Entri Terkini Yana Yassin

Recent Post no Thumbnail by Bina Blog

( WAJIB BACA ) Cari Lah Seorang Iman .

“Abang..hari tu ingat period dah habis. Ayang dah mandi, dah solat. Tapi hari ni keluar balik..kira period balik ke bang? ”

” Maybe kot. Try search kat google..”

” Dah tapi macam tak paham sangatla bang. Erm, Kak Erma cakap dekat masjid belah pagi ada kuliah muslimat, ada ustazah ajar masalah-masalah macam ni..”
” Buat apa..cari je kat youtube. Banyak kuliah-kuliah dalam tu. Lagipun abang sibuk, mana sempat nak hantar nak ambik kat masjid..”
Dan si isteri terus terdiam. 3 tahun perkahwinan, isu yang sama berulang, si suami pula terus menerus memberi alasan.
Asal kepada seorang wanita adalah pengikut. Ertinya, dia berhajat kepada pemimpin dan pembimbing.
Asal kepada seorang lelaki pula adalah ketua. Ertinya dia merupakan seorang pemimpin dan pembimbing.
Sebab itu dianalogikan suami sebagai imam.
Apa peranan imam dalam solat?
Kita makmum, kan? Apabila selesai dibaca Al-Fatihah, makmum mengaminkan bacaan tersebut. Apabila imam rukuk, makmum ikut rukuk. Apabila imam sujud, makmum ikut sujud.
Bagaimana pula jika imam tersalah rakaat? Atau terlupa dalam bacaan surah?
Makmum menegur. Lelaki bertasbih, perempuan bertepuk. Ada tatacara dan tertibnya.
Analogi ini suatu yang besar jika benar-benar diaplikasikan dalam hidup.
Dalam solat, ada imam dan ada makmum dengan segala tatatertibnya.
Di luar solat, ada ketua dan ada pengikut dengan segala undang-undang dan aturannya.
Begitulah indahnya Islam. Ia datang untuk menjernihkan hidup manusia dan memastikan manusia hidup dalam aturannya yang benar, betul dan tepat.




PERKAHWINAN
Ia bukan perjanjian sehari dua atau sebulan dua. Bukan juga sampai tua.
Ia perjanjian sampai mati.
Justeru, sebelum berkahwin, mesti fahami peranan masing-masing dalam perjalanan panjang tersebut.
Suami terutamanya. Jangan seronok sahaja kerana digelar ketua. Tetapi tidak pula bersedia bersungguh-sungguh untuk menjadi seorang ketua.
Ada tanggungjawab yang besar Allah bebankan seusai lafaz akad nikahmu.
Jangan hanya seronok tersengih-sengih dan bergambar mesra ( kemudian ditayang sehabis bangga di alam maya ) tetapi bab bersuci pun entah ke mana. Haid dan nifas dianggap sebagai ‘bab orang perempuan’ yang tidak perlu diketahui oleh lelaki.
Sebab itu tidak pelik, ada suami menengking isteri bila disoal tentang itu.
” Awak kan perempuan? Hidup dah bertahun-tahun takkan awak tak pandai-pandai lagi bab tu?! ”
Suami yang bertanggungjawab tidak akan mengungkapkan kata-kata seperti itu. Hakikatnya, ia adalah ungkapan alasan bagi suami yang mahu lari dari tanggungjawab.
Bukankah mengajar isteri fardhu ain itu suatu perkara wajib bagi suami?
Bukankah kalau isteri jahil tentang bab-bab haid, nifas, istihadhah dan sebagainya maka suami yang akan menanggung dosanya?
Bukankah menjadi kewajipan bagi seorang suami menghantar isterinya ke kelas agama jika dia tidak mampu mengajar perkara-perkara tersebut?




