Entri Terkini Yana Yassin

Recent Post no Thumbnail by Bina Blog

Chelsea vs Malaysia | Thanks Samsung



Assalammualaikum,


Dimulakan dengan ucapan terima kasih kepada Samsung kerana memberi peluang YY menonton perlawanan Chelsea dan Malaysia . YY nie takde lah tau sangat pasal bola kan, tapi bila di beri peluang menonton secara life memang teruja habis. Perlawanan ini bermula pada 9.45mlm di Stadium Shah Alam pada 21 Julai 2013.



chelsea fc




Ramai sungguh penyokong Chelsea yang memenuhi stadium. Maklumlah bukan senang nak jumpa pemain antarabangsa yang datang ke Malaysia.


Perlawanan dimulakan dengan kick off bagi Malaysia vs Chelsea . Di saksikan kira – kira 40,000 penonton suasana sungguh hangat dan meriah sekali. YY yang tak faham pasal bola pun terja sama. Walaupun memula Malaysia ketinggalan 3 – 0 di separuh masa pertama saingan tetap sengit.





IMG_2013072250552




Pada waktu rehat separuh masa pertama, ada pulak bola Samsung di jadikan aktiviti sementara menunggu perlawanan di teruskan. Menarik uolssss, teruja tengok bola besaq.

Permainan bertambah rancak apabila pemain Malaysia, Nazmi Faiz dimasukkan dan akhirnya Fadhli Shas menyumbangkan satu gol buat Harimau Malaya. Keputusan akhir adalah Chelsea 4 – 1 Malaysia .



Terima Kasih sekali lagi Samsung Malaysia.




Impian Raya 2013 YY bersama Samsung



Assalammualaikum,


124_0486



Hai uolsss, dah nak masuk 2 minggu kita berpuasa di bulan ramadan 2013 . Sikit lagi dah nak raya pun. Memang seronok bila dapat menyambut hari raya selepas sebulan berpuasa kan. Baru betul raya adalah hari kemenangan, menang sebab dah puasa sebulan, masa utnuk menyambut kejayaan berpuasa tuee.




Meriahnya beraya bersama sanak saudara.




Masak Lemang, sila abaikan muka comot itu. Muhahaahhaa.




Dah Macam Kanak – Kanak ribena teruja dapat main bunga api.




Tugas YY menganyam setiap tahun, Wajib atas arahan Ibu. Smile



YY paling suka time raya bila dapat jumpa saudara mara, kengkawan yang time raya jer lah baru dapat bertemu. Maklumm lah, memasing dah ada tanggujawab jadi memang susah kalau nak jumpa. Bila raya, dapat berkumpul reramai, bercerita kisah setahun tak jumpa kan, mahu tak tido malam jawabnya. Tue belum lagi bab dapat main mercun ngan bunga api. Tapi xde lah yang bahaya, bunga api biasa jer.





010920111611


IMG00483-20120820-1117

Al-Fatihah buat Arwah Ayah YY ( 1956 – 2008 )




Raya 2009 tanpa arwah ayah.


2008 adalah tarikh sedih bagi YY dan family sebab ayah telah pergi menyahut panggilan Ilahi. Jadi bermula 2009 memang kami beraya tanpa ayah. Tapi YY tetap mendoakan Ayah tenang di sana dan setiap kali raya memang wajib untuk menziarahi kubur arwah ayah . Al-Fatihah.




Raya 2010


4


3

Raya 2011



Tue belum masuk bab makan. Time raya nie macam – macam rendang ada. Makan pulak dengan Lemang , Ketupat yang di anyam sendiri. Fuhhh !! tak toleh kiri dan kanan dah. YY kan gemokss, perut besar jadi bab makan memang no 1. Tak leh tolak punyaa. Kalau sehari beraya sampai 10 rumah pun, tetap YY nak makan rendang dan ketupat. Sebab kan rumah lain – lain , jadi rasa pun pasti lah lain – lain kan. Nampaaak tak, betapa best nya bila citer bab makan.




raya 2012 1

Raya 2012




Perkara wajib pulak bila beraya adalah bergambar. Yeaaah, itu paling YY suka. Sebab gambar lah mampu membuat kan kenangan kita sentiasa di mata. Wajib lah bergambar dengan family, dengan sedara mara. Gambor makanan di pagi raya pun wajib tau .









