Entri Terkini Yana Yassin

Recent Post no Thumbnail by Bina Blog

Trafik dan Domain Blog Yana Yassin ???


Assalammualaikum,

Weee~~ sesuatu yang mengejutkan berlaku pada YY uolss. Hari nie macam penat terlebih ja. Maklumm arrr semalam seharian ada event. Sampai 3 event, bekejaran sana - sini jawab nyaa. Tadi sebelum YY tido, sesaja lah kan amik trafik Blog YY minggu nie. Yer lah, untuk diberikan kepada yang berkenaan. Minggu nie trafik dah macam gunung. Pelik tul YY. Memang ada kemusykilan sikit hari tue sebab xde entri baru, dan takde ping apa2, tetiba UV dah sampai 2000UV . Hairan jugak hati YY nie.




Daaaan, bila bangun tido jer. YY tengok Blog macam sesuatu. Awat iklan Nuffnang tak kuar. Then terbaca lah msg dari seseorang. Ngupernya ada orang buat suprise dah tuko kan blog YY dari http://yanayassin.blogspot.com ---------------------------> www.yanayassin.com.





Auwww, teruja uolss, semangat terus nak berblogging. Nie semua gegara YY duk bebel sebab opis dah tak leh buka blogspot. Susah tau nak online kalau semua kena block. Hohohoho, harap lepas nie lebih rajin lah berblogging yaa. Eh, korang yang letak Blog YY dalam list, jangan lupa tukar yerrr. Kang korang ingat YY tak hupdate blog plak.



Serius, kali nie memang YY akan buat Mega Giveaway . Kebetulan lagi 2 minggu ja YY akan pergi bercuti , dan sempena blog dah bertukar domain nie yaa. Ada sesape nak sponsor MegaGA YY ke? boleh lah email ke YY--->> y_2607@yahoo.com ( tajuk MegaGA YY ) . Budget macam bagus nak minta sponsor bagai kan. Muhahhahahhaha. 



Takpe, sape yang sudi lah. YY memang ada kumpul beberapa ole-ole dari percutian YY sebelum nie . Ada dari Korea , Singapore , Pangkor , dan beberapa lagi Negeri. Memang tunggu masa sesuai jer nak buat Mega GA nie. Dan, YY rasa ini adalah masa yang sesuai. Syukur, Alhamdulillah YY dah dapat hasil dari dunia blogging. Terima kasih pada sifu-sifu otai. Korang tahu sape korang kan. I love uolssss lah.



P/S: Banyak asam garam yang tak disangka dalam blogging ngupernyerr. 









Pemenang Celcom Cupcake Challenge @Solaris Dutamas

Assalammualaikum,

wee~~ sebelum nie YY ada lah citer pasal Celcom Cupcakes Challenge siap berpeluang buat cupcake sendiri lagi SINI sempena kita menyambut kemerdekaan kan. So, semalam adalah hari kemuncaknya. Hari di mana finalist di wajibkan membuat cupcake sebijik atau hampir-hampir sama dengan yang telah di upload kat Facebook Celcom Cupcake Challenge. Kesemua finalist seramai 55 orang tue akan memenangi Samsung LG Prada. Wowww, untunglah. 

Punya lah meriah acaranya bila memasing gigih nak design cupcake memasing dengan tema bercirikan Malaysia.


Pemenang Celcom Cupcake  122
Yang pakai apron biru tue semua peserta yaaa, Acara akan dimulakan sebentar lagi.


Pemenang Celcom Cupcake  125Pemenang Celcom Cupcake  127Pemenang Celcom Cupcake  128Pemenang Celcom Cupcake  130
Kesungguhan setiap finalist nak siap cupcake memasing.


Pemenang Celcom Cupcake  142Pemenang Celcom Cupcake  145
Pelbagai aksi untuk menyiapkan Cupcake sampai berlutut pun ada. 
Sampai berlutut pun ada.



