Entri Terkini Yana Yassin

Recent Post no Thumbnail by Bina Blog

Tebus Mata Ganjaran dengan Bonuslink di Shell

Assalammualaikum,


Korang , nak citer nie. Korang suka tak kalau korang berbelanja , past tue boleh redeem barang dengan gunakan point hasil dari korang berbelanja tue . Haaa, mesti suka kan . Nak citer nie , korang tau dak pasal kad Bonuslink . Ini lah kad yang korang boleh kumpul point dan tebus dengan barang . Jimat uolsss, x yah keluar duit . Hasil daripada korang beli barang atau isi minyak dan kumpul point . 






The best part , sekarang ada pulak kempen loyalty antara Shell dan Bonuslink . Kira bila korang isi minyak , gunakan kad bonuslink dan kumpul point berganda . Mak mak nie memang suka lah kalau dapat brang percuma hanya bayar dengan point kan . RM 1 bersamaan dengan 100 point . 






Kalau korang pergi Shell , mesti korang akan perasan bebarang di dalam Shell ada yang boleh di beli dengan hanya menggunakan point di kad Bonuslink . Korang tak payah nak keluar duit pun . Camne nak tau nilai point korang ? nie ha YY share . 

100 points bersamaan dengan RM1.00
1000 points bersamaan dengan RM10.00
3000 points bersamaan dengan RM30.00

Korang boleh tebus mata ganjaran tadi di Shell Select atau pun Deli2Go .













Eh , sebelum terlupa . Kalau point korang kurang 100 , memang tak boleh untuk tebus mata . Kena cukup 100 , baru dapat nilai RM 1 tuee. Berbaloi kan . Jimat pun jimat . Di buat anak mengamuk nak memacam , duit pulak tak cukup . Bayar saje dengan kad Bonuslink . Settle . Ibu pun leh tersenyum , anak dapat apa yang dihajati . 







Bukan setakat di Shell , korang boleh jugak tebus mata ganjaran dengan mendapatkan vouchers melalui website BonusLink  diantaranya Baskin Robbins dan TGV Cinemas ada jugak vouchers makan - makan seperti Nandos, The Coffee Bean, KFC, Pizza Hut, Tony Romas dan banyak lagi. Nak detail lagi , boleh lah terjah website Bonuslink terus.






Barangan Rumah



https://www.bonuslink.com.my/






Gabungan yang paling mantap , bila korang guna kad shell easiGo , past tue guna pulak Bonuslink . Mudah betul . Dalam mas korang nak isi minyak , boleh reedem on the spot gitue . Dah jimat lagi . 




Mari isi minyak di Shell




Nampak tak , sila Masukkan Bonuslink kad. Masa nie , korang boleh pilih nak reedem guna point atau pakai cash . 





Kalau korang isi minyak di Shell , dan menggunakan kad Bonuslink . Korang layak mendapat :

1 Liter Minyak = 1 Point
1 point = RM1 ( untuk semua minyak pelincir )
25% bonus Point untuk Shell V-Power Racing

dan 

dapatkan Bonus Point seperti Jadual di bawah :





Ok lah , harap korang faham apa yang YY nak share nie . Jom isi minyak di Shell dengan kad Bonuslink . Berbaloi - baloi dan jimat kooo . 





Detail : https://www.bonuslink.com.my/









Pasar Malam Cherating | Jalan–Jalan cari Makan

Assalammualaikum,



Nak sambung sikit citer g Cherating . Macam lama bebenor baru nak sambung kan . Day  2 , xde plan kemana pun . Sebab kan cuaca yang agak panas , jadi kita melepak kat bilik jer . Keluar untuk makan tengahari jer . Bila Day 1 pi kedai Haji Satar x sampai hajat sebab tutup , so kita pergi Day 2 untuk makan tengahari . Pagi dah tentu lah bekpes kat Resort jer .




Pasar Malam Cherating

Breakfast di Resort .



Pasar Malam Cherating



After breakfast lepak bilik jer . Then tengahari baru keluar cari lunch .

Restoran Aziz Satar .

Pasar Malam Cherating  

Pelbagai : Satar dan Pais



Restoran Aziz Satar

Pinggang kemain besar kat Restoran Haji Satar nie .



Restoran Aziz Satar

Dah makin luas dan banyak pilihan makanan , dedulu YY pi , ada jual Satar jer .



Restoran Aziz Satar  CIMG3545

yang sedapnya Satar kat sini , rasa ikan dan pedas dari cili api . Memang tak dapat lah sedap camnie kalau beli kat KL . Rasa tepung jer lebih .




Pasar Malam Cherating

Qaireen tengok jer eh , awak belum cukup umur nak makan Satar .




