permainan . Bebudak seronok , mak budak pun boleh makan dengan seronok .




IMG_0768[1]

Nampak tak tudung merah tue , ibu tengah makan . Sebelah jer tempat anak dara main .




IMG_0778[1]

Beria Tok Wan layan cucu .




IMG_0764[1]

Seronok anak dara



YY puas hati dengan suasana Restoran , Cuma ada masalah lalat sikit . Sian pulak tengok pekerja Empire Steamboat duk halau lalat . Bahagian seafood pulak , semua ok kecuali udang dan ketamnya tak berapa fresh . Ada dapat yang dah berbau sikit , maybe stok lama . Yang lain semua ok . YY suka dim sum, dan desert . Sedap .



IMG_0788[1]

Apa intai - intai tue anak dara


IMG_0794[1]

Dengan Staff Empire Steamboat yang ramah




IMG_0791[1]

Kusyuk Ibu dapat makan Steamboat


IMG_0799[1]

Harga


Waktu: 11.30 pg hingga 3.00 ptg

Harga: RM 22.90 (Isnin - Jumaat)

Harga: RM 25.90 (Sabtu & Ahad)




Waktu: 6.30 ptg hingga 10.00 mlm

Harga: RM 25.90


IMG_0798[1]

Terima Kasih Empire Steamboat , Cyberjaya .




Alamat :

G.10-G.13,
Gem In Mall, Mutiara Ville, 
Persiaran Sepang, Cyber 11,
63000 Cyberjaya.
[WAZE: GEM IN MALL]




P/S : Harga murah , dari steamboat yang YY biasa pergi .




Hot Fiery Fiest Kenny Rogers Roasters Sedapnyaaaa !!!

Assalammualaikum,



Yuhuuu, nak memperkenalkan Kenyy Rogers dengan menu baru HOT FIERY FIEST yang sedap dan paling YY suka selain dari menu yang biasa korang makan di Kenny Rogers .



Hot Fiery Fiest Kenny Rogers Roasters Sedapnyaaaa !!!




Boleh di dapati dalam 3 pilihan hidangan . Spicy Chicken & Pasta Meal , Spicy Chicken & Pasta Lite Meal , dan Sesame Penne Pasta Meal . Setiap hidangan disediakan bersama Country Style Chicken Soup . Hidangan kali nie sesuai sangat untuk korang yang suka pedas .


Hot Fiery Fiest Kenny Rogers Roasters Sedapnyaaaa !!!

Spicy Chicken & Pasta Meal = RM 23.50 .

Ayam Panggang dengan Sos BBQ Pedas , Sedap kena dengan tekak YY . Chicken Soup yang berasa dan paling best tang Pasta tue . Layan macam dia punya sedap . Unik rasa bijan . Sampai YY mintak resepi wooo . Hhahhahaha, tapi hampa sebab KRR xnak bagi tau rahsia kesedapan Sesame Penne Pasta Meal .



Hot Fiery Fiest Kenny Rogers Roasters Sedapnyaaaa !!!

Spicy Chicken & Lite Pasta Meal = RM 17.90



Hot Fiery Fiest Kenny Rogers Roasters Sedapnyaaaa !!!

Sesame Penne Paste Meal = RM 20.90 .

Sangat sedap . Kena dengan selera YY . Rasa Bijan Pasta yang Unik .




Hot Fiery Fiest Kenny Rogers Roasters Sedapnyaaaa !!!

Spicy Chicken ( ala carte ) = RM 13.90



Ayam panggang bersos BBQ yang pedas , ditambah dengan Country Style Chicken Soup , dan Sesame Penne Pasta Meal yang kaya dengan vitamin dan mineral melengkapkan hidangan yang malatopsss dikenali sebagai hidangan HOT FIERY FIEST .



Hot Fiery Fiest Kenny Rogers Roasters Sedapnyaaaa !!!

Korang boleh add on side dish dengan hanya RM 1.99 . Maksimum 3 side dish .



Promosi HOT FIERY FIEST bermula 9 November sehingga di beritahu kelak . Cecepat lah korang terjah Kenny Rogers berdekatan eh . Sebelum korang menyesal . Hahhahaa, drama sangat kan .



Hot Fiery Fiest Kenny Rogers Roasters Sedapnyaaaa !!!

Sebelum Ibu makan , Kena bagi anak makan dulu kan kan kan kan .