Pemenang Celcom Cupcake  157Pemenang Celcom Cupcake  161Pemenang Celcom Cupcake  175Pemenang Celcom Cupcake  160Pemenang Celcom Cupcake  158Pemenang Celcom Cupcake  162Pemenang Celcom Cupcake  165Pemenang Celcom Cupcake  169Pemenang Celcom Cupcake  172
Diantara wajah cupcake berciri Malaysia dari Finalist Celcom Cupcake Challenge. Ohmaaaaiiii, sayang nak makan. Sebab banyak cechantik.



Sebelum nak umum pemenang, adalah persembahan tarian dan nyanyian. Buat semua hati bedebar-debar nak tahu sape pemenang bertuah. Pening jugak kepala juri nak pilih pemenang kot. Hadiah utama RM10,000 dan Samsung SIII uolsss. Seronok nya kalau dapat.

Pemenang Celcom Cupcake  182
Peserta sedang diadili oleh Juri Profesional.
Juri Dato’ Fazley ( Juara Master Chef Selebriti ) , Chef Rose Weiss ( Rancangan Selera TV3 ) dan Chef Sherson Lion ( Rancangan 5 Rencah 5 Rasa )



Pemenang Celcom Cupcake  187Pemenang Celcom Cupcake  195
Persembahan sebelum umum pemenang.


Haaaa, korang nak tahu pemenang kan. Hadiah yang dimenangi adalah :

Pemenang Utama : RM 10,000 + Samsung S3
1st Runner up : RM 5,000 + Samsung S3
2nd Runner up : RM 2,000 + Samsung S3
Saguhati semua Finalist : LG Prada



Pemenang Celcom Cupcake  230Pemenang Celcom Cupcake  602
Pemenang Utama : Vincent Liew


Pemenang Celcom Cupcake  233Pemenang Celcom Cupcake  600
1st runner up – Juneci Siong


Pemenang Celcom Cupcake  222Pemenang Celcom Cupcake  601
2nd runner up – Mac Leong


Pemenang Celcom Cupcake  248
Tahniah kepada pemenang dan semua yang ke peringkat akhir. Korang memang patriotik sangat tau.


Terima Kasih Celcom sebab bagi peluang dekat YY merasakan kemeriahan dalam aktiviti untuk menerapkan nilai-nilai cintakan negara nie. Next time celcom akan buat lagi tau. Korang boleh terjah Facebook Celcom cupcake challenge untuk Maklumat Lanjut.


Pemenang Celcom Cupcake  103Pemenang Celcom Cupcake  140
Sibuk nak try jugak mendesign cupcake.
Tapi memang tak layak ler masuk bertanding. Tak kreatip gituee.







P/S : Rasa cam nak pi amik kursus buat cupcake pulaaak.







Tiger Balm Neck & Shoulder Rub melegakan Ketegangan Leher dan Bahu




Assalammualaikum,

Wee ~~~ sape sini selalu sakit – sakit bahu, atau leher rasa macam tegang semacam .Alah mesti korang biasa kenakan.Tambah plak yang keje duk ngadap computer je, duduk lelama dan kekadang tue buat keje berat yang menggunakan kekuatan bahu. Eceeeeh, macam hebat bebenorkan bunyinya, kekuatan bahu bagai. 


So, apa korang buat eh kalau korang rasa sakit – sakit kat bahu dan kat sekeliling leher korang ?? Ada tue sanggup tahan jer sakit, sesambil tu duk cakap dalam hati alah nanti baik punya. Rehat kejap, nanti ok lah. Punyalah nak jimat duit, maklum lah. Kang kalau pi spa ke, pi urut ke mesti nak kena keluar belanja besarkan. Kekadang tue bukan lah tak de duitkan, tapi sebabkan kerjaya yang sibuk bebenor, manalah ada masa nak pi buat rawatan . Jadi, tahan ajerlah sakit tuee.


Tiger Balm Neck & Shoulder Rub




Haaaa, sekarang korang tak payah nak risau ,keluar belanja besar sebab nak hilangkan sakit – sakit bahu dan ketegangan yang berlaku kat leher korang tue.Kira ini jawapan bagi korang yang nak jimat dan sakit pun hilang.Yeaaaah, mari kita menggunakan Tiger Balm Neck & Shoulder Rub .Penyelesaian yang mudah bagi bahu dan leher korang yang x selesa tuee.



