Entri Terkini Yana Yassin

Recent Post no Thumbnail by Bina Blog

Warna Warni Ramadan Buffet di Grand Dorsett Subang


Assalammualaikum,



Buffet Ramadan di Dorsett Grand Subang tahun nie menyediakan 3 pakej Istimewa berbuka puasa. Ramadan International Cuisine di Terazza Brasserie , Warna Warni Ramadan di Melati dan Buka Puasa set di The Emperor . Lebih daripada 80 jenis makanan tempatan dan antarabangsa Muslim yang disediakan sepanjang ramadan tahun nie.



Grand Dorsett Hotel Subang Jaya




Pelbagai hidangan terdapat di Buffet Ramadan Dorsett Grand Subang . Antaranya hidangan paling istimewa iaitu Sup Gearbox yang menjadi trademark dan pilihan utama pengunjung . Tidak ketinggalan menu seperti Briayni Gam , Mee Hoon Goreng Siam , Rendang Ayam kampung , Rusuk Kambing Vindalo , Roasted Beef with Mushroom Sauce , Chilie Crab dan banyak lagi .



Grand Dorsett Hotel Subang Jaya Grand Dorsett Hotel Subang Jaya

Sup Gearbox




Grand Dorsett Hotel Subang Jaya

Kambing Panggang




Grand Dorsett Hotel Subang Jaya

Roasted baby lamb with Arabic Rice




Grand Dorsett Hotel Subang Jaya

Ketam Bunga Chilie




Grand Dorsett Hotel Subang Jaya

Asam Pedas Ikan Tenggiri




Grand Dorsett Hotel Subang Jaya

Dalca Sayur




Grand Dorsett Hotel Subang Jaya

Assorted Braise Vegetables



Bukan setakat menu utama , appetizers seperti kerabu mangga , Kerabu Daging ala Thai , Jeruk Betik , Jeruk mangga  dan banyak lagi mampu membangkitkan selera berbuka korang .


Grand Dorsett Hotel Subang Jaya Grand Dorsett Hotel Subang Jaya

Kerabu



Grand Dorsett Hotel Subang Jaya

Ulaman dan Sambal Belacan 



Pencuci mulut pun ada pelbagai pilihan  seperti Puding Roti , Badak Berendam , Onde – Onde Bubur Pulut Hitam , Penget Keledek dan pelbagai pilihan Jeli Buah -  Buahan .



Grand Dorsett Hotel Subang Jaya Grand Dorsett Hotel Subang Jaya

Kuih Muih



Grand Dorsett Hotel Subang Jaya

Buah – Buahan




Grand Dorsett Hotel Subang Jaya

Puding roti




Sambil berbuka , pengunjung akan di hiburkan oleh selebriti terkenal Jaafar Onn dan Haiza . Dengan tema warna – warni Malay Cuisine , 2 selebriti ini memang bertepatan dengan tema tahun nie. Pengunjung turut berpeluang memenangi hadiah cabutan bertuah . Mana nak carik, makan boleh menang hadiah kan . Di Grand Dorsett lah tempat nya .



Grand Dorsett Hotel Subang Jaya

YY tembam dan Jaafar Onn




Grand Dorsett Hotel Subang Jaya

Sedapnyaaa Sup Gearbox




Bagi menu berbuka di The Emperor adalah menu masakan chinese . Diantara nya Stir-Fried Shrimp with Medan Style , Stir-Fried Diced Chicken with Dry Chili dan Cashew Nuts dan Tom Yam Chicken Sup . Termasuk pelbagai kuih – muih .



Grand Dorsett Hotel Subang Jaya Grand Dorsett Hotel Subang Jaya

Grand Dorsett Hotel Subang Jaya Grand Dorsett Hotel Subang Jaya

Grand Dorsett Hotel Subang Jaya Grand Dorsett Hotel Subang Jaya



Grand Dorsett Hotel Subang Jaya

Chinese Cuisine di The Emperor




Promosi Ramadan Buffet di Dorsett Grand Subang bermula 6.00pm hingga 9.30pm dari 29 Jun 2014 hingga 25 July 2014. Boleh buat tempahan awal untuk mendapatkan diskaun  sehingga 25% . Kanak – Kanak berumur 6 hingga 12 tahun dan warga emas turut mendapat potongan harga 50%.



