Entri Terkini Yana Yassin

Recent Post no Thumbnail by Bina Blog

Kejutan di Hari Lahir | Julai Ohseeem :)

Assalammualaikum,

Hai korang, saje lah nak sambung kisah hari istimewa kat SINI . So, pada hari kejadian YY bekerja seperti biasa mencarik sesuap nasi. Opis YY nie tak macam opis ada org tue ada ‘Cuti Birthday’. Untung lah sape keje Citibank. Birthday pun dapat cutikan. Ok, dah melalut tak tentu hala. Muhahahha.

So, bila dah tarikh kelahiran kita kan, bertalu-talu ucapan kat fb wall, kat tipon, tue belum masuk yang call siap nyanyi2 lagi kan. Terharu sangat. Rasa ramai sungguh yang sayang. Maklumlah, kekadang YY nie rasa macam kurang kasih sayang jerk. Bak kata alang, kena ada satu kelab KKS ( Kurang Kasih Sayang ), siap alang lantik diri jadi presiden eh.


fb
Terima Kasih yang wish di FB

Kebetulan hari tue YY dapat jemputan ke Majlis SONY Malaysia. Itu kisah nanti YY akan citer kemudian. Tengah Syok punya berbuka puasa dengan pelbagaii menu , ada lah sorang mamat nie bawak escream siap ngan lilin. Owhhh, terharu nya. Ngupernya dari Rouge Com , Karen yang buat surprise for my Birthday. Then diaorg nyanyi lagu besday reramai. Auww, malu ai sekejap.Terima Kasih Karen, u r so sweet lah.

 484066_10150999380875000_289693439_nCar Wash401    
Muka Terkejut dan teruja.


539041_10150999381600000_2094075981_n580898_10150999381095000_542881701_n
Tengah teka Umur Karen                         With Karen dan Rebecca


Car Wash015
Escream yang yummeeeh. 

Tiada lagi kek pada hari kejadian, lagi pun hari keje kan, camne nak sambut . Then keesokkan hari, memang dah plan nak berbuka sama Ibu ngan adik kat rumah kajang. Awal-awal lagi memang YY dah request nak makan Mee Kari ibu masak. Yummeeeh, dah terliuq bila terbayang Mee Kari Ibu. Then x sangka, adik YY siap beli kek from SR sampai 4 jenis. Katanya nak beli besar kang tak termakan, so dia beli yang slice-slice jer. Jadi boleh beli lain- lain rasa kan. Owhh, Terharu lagi. Dah tua-tua nie, tak sangka pulak birthday di sambut kan. Terima KAsih Ibu dan adik angah, sayang korang seumur hidup Smile.


124_0640124_0641124_0642124_0643
Pelbagai Menu berbuka air tangan Ibu

Car Wash403
4 Jenis kek dari SR , Thanks adik ku Angah


Then, selepas tarikh birthday berlalu 2 hari, Alang ngan Angah plak ajak dating. Plan nyer nak nengok wayang , lepas tue berbuka puasa sama. Memula YY request nak berbuka kat Seoul Garden, tapi fully booked plak. Jadi ke Mid Valley sebab kebetulan YY ada voucher GSC, boleh lah menonton di GSC MV.Pasal berbuka di mana, YY serahkan pada Angah dan Alang jer. Tetapi apa kan daya, plan Tengok wayang tak terlaksana, sebabnya janji kul 3ptg di MV, pukul 2.45ptg YY dah ada pun kat MV, cuma nak masuk ke parking YY stuck di jem yang giler hingga 2 jam. Dah macam KL-N9 plak lama nyerr. Kaki siap lenguh semua. Sampai kan dalam parking pun bleh jem. Memang gilerr arrr. Jadi, terbatal lah agenda menonton wayang. Jadi kitaorg leaklepak , borak – borak jer kat The Garden.