So, raya tahun 2013 nie. YY teringin sangat nak ada di tangan Samsung Galaxy Tab 8.0 di gabung pulak dengan Camera Samsung. Sesuai sangat untuk bergambor dan paling penting YY dapat update blog dengan pantas masa raya nanti . Sejak 2007 YY berblogging, bila time raya, kalau seminggu bercuti, memang seminggu jugak lah blog tak berupdate. Kalau tahun nie beraya ada Tab, pasti blog YY tak sunyi dah.



Seronok tau bila kita dapat bercerita kemeriahan raya kita kat blog. Sedara – mara , kengkawan semua boleh baca dan tahu kisah kita. Kalau kita sronok, mesti orang yang baca pun seronok kan. Harap – harap impian YY beraya dengan produk Samsung nie menjadi kenyataan. Doa – doakan lah yaaa. AMin.



Eh sebelum tue meh layan Samsung Raya TVC





Jom jugak korang join Campaign terbaru dari Samsung. Mudah sangat dengan hanya share gambar raya korang. Mana tau boleh menang hadiah best wooo , menonton wayang bersama keluarga lagi tau !!!.

KLIK SINI








P/S : Apa impian raya korang pulak Smile




Kisah Sakaratul Maut dan Mamat Cina Berpuasa Sehari



Assalammualaikum,

Hai uolss, YY baru jer balik dari kajang berbuka dengan family. Sedap wooo hari nie ibu buat keli salai masak lemak cili api , ayam masak merah , dalca dan nasi tomato. Memang best lah air tangan ibu kan. Tapi sayang lupa pulak nak amik gambir makanan, excited sangat nak berbuka uolss.

Balik jer, buka fb ternampak ada video yang menarik nie, ramai sungguh yang dah share. Ini antara 2 video yang YY rasa ada cerita yang baik di sebalik video nie. Jom korang tengok, untuk korang yang tak tengok lagi lah.



Mamat Cina Puasa Sehari





Kisah Sakaratul Maut




Banyak pengajarankan dari 2 kisah video nie. Korang rasa camne ???



Bonus 2 Kali , Comfirm !!!!



Assalammualaikum,


Sharing Is Caring :) Peacee !!!






Akhirnya, 2 kali bonus untuk semua. 


Confirm.. !!! 

Berikut adalah beberapa garis panduan pemberian dan penerimaan bonus sebelum hari raya tahun 2013.




1. Bonus pertama akan masuk dalam tempoh 10 hari sebelum hari raya bermula 29 Julai 2013.



2. Bonus kedua akan masuk pada 8hb Ogos 2013.



3. Dibayar tahun ini juga.



4. Kadar penerimaan bonus tidak berasaskan penilaian atau gred gaji semasa.



5. Pekeliling umum sudah dikeluarkan.



6. Pemberian bonus bersyarat & terma.




Berikut adalah terma dan syarat yang ditentukan pembahagian dan penerimaan bonus tahun ini : 




1. Bonus pertama berupa malam lailatul qadar yang melebihi 1000 bulan beribadat.


 
2. Bonus kedua merupakan sambutan hari raya yang akan disambut pada 1 Syawwal



3. Bersungguh2 memenuhi malam2 10 terkhir dengan amalan yang dianjurkan nabi.



4. dilakukan dengan ikhlas dan penuh pengharapan kepada Allah sebagai seorang hamba. 