MENCARI SEORANG IMAM
Tak kacak tak mengapa, sebab lelaki memimpin bukan dengan kekacakan.
Tak kaya tak mengapa, sebab kekayaan bukan asbab hebatnya kepimpinan.
Ada lelaki rupanya tidak kacak, kulitnya gelap tetapi penampilannya kemas dan kefahaman agamanya cukup baik.
Namun ada ramai juga lelaki yang kacak, tetapi rambutnya panjang tidak terurus, pakaiannya selekeh dan tidak langsung menggambarkan ciri-ciri seorang pemuda Islam. Kefahaman agama dianggap perkara remeh.
Saya sebutkan ini kerana saya kira, memilih seorang imam tidak mudah.
Mungkin ramai wanita akan bertanya, bagaimana mahu memastikan dia seorang imam yang baik?
Ada yang merasakan lelaki kaki masjid itu terbaik sebagai imam.
Ada yang merasakan lelaki pandai bertazkirah agama itu terbaik sebagai imam.
Ada juga yang merasakan lelaki ‘berpengajian agama’ itu paling baik sebagai imam.
Saya geleng kepala.
Sungguh. Ia susah kerana sebagai manusia, kita hanya penilai zahiriah sedangkan batiniahnya, hanya Allah yang tahu.
Pun begitu, saya suka mencadangkan.
Sebagai wanita, anda diberi satu tempoh yang istimewa sebelum anda sah bergelar isteri kepada seorang lelaki. Tempoh itu dinamakan tempoh ‘suai-kenal’ atau istilah rasminya , bertunang.
Ramai orang tidak menggunakan tempoh ini sebaik mungkin. Ada yang belum apa-apa, sudah meletakkan ‘sepenuh ketaatan’ kepada si tunang. Ada yang melayan borak siang malam sampailah kepada bertemu di taman dan tengok wayang.
Jangan tiru tabiat-tabiat seperti itu. Bukan sahaja agama mengatakan ia sebagai tidak baik, bahkan akal juga mengatakan demikian.




MANFAATKAN TEMPOH BERTUNANG
Itulah satu-satunya tempoh terbaik untuk anda menguji sejauh mana si lelaki mampu menjadi imam kepada anda nanti.
Menguji itu tidak salah. Gunalah pelbagai method yang ada. Jangan mengintip dia di bilik tidur sudah.
Antara cara yang mungkin anda boleh gunakan adalah melalui perbincangan.
Jangan lupa, waktu berbincang itu, antara anda dan dia bukan suami isteri. Justeru, tidak ada ‘kewajipan’ sebagai isteri yang perlu anda tunaikan di ketika itu. Demand anda masih tinggi. Anda masih boleh mengatakan ‘tidak’ kepada dia jika tidak kena caranya.
Cara berbincang ini , jika kena caranya, boleh memberi gambaran yang baik adakah si lelaki sudah menepati ciri-ciri seorang imam ataupun tidak.
Malangnya, cara perbincangan ini tidak banyak digunakan dengan betul. Antara sebab utamanya adalah, sudah jatuh hati dan berpendapat, tiada jalan untuk berpatah balik melainkan meneruskan perkahwinan, biarpun tersingkap seribu kekurangan.
Tanpa sedar, ia mencacatkan hikmah sebuah pertunangan.




ASALKAN DIA BAIK ?
Biarlah dia tidak pandai agama pun, asalkan dia baik. Dia sayang saya, prihatin dan saya yakin dia mampu membahagiakan saya.
Alhamdulillah, anda telah menemui seorang lelaki yang baik.
Tetapi kita di sini tidaklah bercakap perihal baik atau tidak.
Sama juga dengan soalan skeptik : habis, orang tutup aurat semua baiklah?
Ustaz Azhar Idrus jawab : belum tentu, tapi orang yang baik mestilah akan menutup aurat.
Ini pun serupa. Bukanlah lelaki yang meremehkan soal agama itu tidak baik, tetapi seorang lelaki yang baik pastilah tidak akan meremehkan soal agama.
Dia pastilah seorang lelaki yang benar-benar mempunyai ciri-ciri seorang imam.
Nah, carilah lelaki jenis itu sebagai suami. Lelaki yang mampu menjadi imam, dalam dan luar solatmu.
Lelaki yang bertegas denganmu dalam hal-hal agama, dan berlembut denganmu dalam hal-hal dunia.
Bukankah dirimu mahukan perkahwinan itu sampai ke syurga? Bagaimana mungkin seorang lelaki yang tidak tahu jalan ke syurga boleh membimbingmu untuk sampai ke sana?
Buatlah pilihan dengan bijak.
Carilah untuk dirimu seorang IMAM, bukan semata-mata seorang jejaka.
Sekian.






