Entri Terkini Yana Yassin

Recent Post no Thumbnail by Bina Blog

Philips VisaPure untuk wajah lebih bersih :)



Assalammualaikum ,



Kalau bab cantik, mesti korang nak muka cantik dulu kan . Biasalah, dari wajah turun ke hati . #EhYeKe . Tapi biasa lah , memang camtue lah selalu nya . Bila muka korang naik jerawat , or nampak kusam kemain susah hati kan . Ada jer usaha nak cantik balik .



Villa Manja Jalan Tun Razak

  Villa Manja Jalan Tun Razak  Villa Manja Jalan Tun Razak

Vila Manja Jalan Tun Razak .



So, nak wajah cantik kena lah rajin cuci muka bagi bersih selalu . Maklumlah, muka kita kan terdedah dengan cuaca dan segala kotoran bagai . YY amalkan cuci muka secara beria diwaktu pagi dan malam sebelum tido . Beria nie bersih duk tonyoh – tonyoh muka nak bagi bersih , rasa macam waaah segar dah muka iolsss dah bersih . Padahal, duk tonyoh tue lah kotoran kat muka lagi terperangkap tau .



Philips VisaPure Produk Kecantikan

Mari mengenali apa itu Philips VisaPure



Philips VisaPure Produk Kecantikan   Philips VisaPure Produk Kecantikan

Philips VisaPure Produk Kecantikan   Philips VisaPure Produk Kecantikan  

Sebelum mendengar penerangan tentang Philips VisaPure ,
Ada sessi makan dan relaxing Massage .




Nie YY nak memperkenalkan dengan korang satu produk pembersihan muka yang sangat sesuai dan sepatutnya digunakan untuk mencuci muka . Baru – baru nie, YY berkesempatan menghadirkan diri ke sessi mencuba sendiri kehebatan Philips VisaPure . Bertempat di Villa Manja , memang sesuai sangat lah dengan tempat kan . Nyaman jer rasa .  Penerangan di buat oleh pakar kecantikan dan doktor Dermatologist iaitu Dr Christina . Bila dengar penerangan , memang teruja gilerr YY nak guna produk yang best nie .



Philips VisaPure Produk Kecantikan

Taklimat dari Philips dan Dr. Christina 




Philips VisaPure Produk Kecantikan



Kalau korang fikir guna jari cuci muka dah bersih , sebenarnya tidak benar sama sekali . Kalau guna jari belum tentu bersih dan bila guna Philips VisaPure segala kotoron akan benar – benar di buang dan pori – pori di muka jugak akan lebih bersih . Tengok soalan yang banyak dari blogger , di tambah dengan senyum lebar memasing memang nampak sangat memasing tengah teruja nak guna Philips VisaPure .



Philips VisaPure Produk Kecantikan



YY telah mencuba sendiri dengan panduan yang telah diberikan oleh beauty advisor hari tue . Tengok demo pun dah teruja semacam , belum lagi guna kat muka sendiri kan . Memang terasa sangat perbezaan pada kulit muka lepas menggunakan Philips VisaPure , diantaranya kulit rasa lebih bersih dan licin . Rasa segar jer kulit muka tau . Bila selesai mencuci dengan hanya 1 minit , korang dah boleh teruskan dengan proses lain macam letak moisturizer dan lelain sebelum korang nak makeup .



Demo penggunaan Philips VisaPure





Cara Menggunakan Philips VisaPure .

1. Letak pencuci muka di muka korang . Pastu gosok sikit bagi berbuih , cuma tak yah ler tonyoh sangat .

2. Memula gunakan di pipi sebelah kanan , dan mesin ini akan berputar selama 20 saat sebelum berhenti sebentar selama 1 saat .

3. Kemudian teruskan kepada pipi kiri 20 saat sehingga berhentgi lagi selama 1 saat .

4. Akhir sekali , bersihkan bahagian T-Zon selama 20 saat .




Philips VisaPure Produk Kecantikan  Philips VisaPure Produk Kecantikan  Philips VisaPure Produk Kecantikan  

Philips VisaPure Produk Kecantikan  Philips VisaPure Produk Kecantikan  




Dan selesai lah sessi pembersihan muka dengan Philips VisaPure . Cuma 1 minit diperlukan . Kejap sangat kan , kulit muka korang lebih bersih dan segar .




Philips VisaPure Produk Kecantikan

Bersihkan , rasa kulit muka lebih segar . Gitueeee .