Sekarang terdapat 2 jenis produk Tiger Balm yang baru iaitu Neck & Shoulder Rub Boost dan Neck & Shoulder Rub .Dulu kena tampal-tampalkan sekarang cara mengguna yang mudah dan menjimatkan masa bagi korang yang sibuk bebenor dan takde masa nak pi buat rawatan yang lama kat SPA .Ini adalah produk pertama dan satu – satunya dirumus khas untuk memberikan kelegaan bagi bahu dan leher yang ketegangan.Kira sapu jerk, ia akan menyerap cepat dan melegakan ketegangan yang korang sedang alami. Tidak berminyak ,kira kalau korang sapu pada bahu atau leher korang xde lah rasa semacamkan.Bau pun sedap ja, dah rasa macam korang buat rawatan spa tau. Ada bauan Lavender dan menyegarkan untuk member kekuatan tambahan untuk kesakitan yang terlampau di leher dan bahu.


Nampak tak betapa comel nyer, sebesar hp jer. Senang di bawa kemana-mana.




Dengan Tagline " Massage On The Go " memang sesuailah dengan gaya hidup korang yang sibuk nak cepat selalu. Kira macam sapu, urut2 dan lega sudah.Kira boleh sapu bila – bila masa.Dengan tiub yang berat hanya 50 gram, senang sangat kalau simpan dalam beg korang. Tak berat manakan. Bila bahu dan leher korang rasa tak selesa jerk, apa lagi keluarkan Tiger Balm ibarat tangan ajaib yang sedang mengurut bahu dan leher korang di mana-mana saje. Bentuk tiub nie senang nak pegang dan picit. 


Picit jer, penggunaan yang mudah.




Korang mesti nak tahu sejarah Tiger Balm kan. Alah Tiger Balm ini adalah jenama yang terkenal di dunia dalam mengeluarkan produk yang berkualiti dalam menghasilkan produk yang berkualiti untuk melegakan kesakitan selama hamper satu abad. Tiger Balm Neck & Shoulder  Rub adalah satu – satunya produk yang terdapat dipasaran yang mempunyai formulasi khas khusus untuk sasaran sakit dan ketegangan di otot – otot sekitar bahu dan leher. Kira korang jangan risaulah, memang dijamin kualiti dan keberkesanannya. Diluluskan oleh Kementerian Kesihatan . Negara - negara yang maju pun guna Tiger Balm nie tau seperti Singapura , Hong Kong , Amerika Syarikat dan lain - lain. 


Sebelum sapuan            &          Selepas Sapuan
Kan dah kata, memang tak berminyak



Eh, korang kena percaya apa yang YY bebelkan nie. Sebab, YY sendiri dah gunakan Tiger Balm Neck & Shoulder rub nie tau. Maklumler, keje YY memang selalu buat sakit bahu, ngan leher nie. Yerlah mengadap komputer, then menulis lama-lama.  Kekadangtue, adalahmangsa yang kena urut-urut bagi lega sikit. Tapi, sekarang takyah nak susahkan orang dah. Sapu jerk Tiger Balm Neck & Shoulder Rub, selesaimasa lah. Serius, memang lega habis. 



Kan ada 2 jenis, Tiger Balm Neck & Shoulder Rub .Yang nie bau dia agak wangi macam bau lavendar, dah rasa macam buat rawatan spa. Dan rasa nya tak berapa nak panas sangat berbanding Neck & Shoulder Rub Boost .Yang nie lebih panas dan bau ia lebih kuat dan menenangkan. Kira tak pening pun kalau guna.Kira dua - dua pun puas hatilah.Yang penting tidak berminyakyaaa.



Masih ada keraguan dan kemusykilan ?? Jom terjah Web Rasmi Tiger Balm di www.tigerbalm.com atau boleh telefon jer +603-79660763 ( Isnin - Jumaat , 9am-5pm ) . Tiger Balm nie korang boleh beli di mana – mana farmasi terkemuka dan di Wellness Aeon . 




SPONSOR POST 48 JAM









Celcom PIMP MY RIDE | Pilih Whachuwant SEKARANG .