Sharing Is Caring



Sumber: SINI










Luahan Hati | Bila Dah Merajuk


Weee ~~~ pagi nie hujan pulak. Seronok nya kalau x keje kan. Boleh tarik selimut tido balik. Ekekekke, berangan lah. Kehidupan seharian perlu diteruskan, bekerja untuk mencari sesuap nasi. Eceeeh, ayat touching lah pulak. Hurrm, lama rasa tak cerita pasal sendiri kan, asyik pasal #retis ja. Maklum lah, lately nie mood nak menaip ke laut lah plak. Di tambah dengan masalah-masalah peribadi yang tak di jangka.

Haa, korang kan. Pernah tak alami kengkawan rapat merajuk sebab tak dapat jumpa or dating or lepaking. The best part is, merajuk sebab tak komen status kat FB. Hurrrm, YY selalu bebenor kena tau, bila BFF merajuk tentang perkara-perkara di atas. YY tak berniat pun nak buat sesape kechik hati, tapi bila dah ramai kawan pun jadi masalah jugak kan. Nak kena bahagi masa lah pulak. Macam - macam kategori kawan nie, kawan sek rendah , kwn sek menengah , kawan belajar , kwn keje , kawan sepermainan masa kechik2 , kawan blogger dan mcm2 kawan lagi lah. Nasib takde kawan tadika, sebab dulu YY tak tadika pun, sian kan. Masa tue family susah, x mampu nak hantar tadika. Tapi nasib baik YY umo 4tahun dah boleh membaca. Kagum tak, kagum taaak. Muhahahhahaha.

So, kepada teman-teman yang berkecil hati dengan YY. Maaf ler yer. Kekadang kita tak perasaan telah mengabaikan orang - orang tersayang di sekeliling kita. Padahal, bila time YY free takde plak yang nk ajak dating , tapi bila dah ada janji. Haaaa, masa tue lah ada jer orang nak ajak kuar. Maaf sesangat tau. 

Bahagia kan bila di kelilingi orang yang sayang kan kita. Harap maklum, ini kisah kawan, teman sahabat. Jangan plak ada yang ingat YY tak sayang keluarga. Darah daging, keluarga mesti lah nombor satu. YY sayang keluarga dan orang - orang di sekelilingi YY sebab memasaing ada kekuatannya buat diri YY.



p/s : Biar Ikhlas berkawan, Baru kita rasa kasih sayang.



Tahniah Liyana Jasmay Bertunang



Wee ~~akhirnya Liyana Jasmay telah bertunang dengan pilihan hati nya Fathuddin Mazlan di kediaman keluarganya di Kemensah Height , Kuala Lumpur. Bakal melangsungkan perkahwinan pada 24 Januari 2013 .

gambar tunang liyana jasmay

liyana jasmay


LJ mengena kan busana rekaan Rizman Ruzaini yang di anggarkan lebih kurang RM 10,000.   Pihak lelaki menghantar 5 hantaran berupa set wangian Gucci Guilty, set telekung, sebentuk cincin, sirih junjung dan cupcake. Hantaran tersebut turut diiringi dengan hiasan tepak sirih sebagai tanda mengikut adat. Sementara itu pihak wanita membalas 7 hantaran berupa senaskah Al-Quran, set butang baju melayu, sebijik kek, sehelai kain samping, biskut, pewangi berjenama Dunhill dan cupcake.



liyana jasmay


Tahniah Dari YY . Moga semua yang di rancang berjalan dengan lancar. Dan hubungan ini berkekalan.










