Entri Terkini Yana Yassin

Recent Post no Thumbnail by Bina Blog

Review Filem SNIPER | Sinopsis & Trailer


Assalammualaikum,


Filem SNIPER ? Apa yang buat YY teruja nak tengok Filem SNIPER arahan Pierre Andre adalah sebab banyak babak buat kat Flat Pekeliling . Kawasan Perumahan YY membesar dedulu sebelum kami diarahkan pindah supaya pembangunan baru boleh di lakukan. Sedih wooo bila kena pindah dari rumah yang kita lahir dah duk situ.






Sinopsis Filem Sniper :


Filem Sniper menampilkan pelakon-pelakon baru seperti Fadhlan Hazim, Pablo Amirul, Mikail Andre dan Nina Iskandar serta turut menjayakan filem ini ialah Adiba Yunus, Nabil Razali dan Delimawati. Filem arahan Pierre Andre mengisahkan Ahmad lakonan Mikail Andre, Rafi lakonan Fadlan Hazim dan Jim lakonan Pablo Amirul yang terperangkap dalam suatu permainan pembunuhan.


 
Filem Sniper MIG 107

Para Pelakon Filem Sniper 

 
Filem Sniper MIG 124



 
Dengan dibekalkan Sniper dan beberapa butir peluru, mereka terpaksa membunuh antara satu sama lain untuk menyelamatkan diri masing-masing. Tapi siapakah dalang disebalik permainan pembunuhan ini? adakah mereka semua terselamat?



 
Filem Sniper MIG 139

Pablo Amirul



 
Filem Sniper MIG 120

Mikael Andre



 
Filem Sniper MIG 132

Fadhlan Hazim



 
 
TRAILER Filem SNIPER :
 

 
 
REVIEW :

Memula citer jer YY dah membebel dah , apa punya gilerr citer nie. Sesuka nak bunuh orang . Memang orang yang buat permainan bunuh nie giler dan ada sakit mental kot. Bayangkan, kita kena bunuh orang kalau nak selamatkan nyawa sendiri atau orang tersayang . Fuhhh !!! seram jugak hidup camgitue, x senang duduk jadi nya kan.

 
Tapi bab pelakon tue , YY rasa watak Fadhlan Hazim lebih sesuai di bawa oleh Pablo Amirul . Walaupun pelakon baru , Pablo Amirul lebih nampak real ganas dalam misi ‘permainan bunuh’ dan mengawal Sniper .  Sayang bila kemunculan Pablo Amirul kejap bebenor . Skrip plak ada ketika macam x kena pada situasi , babak kemain cemas tapi dialog yang keluar boleh buat orang dalam panggung gelak besar .

 
Filem Sniper sesuai buat korang yang suka dengan Filem Aksi , tembak menembak . Peluru berterbangan sana – sini . Buat hati berdebar – debar gak lah . Kita duk fikir sapa lah yang salah , sape lah yang jahat nie.  Ada ke suka – suka nak bunuh orang . Nak tau sape yang jahat tue, korang kena lah ke panggung bermula 24.04.2014 nie.

 
 
Bintang : 3.5 / 5 Bintang .
 
 
 
P/S : Nyawa Atau Nyawa
 


Pregnancy 101 : Pureen Stock Clearance


Assalamualaikum,


Eh, eh. Korang hujung minggu nie kemana ? YY kan minggu nie banyak plak jemputan majlis perkahwinan . In Sha Allah kalau takde aral YY akan cuba ke majlis bahagia korang dan korang yaaa. 


Dan, Ada lagi tempat yang YY nak tuju . Maklum lah, dah alang - alang ada promotion . Lagi ada murah - murah , mari lah kita reramai terjah . Ini peluang kita nak jimat sikit, sebab time camginie lah selalu nya barangan ada SALE gegiler. Kalau nak tahu giler ke tidok, kena lah terjah kan. Jom, kita dating kat Shah Alam minggu nie :)






Dan


Ada jugak Ekspo Ibu , Bayi dan Anak kat SACC MALL . Korang kalau banyak masa boleh lah terjah dedua sekali. Masih lagi dalam kawasan Shah Alam . 




