Assalammualaikum,
“Destination Curious” ?? Eh, Apa tue ? Apa yang nak di curious kan sangat kan . Haaa , meh nak citer sikit benda yang sangat amazing nie . Korang pun tahu kan , baru – baru nie KLIA2 telah beroperasi sepenuhnya . Korang dah pernah sampai ke belum ? Kalau dah pernah , mesti korang teruja tengok besar nya KLIA2 dan penuh dengan tempat nak shopping . Macam – macam ada gitueee.
So, sempena pembukaan KLIA2 , Airport Malaysia melancarkan kempen “Destination Curious” selama 6 minggu berturut – turut dari 26 Jun 2014 sehingga 7 Ogos 2014 . Destination Curious lebih kepada untuk mengenal kan KLIA2 commercial dan semua retail yang ada kepada pengunjung.
3 perkara penting berkenaan kempen “Destination Curious”.
- Wonderful Visit to OZ Contest
- Ground activation activities
- Destination Curious ambience
Wonderful Visit to OZ Contest
Syarat penyertaan “Destination Curious”
- Terbuka kepada semua yang berumur 18 tahun ke atas kecuali kakitangan dan keluarga terdekat MAHB , pengiklanan dan PR Agensi , subsidiaries dan assoiciate company termasuk semua pekerja retailers yang terlibat .
- Mendaftar di mana – mana e – kiosks yang terdapat di KLIA2 komersial area .
* Dengan setiap pembelian RM 150 dan ke atas atau jumlah dari mana- mana 3 resit di mana – mana retail seperti food & Beverage outlets di KLIA2 layak menyertai .
* Pembelian berjumlah RM 750 dan ke atas , berpeluang menyertai contest sebanyak 5 kali .
* Peserta perlu menjawab soalan mudah yang terdapat di e – kiosk . Setiap Penyertaan perlu di sertakan dengan resit original yang perlu di scan di e-kiosk . Peserta akan mendapat no siri untuk pengesahan penyertaan yang berjaya .
Di mana e – kiosk KLIA 2 .
- Public Concourse departure di Level 3 , Main Terminal Building
- Domestic Departure dan Arrival Airside di Level 2 , Main Terminal Building .
- International Departure Airside di Level 2 , Satellite Building .
Cara Pemenang di pilih .
Computer-generated akan memilih senarai pendek yang terpilih disepanjang kempen berlangsung . Pemilihan akhir pula , akan melalui proses screening untuk memastikan semua syarat kelayakan dipenuhi untuk memenangi hadiah utama .
Ground avtivation activities
Lebih di kenali sebagai ELITE 5 Sense . Setiap pembelian RM150 , berpeluang menguji sense skill untuk memenangi Grand Prize . Setiap Penyertaan perlu membezakan 5 human sense untuk di uji . Permainan ini , menguji tahap rasa dari segi sentuhan , bau , rasa , pendengaran dan penglihatan . Peserta perlu meneka barangan yang terdapat di dalam 5 beg misteri . Setiap tekaan yang tepat , peserta layak menerima RM 5 shopping cash voucher .
Dengan setiap pembelian , resit perlu di scan di e-kiosk untuk melayak kan diri untuk menyertai ujian rasa nie . Peserta akan di beri masa 10 saat untuk meneka setiap rasa yang di beri . Cash Voucher yang di menangi valid di mana – mana KLIA2 Outlet yang terlibat sehingga 31 Ogos 2014.
Untuk lebih menarik lagi di dalam kempen “Destination Curious” , terdapat ganjaran segera untuk travelers sepanjang 6 minggu mengikut tema yang menarik pada setiap minggu . Peserta layak menerima RM 5 diskaun voucher dengan setiap fun theme games mingguan . Tiada Syarat pembelian diperlukan untuk permainan ini , dan penyertaan adalah dari segi distinasi , bulan kelahiran , apparel colour , nombor bertuah dan banyak lagi . Cash Voucher RM5 boleh di gunakan di setiap minimum pembelian RM 50 di mana – mana retail terpilih .
Destination Curious Ambience
Untuk menambahkan lagi kemeriahan dalam kempen “Destination Curious” , suasana di dalam KLIA2 turut di hiaskan dengan pelbagai suasana yang indah . Diantara nya , Hari Raya Decoration bersempena perayaan yang bakal tiba dengan memberi pengalaman kepada pengunjung untuk melihat sendiri rumah style kampung lengkap dengan perabot sebenar . Rumah ini di pasang di Balai berlepas dalam Negeri dan Balai ketibaan Antarabangsa .