#1 Wordless Wednesday | 11 April 2012 Cuti Umum ??






Tuan/Puan, hebahan pemakluman 11 April 2012 (Rabu) sebagai hari kelepasan am tambahan oleh YBhg. Tan Sri Mohd Sidek bin Haji Hassan, Ketua Setiausaha Negara pada 24 Februari 2012 di Majlis Istiadat Pertabalan Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong XIV Almu'tasimu Billahi Muhibbuddin Tuanku Alhaj Abdul Halim Mu'adzam Shah Ibni Almarhum Sultan Badlishah pada 24 Februari 2012. 






Scha & Awal Bakal Di Ijab kabulkan.

Wee~~~ petang -petang nie jom layan video masa pengumuman perkahwinan Scha dan Awal. 



   





Teater Gerimis Mengundang | Thanks Media Hiburan


Weee ~~~ hari nie seronok bebenor. Sebab YY dapat tix dari media hiburan untuk menonton Teater Gerimis Mengundang. Adaptasi dari Filem Gerimis Mengundang. Lakonan Kamal Adli dan Mikha Tembayong . Penghasilan teater ini adalah untuk menguatkan lagi hubungan serumpun antara Malaysia dan Indonesia melalui karya seni.


Teater Gerimis Mengundang arahan Ahmad Idham Ahmad Nadzri dan dibintangi oleh Kamal Adli,Olivia Jensen dan Mikha Tambayong akan dipentaskan di Istana Budaya, bermula 27 Mac hingga 8 April 2012, diterbitkan oleh Excellent Pictures, ERAMA Creative dan Global Network.

 

Jom lah korang kita sokong tetaer plak. Boleh terjah SINI nak beli tiket Gerimis Mengundang. Feel nonton teater nie lain sangat tau, banyak dah YY tonton tetaer. Maklum, zaman memuda dulu YY memang terlibat dengan bidang teater nie, dan pernah mengelilingi Malaysia untuk satu teater kanak - kanak "Dewi Bunga" . Kalau sesape yang lebih kurang usia YY mesti tahu kot. Bila dah tua nie, pencen dah. Muhahahhaha. Tapi bila tgk kengkawan yang masih aktif jadi penari, kekadang buat YY rasa rindu. 


Nanti lah, ada masa YY story mory pasal pengalaman YY di bidang seni dedulu. Duk berteater , penari dan pernah jugak berlakon secara kecil - kecilan. Indah sunguh memory itu. Now, ada teman- teman yang dah jadi penyanyi , pelakon dan ada jugak yang masih menjadi penari di Istana Budaya.


Ok, sekian.



Rumah Mawi & Ekin Di rompak


Penyanyi Asmawi Ani atau Mawi menerima nasib malang apabila rumah banglonya di sebuah kelab golf di Bangi dekat sini dimasuki perompak bertopeng awal pagi Isnin.
Dalam kejadian kira-kira pukul 4 pagi itu, Mawi,31, serta tiga penghuni rumah iaitu isteri, Nora’Asikin Rahmat (Ekin),33, ibu mertua Mawi, Fatimah Saad,56, dan nenek mereka Salmah Sahar,77, telah diikat oleh empat orang perompak yang memecah masuk melalui pintu dapur rumah.

Anak mereka yang baru lahir pada 28 Februari lalu iaitu, Cahaya Malaika dan orang gaji tidak diapa-apakan.
Kembar kepada Ekin iaitu Nora’Ain Rahmat (Eein) berkata, semasa kejadian semua penghuni rumah sedang tidur sementara Mawi baru pulang dari Johor Baru selepas selesai siri jelajah Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH).
Katanya, perompak pada mulanya mengetuk pintu bilik nenek sebelum bertindak mengikat mereka kecuali orang gaji serta anak kecil sebelum mengarahkan mereka menyerahkan wang dan barang kemas.