Hot Fiery Fiest Kenny Rogers Roasters Sedapnyaaaa !!!

Muka happy anak dara dapat makan aiscream . Terima Kasih Abam Zul dan Kak Anis dari KRR .




Hot Fiery Fiest Kenny Rogers Roasters Sedapnyaaaa !!!

Abam Zul KRR tengah bagi ‘ceramah’ sikit pasal HOT FIERY FIEST




Instagram : KRR Malaysia



P/S : Tadi pi makan KRR lagi , tapi lupa pulak nak snap gambor . Sedap bebenor .





Vee Guard Foam atasi masalah Keputihan dan Kegatalan

Assalammualaikum,



Hari nie YY nak share dengan korang satu produk yang aummmm . Bau harum , senang digunakan . Sejuk dan nyaman gitue . Sesuai untuk wanita yang bermasalah di bahagian intim . Memperkenalkan Vee Guard Foam .



Vee Guard Foam atasi masalah Keputihan dan Kegatalan



Vee guard foam merupakan pencuci intim wanita yang dirumus khas secara sainstifik dan diluluskan kementerian kesihatan Malaysia untuk kegunaan harian setiap wanita yang inginkan kebersihan dan keharuman diri. Ia dapat membantu mencegah masalah keputihan dan gatal pada bahagian intim wanita.



Dengan bahan – bahan semulajadi , Vee Guard Foam sangat diyakini . Banyak kelebihan yang boleh diperolehi .


KACIP FATIMAH - mengetatkan rahim dan otot vagina yang mungkin kendur akibat bersalin.

PATI SIREH - kebaikan :membantu menegangkan otot tisu dalaman vagina dan juga membunuh bacteria,Kuman serta mengatasi masalah keputihan.

MANJAKANI - mengekalkan kesihatan sistem peranakan wanita. manjakani dikatakan bersifat astringen. berupaya membasmi bakteria dan kuman yang mencetuskan bau kurang enak pada faraj.

SPEARMINT - mengekalkan keharuman di bahagian vagian agar sentiasa segar & harum.





Selepas menggunakan beberapa hari , YY dah jatuh cinta ngan baunya . Harum uolsss . Masalah kegatalan dan kepuithan pun dah berkurangan . Maklum lah , bila dah sampai masa nak ‘datang bulan’ , mula lah berlaku kegatalan dan keputihan . Bila gunakan Vee Guard Foam , YY perasan masalah tue tak berlaku . Kalau tidak , bila nak period jer , comfirm rasa x selesa .



Dah nama pun foam , sangat senang nak guna tau . Korang cuma perlu goncang , picit dan sapu di bahagian intim . Kemudian bilas . Foam lagi senang nak handle , xde lah berciciran cecair bila picit kat tapak tangan .



Vee Guard Foam atasi masalah Keputihan dan Kegatalan

Dalam bentuk buih , senang nak guna . 


Persoalan dan Jawapan yang mungkin bermain di minda korang .



Q&A

Q - Adakah Vee Guard selamat? ada KKM ke?
A - Vee Guard di formulasi dari bahan-bahan semulajadi dan telah mendapat kelulusan Kementerian Kesihatan Malaysia dengan no rujukan NOT150905461K



Q - Saya belum berkahwin lagi. Boleh ke saya guna Vee Guard?
A - Boleh. Vee Guard ini sesuai untuk wanita yang belum berkahwin dari umur 12 tahun hingga wanita yang sudah berkahwin.



Q - Ibu mengandung boleh guna Vee Guard ini tak?
A - Boleh. ibu yang tengah mengandung boleh guna Vee Guard ini dan ibu dalam pantang juga sesuai.



Q - Vee Guard nie cecair ke??
A - Tak. Vee Guard ini dalam bentuk Foam.



Q - Bagaimana cara guna Vee Guard ini?
A - Cara menggunakan Vee Guard ini, awak semburkan Vee Guard Foam ke atas tapak tangan, sapu dan cuci miss v. Bilas dgn air sehingga bersih. Kemudian keringkan dengan tuala kering.



Q - Apakah bahan utama dalam Vee Guard ini?
A - Bahan utama yang terdapat Vee Guard ini ialah pati sireh, kacip fatimah, buah manjakani dan spearmint until kesegaran sehingga 8 jam



Q - Sebotol tahan berapa lama akak?
A - Sebotol Vee Guard tahan selama 20 hingga 30 hari.