Kelebihan Philips Visa Pure

1. Kalis Air , so korang tak yah risau nak gunakannya . Nama pun pencuci muka , mestilah waterproof kan .


2. Menggunakan batery yang boleh di recharge, macam batery handphone korang tue .


3. Cuma Charge selama 6 jam , dan boleh digunakan lebih kurang 2 minggu untuk penggunaan 2 kali sehari .


3. Mudah digunakan dengan 2 jenis setting : ‘Gentle Cleansing’ dan ‘Deep Cleansing’ untuk pembersihan yang lebih sesuai dengan kulit muka .



Ini antara kelebihan yang YY nampak baru guna sekali , nantikan penggunaan selepas sebulan . Nanti YY akan citer banyak lagi kat korang eh .




Philips VisaPure Produk Kecantikan

Beauty Advisor yang banyak membantu YY .




Cara Mengecas Philips Visa Pure .





Unboxing Philips VisaPure






Philips VisaPure Produk Kecantikan

Philips VisaPure SC5275 – RM 799



Dalam setiap kotak , terdapat 1 Philips VisaPure , 2 Berus untuk kulit normal dan kulit sensitif , Charger dan Travel Pouch . Sebenarnya Philips VisaPure mempunyai 3 jenis berus yang boleh digunakan selama 3 bulan .



Philips VisaPure Produk Kecantikan

Normal Skin Replacement Brush Head SC5990 – RM 59




Philips VisaPure Produk Kecantikan

Sensitive Skin Replacement Brush Head SC5991 – RM 65





Philips VisaPure Produk Kecantikan

Exfoliation Skin Replacement Brush Head SC5992 – RM 69





So, apa tunggu lagi . Korang boleh dapatkan Philips VisaPure kalau korang turut mementingkan kepentingan penjagaan wajah korang . Jimat dan berbaloi sebenarnya bila korang tak perlu nak beli produk memahal untuk mencantikkan muka kerana cara korang membersihkan muka telah banyak membantu .



Philips VisaPure Produk Kecantikan


Terima Kasih Philips Malaysia .







P/S : Makin rajin plak cuci muka sebab nak guna Philips VisaPure





Review Filem Dollah Superstar | Sinopsis & Trailer


Assalammualaikum,


Dollah Superstar . Sape Dollah ? Nape dia nak jadi Superstar . Kalau korang nak tahu , Dollah Superstar adalah Filem terbaru lakonan Awie . Filem terbitan Film Scape ini diarahkan oleh pengarah hebat Khabir Bhatia . Filem bergenre Aksi Komedi dibintangi barisan pelakon hebat seperti Awie sebagai Dollah , Sharnaaz Ahmad sebagai Shah Dazzle dan Fizz Fairuz sebagai Lalat . Turut dibantu oleh Neelofa sebagai Farah , Aisyah Hasnaa sebagai Rina , Aziz M.Osman sebagai Director , Lan Pet Pet sebagai Dr Romeo , Isma Aizal Yusof sebagai Nino , Dean Lau sebagai DOP , Cico sebagai Kering , Henzi Andalas sebagai Alfie dan Mohamad Afiq Fikri sebagai Ayahanda .


Dollah-Poster



Ada penampilan istimewa lagi daripada pelakon – pelakon hebat seperti Datin Paduka Umie Aida  , Bront Palarae , Beto Kusyairy , Johan As’ari , Bonda Afida Es , Wan Raja , Nadiya Nisaa’ , Emelda Rosmila , Ika Nabila dan Irene Tan .



Dollah Superstar Awie Neelofa403  Dollah Superstar Awie Neelofa406 
Dollah Superstar Awie Neelofa408  Dollah Superstar Awie Neelofa417

Disebalik Tabir Pengambaran Dollah Superstar




Sinopsis Dollah Superstar

Dollah Rimau (Awie) , seorang gangster veteran yang memendam impian untuk menjadi seorang pelakon. Dollah mendapat peluang keemasan apabila seorang pelakon popular, Shah Dazzle (Sharnaaz Ahmad) memintanya menjadi mentor untuk sebuah filem aksi.

 
Dollah Superstar Awie Neelofa113


 
Dollah Superstar Awie Neelofa100


 
Namun di lokasi penggambaran, gangster yang bermula sebagai pelakon tambahan ini berjaya menenggelamkan watak bintang utama filem tersebut menggunakan kesamsengannya hingga pelbagai masalah timbul dan pembikinan filem itu menjadi huru-hara.