 
Picture Kredit : yanmie

“Tiga daripada empat perompak itu memakai topeng dan salah seorang daripada mereka bersenjatakan pedang samurai sambil memaksa semua penghuni rumah menyerahkan barang berharga,” katanya ketika dihubungi mStar Online di sini, Isnin.
Tambah Eein, perompak turut melarikan dompet milik Mawi dan Fatimah, telefon bimbit serta beberapa barang berharga lain yang dianggarkan bernilai RM10,000.

Een berkata, dia bersyukur kerana dalam kejadian itu tiada sesiapa yang cedera.
Sementara itu Mawi tidak dapat dihubungi kerana telefon bimbitnya dan isteri turut dikebas perompak terbabit.




Sumber – Mstar





Irma Hasmie Bertunang | Tahniah Reza Syah Azmeer Dato' Mohd Redzuan



Wee ~~ Akhirnya, setelah di landa pelbagai kontroversi percintaan. Irma Hasmie akhirnya bertunang. Sejuk jer mata memandang sejak Irma Hasmie berhijrah untuk memakai hijab. Satu perubahan positive yang amat baik sekali.

Irma Hasmie Diikat Sehingga Julai Ini 


Irma Hasmie selamat menjadi tunangan kepada ahli perniagaan Reza Syah Azmeer Dato' Mohd Redzuan , 31thn. Irma mengenakan busana biru ni sangat cantik dan pemilihan warna yang lembut sesuai dengan Irma. Busana ni di reka oleh Hatta Dolmat. Irma menerima sebentuk cincin berlian yang di sarungkan oleh bakal ibu mertua Datin Azizah Osman.

 

  

Irma juga menerima tujuh dulang hantaran daripada pihak lelaki berupa buah-buahan, kek, manisan kurma, sejadah,persalinan dan set mandian. Pihak Irma turut berbalas hantaran sebanyak sembilan dulang seperti set mandian, persalinan, manisan, kek, sejadah, pencukur, buku-buku keagamaan dan sireh junjung.


Ini lah Tunangnya Irma Hasmie. #EhYeke

Irma dijangka bakal menamatkan zaman bujangnya pada 1 Julai 2012 .Tahniah2 di ucapkan! selamat pengantin baru in advance :))


sumber picture : rotikaya.com




Peluang kerjaya Dalam PDRM | Jom yang berminat.

Wee ~~ sape minat nak jadi Polis. Pasukan Keselamatan Polis Di Raja Malaysia. Peluang korang nak ramah mesra adalah pada Sabtu nie di Dataran Merdeka Sempena Hari Polis yang ke - 205. 

 


Detail ::

DATANGLAH BERAMAI-RAMAI : 
Sempena Sambutan Hari Polis Ke - 205 Tahun pada ketetapan berikut:

Tarikh: 24 Mac 2012 (Sabtu)
Masa : Mulai 10.00 pagi hingga 1.00 pagi
Tempat: Dataran Merdeka

Pelbagai acara dan persembahan menarik telah disediakan, antaranya pameran PDRM, pertunjukan khas PDRM, persembahan hiburan PDRM dan artis tempatan di samping pelancaran maskot PDRM dan lain-lain agenda yang diaturkan khas untuk tatapan umum.

Luangkan masa anda untuk turut serta bersama kami memeriahkan lagi Sambutan Hari Polis pada tahun ini. JUMPA ANDA DI SANA!!!
 

Polis Diraja Malaysia ( Royal Malaysia Police ) 
KLIK untuk ke Official Facebook PDRM



Dan, peluang nak jadi Polis ::

Permohonan bagi jawatan di dalam Polis DiRaja Malaysia (PDRM) kini boleh dibuat secara online melalui Portal Rasmi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA),www.spa.gov.my mulai 20 Mac 2012.

Calon-calon hendaklah berumur tidak kurang 18 tahun dan tidak lebih daripada 28 tahun bagi permohonan menggunakan kelulusan PMR/SPM/STPM/Diploma/Ijazah Sarjana Muda/Sarjana dan tidak melebihi daripada 35 tahun bagi permohonan menggunakan kelulusan PHD pada tarikh pendaftaran. Sila rujuk pautan : Skim Perkhidmatan PDRM.