Tony Roma's039Tony Roma's040Tony Roma's152Tony Roma's154
Tony Roma's057
Tony Roma's053
Berbuka di Tony Roma's

Bila dah nak masuk waktu buka, Angah ngan Alang ajak ke Tony Roma’s. Ngupernya diorg dah Booked tempat kat Tony Roma’s . Auwww, macam tau-tau jer YY dah lama ngidam nak makan Fried Mushroom TR yang sungguh Yummeh.Then sekali lagi terharu, dah ler belanja YY kat TR, Alang siap beli kek. Hokeey, kek 3 untuk Birthday YY di tahun 2012 nie. Serius, ingatkan memula takde orang ingat. Sekali , amik kawww sampai 3 kali dapat kek/escream. Terima Kasih Angah dan Alang. Sayang korang sangat-sangat.

Tony Roma's114Tony Roma's119Tony Roma's164Tony Roma's165
Terima Kasih Angah dan Alang

Dan, semalam sekali lagi dapat surprise. Memula dapat sms dari En.Tunang kata jom pi makan Char Kuew Tiaw Mali’s. Memula tue macam malas lah kan, sebab baru past berbuka, then macam kenyang lagi. Tapi dah lama kot nak pi makan CKT tapi tak tercapai hajat, so pergi jugak lah. Dalam kul 11mlm baru kuar rumah. Terus menuju ke Mali’s CKT Danau kota. Tapi kalau ikut YY Mali’s Taman Bunga Raya lagi best. Tapi, org yang bawak kan, kita ikut kan ajer.

Mali's Char Kuew Tiaw250 Mali's Char Kuew Tiaw151Mali's Char Kuew Tiaw156Mali's Char Kuew Tiaw155
Mali's Char Kuew Tiaw100

Terima Kasih En. Tunang kerana belanja Char Kueh Tiaw dan kek yg sedaaap

Dan sekali lagik tak sangka, ngupernyer En. Tunang pun beli kek jugak. Aduhh!! berapa hari dah nie asik blasah kek. Serius terharu. Siap En. Tunang belikan cekelat. Untuk makluman, En. Tunang kita nie bukan nyer romantik pun, tetiba plak buat surprise beli kek bagai kan. Bila YY tanya nape beli kek, kan besday dah lepas. Katanya dah niat nak beli, lambat ke cepat tetap nak bg gak. Hurm, ikutkan ajer lah. Terima Kasih En.Tunang, sebab ingatkan takmo celebrate , tapi rupanyer nak buat surprise. Red heart





P/S : Terima Kasih pada semua atas tanda ingatan korang di hari lahir YY :))


Dah dapat teka berapa umur YY ??? Muhahahahhaha .



Bila BE datang Melayang | Rezeki Ramadhan.

Assalammualaikum,

Hai uolss, saje lah kan nak share something. Sebenarnya benda nie dah lama tak muncul . Ibarat macam bercinta, rindu - rindu pada yang tak sudi. Akhirnya, bila tangan gatal nak klik, eh ada BE lah. Giler lama BE tak muncul kat Blog YY nie. 

Haaaissshh, segan2 plak dia nak bercinta sementara dengan YY kan. Hurmm, terima kasih Maxis Olympics. Meh lah melayang - layang lama sikit eh. Gigih nak kumpul duit beli barang impian tau. Auwww, tinggi cita- cita YY kan. Ini BE yang ke - empat untuk tahun 2012 . Last BE pun bulan Mei hari tuee. Alhamdulillah, janji ada kan. Hope lepas nie BE makin kerap memuncul kan diri. Ahaaaksss.










P/S : Berblogging adalah keje part time , Buat tambahan pendapat. Gituee laah.





Review | Filem SAM ( Saya Amat Mencintaimu ) - Sinopsis & Trailer

Assalammualaikum,

Filem SAM ( Saya Amat Mencintaimu ) adalah Filem terbaru dari Skop Production yang akan keluar pada Raya pertama Aidilfitri Tahun 2012 nie. Filem yang di arahkan oleh Syafiq Yusof anak kepada Yusof Haslam. Masa Syafiq arahkan Filem nie umur dia baru 18 Tahun. Muda sangat lagik, tapi dah mampu mengarahkan sebuah Filem yang ohsem. Serius, kalau korang tengok, memang tak cayer ia adalah hasil dari pengarah Muda dan baru pertama kali mengarahkan semua Filem. Syafiq jugak dapat pengiktrafan sebagai Pengarah Termuda dari Malaysian Book Of Records. Tahniah.