Harga Buffet Ramadan di Grand Dorsett Subang :


Grand Dorsett Hotel Subang Jaya


Ramadan International Cuisine @ TERAZZA : RM 120++ per person
Untuk tempahan : 03 – 50316060 ext 1912





Grand Dorsett Hotel Subang Jaya

Warna Warni Ramadan @ Melati : RM 110++ per person
Untuk Tempahan : 03 – 50316060 ext 3032





Grand Dorsett Hotel Subang Jaya

Buka Puasa @ The Emperor ( Chinese Cuisine ) : RM 100++ per person ( minimum 2 pax )
Untuk Tempahan : 03 – 50316060 ext 1954





Maklumat Lanjut :



 

 
 
 
P/S : Apa menu berbuka kegemaran korang .










Menu Istimewa Ramadan di Fish & Co.


Assalammualaikum,



Hai korang peminat ikan . Eh dah kenapa citer pasal ikan pulak kan . Korang tahu tak Fish & Co. Alah , satu lagi tempat makan best dan sedap menyediakan hidangan berasaskan ikan. Baru – baru nie YY berkesempatan mencuba menu – menu istimewa yang akan di sediakan sepanjang ramadan tahun nie. Fuhh !!! bab makan memang lah YY suka terlebih kan . Mana boleh lepaskan peluang .







Fish & Co Malaysia

Kemeriah Ramadan Food Review Fish & Co




Fish & Co Malaysia

Acara di Hoskan oleh Dollah Chantek , memang happening uolsss .




Bayangkan , sambil korang berbuka puasa decoration kat Fish & Co buat korang rasa macam nak raya dah . Demam raya gituee dengan hiasan Ketupat dan pelita . Ramai tau yang datang memeriahkan Food Review Fish & Co nie, ada bloggers dan Selebriti seperti Dato’ Fazley Yaakob juara Master Chef Selebriti tempat pertama , pejuang MIMMA Peter Davis dan Dolah Chantek sebagai hos Majlis pada hari berkenaan.


Fish & Co Malaysia

Setiap Meja ada header Blog memasing , ini Blogger yang semeja dengan YY .

SizzlingSuzai , YY , Yuyu Zulaikha , Shakiddo




Fish & Co Malaysia

YY dan Blogger Yuyu Zulaikha




Fish & Co Malaysia

Chef Fish & Co bersama Dato’ Fazley Yaakob




Menu istimewa Ramadan kali nie ada 2 hidangan utama ‘seafood in a pan’ iaitu Grilled Peri – Peri Chicken bersama Arthic Fish dan Seasonal Catch dengan pilihan sambal dan Sos Teriyaki pedas . Bila ada makanan, kena lah ada minuman kan . Minuman yang menyegarkan tanpa alkohol mocktails Summer Coolers termasuk pencuci mulut yang sedap giler hirisan triple Kek Coklat . Menaip nie pun masih terbayang kesedapan pencuci mulut Kek Coklat yang cair di mulut. Yummeeehhhhh !!!! Hidangan nie semua cuma RM 64.95 untuk 2 orang . Banyak jimat wooo , macam – macam dapat . Eh, korang boleh jugak buat penambahan Udang goreng yang rangup dan mengancam malatop kat mulut dengan hanya RM 8.95 .




Fish & Co Malaysia

Grilled Peri – Peri Chicken with Arctic Fish




Fish & Co Malaysia

Seasonal Catch with Sambal Sauce




Fish & Co Malaysia

Mocktails Summer Coolers





Fish & Co Malaysia

Triple Kek Coklat



Semua set diatas cuma RM 64.95






Fish & Co Malaysia

Top up dengan Prawn Fritters ( 5 Psc ) cuma RM 8.95 .




Meh layan Video Instagram sebelum menikmati hidangan .




Bukan setakat makan jer dapat tau , siap ada cabutan nombor bertuah lagi . Ada 4 pemenang bertuah yang berpeluang memenangi hadiah bertuah monopod dengan kawalan jauh bluetooth dan Beats headphones . Bukan setakat yang menang bertuah , semua yang hadir pun dapat buah tangan istimewa dari Fish & Co seperti edisi terhad Fish & Co Coaster , Sampul duit raya Fish & Co dan Voucher Makan Fish & Co .



Fish & Co Malaysia

Salah seorang pemenang hadiah cabutan bertuah .




Fish & Co Malaysia

Nampak tak keterujaan wajah kami dapat menikmati
hidangan Ramadan Istimewa Fish & Co


Fish & Co MalaysiaFish & Co Malaysia

Kemain bersepah lagi makan , sebab sedap sangat kan . Berbaloi dan kenyang .




Fish & Co MalaysiaFish & Co Malaysia

Ini Kek Coklat yang Paling lazat pernah YY rasa .