Permohonan adalah menggunakan Borang Pendaftaran Pekerjaan di Sektor Awam (SPA8i) yang boleh diperolehi melalui pautan ini :
http://putra3.spa.gov.my/online/BORANGSPA8I

Maklumat lanjut, hubungi talian : 03-2266 8350 / 8344 / 8347. (Unit Pengambilan PDRM)
 





p/s : Peluang kerjaya untuk semuaaaa.





Mydin Buka Cawangan Baru di Alor Setar Kedah | Jom terjah.


Wee ~~ sape suka bebenor shopping. Bila Gaji jer, mesti fikir nak shopping. Terutama beli barang rumah lah kan. Macam sabun ke, syampu ke, ubat gigi ke, dan macam-macam lagi lah. Barang keperluan setiap bulan yang wajib beli kan. Korang selalu shopping kat mana yer?? 

Meh sini YY nak bagi cadangan kat korang. Apa kata shopping kat Mydin. Mydin terkenal dengan barangan harga borong dan murah tau. Boleh terbeliaaak mata kalau korang tengok harga bebarang yang di jual kat mana-mana cawangan Mydin kat Malaysia nie. Korang tahu ke sejarah penubuhan Mydin nie. Haaa, YY nak kasi sikit info kat korang.



SUSUR GALUR 55 TAHUN MYDIN MOHAMED HOLDINGS BERHAD
Mulanya hanyalah sekadar menjual barang-barang permainan dan barangan keperluan di kaki-kaki lima dan pasar malam. Tuan Gulam Hussein, bapa kepada Tuan Mydin Mohamed pada ketika itu gigih mengusahakan perniagaannya di Pulau Pinang sekitar tahun 1940-an. Namun, perniagaannya musnah akibat tercetusnya Perang Dunia ke-2 . 



Selepas tamatnya perang, Tuan Mydin bertekad untuk membangunkan semula perniagaan bapanya dengan membuka kedai pertamanya di Kota Bharu, Kelantan. Di sinilah bermulanya legasi perniagaan syarikat MYDIN, hasil daripada usaha yang gigih serta semangat juang yang tinggi yang dimilikinya.

Setelah 55 tahun penubuhannya, MYDIN kini berjaya memperkembangkan perniagaan dan memiliki sehingga 97 rangkaian perniagaan yang terdiri daripada 18 buah emporium, 8 buah pasar raya besar (hypermarket), 9 buah kedai serbaneka 24 jam (MyMart), 53 buah pasar mini (MyMydin), 6 buah francais (MydinMart) dan 3 buah bazaar. 



********************************************

Haa, camne. Bukan senang tau nak berjaya. Usaha tue penting . Dan kini Mydin membuka Cawangan terbaru nya Pasar Raya Besar Mydin Taman Saga , Alor Setar Kedah. Ini adalah Pasar raya Besar yang ke - 8 , selepas 2 bulan lalu di buka kat Kulai Jaya,Johor. Tahniaaah buat Mydin kerna melangkah lebih maju. Majlis perasmian disempurnakan oleh Tuan Mydin Mohamed, Pengasas dan Pengerusi Mydin Mohamed Holdings Berhad. Turut mengiringi beliau ialah isterinya, Puan Rowshen, Tuan Haji Saduruddin, iaitu adik beliau berserta isteri,  Encik Azmin Saduruddin, Pengurus MYDIN cawangan Utara, dan juga ahli lembaga pengarah yang lain. 


Dijangkakan juga pembukaan MYDIN di sini akan memberi manfaat untuk penduduk dari Perlis, Pendang dan Jitra untuk datang menikmati tawaran harga rendah & borong MYDIN seperti yang dirasai oleh semua pelanggan sebelum ini. Bangunan hypermarket ini berkeluasan  keseluruhannya sebanyak 104,000 kaki persegi, di mana 40,000 kaki persegi adalah merupakan keluasan pasar raya. Manakala yang selebihnya adalah merupakan 22 buah lot kedai dengan berkeluasan antara 96 - 430 kaki persegi dan 18 buah lot bazaar yang berkeluasan 100 kaki persegi. 