Q - Adakah Vee Guard ini selamat digunakan?
A - Vee Guard ini mengandungi ekstrak tumbuh-tumbuhan yg dipilih seperti Sireh, Kacip Fatimah dan lain-lain. Tidak mengandungi bahan-bahan kimia yang terlarang, tiada kesan sampingan yang buruk. Mengandungi PH 5.5, ianya sesuai untuk semua golongan umur.



Q -  Bila boleh guna Vee Guard ini?
A -  Vee Guard ini boleh guna 2x sehari. Di waktu pagi dan sebelum tido.



Q - Saya ada masalah keputihan. Boleh hilang ke? Berapa lama boleh nampak kesan selepas kita guna Vee Guard ini?
A - Masalah keputihan boleh hilang. Kesannya awak akan dapat selepas 3 hari awak guna Vee Guard.



Q - Betul ke boleh kurangkan keputihan?
A - Betul. Hampir 95% pengguna Vee Guard yang mengalami masalah keputihan dan kegatalan dapat dikurangkan.




Vee Guard Foam atasi masalah Keputihan dan Kegatalan




Camne ?? dah terjawab persoalan korang . Nah nak bagi segala kelebihan Vee Guard Foam .


1.merapatkan miss v

2.mencegah kegatalan


3.menghilangkan kegatalan miss v


4.menyelesaikan masalah kelembapan


5.mempercepatkan luka selepas bersalin


6.mengharumkan serta menyegarkan bahagian miss v


7.membasmi kulat serta Kuman bagi mengelakan keputihan



PH 5.5




Vee Guard Foam atasi masalah Keputihan dan Kegatalan


========================================================
harga : 

RM45/55 SS 

========================================================



TESTIMONI

Vee Guard Foam atasi masalah Keputihan dan Kegatalan



Vee Guard Foam atasi masalah Keputihan dan Kegatalan



Vee Guard Foam atasi masalah Keputihan dan Kegatalan




Untuk yang mendapatkan produk Vee Guard ni, korang boleh hubungi :


Whatsapp/Call :

Nur Ain – 0195091982
Ayu Eleena- 0174010645



Instagram : veeguard_hq




P/S : Segar Suci Harum




Cara Halau Semut dengan Mudah dan Berkesan

Assalammualaikum,



Sape ada masalah semut kat rumah . Angkat tangan . YY sejak pindah duk Quarters , memang mengalami masalah semut yang terlampau . Sangat dahsyat wei . Xleh langsung ada sisa makanan , memang semut datang berduyun – duyun . Belum lagi makanan baru masak , letak kejap jer atas meja . Comfirm tentera semut datang menyerang .



Rasa nak nangis tau. Air yang simpan untuk minum pun kena hurung semut . Anak dara , habis bintat – bintat kena gigit . Dah nama pun budak , makan bersepah . Mula lah kena gigit .



Yang paling YY agak terkejut , bila sebungkus maggie . Habis di makan semut . YY nie kekonon nak masak maggie . Amik lah maggie dalam almari , past tue macam pelik plak maggie tue kosong , ringan . Bila YY bukak , habis mee maggie tue kena makan semut . Padahal lobang dia masuk kecik cinocet jer . Hebat semut zaman sekarang makan maggie tau .



Dah macam – macam cara YY buat . Letak kapur lah , letak daun pandan lah , serai wangi pun dah sembur menimbun , tapi tetap x jalan . Doa jangan cakap . Tapi x berhasil .



Akhirnya , teringat dengan satu spray yang YY pernah guna dedulu . Adalah dalam 15 tahun dulu kot . Masa tue guna nak buat halau lipas . So , cecuba lah beli untuk buat halau semut pulak . Tak sangka berjaya wei . Sehari spray , tahan berbulan gak lah semut x datang . Seronok rasa , xde serangan semut lagi . Dan , YY dah share dengan beberapa kengkawan yang ada masalah semut gak .



