Entri Terkini Yana Yassin

Recent Post no Thumbnail by Bina Blog

Review | Filem Bohsia 2 : Jalan Kembali - Sinopsis & Trailer


Weee ~~ Semalam YY dapat pi Prebiu Filem Bohsia 2 : Jalan Kembali. Filem karya Shamsul Yusof. Sambungan dari Bohsia : Jalan Hitam. Antara Pelakon Filem nie, Salina Saibi , Nabila Huda, Syamsul Yusoff , Zizan Razak , dan Saofi Jikan. Cerita ok, tapi rasa macam dialog agak kasar tapi dah nama pun citer Bohsia, samseng jalan memang lah bahasa kasar kan.

poster bohsia 2

Sinopsis :

Filem aksi arahan Syamsul Yusof ini berkisar tentang Amy, bekas bohsia telah bertaubat untuk tidak mengulangi sejarah “hitam” dengan menjejakkan kakinya ke sebuah pusat pemulihan manakala Tasya, bekas rakan karibnya semakin hanyut bergelumang dengan gejala haram serta tingkah lakunya yang dikawal ketat oleh Keting, teman lelakinya.

Seperti Amy, Muz juga telah bertaubat dan tidak mahu lagi bergelumang dengan kehidupan yang pernah mensia-siakan dirinya namun Muz dan Ijan senantiasa mencuba untuk meraih kemenangan dalam setiap perlumbaan motor yang diadakan.

Akan tetapi, keputusan Amy untuk meninggalkan pusat pemulihan adalah peluang keemasan untuk Keting mememesongkan Amy ke jalan hitam. Walau bagaimanapun, dengan pertolongan daripada Muz dan Ejan, Amy dan Tasha haruslah mencari jalan untuk memusnahkan segala hasrat Keting yang ingin merosakkan lebih ramai lagi gadis – gadis yang lemah pegangan agamanya.

Filem Bohsia 2 yang diterbitkan dan diedarkan oleh Grand Brilliance dan Skop Productions akan ditayangkan 7 Jun 2012 di pawagam seluruh Malaysia.



Antara yang terlibat dalam Bohsia 2







Lakonan mantap dari Sofi jikan tak perlu dipertikai kan lagi. Buat korang rasa geraaaam jerk. jahat sungguh. Salina Saibi dan Nabila turut menguatkan lagi jalan Cerita. Bila ada Zizan Razak, dah tentu lah kemunculan nya untuk menambah rencah lawak dalam Filem nie.








TRAILER

So, kalau korang suka citer aksi, geganas dan ada pengajaran dan lawak. Filem Bohsia 2 ini boleh di tonton. Sebab kali nie punya Bohsia, banyak di selitkan kisah2 keagamaan jugak. Walaupun kita jahat, tak semestinya jahat selamanya kan. Dan kematian tidak kenal usia. Jangan anggap dah tua baru mati, kerna ajal maut di tangan tuhan.

Pengarah Bohsia 2 : Jalan kembali





P/S : Setiap Yang Berlaku Ada Hikmahnyaaa.






8 comments:

  1. alahai.... sorang pun tak ajak eden ...huhuhu...kena tunggu citer wayang la nampaknya...

    ReplyDelete
  2. untunggglahhh tgk awal drp orang kan^^

    ReplyDelete
  3. lambt lgi kua.. nnti i g tgk.. :)

    ReplyDelete
  4. @Hazman : kita pun dapat single ivitation

    @luvida : Harus tgk

    @Hafiz Hafisol : nasib jerk,.. hikhikhik

    @nunu : pi ler tgk,.. :))

    ReplyDelete
  5. oh tidak... Kenapa ade zizan disitu.... Hehehe

    ReplyDelete
  6. dah tgk juga smlm..rasa mcm xsesuai la budak sekolah tgk dialog agak kasar..jln citer ok la..

    ReplyDelete
  7. best cite ni...tapi rasa cam 18tahun ke atas je..haha..lagi2 part rodok yang sangat trauma itu...

    jemput yana tuk baca review di Kakiwayang.com juga ye...=)

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Copyright © Yana Yassin Designed by Ms.Azhafizah