MYDIN YANG AKAN DIBUKA
Kejayaan pada hari ini akan diteruskan lagi kerana MYDIN sedang dalam perancangan untuk pembukaan beberapa buah lagi hypermarket baru di pelbagai kawasan seluruh Negara. Diantaranya adalah :
§  Bandar Meru Raya, Ipoh, Perak
§  Manjoi, Perak
§  Bukit Mertajam, Pulau Pinang
§  Taman Rinting, Johor Bharu
§  Mutiara Rini, Johor Bharu
§  Jasin, Melaka




PERANAN MYDIN DALAM PROGRAM TUKAR DAN KEDAI RAKYAT 1MALAYSIA
MYDIN berperanan membantu proses transformasi kedai runcit tradisional bersaiz antara 600 kaki persegi sehingga 3000 kaki persegi. Di bawah program transformasi ini, penekanan diberikan kepada aspek kerja-kerja membaik pulih infrastruktur seperti mengecat bangunan kedai, pemasangan rak dan keseluruhan susun atur semula barangan mengikut kategori seperti di pasar raya besar (hypermarket), pemasangan jubin lantai dan pemasangan sistem tempat jualan (POS) yang lebih sistematik dalam mengurus bilangan stok serta membantu peruncit dalam mengetahui margin keuntungan mereka.

Selain itu, MYDIN telah diberi mandat oleh YAB Perdana Menteri bagi menerajui projek Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M) kerana kejayaan perlaksanaan program Transformasi Kedai Runcit (TUKAR). Dalam konteks ini, MYDIN berperanan memastikan KR1M beroperasi dengan jayanya sejajar dengan matlamat dan inisiatif kerajaan dalam membantu rakyat. Kedua-dua program ini menjadi salah satu daripada program Tanggungjawab Sosial pihak MYDIN untuk masyarakat.

Perkembangan, Aktiviti dan Promosi MYDIN boleh didapati dari
Laman Web   : www.mydin.cim.my
Facebook      : www.facebook.com/mydinmalaysia
Twitter          : www.twitter.com/mydinmalaysia





p/s : kan bagus kita sokong usahawan malaysia.





Projek 100 Bloggers Bro Framestone

Wee ~~ ok lah. Akhirnya YY kuatkan semangat nak join Projek dari mamat retis nie. Maklumlah, blog picisan macam YY nie macam tak layak jerk nak join. Tapi atas semangat dari Bro, dan tgk ramai gak kengkawan yang join. YY try ajer lah. Terpilih ke tidak, belakang kira yaaa.


Bro Framestone akan mengumpulkan...

-  100 blog Malaysia dan pemiliknya warganegara Malaysia
-  blog yang mempunyai trafik dalam 500 uv dan keatas dalam sehari
-  blog berbahasa Melayu atau English
-  blog yang berkualiti (bukan copy paste) 
-  seminggu sekurang-kurangnya 4 kali blog di update
-  tidak terikat dengan mana-mana syarikat pengiklanan
-  sanggup memberi komitmen dalam menjaya Projek 100 Bloggers
-  blog mempunyai 'niche' remaja lelaki/perempuan, teknologi, kekeluargaan dan makanan

nak join? mudah sahaja, anda hanya perlu...

-  promote projek ini di blog anda (dalam bentuk blog post)
-  kemudian isi borang ini
-  tunggu feedback – email atau call dari Bro Framestone
-  jika layak, anda akan dipilih



itu sajalah syarat dan apa yang perlu ada lakukan. untuk maklumat lanjut boleh layari SINI




Pelancaran Kawasaki GT World dan Pusat GIVI oleh SC Premium Bikes







Weee ~~ Sape minat motor. Tambahan pulak moto yang besor2. Meleh jugak air liur tengok kan. Seksi jer rasa. Plus dapat pulak pakwe hensem yang bawa, lagi lah rasa macam. "haaai abg, boleh saya tunggang bersama", gitu lah kan. 