Alhamdulillah, semua pun dah x kena serangan semut lagi . Spray beli di Cosway . Nama dia Landshield . Spray lipas sebenarnya , tapi berjaya jugak digunakan untuk semut . So, pi lah memana Cosway untuk dapatkan penghalau Semut yang sangat berkesan .




landshield



Nak share satu citer , kan masa buat besday anak dara . Masak memacam , makanan pulak letak kat luar rumah . Rumah kan kecik , so senang makanan letak kat luar untuk memudahkan semua amik makanan . Jiran sebelah umah rupanya dah macam pepelik, tertanya tak kena hurung semut ke makanan letak atas meja camgitue jer . Kawasan rumah YY nie , semua jiran alami masalah semut yang sama cam YY .



Bila datang , siap tanya YY tak kena serangan semut ke ? Apa lagi, YY pun keluarkan spray cosway . Tunjukkan spray yang sangat mujarab menghalau semut . Bukti depan mata , bila kek besday xde pun kena semut . Kalau x , jangan harap lah nak merasa . Semut dah makan dulu .



Ok lah , itu jer citer pasal cara nak halau semut . Harap lepas nie korang tak stress macam YY dulu .





P/S : Pernah cakap ngan En. Abah , umah kita nie dah macam istana semut .




Cara Tindik Telinga Baby Perempuan

Assalammualaikum,



Selepas Nur Qaireen Iman lahir . Dari buat Tahnik , Kemudian Bersunat masa usia 5 bulan . YY telah menindikan telinganya pada usia 7 bulan . Semuanya satu kebetulan . Lepas kepala di cukur masa pantang , pertumbuhan rambur anak dara sangat lambat . Bertabah menunggu nie . Bila dah botak , pi memana orang mesti ingat kan anak dara baby lelaki . Dah pakai baju pink , siap ropol lagi pun orang kata lelaki .



IMG_8463[1]

Kebetulan plak , sampai Tesco terjumpa Yani kawan baik YY masa kat poli dulu . Anak dah 4 wei . Yang sulung nak sama tinggi ngan ibu dia dah . Seronok anak dah berderet . Tue ada hati nak menambah lagi . Good Luck Yani .




Then , ingat lagi masa tue cuti umum , YY lupa dah cuti apa . Sesaje lah berjalan ngan anak dara pi Tesco Kajang . Masa tue pulak dia baru masuk 7 bulan . Lalu kat satu kedai emas nie , kemain ramai orang . Sesaje la tanya , boleh tindik baby ke . Sekali orang kedai emas tue kata boleh , tapi kena tunggu jap sebab orang ramai . Sebab baby kalau nak tindik kena 2 orang sebab tindik serentak . Tak nak bagi terkejut 2 kali .




IMG_8469[1]

Amboi seronok dapat keluarkan .




IMG_8464[1]

Memang kalau berjalan , YY akan letak Car Seat dalam troly .
Senang kalau tetiba anak dara nak tido or menyusu .




Memula pilih dulu subang yang berkenan dan bersesuaian dengan anak dara . Saiz kecik ke, besar ke . Sama jer harga . Sepasang RM 18 dengan tindik . Bila sampai masa nak tindik , memula pegang cam baik . Bila dah pegang kepala macam nak meronta . Dedua orang kedai emas dah standby nak tindik kat bahagian yang dah di tanda dulu . Kang tak tanda , kot salah tempat plak nak tindik .



IMG_8472[1]

Sorang kiri , Sorang Kanan . Kena buat serentak .




IMG_8474[1]

Ada penonton .




Dengan kiraan satu dua tiga , pappppp pistol dah tindik ke telinga . Sebelah ok , sekali sebelah terlari plak . Masa nie anak dara dah melalak . Satu hal plak kena bukak balik yang sebelah lari tue , tindik semula . Berdarah sikit telinga kat bahagian yang bukak tue . Tindik balik cecepat , anak dara masih lagi meraung . Ramai pulak penonton masa tue , yer lah . Jarang kot orang tengok baby yang tindik .



IMG_8475[1] 

Dah selesai , Melalak lah jawabnyaaa.




IMG_8477[1]

Mengadu lah tuee, terkejut yaaa .




IMG_8478[1]

Sedih betul tuee .




Then settle semua , pujuk – pujuk anak dara . Baik pulak diam . Tak sakit kot , mybe dia terkejut jer dengan bunyi tembak kat telinga . Masuk kete , dan dan tue dia tido . Sampai ler ke umah . Alhamdulillah , selesai dengan baik . Benda tak rancang . Abah nya pun x tau yang anak dara dah tindik , x sempat YY nak bagi tau . Bila sampai umah , seronok pulak Abah dia tengok anak dara dah tindik . Baru lah nampak gegurl . Takde lah orang ingat dia lelaki lagi . Syabas anak ibu , 7 bulan dah bertindik .