Menu istimewa Ramadan di Fish & Co terdapat di cawangan Fish & Co :


One Utama Shopping Centre
LG 350, Lower Ground Floor,
Lebuh Bandar Utama,
Selangor D. Ehsan.
Tel: +6 03 7722 4928



 
Paradigm Mall
CF-53 Paradigm Mall,
No. 1, SS7/26A, Kelana Jaya,
47301 Petaling Jaya.
Tel: + 6 03 7491 0809
 


Pavilion KL (with alfresco dining)
Lot No. C4.02.00,
Level 4, Pavilion Kuala Lumpur,
168, Jalan Bukit Bintang,
55100 Kuala Lumpur.
Tel: + 6 03 2141 1350
 


The Mines
Lot L1-100*102,
The Mines, Jalan Dulang,
MINES Resort City,
43300 Seri Kembangan.
Tel: + 6 03 8958 5856




Hidangan istimewa ini boleh di dapati sepanjang ramadan sehingga 27 Julai 2014.


Fish & Co Malaysia

Semua yang hadir di Ramadan Food Review Fish & Co.

TERIMA KASIH FISH & CO .


Setiap Pembelian Set Ramadan ( bermula 1 Julai 2014 )  akan mendapat paket Sampul Duit Raya Khas Fish & Co ( sementara stok masih ada ) .


Maklumat lanjut boleh ke :


  • Twitter: @FishNCoMY


    P/S : Bulan Ramadan selalu rasa nak makan memacam kan sebelum berbuka .








    Alfio Raldo dengan Koleksi terbaru 2014

    Assalammualaikum,


    Kali nie nak citer pasal Fesyen plak. Tak habis – habis citer bab makan kan . Baru – baru nie YY berkesempatan ke pelancaran design terbaru dari Alfio Raldo . Koleksi terbaru Alfio Raldo’s Eyewear Collection dan Jam Tangan . Termasuk Spring / Summer 2014 Bags & Shoes Collection Fashion .


    Citer banyak pun tak guna , meh tengok sendiri beberapa koleksi yang cun melecun dari Alfio Raldo latest collection .



    Koleksi Alfio Raldo handbag jam tangan spec mata




    Koleksi Alfio Raldo handbag jam tangan spec mata



    Koleksi Alfio Raldo handbag jam tangan spec mata




    Koleksi Alfio Raldo handbag jam tangan spec mataKoleksi Alfio Raldo handbag jam tangan spec mata




    Koleksi Alfio Raldo handbag jam tangan spec mata




    Koleksi Alfio Raldo handbag jam tangan spec mata



    Koleksi Alfio Raldo handbag jam tangan spec mata




    Koleksi Alfio Raldo handbag jam tangan spec mata



    Acara launching ini telah dimeriahkan dengan kehadiran media – media , rakan – rakan , artis dan selebriti tempatan , pelabur dan rakan niaga Alfio Raldo . Dengan visinya “hanya yang terbaik” aksesori fesyen di minda , koleksi jamtangan baru Alfio Raldo yang di sifatkan sebagai yang paling bergaya dan melahirkan keanggunan yang kotemporari kepada si pemakai .



    Koleksi Alfio Raldo handbag jam tangan spec mata




    Koleksi Alfio Raldo handbag jam tangan spec mata




    Terdapat jugak koleksi beg dan kasut Alfio Raldo yang memenuhi keperluan kolektif gaya hidup wanita Malaysia . Ini kerana pereka terkenal Andy yap dan Wiliam Liew adalah penaja rasmi ke pertunjukkan fesyen yang diadakan secara besar – besaran ini .



    Koleksi Alfio Raldo handbag jam tangan spec mata



    Ada jugak cabutan bertuah pada acara kemuncak nie, tahniah blogger Elliezebeth menang besar bila dapat koleksi terbaru handbag , jam tangan dan kacamata dari ALfio Raldo . Gilerrr best . Nilai lebih RM1K tuee . Tahniah Ellie, memang rezki anak u .



    Koleksi Alfio Raldo handbag jam tangan spec mata



    Dah seronok dengan pelbagai acara , makan sudah , fesyen show pun sudah . Mari lah kita bergambar dan berselfie . Biasa lah , blogger mana boleh jumpa camera kan . Comfirm memasing hilang ingatan .



    Koleksi Alfio Raldo handbag jam tangan spec mata




    Koleksi Alfio Raldo handbag jam tangan spec mata

    Bersama Amber Chia , Model Antarabangsa 



    Jika korang berminat untuk menjadi pelabur Alfio Raldo , rakan perniagaan dan sebagainya . Boleh lah menghibingi pengurus pemasaran Patrick Goi dari Alfio Raldo di talian 012-6330988 atau email ke patrickgws@gmail.com untuk maklumat lanjut .



    P/S : Banyak koleksi Alfio Raldo yang cun melecun , berkenan betul kat hati .



    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

    Copyright © Yana Yassin Designed by Ms.Azhafizah