Entri Terkini Yana Yassin

Recent Post no Thumbnail by Bina Blog

Kecewa Makan di Serabei Cafe' Putrajaya

Assalammualaikum,

Sejak duk keje kat putrajaya nie, ada lah teringin nak pi Ayer8 . Asik duk tengok orang pi makan area situ. Cam teringin lah pulak kan . So , hari nie Jumaat . Waktu rehat kan cam lama, so YY ajak lah Kak Noor pi Ayer8 cari makan . Bosan wei makan kat Cafe' opis asik lah menu sama . Dah ler rasa pun x berapa , manjang lah lauk tawar.


Menuju lah YY dan Kak Noor ke Ayer8 . Sesampai jer , kitaorang duk pusing - pusing dulu . Almaklumlah, First time sampai . Kak Noor dah biasa pi , dedua duk fikir nak makan mana. Padahal menimbun kedai makan kat Ayer8 . Then , Kak Noor bagi cadangan makan kat Serabei Cafe'. Nak masuk pun dah ada orang tunggu depan pintu , siap dengan menu . 




Padangan pertama YY bila masuk , Waaaah ramainya staff. Mesti service bagus nie. Bila bukak pulak menu, hurmmm harga macam mahai jer . Ok , xpe . Kita tengok dulu camner rupa makanannya . 



Staff punya ramai, YY depan mata bila YY kira . Ada dekat 12 orang . 




YY order Bihun Tomyam + Ais Kosong . 


Kak Noor order Nasi Goreng Ayam Kunyit + Jus Apple . 


Tik Tokkk Tik Tokkkk.



Menunggu Makanan tak sampai- sampai . 



Tungguuu dan Tunggguuuu . Makanan tak sampai - sampai . Eh , awat lama sangat . Staff kemain ramai , tapi macam x buat apa jer . Apa fungsi reramai tapi service lambat . Meja yang awal dari kitaorang makanan tak sampai lagi . Ok, mari menunggu lagi .



Orang sebelah pun masih menunggu makanan



Makanan orang sebelah sampai .


keluar ayat dari mulut Kak Noor " Sikitnyaa nasi dia , x baloi ngan harga".


xpe , kita tunggu Nasi Kak Noor sampai .


Dan tak tak lama lepas tue makanan YY dan Kak Noor sampai .


Memang portion agak sikit berbanding harga .



Korang nampak cam Nasi tue Gemok . Padahal gunung kecik jer tuee.



Suapan pertama Nasi ke mulut Kak Noor . Eeeee, memang takde bintang , Nasi Goreng x sedap. Tunggu punya lama , nasi sejuk . Apa citerr ???






Suapan pertama YY , Bihun Tom Yam . Xmasam , dan macam ada rasa manis sikit. Tak Pedas , Portion kecik . 


Mulut tak puasa hati ngan makanan , tapi telan jugak lah . Sebab harga dah mahal . Kena makan sampai habis nie . 




Nasi Lembik, rasa kureng . 



Komen Kak Noor berkenaan Nasi Goreng Ayam Kunyit . 

Nasi Lembik , rasa memang x sedap . Sedap lagi masak sendiri kat rumah kot . Tak berbaloi ngan harga , nasib ada ayam kunyit penyelamat . 






First n Last kot terjah Serabei Cafe' . Harap service diorang lebih bagus lepas nie . Yang YY tak faham, kenapa staff dia ramai bebenor . Patut lah harga makan mahal , tuk cover gaji pekerja kot . Hahahhahaha, agak2 jer .


Bila citer ngan kengkawan kat opis , kekecewaan kitaorg . Rupanya banyak dah terkena . Memang diorg tak pi dah Serabei Cafe' . Siap kena sound lagi , punya banyak tempat makan kat ayer8 , apsal lah pi situ . Mana lah acik tau , x memasal acik terkena . Kbai .  




P/S : Kalau makanan sedap, Harga mahal pun kita puas hati . Ini adalah pandangan dan pengalaman YY sendiri . Xmo Emo3 naaaa .





Suprise Besday Untuk Noor Hasanah :))

Assalammualaikum,


Baru - baru nie YY ngan kengkawan opis ada lah plan nak buat suprise besday Kak Noor . Plannya nak beli kek jer , then nyanyi reramai . Asal yang nak menjoin kan diri , dalam 5 orang . Tapi pada hari kejadian , teramai plak nak join .