5. Bonus tertakluk kepada kehendak Allah SWT kerana Dialah Yang Memberi dan menjadi tanggugjawab hamba untuk mencarinya.







P/S : Jangan Marah Haaaa :)

Berbuka Puasa di Italiannies | Special Ramadan


Assalammualaikum,

Korang, hari – hari berbuka mesti menu ala- ala kampung, ala – ala western kan. Ni nak share dengan korang menu Italy gitu. Kat mana ?? mesti lah di Italiannies . Sempena bulan posa nie Italiannies pun ada sediakan sesuatu yang sedap dan menarik untuk korang berbuka bersama yang tersayang , tak kira lah keluarga atau rakan taulan.


italiannies 154


Promosi nya, dengan setiap Al-Carte korang boleh tambah RM10 untuk menikmati salad , sup cendawan , Condiments , roti homemade dengan sesuka hati . Kira bayar RM10 tue, makan ler sampai lebam. Amik banyak pun takpe.


italiannies 100


italiannies 101italiannies 102


italiannies 103italiannies 106


Nikmati semua ini tanpa had dengan hanya tambahan RM 10 dari menu Al-Carte .



italiannies 116italiannies 117italiannies 118italiannies 119

Menu Starter YY – Sedaaap.


Diantara menu Al-Carte yang korang boleh nikmati dan comfirm sedap sebab YY dah try semuanya adalah Pizza Enorme , Stuffed Mushroom , Sicilian Chicken , Spagetti & Meatball , Shrimp Fra Diablo dan Chicken Milanese . Semua sdap uolssss, tengah duk menaip nie pun dah terliuq.


italiannies 120

Stuffed Mushrooms ( Signature ) | Regular-RM24.90   Abbondanza–RM 34.90



italiannies 124

Sicilian Chicken ( Signature ) | Regular–RM36.90   Abbondanza–RM46.90



italiannies 135

Chicken Milanese ( Signature ) | Piccolo-RM24.90  Regular-RM32.90 Abbondanza-RM48.90



italiannies 162

Shrimp Fra Diablo | Regular-RM38.90  Abbondanza RM52.90



italiannies 163

Spaghetti & Meatballs ( Signature ) |
Piccolo-RM22.90  Regular-RM36.90  Abbondanza-RM59.90



Pizza pulak kan, saiz nyer bear uols. Pizza Enorme 16” boleh makan 5 – 6 orang gitue. Unik nyer Pizza ne ad 4 topping dalam satu Pizza besar. Ada Pepperoni , Turkey Ham and Pineapple , Shrimp and Mushrooms dan Roasted Garlic.


italiannies 145italiannies 146

Roasted Garlic & Turkey Ham + Pineapple


italiannies 147italiannies 148

Shrimp + Mushrooms & Pepperoni



italiannies 134

Pizza Enorme’ ( Signature ) – RM52.90



Bila dah makan kenyang, harus lah ada desert kan. Pencuci mulut gituee. Wajib sebagai penutup ketika menjamu selera. Sedap oooo kek escream niee.


italiannies 195

Tartufo – RM21.90


So, korang apa lagi. Mari lah menerjah ke mana – mana Italiannies berhampiran korang . Sekali – sekala ubah menu dengan rasa Italy kan. YY pun macam nak menerjah lagi jer. Ahaaaks, bab makan memang menggiler sikit, sebab tue lah gemoksss.



IMG_5214

Keterujaaan makan Pizza Enorme’



italiannies 183

Ada Kad Ahli jugak tau.
Ada beberapa tempat yang korang makan boleh gunakan kad nie.



Detail boleh jugak ke www.italiannies.com.my


Azam Raya Bersama Watsons


Assalammualaikum,

Hai uolsss, sikit hari lagi jer lagi kita nak posa dah. Kejap jer masa berlalu kan. So, agak2 korang apa azam korang raya tahun nie. Hurm, tetiba citer pasal azam raya padahal baru jer citer pasal nak posa kan.


Azam Raya Watson  102


Azam Raya Watson  603

Register dulu yaaa.


Ini semua gegara , Watson ada buat sesuatu yang menarik tentang Azam Raya . YY berpeluang ke Majlis Pelancaran Kempen Azam Raya nie di Al-Amar Lebanese Cuisine, Pavilion, Kuala Lumpur . Bukan setakat nak melancarkan kempen Azam Raya tapi turut mmperkenalkan Duta kepada Azam Raya bersama Watsons Faizal Tahir. Hai lah, sape tak kenal Faizal Tahir penyanyi hebat Malaysia ni kan.