Assalammualaikum,


Wee ~~~ tengah teruja giler nie. Mana tak nya Celcom pada hari nie jer, di ulang hari ini sahaja akan memberi peluang korang mendapat makeover kereta MTV style . Di make over di ulang sekali lagi yaaa. Korang comfirm tak segan dah nak bawak kengkawan berjalan bersiar-siar dengan kereta korang yang menarik tuee. Giler best, mana boleh lepaskan peluang keemasan nie uolss. Siap dapat masuk satu slot khas dalam rancangan MTV uolss. Yang pertama di ASIA. Kelasss. Ini lah dia "PIMP MY RIDE". . Bukan setakat boleh Make over kereta korang tuee, ada barangan rumah bernilai RM10,000 . *bling *bling, terus mata berpinar duk bayang hadiah yang kebabooooom nie kan.




Camne nak dapat & menang yer uolss. Mesti kening korang dah kerut-kerut acamne lah nak dapat semua cool stuff nie kan. Harus lah dengan Celcom Xpax Whachuwant. Dan ini berlaku pada HARI INI SAHAJA : 24 September 2012. Peluang dari Celcom nie akan buat korang mendapat satu lagi kenangan terindah dalam hidup.


Apa lagi, cepat langgan pakej Whatchuwant pilihan korang. Suka cakap , suka sms , suka surf internet. Semua ada dalam Pakej Whatchuwant. Buat pilihan kesukaan korang. Mana tahu, peluang menang kan. Tuah ayam nampak di kaki, Tuah manusia mana nak tahu kan. Kalau dah rezeki tak kemana. Kalau dah menang, boleh bawak YY naik kete korang tue nanti. Eceeehhh, nak jugak YY nyibuk kan. Muhahahhahha.


6 pilihan Whatchuwant



Langkah 1: Dail * 128 # untuk mengakses menu Whatchuwant
Langkah 2: Pilih Pek Whatchuwant bagi tawaran istimewa. Tekan 1 dan hantar.








Keluarkan telefon korang yang canggih tue, Tekan * 128 # dan Dial . Korang semakin hampir untuk mendapat pilihan whatchuwant seperti panggilan , melayari internet , pesanan ringkas dan pelbagai lagi.


Yeaaah, hanya dengan menekan * 128 # dan Dial, Hadiah bernilai RM10,000 dan PIMP MY RIDE bakal menjadi milik korang. Apa tunggu lagi. Langgan lah sekarang. 


Inginkan maklumat lanjut? Terjah www.xpax.com.my atau ke facebook Xpax di www.facebook.com/Xpaxfb.




JANGAN lepaskan PELUANG memenangi barangan rumah bernilai RM10,000 dan PIMP MY RIDE kereta idaman dengan hanya melanggan Whatchuwant pilihan korang. Cepat dial *128# sekarang . Peluang hanya datang sekali sahaja. Dan HARI INI SAHAJA peluang itu. :)
















Review | Filem Untuk Tiga hari–Sinopsis dan Trailer

Assalammualakum,

Yuhuuu, hai uols. Hari tue kan YY berpeluang ke Malam Gala Filem terbaru Arahan Afdlin Shauki bertajuk “Untuk Tiga Hari” . Filem yang di terbitkan oleh Tarentella Sdn Bhd. yangtelah menerbitkan Filem Lagenda Budak Setan dan Ombak Rindu. Filem yang dilakonkan oleh Afdlin Shauki , Rashidi Ishak , Vanidah Imran dan Ayu Raudhah. Bakal di tayangkan pada 20 September 2012.

UNTUK 3 HARI POSTER

Sinopsis :
Filem nie berkisar kepada kisah sepasang kekasih iaitu Vanidah Imran yang memegang watak sebagai Vee sbagai Ujie bercinta dengan Rashidi Ishak yang memegang watak sebagai Zhafrin sejak dari zaman Universiti lagi. Tapi di takdirkan Zhafrin terpaksa berkahwin dengan pilihan keluarga iaitu Ayu Raudhah sebagai Juwita dan Vee berkahwin dengan Afdlin Shauki yang memegang watak sebagai Armi.