Ekspo Ibu, Bayi dan Kanak-kanak 

Date/Time : 25 - 27 April 2014, 11am - 9pm 

Venue : Shah Alam Convention Centre, Shah Alam






P/S : Persiapan Mommy To Be :)




Pregnancy 101 : Bersalin dan Rawatan di Hospital Tentera Tunku Mizan


Assalammualaikum,


Hai korang . Nak citer kisah ward Bersalin Hospital Tentera Tunku Mizan, Wangsa Maju . Sepanjang proses kehamilan YY memang mendapatkan rawatan di HATTM bukan lah sebab suami YY seorang tentera , tapi selepas YY buat survey ramai yang kata Hospital Tentera nie bagus bahagian bersalin sebab yang handle pun Doc Pakar.


Bila YY dapat tau yang YY mengandung , masa tue check up kat Spital Al Islam Kg Baru , kebetulan darah YY ada masalah masa checkup tue. So Doc Al Islam ada tanya nak refer hospital mana ,senang citer nanti nak bersalin kat mana. Sekali terkeluar kat mulut YY Hospital Tentera . So Doc buat surat refer ke Hospital Tentera dan suruh YY pergi buat appoinment di O & G kat HATTM .


Hospital Angkatan Tentera Tunku Mizan


Masa YY tau mengandung , kandungan dalam usia 5 minggu. Keesokkan hari nya, YY ke Hospital Tentera konon nak buat appoinment lah kan ,  sekali kena tahan ward. Punca nya darah YY tak ok, kebetulan YY kena batuk teruk dan ada jangkitan kuman di peparu. So di tahan ward selama 9 hari untuk pemantauan doc. Best doc pakar kat ward bersalin nie, senyum jer . Muka manis.. Korang jangan pelik plak sebab Doc di Hospital Tentera nie memang pakai uniform tentera tau . Segak uolssss.







Sepanjang mengandung memang YY checkup di Hospital Tunku Mizan . Sepatutnya kena pi klinik Ibu Anak sekali , tapi sebab kan kerap sangat checkup di Hospital jadi Klinik suh YY checkup kat Hospital jer. Bila dah masuk usia kandungan 7 bulan, baru YY bermula checkup di Hospital dan KKIA. 





Selesa kan Ward di Hospital Tentera nie.







Doctor Pakar pakai Baju Tentera yer uolsss

Now, Doc di Ward Bersaln Hospital Mizan semuanya perempuan . So, xde lah rasa malau or segan kalau dapat doc lelaki kan . Nak tanya soklan pun xde lah rasa segan silu . PPunya kerap YY checkup , sampai ada dikalangan ibu - ibu mengandung dah jadi kawan sebab selalu jumpa. Siap bersalin sama date lagi . 



Inai masih di jari, walaupun dah 4 bulan kawin, gegara pakai inai pokok , Ye ke ???





Salah Satu Sarapan di HATTM 



Yang Pasti , bila masuk ward sepanjang megandung kat Hospital Tentera memang selesa . Bersih . Tak serabut . Toilet cun . Nurse Ok. Doc Ok . Makan sedap . Ward dengan Labour Room sebelah jer , boleh jalan kaki sendiri tak yah nak berkerusi roda bagai masa nak pi bersalin. Maklum lah, masuk ward lama so ramai dah YY tengok yang bersalin , macam – macam ragam . Itu semua pengalaman bagi YY .


Untuk Makluman Lanjut berkenaan Hospital Tentera Tunku Mizan ::

Alamat :
Hospital Tentera Tunku Mizan
Jalan 4/27A
Seksyen 2, Wangsa Maju
53300 Kuala Lumpur

Tel: +603 4145 4200


p/s : Indah nya pengalaman mengandung dan melahirkan 


Bihun Goreng Pertama Kali :)


Assalammualaikum,


Eheem, kejap jer kan dah Khamis. Masa berlalu dengan pantas . Kemain cepat saat - saat yang kita lalui berlalu. So, jangan nak toleh belakang yerr. Hidup perlu di teruskan walaupun apa rintangan berlaku. Eh, apa lah YY membebel kan pepagi nie. 

Sebenarnya setiap kali nak buat entri, YY ada masalah nak mula kan ayat . Tue yang jadi tergendala lama kalau nak buat sesuatu post . Padahal kekadang tue nak citer pendek jer pun. 

YY nak citer ngan korang, sebenarnya sepanjang hidup YY tak pernah buat bihun goreng. Nampak tak , betapa YY nie tak pandai masak sebenarnya. X yakin , takut kang bihun keras ke? kot x sebati ke bihun dengan rencah. 


