Entri Terkini Yana Yassin

Recent Post no Thumbnail by Bina Blog

Pregnancy 101 : Kerenah Buku Pink Pening arrrrr


Assalammualaikum,


Weee, nak sambung kisah pregnancy sikit . Macam lama senyap kan. Asik citer gi tgk filem jer kan. Kali nie YY nak story kepeningan melayan kerenah si buku pink. Korang pun sedia maklum yang ibu - ibu mengandung yang buat rawatan di klinik ibu dan anak kerajaan kan kena buka buku pink. termasuk lah YY , buka buku pun sebab Hospital Mizan suh bukak. 




Kisah nya, dari usia kandungan 5 minggu , kan YY dah mula buat rawatan kat Hospital Mizan. So, sampai lah usia kandungan 12 minggu baru lah YY buka buku pink. Masa nie memang dapat date appoinment bukak buku tarikh masa dah 12 minggu . Buka buku pun kena buat appoinment tau .



Bukak buku pink kat Klinik Sri Rampai , sebab kisahnya buku pink kena buka di Klinik berhampiran rumah . Bukak buku pun amik masa berejam gak, sebab banyak sangat nurse nak interview. So, dah bukak buku, YY minta nak transfer check up kat Klinik Tanglin dekat ngan opis. So senang lah lepas check up leh masuk Opis kan dekat sikit . So, Klinik Sri Rampai pun benarkan YY buat rawatan di Klinik Tanglin.




Bila YY ke Klinik Tanglin, banyak pulak soalan. Kenapa nak Check up kat Tanglin ? Kenapa tak buat kat Sri Rampai ? Kenapa tak buat jer kat Hospital Mizan . Masa nie YY dah pening . Hospital Mizan tetap suh buka buku Pink . Siap sister kat Tanglin kata , dah g rawatan kat Spital buat apa nak buka buku pink. Bukan nya wajib pun . Orang yang checkup kan swasta mana ada buku pink . Haiyoooo, memang pening sungguh lah . Ok, bila dah kena interbiu memacam , tiba bab jumpa doctor. Doctor plak kata takyah check up kat Klinik, terus kan kat Hospital Mizan jer . Masa nie YY dah suka dah . Pening oiii kepala kejap nak check kat Hospital, Kejap kat klinik . Lagi pun memang YY ada check up kat Hospital setiap 3 minggu . Kang banyak sangat appoinment , jawab nya keje kat spital lah . 




Bila next appoinment di Hospital Mizan , YY bagitau lah doctor yang Klinik kata x yah gi check up kat klinik , sekali Doctor Hospital Mizan kata kena check up kat klinik gak . Sebab dia tak record check up kita kat buku pink tue. Semua ada dalam fail hospital . G pun lepas bersalin Klinik yang buat lawatan ke rumah , Hospital tak gi . So, memang kena check up gak kat Klinik . Haaaa, masa nie YY dah pening . Hospital cakap camginiee, Klinik cakap camgitueee. Siap Hospital Mizan buat surat suh bagi kat Doctor Klinik supaya YY buat check up kat klinik .



Bila YY call klinik bagi tau yang Hospital suh buat gak check up kat Klinik, Klinik still kata x payah . Bila YY kata ada surat dari Doctor, diorang kata simpan dulu . Haiyoooo, camne nie. So, sekarang kandungan dah usia 20 minggu ( 5 bulan ) YY masih belum mula check up kat Klinik. Tapi masih terus kan di Hospital . Cuma Doctor kat Hospital tak tahu yang YY belum lagi buat check up kat Klinik. Jangan kena marah sudah . Macam - macam hal lah dengan buku pink nie. 



Sebenarnya buku pink nie penting jugak walaupun korang checkup kat swasta tak yah buka buku pink . Yer lah, mungkin korang plan nak bersalin kat swasta kan . Tapi , kalau berlaku sesuatu yang tak di ingini . seperti kes yang swasta tak dapat nak handle, pihak swasta akan refer korang ke kerajaan . Masa nie payah jugak lah , sebab kerajaan takde record bulanan rawatan korang . Itu lah penting nya buku pink mengandung.



Memang ada kengkawan YY yang checkup swasta , bersalin swasta tapi masih buat check up kat kerajaan siap buka buku pink. Kata nya untuk persediaan masa depan . Sebab kita tak tau apa jadi kan . X cayer tanya Namee Roslan . tetiba nama Namee kena petik kan .  Dia pun kategori checkup swasta dan kerajaan , bersalin di swasta . 




Ini kisah buku pink YY , kisah buku pink korang plak camne ?? ada tak yang ada masalah sama cam YY ???




P/S : Pengalaman Mengandung nie macam - macam . 






Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Copyright © Yana Yassin Designed by Ms.Azhafizah