 
Dollah Superstar Awie Neelofa111


 
Dollah Superstar Awie Neelofa102


 
Penggambaran filem itu terbengkelai di tengah jalan dan Dollah telah dipersalahkan. Dollah membuat keputusan untuk memperbaiki keadaan dengan satu-satunya cara yang dia pakar… cara gangster.
 


Dollah Superstar Awie Neelofa106


 
Dollah Superstar Awie Neelofa115


 
Trailer :



 
Review :

Buat peminat Awie , memang korang patut tonton Filem Dollah Superstar . Memang lawak arrr Awie jadi gangster paling sempoi . Pakai selipar Jepun dengan baju pagoda itu baru real Gangster kan . Gandingan Awie dan Fizz Fairus sebagai kawan baik memang menjadi , ada jer babak lawak bila diorang bersama . Neelofa daring habis dalam Filem nie, menjadi seorang pelakon yang penggoda . Watak Sharnaaz Ahmad , memang berbeza giler . Kalau korang biasa tengok dia jadi gangster , dalam Filem nie jadi hero ‘lembut’ . Memang lawak weeei .
 

Paling best banyak watak cameo dari pelakon hebat yang muncul . Senang citer , dalam satu Filem kemain banyak pelakon dahsyat . Menonton dengan kosong kan fikiran , jangan fikir banyak . Filem yang boleh buat korang ketawa .


 
Bintang : 3 / 5 Bintang .



 
Official Muzik Video Formula Popular Dollah Superstar



 
 
***********************************************************************************


Disekitar Majlis Pra Tonton Filem Dollah Superstar


 
Filem Dollah Superstar

 
Filem Dollah Superstar


 
Filem Dollah Superstar


 
Filem Dollah Superstar

 
Filem Dollah Superstar


 
Nantikan Filem Dollah Superstar di panggung bermula 2 Oktober 2014.


 
P/S : Maybe ini Prebiu terakhir YY sempat pi sebelum cuti bersalin .





Casing Otterbox Symmetry Series selamatkan Smartphone


Assalammualaikum,


Korang mesti suka kan kalau tipon korang cantik dan melecun . Past tue boleh selamatkan tipon korang dari pecah berderai atau calar balar bila jatuh . YY nak citer ngan korang pasal casing  Otterbox Symmetry Series .



Otterbox Symmetry



Untuk makluman korang , Otterbox adalah casing smartphone yang sangat popular dan dipercyai di US. Dicipta lebih slim dan sangat melindungi smartphone korang . Otterbox Symmetry Series melindungi tipon korang dari jatuh berderai , yang boleh menyebabkan kerosakan pada smartphone korang .



Otterbox Symmetry



Otterbox Symmetry 1



Terdapat untuk Iphone 5/5S dan Samsung Galaxy S4/S5 dan HTC One ( M8 ) . Direka lebih cantik dan sesuai dengan penggunaan telefon masa kini . Internal Synthetic rubber berfungsi untuk mengelakkan tipon korang senang jatuh dan selamat berada didalam poket .



Otterbox Symmetry



Otterbox Symmetry



Corak dan warna yang menarik , pasti buat smartphone korang nampak lebih elegan . Warna seperti dreamy pink , triangle grey dan glacier white memang cun lah .



Otterbox Symmetry



Otterbox Symmetry 3



Pilihan warna yang disukai untuk casing Iphone 5 baru YY . Pink gitueeee.



Layan Video nie untuk menambah keterujaan korang





Otterbox Symmetry

Selfie dengan bakal adik ipar di Majlis Pertunangan adik YY




Otterbox Symmetry


Giler selfie bila guna casing yang puas hati bebenor nie .



Harga yang amat berbaloi , hanya RM 149 untuk solid color dan RM 169 untuk select graphic designs.  Kalau korang sayang phone korang , memang sesuai lah menggunakan Otterbox Symmetry nie .



Maklumat lanjut boleh ke : www.otterbox.asia




Review Filem Nasi Tangas ( Nasi Kangkang ) | Trailer & Sinopsis



Assalammualaikum,


Nasi Tangas ( Nasi Kangkang ) , sape tau ??? Korang mesti pernah dengar kan . Kalau dalam Dewan Bahasa dan Pustaka bermaksud “tangas = ~ kangkang nasi panas yg di­kangkangi isteri diiringi dgn jampi serapah, dan diberi makan kpd suami dgn tujuan utk memperbodoh suami ” . Jadi dari makna pun korang tau lah yang amalan nie memang tak baik dan syirik .