Azam Raya Watson  108

Ketibaan Faizal Tahir Duta Azam Raya Bersama Watsons.



Azam Raya Watson  117

Menantikan Pelancaran.




Azam Raya Watson  132

Director of Marketing and Business of Watsons Personal Care Stores Sdn. Bhd Jessica Ng bersama Duta Azam Raya Bersama Watsons Faizal Tahir ketika sidang Media.



Azam Raya Watson  174


Azam Raya Bersama Watsons , adalah kempen di bulan Ramadan dimana korang boleh share apa saje Azam korang raya tahun nie, dan Azam yang terpilih akan di masukkan ke dalam lagu raya terbaru Faizal Tahir yang akan keluar raya nanti. See, best kan kempen nie. Korang kira macam menyumbangkan idea untuk lagu yang pertama kali Faizal Tahir nak buat lagu raya. Lagu raya nie akan di lancarkan di Rumah Terbuka dari Watsons dalam bulan September nanti.



Azam Raya Watson  170
Faizal Tahir



Azam Raya Watson  609

Ole-ole dari Watsons, siap ada sign Faizal Tahir uolsss.





Kat mana nak share Azam raya korang ??




Watsons Malaysia



Haaa, di Facebook Watsons Malaysia . Setiap Azam yang korang share di facebook akan menerima Voucher RM 5 Watsons, then boleh lah shopping bebarang beauty Care kan. Faizal Tahir jugak akan memeriahkan rumah terbuka peserta terpilih dengan membuat persembahan dan segala urusan catering rumah terbuka korang akan di tanggung sepenuhnya. Waaaah !!! menarik kan. Ini peluang terbaik bagi peminat Faizal Tahir untuk lebih mengenali beliau secara dekat. Faizal Tahir datang beraya ke rumah uolsss, sape tak teruja kan.




Mengapa nak buat kempen Azam Raya bersama Watsons ??





Azam Raya Watson  645



Bulan Ramadan kan bulan Mulia, Bulan kita beramal ibadah lebih dari biasa sebab ganjarannya lebih berlipat kali ganda . So, Kempen nie adalah sebagai ganjaran bagi pelanggan untuk berkongsi segala Azam dan membantu memberi inspirasi kepada orang lain dengan kisah Azam diorang. Kempen ini lebih menarik, lebih best bila Faizal Tahir idaman malaya jadi Duta Azam Raya bersama Watsons.





Kempen ini akan bermula pada 18 Julai 2013 . Jangan lepaskan peluang keemasan nie yerr. Mana tau dah ler Azam korang terpilih masuk dalam lagu raya Faizal Tahir. Bila raya Duta Azam Raya nie akan datang rumah korang masa Rumah terbuka siap buat show lagi. Fuhh !!! best habaq hang.






Azam Raya Watson  619



Raya Sale Watsons akan bermula pada 18 Julai 2013 – 2 September 2013 untuk Semenanjung Malaysia dan d Sabah Sarawak bermula 25 Julai 2013 – 9 September 2013 . Pembelian RM 30.00 dan ke atas di Watsons terpilih korang layak menerima satu tiket untuk menghadir kan diri ke Sambutan hari Raya Watsons bersama Faizal Tahir pada 6 September 2013 di Plaza Angsana Johor Bharu .



Azam Raya Watson  600Azam Raya Watson  607

Azam Raya Watson  646

Diantara Rakan Blogger yang turut hadir




Azam Raya Watson  642



Mari menerjah ke Facebook Watsons Malaysia ,
peluang besaq korang beraya dengan Faizal Tahir.

Nak
Mudah lagi terus ke link yaaaa untuk AZAM RAYA FACEBOOK RAYA -->> https://www.facebook.com/watsonsmalaysia/app_199406096885124




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Copyright © Yana Yassin Designed by Ms.Azhafizah