IMG_8459[1]

Dah Sampai Umah , Muka ada senyum . Nampak tak subang di telinga saya .




Now dah setahun sebulan pun usia anak dara . Betul kata orang , tindik masa baby senang jaga . Hari – hari sapu baby oil jer . Xnak jadi kudis . Then kalau ada rezeki , boleh ler tuko subang emas ya . Sebab memula tindik guna subang silver. YY pun dah tuko subang emas , sebab telinga anak dara luka cam x baik , bila tuko emas baru ok . Nampak sangat ikut kulit ibu dia tak leh pakai barang bukan emas . Gedixss kan .





P/S : Rambut masih kurang , Subang penyelamat . Hahhaha.




Resepi Tauhu Sumbat Daging Simple

Assalammualaikum,

Now kat opis YY setiap hari Jumaat pagi ada jualan breakfast . So , ada lah beberapa meja yang menjual . Projek seksyen untuk cari duit kelab kata nya . Bila Jumaat , adalah pilihan makanan yang berlainan untuk di buat sarapan . Ada gak makanan yang boleh di buat menu lunch terus . Selamat tak yah keluar cari makan . Lagi pun rehat Jumaat kan panjang , boleh arrr kalau nak merayau atau tido . YY ??? dah tentu lah tido . Hahahahahaha.





Ada sekali tue , YY beli Tauhu Sumbat Ayam . Harga 3 Ketul – RM 4 . Siap dengan cili kicap . Memang sedap . Macam tak puas lah makan . Jadi , bila tak puas kena lah repeat buat kat rumah kan . Ini cara YY buat , sebenarnya masak nie kita campak – campak jer . Ikut bahan yang ada kat rumah . Nah , resepi Tauhu Sumbat Daging versi YY . Kenapa daging , sebab muak makan ayam . cehhh !!!



Bahan Tauhu Sumbat Daging / Ayam

Tauhu ( di potong 3 segi ) – kemudian bahagian tengah di keluarkan . Jangan sampai tauhu pecah .
Daging or Ayam cincang ( YY guna brand Ramly Burger )
Bawang Besar ( cincang )
Bawang Putih ( cincang )
Sos Tiram
Daun Sup
Lada Hitam ( Tumbuk Halus )
Telor
Garam

IMG_0595[1]

Tauhu potong bentuk 3 segi . Keluarkan isi tengah .




IMG_0596[1]

Isi tauhu yang dikeluarkan , lenyak bagi hancur .



Cara buat Tauhu Sumbat Daging / Ayam

Cara Masak Inti Tauhu

1. Panaskan minyak , tumis Bawang besar dan Bawang Putih .
2. Masukkan Daging / Ayam cincang
3. Masukkan Tauhu hancur yang telah di keluarkan tadi .
3. Nampak Daging / Ayam macam dah masak, masukkan sos tiram .
4 . Masukkan Lada Hitam dan Daun Sup .
5. Tambah garam kalau rasa Sos Tiram x cukup masin .
6. Gaul rata . Siap .


IMG_0597[1]

Intitauu Sumbat Daging Siap . Macam terbasah sikit .




IMG_0599[1]



Bila bahan inti siap . Sumbat inti di tengah – tengah tauhu . Celop di dalam telor . Dan goreng . Siap . Senang kan .




Boleh makan macam tue saje , atau buat cili kicap . YY memang ada belu Kicap Manis Pedas jenama Mahsuri . Senang tak yah sesusah nak buat cili kicap dah . Guna Kicap Mahsuri nie pun dah pedas . Boleh arrr korang try . Nak masam , tambah limau sikit .


IMG_0601[1]

Siap . Rupa x senonoh sikit sebab first time kan . Alasan . Hahhahaha .




YY buat dalam 6 Keping Tauhu . So Inti macam ada balance . Jadi lebih inti YY buat bubur untuk anak dara . Jimat , xde lah membazir . Alah , kalau x masuk dalam bubur , boleh jer kalau korang nak makan dengan roti .




P/S : Boleh buat untuk Sarapan atau Minum Petang .





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Copyright © Yana Yassin Designed by Ms.Azhafizah