So semalam, En. Suami dah siap pesan. "Syg, hari nie tak yah masak eh, B xnak makan nasi " . Untuk pengetahuan korang , sejak kawin memang YY balik keje kena memasak, nasi ngan lauk . Sebab En. Suami nie pemakan, dan nak nasi. Kalau kengkawan tanya camne lepas kawin, jawapan YY adalah : sama jer, beza balik keje kena masak. Sebab dulu masa bujang x kisah pun makan ke tidak.


Jadi, bila En. Suami xnak makan nasi, so YY terfikir lah nak buat Bihun goreng . Kebetulan memang ada pun bihun kat rumah, dapat Free sebab beli beras. Resepi ? YY belasah jer. Selepas kelantang , kelentung kat dapur berjaya lah kiranya bihun goreng terhasil . Kosong jer, xde sayur pun. Cuma letak fishcake. 


Dan hasilnya, En. Suami makan dua kali tambah. Alhamdulillah, syukur. Berjaya jugak buat bihun goreng. Alaaah, mesti korang fikir bihun goreng jer pun . Tue pun nak citer. Tapi bagi YY satu kebanggaan . Muhahahhaha, hari nie siap bawak bekal lagi untuk YY dan En. Suami . 



Korang makan apa breakfast hari nie ??




P/S : Jimat breakfast bawak bekal today . 

BENTO LIVE Cara Baru Hilangkan Kebosanan


STICKY POST 24 HOUR

Assalammualaikum,


Hai korang . Buat apa tue. Hari nie YY nak citer ngan korang pasal BENTO LIVE…. sebut bebetul BENTO LIVE tau . Bukan BENTO LOVE .



Apakah itu BENTO LIVE ??


Bento Live TV 100



Bento Live adalah pembekal perkhidmatan talian video yang SAH di Malaysia yang menawarkan streaming untuk video Filem, rancangan TV, Animasi, webisodes dan Trailer dari rangkaian di Amerika Syarikat, Jepun, India, Indonesia dan Malaysia. Ini adalah untuk membuat perubahan kepada industri filem oleh penonton supaya beralih daripada muat turun haram dan memastikan pembikin filem menerima pampasan terbaik yang berhak buat mereka. Setiap kali penonton menonton program di bentolive.com, kebanyakan keuntungan pergi kepada orang-orang yang bekerja keras menghasilkan karya.



Bila YY dapat tau pasal BENTO LIVE nie, memang YY teruja sebab YY memang suka menonton citer memacam. Past tue biasa lah, kekadang kat TV duk ulang – ulang kan. Kebosanan pun melanda . Senang sangat nak register , then korang boleh menonton memacam genre seperti Aksi , Seram , Drama dan Komedi . Citer dari Indonesia pun ada tau .


Bento Live TV 101Bento Live TV 102


Bento Live TV 103



Nampaaak, senang kan nak daftar . So, bila dah daftar baru leh mula menonton . Yang PENTING FREE yerr . Tak Yah nak bayar apa- apa untuk korang menonton cerita pilihan . Pilih jer apa cer yang korang rasa nak tengok . The best part is ada subtitle tau . Boleh pilih nak subtitle English atau Bahasa Melayu . Buat jer lah pilihan korang yer .



Bento Live TV 110



Salah satu citer yang menjadi pilihan YY adalah Weather Wars . Citer pasal seorang yang saintis x puas hati lalu menjadi cuaca sebagai manipulasi untuk menentang kerajaan . Memang psiko gilerrr , siap boleh buat ribut petir bagai . Habis semua musnah . Nak tahu apa jadi ngan saintis psiko tuee, korang kena lah tgk Weather Wars di Bento Live .



Bento Live TV 106

Weather Wars di BENTO LIVE


Bento Live TV 109

Boleh pilih Subtitle yang korang nak .


Diantara Kelebihan yang YY nampak bila Menonton BENTO LIVE di Laptop adalah :

1. Gambar memang cantik, sebab HD tau .

2. Ada pilihan Subtitle .

3. Takde loading Langsung, nak tengok pun tak sakit hati .

4. X de masalah pun nak ulang balik , atau lajukan. Langsung takde masalah.



Eh, kalau korang nak tau . BENTO LIVE boleh jugak di tonton jika korang ada SAMSUNG Smart TV . Memang dah sedia ada dalam Aplikasi di SAMSUNG Smart TV . Dan boleh jugak di tonton di Smartphone Samsung . Auwww, sekarang boleh menonton di mana – mana . Tak yah risau tentang kebosanan lagi . Korang boleh download jer di Samsung Apps Store .