Sebenarnya ada gak niat nak pi jengjalan ke Zoo ke . Tengok penyu ke . Tapi sebab kan panas bebenor , tak sanggup iolsss nak berjalan . Rela lah balik bilik dan rehat . Kita tunggu makan malam pulak . Kali nie punya percutian bebetul berehat . Balik lunch , Qaireen sambung lagi mandi dalam bathtab . Petang sikit baru YY bawak dia ke Pantai . kang orang kata , dah sampai Cherating tak ke pantai ke . Abahnya kekonon nak bawak Qaireen g mandi kolam , di bantai nya tido .



Pasar Malam Cherating

X dapat lah anak ibu nak pijak pasir pantai . Tunggu awak besor sikit yer .




Pasar Malam Cherating

Kita tengok dari jauh lah pantai tueee .




Bila malam , misi mencari makan lagi . Kali nie nak carik pasar malam pulak . Tanya orang kat resort katanya ada pasar malam bukak Sabtu Malam Ahad . Siap bagi direction . Jarak antara resort dengan Pasar Malam nie lebih kurang 20 minit . Tapi sampai dalam 9 lebih camtue , ada kedai dah berkemas nak tutup . Memang cepat tutup. tak sama dengan pasar malam kat KL .




Pasar Malam Cherating

Pasar Malam nie dekat dengan Sekolah Kebangsaan Cherating dan IPD Cherating.




Pasar Malam Cherating

Maap ler gegar pulak . Qaireen kemain suka dapat berjalan .




Pasar Malam Cherating

Beli Ayam Percik , buat supper makan kat bilik .




Pasar Malam Cherating

Baju bundle , tak leh sungguh lah nampak baju celoreng kan .




Dah pusing – pusing pasar malam kat Cherating nie , baru cari kedai makan . Kitaorang singgah Restoran dekat dengan pasar malam jer , sebab dah malas nak pusing – pusing cari kedai makan .



Pasar Malam Cherating

Restoran Makan Malam Day 2 




Pasar Malam Cherating

YY – Kueh Tiaw Ladna , En. Abah – Bihun Tom Yam  .




Pasar Malam Cherating

Ibu ngan Abah nak makan . Qaireen tido dah .



Settel makan malam ,mari lah kita balik ke bilik . Tetengah malam lapar , baru makan Ayam percik yang beli kat pasar malam . Dah kenyang , baru nyenyak tido kan .




Pepagi Day 3 .

Jom kita sarapan dulu . After Sarapan plan nyer nak kepantai . Sebab tenghari kang dah nak check out .

Impiana Beach Resort Cherating

Kami dah kenyang sarapan , jom lah ke pantai .




impiana Beach Resort Cherating

Tak pi sampai kat pantai pun , panas . Muhahahhaaaaa. Macam puteri lilin plak .





Impiana Beach Resort

Qaireen dah mengamok nak tido





Impiana Beach Resort



Kejap jer posing kat tepi pantai , Past tue kita balik bilik melepak , berkemas nak balik dah . Dah nak habis dah percutian kali nie di Cherating .



Pasar Malam Cherating    Pasar Malam Cherating Pasar Malam Cherating    Pasar Malam Cherating

Anak beranak selfie , selagi x habis memory camera . Huhuhuhu .





Tamat lah percutian YY dan keluarga di Cherating di atas tajaan kengkawan . Hadiah besday yang dah setahun lebih baru dapat di gunakan . Syukur Alhamdulillah . Terima Kasih kengkawan . Sayang korang ketat2 .






Sayang Korang .





P/S : Cita – Cita nak bawak Qaireen bercuti ke Langkawi .




Percutian Ke Cherating | Impiana Resort Cherating


Assalammualaikum,



Dah setahun 3 bulan YY melangsungkan perkahwinan . Qaireen pun dah 4 bulan . So, ini lah masa nya kita nak pi bercuti . Sebenarnya ini adalah hadiah perkahwinan dari kengkawan sekolah YY . Patutnya tarikh percutian nie tahun lepas dalam bulan 8 , tapi apa kan daya masa tue tengah sarat mengandungkan Qaireen . Tak kan lah berjalan jauh kan . Memula diorang nak bagi hotel kat Langkawi , tapi YY rasa cam jauh bebenor ke Langkawi . Akhirnya , Cherating menjadi pilihan .



Tempat Menarik di Cherating

Laluan ke Cherating . MRR2 – KARAK – LPT

TOL : GOMBAK – RM 4.00

KARAK – RM 3.00

LPT – Jabor – RM 21.00

Total Tol : RM 28.00 Untuk Pergi sahaja .




