Entri Terkini Yana Yassin

Recent Post no Thumbnail by Bina Blog

# 4 - Langkawi With Tourism Malaysia dan Santai Travel


Wee ~~ Selamat Hari Pekerja Semua. Seronok eh cecuti. Boleh bangun lambat kan. Malam tadi YY bersama Beliawanis Cawangan Wangsa Maju gigig ber tournament Bowling kat Wangsa Walk. The best part is Kumpulan YY dapat numbor 6 dari 28 kumpulan. Haaa, hebat tak, hebat tak. Muhahahhaha. YB Wangsa Maju turut turun padang bagi memeriahkan majlis.

Hokey, bukan pasal bowling yang YY nak citer. Tapi pasal trip PERCUMA YY ke Langkawi. Kalau korang ada baca entri sebelum nie, mesti korang tahu anjuran siapakan. Yeaaah, memang best lah. Ini kali 3 YY ke Langkawi, tapi pengalaman tetap berbeza. Trip kali nie, di sertai para Media dari BernamaTV , NTV7 , WBC ( Channel Baru ) , NSTP , Readers Digest , Gaya Travel , Oriental Daily , Karangkraf , Blogger ( YY ler tewww ) dan ramai lagi. 



Lepas bertolak dari Kuala Lumpur seawal 6 pagi, we all singgah Pekan Kampar untuk bekpes. Korang nak tahu YY bekpes apa pepagi. Yeaah, Laksa Sanggul uolsss. Pestime pepagi dah makan Laksa. Unik nya tentang laksa nie sebab mee laksa tue di buat sendiri. Rasa nya agak padat tak macam laksa biasa tuee. Sedap sangat, dah memang YY suka makan laksa pun . Dan satu lagi keunikan kat sini, ada sorang uncle nie menggoreng Char Kueh Tiaw sambil duduk. Sempoi giler. Muka pun serius semacam. Maklum dah di pesan, nak amik gambar uncle tue boleh, tai jangan kaco dia sebab dia sangat garang. Patut ler muka masam semacam.


Medan selera Kampar, Banyak makanan sesedap kat sini. Murah-murah pulak tuee.


Laksa Sanggul, terbaik tourrrkk.


Sempoi kan, Masak Char Kuew Tiaw Sambil Duduk.



Dah habis mengisi perut, We all meneruskan perjalanan ke Gopeng. Apa yang kami nak buat kat Gopeng nie kan. Haaa, korang tahu ke kat Gopeng ada Gaharu Farm. YY sendiri tak tahu wujud nya tempat penaman Gaharu ini di Gopeng. Agak besar yer ladang nyer. Korang tahu tak yang pokok Gaharu sangat mahal, 1kg boleh mencecah sehingga RM25K. Woww, mahal bebenor, tak mampu makchik nak membeli nya. Dapat pelok pokok Gaharu jadilah. 


Gaharu Farm Gopeng



Pokok Gaharu Dah Besar Panjang


Gigih Abam Rosli NTV7 dan DJ Lin Suria FM pelok Pokok Gaharu.




Kat sini kami di bawa untuk melihat pokok gaharu, dan dapat merasa hasil seperti Teh Gaharu yang di katakan mampu menguruskan badan , membuang angin dan makan Telur Pindang yang di masak menggunakan rempah dari gaharu. Ada jugak maggie , rempah soup ayam dan sabun mandi yang di hasilkan dari pokok gaharu ini.



Buah ( Warna hijau ) Dan Benih ( hitam yang terjuntai itu ) Gaharu.


Background ( teras Gaharu yang mahal ) , Telor Pindang dari rempah Gaharu ,
Biskut Gaharu , Maggie Gaharu , Teh Gaharu


Sedang di interbiu oleh wakil media berkenaan Gaharu Farm.


Ada jugak AisCream Gaharu, sedap rasa dia macam-macam lemak-lemak tak manis sangat.



Habis kat Gaharu Farm, we all teruskan perjalanan ke Utara. Kami akan di jamu makan tengahari di Auto City , Penang. Menu nya adalah, ok lah sampai sini jaaa. Kang citer pepanjang korang bosan plak baca. Tahu, mesti ada yang nak tengok gambor jerk. YY pun ada destinasi nak pi nie, tak leh nak citer pepanjang benor. OkBai.


GAHARU TECHNOLOGIES SDN BHD.
Lot 9840, Mukim Teja,
Kg Pintu Padang,
31600 Gopeng, Perak.
Tel : 05-3511999 / 05-6511998 / 05-3575999 / 05-3575888.
Website : www.gaharu.com.my


Waktu Melawat : Monday - Sunday 9am - 6pm
Dibuka pada Cuti Umum







~~~ Bersambung ~~~






p/s : Kerana Gaharu, Berangin satu badan. Muhahahahha :))















Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Copyright © Yana Yassin Designed by Ms.Azhafizah