Di Public Concourse Departure Hall dan Sky Bridge ares m 3D floor stickers dengan image seperti shopping element di paparkan dengan ilusi optik untuk menarik minat pengunjung .
Dan sempena World Cup 2014 , live viewing setiap perlawanan bola akan di paparkan di screen besar LED yang di sediakan di tingkat 3A Departure Hall , Main Terminal Building dan 2 lounge di Level 2 International Departure , Satellite Building .
HADIAH Grand Prize .
Trip indah dan menarik ke Gold Coast , Australia 5 hari 4 malam termasuk tambang pergi dan balik , penginapan dan pengalaman ground tour . The best part is boleh bawak 4 orang lagi ahli keluarga untuk sama – sama menyertai trip ohsem nie .
Camne korang , menarik tak kempen nie . Kalau rasa nak menang dan bawak family bercuti , jom ler cecepat ke KLIA2 untuk menshopping kan diri supaya korang layak menyertai kempen “Destination Curious”.
Cara ke KLIA2 dari KL Central .
Sebenarnya YY citer panjang lebar pasal Kempen “Destination Curious” nie , sebab baru – baru nie YY berpeluang ke pelancaran kempen nie di KLIA 2 . Memula sampai KLIA2 memang YY terpegun dah . Dah ler senang giler nak pi KLIA2 nie . Dengan RM 35 sehala , menaiki KLIA Ekspress dari KL Central korang akan sampai KLIA2 dalam masa 33 minit jer . Giler cepat kan. Senang dan selesa sangat . Tak perlu nak bersusah payah drive jejauh. Naik KLIA Ekspress pun dah boleh sampai dengan cepat .
Pelancaran Destination Curious
Pelancaran kempen “Destination Curious” di rasmikan oleh Yang Berbahagia Datuk Badlisham Ghazali , Managing Director Malaysia Airport dan Puan Faizah Khairuddin , Senior General Manager , Commercial Services Division Malaysia Airport . Bukan setakat perasmian kempen “Destination Curious” , penyampaian hadiah untuk pemenang kempen “Whats in Your Bag” jugak telah di buat . Seronok weiii, pemenang utama dapat RM 25,000 untuk shopping di KLIA2 . Waaaah , tahniah kepada pemenang .
Yang Berbahagia Datuk Badlisham Ghazali , Managing Director Malaysia Airport dan Puan Faizah Khairuddin , Senior General Manager , Commercial Services Division Malaysia Airport.
Perasmian Kempen Destination Curious
Pemenang What’s in your Bag – Grand Prize RM 25,000
Selesai perasmian , YY dan group media yang lain di bawa melawat di sekitar KLIA2 . Memang besar sungguh , dah macam shopping mall KLIA2 nie. Kalau korang bukan nak travel pun , kot lah sesaje nak berjalan di KLIA2 memang boleh sangat . Boleh lepak kopi – kopi dengan kengkawan gak .
Puas pusing – pusing di KLIA2 yang super meriah dan besar , kami di jamu dengan hidangan makan tengahari di Sama – Sama Ekpress , KLIA2 . memang sedap lunch yang disediakan . Bukan setakat menjamu selera , sesambil tue boleh menonton tayangan World Cup ulangan di screen besar .
Sama Sama Hotel Lounge
Tamat seharian lawatan YY di KLIA2 , walaupun penat sebab KLIA2 kan besar tapi YY seronok . Pengalaman baru YY di Lapangan Terbang yang penuh dengan kedai dah macam shopping mall . Terima Kasih kepada Airport Malaysia kerana memberi YY peluang indah nie. Sape nak bagi kan , korang bukan nak naik flight tapi boleh masuk sampai balai berlepas , cuma tak naik kapal terbang jer .
Jom korang sertai
“Destination Curious”
Kempen dari 26 June 2014 – 7 Ogos 2014 .
Syarat : Shopping di KLIA2 sebanyak RM 150 dan keatas .
Hadiah : Bercuti ke Gold Cost , Australia bersama 4 orang ahli keluarga dan rakan .
Maklumat lanjut :
Mobile App Directory : MAHB Airports
P/S : Shopping dan Menang , Seronok kan .