Bento Live TV 112

BENTO LIVE di Smart TV Samsung


Bento Live TV 115

Pilih saje .


Cop jap , kalau korang daftar dan menonton BENTO LIVE sekarang ada contest tau . Contest SHARE and WIN . Senang sangat kan . Berpeluang menang 2 x Samsung Smart TV 40inci setiap bulan .



Cara nya :


1. Daftar Di BENTO LIVE

2. LIKE BENTO LIVE di Facebook Page

3. SHARE BENTO LIVE Contest Post 

4. Beritahu favourite Bento Live movie yang korang dah tgk di contest post .







Best kan , kan , kan . Jom ler reramai kita ke www.BentoLive.Com  . Jangan biarkan hidup anda di selubungi kebosanan . Hahhahaha, ayat kemain kan .


P/S : Menonton dengan penuh ketenangan .


Kisah Pregnancy : Dengan Lafaz Bismillah , #ShahYanaJr is coming :)


Assalammualaikum ,

Selamat Hari Isnin buat korang semuaaa. Macam lama sungguh YY tak buat entry Personel. Dah rasa macam blogger pencen pun yer jugak . Sampai kan janji YY nak bercerita kisah Perkahwinan pun x kesampaian. Semua nyer gegara mood menaip ke laut , dan kemalasan terlampau melanda.


Sebenarnya kan,.. kan... YY nak bagitau korang sesuatu. Haissh tapi macam segan plak. Hurrmmm, sebenarnya kan.. kan... Dengan lafaz Bismillah YY nak umumkan bahawasanya YY sekarang sedang hamil . Iyerrr , YY sedang mengandungkan #ShahYanaJr. Sungguh memang YY tak sangka begitu cepat Allah bagi rezki . Alhamdulillah, YY bersyukur sangat .





YY sekarang dah masuk 13 minggu . Syukur YY tidak mengalami sebarang alahan atau mabuk . Cuma YY mengalami masalah asik lapar , tgh makan pun YY pun rasa lapar lagi . Teruk betul nafsu makan YY. Memang ramai kata ibu mengandung mudah lapar . So, redha jer lah nasib kuat makan sekarang . Dah macam di pam pam tau . so far badan dah naik 4kg. Nampak , kembang kan.


Lagi satu yang YY perasan, YY cepat marah dan cepat jugak nangis. Ada sesaje benda yang buat YY nak marah, lepas tue nangis. Sensitif melampau - lampau sangat . Cam biasa yang jadi mangsa En. Suami . Memula mengandung , berperang jugak lah. Tapi lelama baru lah En. Suami faham, bahawa ini semua adalah gangguan emosi yang YY alami ketika mengandung .



Moga Perhubungan kami kekal hingga ke Jannah.



Macam mana YY tahu mengandung ??



Lepas Majlis Perkahwinan YY bulan 1 , YY rasa macam x sedap badan. So, secara senyap tanpa bagitahu En. Suami , YY beli pregnancy test . Test kat rumah, First time nak buat test, terus kuar double line tapi line ke dua macam kabur . Memang ada tertulis yang kalau kabur kandungan masih baru . Dalam hati macam tak percaya. Sungguh kah nie, bayang kan First Time test terus kuar double Line. 


YY bukan tak percaya sebab tak nak baby, tapi sebab kan dugaan yang macam - macam sebelum kawin, dengan YY memang ada masalah PMS . Jadi, memang YY duk fikir keadaan diri YY macam tak mengizinkan untuk dapat baby seawal ini. YY bersyukur kerana ujian yang datang , memang ada hikmah nya . 


YY tunggu lagi seminggu , dan beli lagi 2 jenis pregnancy test . Kali nie YY test kedua - duanya . Dan ternyata hasil nya adalah double line jugak. Masa nie tak tau nak gambar kan perasaan camne. Nak lompat ke, nak jerit ke. Ntah, memang macam tak cayer. Baru sebulan bertukar status sebagai isteri Allah dah bagi rezki. Ada lah yang kata Bunting Pelamin, #EHYe Ke ?? 