Pakej 3 hari 2 malam . So, pepagi Jumaat dah gerak dari rumah . Singgah bekpes dulu kat Shell berkembar kat MRR2 , dah alang – alang isi minyak kat situ . Kita makan dulu , perut lapaq . Blasah nasi lemak . En. Abah siap beli roti kot kot lapaq dalam perjalanan . Bagusnya Qaireen , sepanjang jalan memang tido sesaje . Amboii, simpan tenaga tau jalan jauh .



Tempat Menarik di Cherating

Kami nak ke Cherating




Tempat Menarik di Cherating

Sepanjang perjalanan, Memang anak dara nie tido jer . Simpan tenaga kot.




Sebabkan kita nie bukan orang pahang , dan bukan ke Cherating setiap bulan . Memang lah tak tau jalan , jadi kita waze . Bila En. Abah suh waze , bahawasanya YY telah meng Waze kedai makan . Hhahahhaha, dalam kepala dah terfikir makan jer . Berjalan kali nie , YY nak try macam – macam makanan . YY waze Warung Aziz Satar . Warung yang terkenal menjual satar dan otak – otak . Pemes weiii. Lagi pun YY pernah makan masa belajaq dulu . Ada ikut program anak angkat ke Pahang . Sejak tue , memang YY suka Satar . Tapi kalau beli kat KL menyakitkan hati . Tak sedap sungguh . Banyak kali terkena , jadi memang YY tak kan beli kalau jual kat mana – mana pasar malam .




Warung Aziz Satar tutup , so beli jer Satar tepi jalan . Buat makan kat bilik nanti . On The Way ke Resort , boleh plak ternampak warung Nasi Dagang . Singgah makan dulu , dari KL memang xmakan apa selain dari bekpes . Jam pun dah nak masuk pukul 2 . Ya Allah , sumpaaaaah sedap giler nasi dagang lauk ikan . Harga cuma RM 3.50 . Cukup rasa , cukup sifat . Sedap gilerrrr.




Nasi Dagang Sedap Cherating

Warung Nasi Dagang Sedap . Nampak tak , harga pun murah .




Nasi Dagang Sedap Cherating

2 set Nasi Dagang  Lauk Ikan



Nasi Dagang Sedap Cherating   Nasi Dagang Sedap Cherating

Abah makan , Ibu ngan Qaireen Selfie .




Settle makan , kita terus menuju ke Resort . Check in dan tak sabar sungguh nak melanding kan diri . 3 jam lebih perjalanan, sakit pinggang jugak duk dalam kete . Alhamdulillah , cantik sungguh biliknya . View laut gitueee . Ada ruang tamu siap TV dengan siaran Astro . Katil . Bilik Air siap bathtub . Bilik besar dan cantik . Terima Kasih kengkawan dengan percutian nie . Sayang korang .



Impiana Resort Cherating

View Dari Bilik .




Impiana Resort Cherating


Antara gambaran suasana dalam bilik , lupa pulak nak amik gambor bilik air .




Impiana Resort Cherating



Impiana Resort Cherating

Senang hati anak dara dah sampai , Yeaaah boleh rehat .



Dah sampai bilik , kita berehat jer lah . Lagi pun cuaca panas . Malam baru keluar cari makan . Hari pertama sampai memang x pi mana pun . Kira lepak bilik , petang tue Qaireen mandi dalam BathTub . Dah Abahnya tak rajin nak bawak turun ke pool . Dalam bilik pun boleh berenang – renang . Maklumlah , anak dara nie memang suka main air .



Impiana Resort Cherating   Impiana Resort Cherating  
Impiana Resort Cherating   Impiana Resort Cherating


Instagram @yanayassin

Malam , kita keluar cari makan . Malas nak g jejauh . Makan kat kedai berhampiran jer . Sebab kan kekonon En. Abah berdiet , so kita makan bihun dan Mee jer . Qaireen ?? Teman jer lah , sebab x cukup umur lagi nak makan besar . Ibu upah awak susu jer yer .



Tempat Makan Sedap di Cherating

Menu Makan Malam  : 

En. Abah Bihun Tomyam 

 YY Mee Hailam . 

Simple . Janji kenyang . 



Tempat Makan Sedap di Cherating

Qaireen teman jer . Tido kemain nyenyak . Penat main air lah tueee .




Tamat lah kisah hari pertama kitaorang kat Cherating . So far semua ok dan berjalan lancar . Makanan semua sedap . Cuma cuaca agak panas . Qaireen pun happy semacam . Nanti kita sambung citer day tue pulak eh .




P/S : Hari pertama , En. Abah dah teruja nak datang lagi .






Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Copyright © Yana Yassin Designed by Ms.Azhafizah