Filem Untuk 3 Hari  001
Pasangan Ujie dan Armi

Filem Untuk 3 Hari  004
Pasangan Zhafrin dan Juwita


Sebelum berkahwin, Ujie dan Zhafrin telah membuat janji untuk berkahwin hanya untuk 3 hari dan kemudiannya akan menuntut cerai. Di sini lah konflik berlaku apabila masing- masing mencari jalan untuk berpisah. Adakah Ujie dan Zhafrin akan bersatu? Apa jadi dengan pasangan masing – masing yang akan di tinggalkan? Itu korang kena tengok sendiri nanti.


Filem Untuk 3 Hari  002Filem Untuk 3 Hari  003
Juwita yang mahu keluar dari rumah dan Ibu Ujie yang dilakonkan oleh Fauziah Ahmad Daud

Filem Untuk 3 Hari  005
Saat - Saat Ujie mahu meminta cerai dari Armi


Trailer :



Review :

Sekali lagi Afdlin Shauki mampu membuat sebuah Filem yang akan buat kita tersentuh hati. Kerana apa yang di gambarkan dalam Filem nie adalah benda yang berlaku di kalangan masyarakat sekarang. Korang akan rasa macam, eh aku pun pernah buat macam tue. Kisah percintaan yang konon nyer sejati, tapi bila di fikir2 balik. Kita hanya mampu merancang tuhan yang menentukan. Apa yang berlaku pasti ada hikmah, dan kita kena bersyukur dengan apa yang ada dan terjadi.  Lakonan Vee seperti biasa bleh buat kita tersentuh dengan kesedihan dan kekecewaan nya, Afdlin Shauki tetap ada unsur humor yang boleh kita tersenyum sendiri melihat gelagat nya untuk memikat hati isteri sendiri.

Watak Ayu Raudah sebagai isteri yang di abaikan suami adakala buat kita rasa amat kasihan kerana bila mencintai sesorang yang kita tidak cinta, kan agak memedihkan. Cuma watak Rashidi agak kureng lah. YY pun tak tahu kat mana silap nya. Sebab bila bab sedih macam tak sampai jerk. Ekspresi tak berapa nak menjadi lah. Sorry Bro, itu pendapat YY yaaa.

Tak semestinya, apa yang kita nak pasti menjanjikan kebahagiaan. Kerana ketentuan dan jodoh semua nya di tangan tuhan. Memang Filem nie akan membuat kita berfikir, kerana benda yang berlaku, memang terjadi di masa kini. Filem yang boleh di tonton untuk semua yang sedang berkasih sayang, yang sedang mancari cinta pun boleh tonton jugak. Kat sini kita boleh belajar macam mana nak mencari cinta.


4.5 / 5 Bintang

****************************************************************


383289_10151147652699323_1910852733_n

Jom layan gambar sekitar Majlis Malam Gala Filem Untuk 3 Hari di GSC Pavillion. Siap ada gimik uolss, 2 pasang pengantin di arak dari luar Pavillion hingga ke GSC. Siap bersanding dan ada Majlis tepung tawar lagi. Memang satu kelainan sesangat. Teruja YY melihat pelamin yang indah di GSC Pavillion nie.




Memula 2 pasang pengantin diarak dari pintu utama Pavilion sehingga lah ke atas di GSC, Pavillion. Kemudian pasangan telah di tepung tawar dan sessi bergambar. Ada pulak sessi potong kek dan persembahan dari artis jemputan seperti Hazama dan Ning Baizura. Memang meriah uolss, Pestime YY pi malam Tayangan Perdana semeriah camginie. Siap ada sanding-sanding bagai. Makan jangan cakap lah, harus lah sedap kan. Memang puas hati.


Pelakon “UNTUK TIGA HARI”

Ahadiat Akashah, Penulis Novel Untuk Tiga Hari.

Diantara rakan artis yang Hadir pada malam Gala Untuk Tiga Hari.







P/S : Sedang Mencari Cinta, #EhYeke.







Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Copyright © Yana Yassin Designed by Ms.Azhafizah