Masa nie YY masih tak citer lagi dengan En. Suami. Nak pergi keje, sampai kat Kem YY sungguh suami tunggu jap, jangan kuar kete. YY  tunjuk kan pregnancy test yang YY dah buat . Memula tue muka En. Suami macam terkejut, past tue terus teruja nak nangis. YY plak masa tue macam risau kot prengnacy test tue silap ke, YY suh En. Suami jangan teruja sangat . Sebab YY nak g Hospital untuk comfirm kan dulu . 


Untuk pengesahan YY telah ke Hospital Kg baru yang sekarang lebih di kenali sebagai Hospital Al-Islam . Dengan ujian yang di lakukan , sah lah YY telah mengandung 5 minggu . Syukur sangat , Alhamdulillah Allah bagi rezki awal. 



Scan masa 5 minggu , tak faham sangat nak tengok .



Bukan YY taknak hebah kan awal kisah YY mengandung nie, tapi yer lah kandungan masih awal . Kita plak x tau apa akan jadi . So, sekarang dah 3 bulan, baru YY berani nak berkongsi kisah gembira nie dengan korang semua . Doakan semua nye selamat yer. Tahun 2014 moga membawa kabar bahagia, 2014 menjadi isteri dan bakal menjadi ibu. 



P/S : teruja bila scan 12minggu , #ShahYanaJr duk menari. Ya Allah, geram tengok.





HARUM MALAM semakin mengancam :)



Assalammualaikum,



Sape tahu apa itu HARUM MALAM ??? Yeahhh YY nak cerita lagi pasal HARUM MALAM niee. Korang pun tahu kan, HARUM MALAM banyak kelebihan. YY pernah cerita pasal HARUM MALAM nie , tapi sebab kan kelebihan dan keistimewa HARUM MALAM yang sekarang dah di botol baru, YY masih nak cerita lagi .





HARUM MALAM 104



Diantara KELEBIHAN HARUM MALAM :
  • membantu menyegar dan menyihatkan badan.
  • mencantikkan dan menaikkan seri wajah.
  • membantu menghilangkan bau badan dan mulut
  • melegakan panas badan.
  • menegangkan payudara.
  • memulihkan rasa rapat.
  • mengencang otot kewanitaan.
  • menghalang bau tidak enak serta gatal-gatal.
  • menambah keharmonian suami isteri.
  • menyihatkan rahim.
  • mencantikkan payudara agar sihat dan montok.

HARUM MALAM 101


Seee, banyak giler kelebihan kan. Dan bukan orang dah kawin jer yang boleh minum tau .

✔ Wanita Berkahwin
✔ Anak Dara
✔ Wanita Berpantang
✔ Sesuai untuk yang menyusukan anak
✔ Sesuai untuk usia 50 tahun ke atas



Semua yang kat atas tue boleh menggunakan HARUM MALAM tau .
 
HARUM MALAM 100

Botol Lama dan Botol  Baru Harum Malam
 
Diantara khasiat HARUM MALAM ::
  • Membantu menyegar dan menyihatkan badan.
  • Mencantikka dan menaikkan seri wajah.
  • Membantu menghilangkan bau badan dan mulut.
  • Melegakan panas badan.
  • Menegangkan payudara.
  • Memulihkan rasa rapat.
  • Mengencang otot kewanitaan.
  • Menghalang bau tidak enak serta gatal-gatal.
  • Menambah keharmonian suami isteri.
  • Menyihatkan rahim.
  • Mencantikkan payudara agar sihat dan montok.
  • Bertenaga dan mengatasi masalah vagina kering
  • Membantu mengetatkan dan menganjalkan vagina
  • Membantu membunuh bacteria dalam saluran kencing serta mengatasi masalah kerap kencing
  • Meningkatkan system tahan tubuh serta menstabilkan hormon
  • Mengurangkan tekanan dan tension
  • Membantu menganjalkan kulit serta tubuh badan dan mengurangkan kedutan


Rasa pun sedap , memang kena lah kat tekak YY . Jom kita minum HARUM MALAM untuk kesihatan diri .

Harga sebotol .. rm33 sm/rm39 ss (not include postage)




Maklumat lanjut di Facebook Masalah Wanita

 
 
P/S : Harum Malam buat YY rasa wangi jer Smile













Carlo Rino ‘Spring Into Summer’


Assalammualaikum,


Perempuan dengan handbag memang tak leh di pisah kan , kan , kan . YY memang banyak koleksi handbag . Tak kira lah murah ke mahal . Jenama ke tidok , janji handbag . Siap boleh tukor – tukor ikut color baju lagi .