Poster Nasi Tangas ( Nasi Kangkang )



Nasi Tangas ( Nasi Kangkang ) merupakan filem ke 95 terbitan Metrowealth . Filem bergenre seram nie berinspirasikan dari kisah benar yang berlaku di dalam masyarakat hai ini . Di arahkan oleh pengarah tersohor Hashim Rejab dan membariskan pelakon – pelakon generasi muda yang terdiri daripada Adiba Yunus , Azwan Kombos , Shima Anuar dan Along Eyzendy . Pelakon berpengalaman seperti Herman Tino , Delimawati dan juga Den Wahab turut sama membantu menjayakan filem yang mana lokasinya dijalankan di sekitar lembah klang .



Sinopsis .


Hairi ( Azwan Kombos ) dan Fatin ( Shima Anuar ) merupakan sahabat baik dari universiti lagi . Keakraban mereka membawa mereka sehingga ke alam pekerjaan dimana mereka bersama – sama membuka sebuah restoran dan mengusahakan restoran tersebut hingga berjaya . Pada masa yang sama , Hairi mempunyai seorang teman wanita , Mira ( Adiba yunus ) .


Nasi tangas ( Nasi Kangkang )  106



Nasi tangas ( Nasi Kangkang )  121



Persahabatan Hairi dan Fatin seringkali menimbulkan rasa negatif di hati Mira kerana Fatin lebih memahami dan mengenali Hairi melebihi dirinya . Akhirnya , Hairi mengambil keputusan untuk berkahwin dengan Mira dan hal ini dikemukakan kepada Fatin . Walaupun , ianya adalah keputusan yang tidak di duga namun Fatin dengan rela hati menerima keputusan Hairi tersebut .


Nasi tangas ( Nasi Kangkang )  117



Nasi tangas ( Nasi Kangkang )  138



Setelah berkahwin , kehidupan rumahtangga Hairi dan Mira sangat bahagia namun perkara lain pula yang timbul apabila kedua- duanya sering diganggu . Bukan itu saja , Fatin dan Mira juga mempunyai perasaan yang berbeza . Adakah Mira tidak dapat mengatasi rasa cemburunya terhadap persahabtan Hairi dan Fatin atau apakah fatin yang sebenarnya tidak pernah menganggap Hairi sebagai kawan biasa ?



Nasi tangas ( Nasi Kangkang )  103



Nasi tangas ( Nasi Kangkang )  132




Trailer :





Review :

YY nie menonton masa kandungan nak masuk 9 bulan dah. Semua duk bising kata mengandung takleh tengok . Tapi sebab kan citer nie YY pasti banyak pengajaran , tetap nak tengok gak . Memang Filem nie bergenre seram , biasa lah bab terkejut kan . Ya lah , kombinasi Nasi Kangkang amalan sihir dan membela saka . Memang lah menakutkan .


Rupanya amat menjijikan macam mana Nasi kangkang di hasilkan . Euwwww , memang geli giler lah . X sanggup kot nak bagi laki makan benda kotor . Kalau nak tau camne cara nak buat siap dengan jampi serapah , itu korang kena tengok sendiri .


Tapi biasalah , kotor dan berdosa camne pun amalan Nasi Kangkang dan saka nie . Kalau akal jadi tak waras , perasaan dengki dan marah menguasai apa pun orang sanggup buatkan . YY xpernah terfikir dan x tercapai dek akal nak buat semua amalan syirik nie. Jalan citer pun terbaik dan tak bosan . Kira senang faham dan banyak pengajaran tau . Filem yang boleh di tonton , gitueeeeeewwww.




4 / 5 Bintang .


*************************************************************************************


Sekitar Malam Pra – Tonton Nasi Tangas ( Nasi Kangkang )


Filem Nasi Tangas ( Nasi Kangkang ) MIG

Mejar ( K ) David Teo bersama MIG Talent .




Filem Nasi Tangas ( Nasi Kangkang ) MIG

Azwan Kombos Pelakon utama Nasi Tangas ( Nasi Kangkang )




Filem Nasi Tangas ( Nasi Kangkang ) MIG

Pelakon Nasi Tangas ( Nasi Kangkang ) Along Eyzendy



Sebelum Tayangan bermula , jom selfieeee . Eh sape kat belakang kita tueee . 




Terima Kasih MIG jemput YY ke Majlis Pra Tonton .





Nasi Tangas ( Nasi Kangkang ) di pawagam bermula 18 September 2014 .






P/S : Minta di jauhkan dengan perbuatan Syirik .




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Copyright © Yana Yassin Designed by Ms.Azhafizah