YY bukan nak citer pasal moto kecilan hokey, tapi motor kawasaki. Yeaah, benar Kawasaki uolss. Motor idaman ramai kan. Muhahahha, bila citer macam lah YY reti sangat bawak moto. Dah tentu lah tidak. Tapi bila mamat retis nie ajak YY ke Pelancaran Kawasaki GT World and Givi Centre kat Bandar Sunway. Tq yer Bro. Ini adalah Showroom terbaru dari SC Premium Bikes Sdn. Bhd.

 


Acara ini di rasmikan oleh Mr Chua Chern Kwang atau lebih di kenali sebagai 'Ah Hoi' . Beliau adalah salah seorang yang sangat meminati dunia permotoran kuasa besar dan turut menyertai beberapa ekspidisi yang melibat kan motor kuasa besar . Majlis pelancaran Showroom nie, turut di hadiri peminat - peminat motor kuasa besar, dan kami para blogger amat berbesar hati turut sama di jemput untuk memeriahkan majlis yang meriah ini


 
Majlis di mulakan dengan ketibaan tetamu jemputan dan para- para peminat motor berkuasa besar terutamanya pemilik Kawasaki. Kemudian diteruskan dengan ucapan dari pemilik Showroom , GM Kawasaki dan GM Givi. Meriah nya suasana masa tue, cuaca panas pun dah tak kisah. Tambah bila tengok motor yang harga nya boleh beli sebuah kete kancil berada di depan mata. Bila dah rasmi, apa lagi amik peluang berposing dengan motor Kawasaki. Hijau lagi, my favorite color. Dan kami di beri peluang melawat showroom kawasaki yang terbaru di Bandar Sunway ini.




Sesambil tue, we all di jamu dengan sajian yang enak. Diantara menu nya, Bihun Goreng , nasi goreng , sate , ayam goreng , dan banyak lagi. Masa nie lah kami dapat kenal-kenal dengan orang yang hadir terutama nya blogger. Maklum lah, bila ada event macam nie lah baru kami dapat bertemu, kalau tak bertegur sape di alam maya jer.

 


Hokeey, bab yang paling best adalah cabutan bertuah. Banyak weeeiii hadiah yang disediakan. Dengan harapan YY pun bertuah sama, tapi seperti biasa tak bertuah lah kan. Mejah ngan Ammar jer wakil blogger yang menang beg dari Givi. Untunglaah, bertuah kan.Cabutan bertuah ini untuk semua yang hadir, masa daftar kena isi satu card dengan sedikit detail mengenai diri. Masa isi tue dah teruja, hope menang tapi bukan rezeki YY nak bertuah hari tue. Yang penting masa daftar dapat goodies beg yang diisikan dengan majalah permotoron, t-shirt , sticker dan buku. Terima Kasih banyak lah sebab ada jugak tanda kenangan dari kawasaki untuk YY.



 

Selesai semua acara, haruslah sessi bergambar. Para Blogger selalu nya memang ada sawan posing nie. kami berpeluang bergambar bersama pemilik Showroom dan beberapa orang penting di dalam majlis nie. Pengalaman baru buat YY menghadirkan diri ke acara seperti ini.

 

Jom Terjah Showroom yang best niee:

Alamat SC Premium Bikes Sdn Bhd
19, Jalan PJS 7/17
Bandar Sunway
46150 PJ, Selangor
T: 03-5635 3933
F: 03-5638 8502





YOU RIDE , WE CARE



Blogger yang hadir ::

2. Armujahid
3. Terbang Tinggi2

4. Akubiomed
5. Ammar
6. Yana Nanako
7. Anastasyea
8. Acul ( SUMBER GAMBAR CUN )
9. Cik Nurul


dan ramai lagi :)













Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Copyright © Yana Yassin Designed by Ms.Azhafizah