Sinopsis


Filem ini mengisahkan tentang Sam ( Shaheizy Sam ), seorang lelaki yang bekerja di sebuah syarikat percetakanSam bercinta dengan seorang gadis bernama Lisa ( Lisa Surihani ) yang juga rakan sekerjanya. Pelbagai peristiwa manis dan lucu berlaku dalam kisah cinta mereka.
Konflik bermula apabila Lisa sering diganggu oleh Haikal ( Azad Jazmin ) yang menimbulkan pergaduhan di antara Sam dan Haikal. Dalam masa yang sama, seorang lelaki kacak Jefri ( Syamsul Yusof ) juga menaruh hati pada Lisa.

Satu pergaduhan berlaku antara Sam dan Haikal yang mengakibatkan Haikal dipecat oleh majikannya.  Haikal bengang lalu berjanji akan membalas dendam terhadap Sam. Selepas kejadian itu, Sam  diganggu oleh kelibat lelaki misteri yang selalu mengganggu dirinya. Sehingga ke satu tahap, Sam dan Lisa diculik oleh lelaki misteri tersebut.

Jefri iaitu rakan sekerja Sam menyedari kehilangan Sam dan Lisa mengambil keputusan untuk mencari mereka. Sam dan Lisa pula panik apabila dia tersedar dirinya diculik dan dikunci di sebuah kilang lama kepunyaan syarikat majikannya. Pelbagai rintangan dan cabaran dilalui oleh Sam untuk menyelamatkan Lisa serta mencari jalan keluar.

Persoalannya, dapatkah Jefri menjejaki kehilangan mereka? Adakah mereka terselamat? Dan yang paling penting sekali…siapakah penculik itu??? Segala-galanya bakal terjawab dalam“SAM” sebuah filem cinta bercorak thriller dari pengarah muda Syafiq Yusof.




Pengarah Muda - Syafiq Yusof


Layan Trailer dulu sebelum korang baca review dari YY. harap membantu korang untuk lagi semangat nak tengok Filem SAM nie bila kuar panggung nanti. 




TRAILER







Gambar Sekitar Malam Preview Filem SAM.


Syamsul Yusof , Yusof Haslam , Syafiq Yusof

                     


                     






Review .
Filem ini adalah yang terbaik YY rasakan dari Skop Production. Filem yang akan buat korang berdebar-debar . Serius, YY dah habis Filem pun masih berdebar lagik. Memang menjadi adegan suspen yang ada. Bila bab percintaan antara Lisa dan Sam, sumpah YY rasa macam diorg memang betul-betul sedang bercinta. Sweet sangaaaat, memang bibir tak berhenti senyum. Terus rasa nak ajak pakwe pi I-city jugak. Sebab scene kat I-city memang menarik sangat. Dating sambil merasai alam percintaan gituee. Muhahahha, tetiba gedixss dan senyum sendiri bila ingat-ingat balik scene percintaan Sam dan Lisa dalam SAM ( Saya Amat Mencintaimu ).


Saat percintaan yang manis

Bila bab suspen, serius memang menjadi. Berdebar tak sudah. Siap termenjerit jugak lah bila ada scene yang buat kita terkejut. Cerita yang korang tak akan sangka kesudahan nya. Sepanjang korang menonton, akan buat korang berfikir, siapa jahat, siapa baik. Buat korang rasa macam, hissshhh bila nak habis nie sebab dah tak tahan dengan berdebar kat hati. Aduhh!! memang ini first time yang YY tengok Filem melayu berdebar lain macam. Kalau tengok citer hantu pun tak macam nie rasa nyer.


Haikal yang psiko


Teknik camera yang Syafiq Yusof guna, memang ohsem dan terbaik. YY nie bukan pandai sangat pasal teknik camera kan, tapi sebab kan sudut-sudut yang digunakan, buat suspen tue menjadi. Bak kata Dato' Yusof Haslam, ada antara scene yang Syafiq guna sampai 3 atau 4 camera. So, tak sia-sia melabur lebih, sebab hasilnya memang menjadi. Ada debar di hati gituee.