So, baru – baru nie YY dapat jemputan ke Fashion Show Koleksi terbaru dari jenama Carlo Rino . Owhhhhh , I is teruja sebab Carlo Rino adalah salah satu jenama yang YY suka. Setakat nie YY dah ada beberaa koleksi handbag Carlo Rino , dan hantaran kawin baru – baru nie pun Carlo Rino gak . Best nya kalau dapat tengok dan memiliki koleksi terbaru Carlo Rino kan.



Carlo Rino 277Carlo Rino 280



Carlo Rino nie mula bertapak pada tahun 1986 . Lama bebenor dah, masa nie YY masih lagi kanak – kanak ribena gituee. Asal dari Singapura dan sekarang dah semakin berkembang pesat di Malaysia , Hong kong , China , Japan , Vietnam , Brunei , Indonesia , Oman , Finland , Saudi Arabia dan banyak lagi masa akan datang .


Carlo Rino 122Carlo Rino 128Carlo Rino 137
Carlo Rino 155Carlo Rino 173Carlo Rino 178
Carlo Rino 190Carlo Rino 222
Carlo Rino 238



Fashion Show yang diadakan kat Pavilion nie, bertema kan ‘Spring Into Summer Fashion’ . Kemain cantik-cantik koleksi terbaru nie. YY duk depan sekali masa Fashion Show, sebab teruja lebih kan . Mata macam nak terjojol tengok semua koleksi handbag dan kasut . Haiyoooo , kenapa lah gojes sangat .


Carlo Rino 241

Happy face lepas tgk Fashion Show , dengan Blogger Kelly



Carlo Rino 246Carlo Rino 249
Carlo Rino 253Carlo Rino 255
Carlo Rino 247Carlo Rino 302

Diantara Koleksi handbag seperti :

VIVA VALENTINE
CITY CHIC
CUT OUT FOR LOVE
R FOR RED
CUTE CARRY ALLS
GRAFFITI GORGEOUS
QUILTED & QUIRKY
SENSATIONAL SLINGS
MINI MUST HAVES



Carlo Rino 258



Carlo Rino 262



Habis roadshow , kitaorang ke butik Carlo Rino di tingkat 4 Pavilion. Paling best kitaorang blogger yang hadir dapat cash voucher RM 300 untuk apa saje barangan Carlo Rino yang ada . Wowwww !!! impian jadi kenyataan  nie. YY baru berangan nak cari handbag baru , sekali dapat pulak peluang best camginie, mahu pitam kejap. Sejam lebih jugak lah YY duk berpusing dalam butik Carlo Rino tue . Al Maklum lah , kata semua gojes kan. Habis semua handbag nak di cuba.



Carlo Rino 297



Akhirnya, setelah punya lama . Sampai pening – pening memilih . YY dapat handbag , kasut dan perfume terbaru Carlo Rino  It’s Me. Eh, korang jangan pelik plak. Dengan voucher YY dapat handbag dengan kasut jer , Perfume hadiah sebab YY terpilih salah sorang yang post gambar handbag di Fanpage Carlo Rino . Memang rezeki YY sungguh , kalau ikut harga asal semua barang dalam RM7++ , tapi rezeki YY dengan voucher RM300 , YY cuma perlu topup dalam RM 27 jer. Tue pun setelah di tolak diskaun untuk handbag dan kasut .



Carlo Rino 307

dapat hadiah Perfume It’s Me Carlo Rino bernilai RM179


Carlo Rino 310

Handbag : RM4++ , lepas diskaun RM 2++
Kasut : RM 129
Perfume : RM 179

Carlo Rino 311Carlo Rino 312

Carlo Rino 313


Korang Kalau minat jugak dengan koleksi Carlo Rino , boleh arr terjah memana butik Carlo Rino . Memang cun melecun koleksi  kali nie. Sale Assistant pun ramah tamah . Layan jer kehendak korang tau . Selamat mencuci mata di Carlo Rino buat korang .



Carlo Rino 308


LIKE FANPAGE : CARLO RINO



P/S : First Time shopping kat Pavilion, feeling sangat Smile



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Copyright © Yana Yassin Designed by Ms.Azhafizah