Sam ketika cuba menyelamatkan Lisa yang diculik.

Dari segi lakonan, semua memang terbaik. Diantara Lakonan Shaheizy Sam yang YY rasa memang cemerlang. YY pulak yang rasa penat tengok dia fighting dalam Filem SAM nie. Sempat YY borak ngan Sam masa habis Filem nie, katanya 3 kali demam sepanjang pengambaran yang mengambil masa cuma 36 hari dan pengambaran di buat masa bulan puasa. Fuhh!! mesti penat kan. Cabaran paling besar sepanjang mengarah Filem nie, adalah mengejar masa supaya budget tak larik kata Syafiq Yusof.



Bintang 4.8 / 5





So, apa lagik, terjah panggung reramai Raya nanti. Filem nie akan keluar di panggung pada 19 Ogos 2012. Sokong lah Filem Malaysia. Peaceeee ~~



OST Filem SAM oleh Anuar Zain









P/S : Best wooo lagu OST SAM nie, Layaaaaanssss






Iklan Tesco Malaysia oleh Wardina , Faizal Tahir , Ana Rafali & Nabil Ahmad



Wee ~~ dah masuk 8 hari kita nyambut puasa. So, macam -macam iklan puasa dan raya yang kuar di pelbagai media. Ada yang Jual kuih ler, jual baju raya , pendek kata semua yang melibatkan raya. Then tadi YY terjumpa iklan nie dari TESCO Malaysia. Eh, menarik lah iklan nyaa. Kelakar pun ya jugak. Meh sini korang tengok, kekalau korang tak pernah tengok lah.

Iklan yang dilakokan oleh Wardina , Ana Rafali , Faizal Tahir dan Nabil Ahmad.

















P/S : Jom Shopping kat Tesco, 
YY tiap2 bulan dapat voucher from 'DIA' . suka , suka , suka.







Apa Ada Pada Tarikh 26 Julai 2012 ??


Assalammualaikum,


Wee ~~ apa ada pada tarikh 26 Julai 2012 . Yeaaah ini adalah tarikh yang tak akan YY lupa sampai hujung nyawa kot. Terima Kasih kepada ibu tersayang dan terchenta Rosnah Aziz yang telah melahirkan YY . Ibu kata,kul 8 pagi Ibu dah masuk Ward bersalin Kuala Lumpur. Masa tue dah start sakit-sakit. Nasib lah rumah dengan Hospital Bersalin KL dekat jerk. 

Tapi masa tue, YY tak nak kuar plak. Cuma sakit tue kejap datang, kejap ok lah. Maklumlah, ibu nak keluarkan YY anak sulung. Payah sikit kot, kot lah. Muhahahha, Sebab YY masih single, xde pengalaman bersalin kan. Akhirnya, jam 8.04malam YY dilahirkan. Cucu Sulung jugak buat keluarga belah Ibu YY, tapi kalau belah ayah dah ramai pun cucu yang ada. 

So, tetiba jer citer pasal sejarah kelahiran kan. Bila umur dah semakin meningkat nie, xde lain yang YY harapkan selain kesihatan yang baik, hidup dalam keredhaanMu Ya Allah, dan bahagia di samping insan-insan tersayang. 

Haaa, sape tahu umur YY di tahun 2012 nie berapa?? Maklum lah, kang kalau bgtau ada jer yang tak cayer, sebab YY pernah kena bg IC kat sorang nie ( Mejah bukan nama sebenar [,"] ) sebab tak cayer ngan umur YY. Hihihihi, kekonon budget awet muda lah. Muhahhahaha. Sape teka betul YY belanja Aiscream naak. :P Gedixxsss jer nak suh main teka-teka umur kan. 







P/S : Doakan YY sihat dan hidup bahagia yaa kengkawan.








Bonus Setengah Bulan Gaji @ Minima RM500 Bagi penjawat Awam 2012









P/S : Alhamdulillah.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Copyright © Yana Yassin Designed by Ms.Azhafizah