Bergosip sebelum Kak Noor Masuk Pantry



Kek Faizal dah tolong belikan , paginya YY siap bawak bihun goreng untuk breakfast , Ada lebih , nak bawak ke petang . Sessi potong kek memang nak buat petang pun . Sebelum balik keje tue . Bila Nor sibuk nak buat persiapan kat pantry , boleh pulak Kak Noor nak ke pantry .


Pizza tue sponsor by Fadh



So, masa nie lah , semua duk sibuk tanya memacam soalan , sebab tak nak kak noor pi pantry . Bab nie memang lawak . ada jugak soalan yang x masuk akal . Puas memasing cari idea xnak bagi Kak Noor pi pantry . Akhirnya, Kak Noor berlalu pergi sebab dia dah tak tahan nak pi toilet . Nasib dia x masuk ke pantry . 


Then , kitaorg reramai dah standby kat pantry , tggu Kak Noor keluar dari toilet . Sampai pantry , kitaorg tahan Kak Noor, past tue dia macam terkejut terus lari pi tempat . Puas pulak ada yang g pujuk Kak Noor ajak pi pantry . Dengan keadaan yang terharu Kak Noor masuk pantry , kitaorang nyanyi lagu besday . Masa nie Kak Noor dah nangis kooo . Kemain terharu dia . Katanyaa, sepanjang hidup , ini first time ada sambutan suprise camginie. YY pun terharu , nank nangis sama . Tapi cover . Hahhahahahahaha.



Muka terkejut Besday Girl . 
















Nampak tak mata merah besday girl . Terharu sgt tuee.  Ada video gak . nanti YY try upload. 






Kemain comot anak dara dapat makan kek . 




Buat Kak Noor. Happy Belated Besday . Moga Murah rezeki , di beri kesihatan yang baik . Hidup ceria selalu , dan tabah menghadapi ujian hidup . Nanti kita pi makan Boat Noodle lagi yer . Moga cecepat dapat jodoh . Kbai . 



P/S : Seronok bila dapat gembira kan orang kan .





Tebus Mata Ganjaran dengan Bonuslink di Shell

Assalammualaikum,


Korang , nak citer nie. Korang suka tak kalau korang berbelanja , past tue boleh redeem barang dengan gunakan point hasil dari korang berbelanja tue . Haaa, mesti suka kan . Nak citer nie , korang tau dak pasal kad Bonuslink . Ini lah kad yang korang boleh kumpul point dan tebus dengan barang . Jimat uolsss, x yah keluar duit . Hasil daripada korang beli barang atau isi minyak dan kumpul point . 






The best part , sekarang ada pulak kempen loyalty antara Shell dan Bonuslink . Kira bila korang isi minyak , gunakan kad bonuslink dan kumpul point berganda . Mak mak nie memang suka lah kalau dapat brang percuma hanya bayar dengan point kan . RM 1 bersamaan dengan 100 point . 






Kalau korang pergi Shell , mesti korang akan perasan bebarang di dalam Shell ada yang boleh di beli dengan hanya menggunakan point di kad Bonuslink . Korang tak payah nak keluar duit pun . Camne nak tau nilai point korang ? nie ha YY share . 

100 points bersamaan dengan RM1.00
1000 points bersamaan dengan RM10.00
3000 points bersamaan dengan RM30.00

Korang boleh tebus mata ganjaran tadi di Shell Select atau pun Deli2Go .













Eh , sebelum terlupa . Kalau point korang kurang 100 , memang tak boleh untuk tebus mata . Kena cukup 100 , baru dapat nilai RM 1 tuee. Berbaloi kan . Jimat pun jimat . Di buat anak mengamuk nak memacam , duit pulak tak cukup . Bayar saje dengan kad Bonuslink . Settle . Ibu pun leh tersenyum , anak dapat apa yang dihajati . 







Bukan setakat di Shell , korang boleh jugak tebus mata ganjaran dengan mendapatkan vouchers melalui website BonusLink  diantaranya Baskin Robbins dan TGV Cinemas ada jugak vouchers makan - makan seperti Nandos, The Coffee Bean, KFC, Pizza Hut, Tony Romas dan banyak lagi. Nak detail lagi , boleh lah terjah website Bonuslink terus.






Barangan Rumah



https://www.bonuslink.com.my/






Gabungan yang paling mantap , bila korang guna kad shell easiGo , past tue guna pulak Bonuslink . Mudah betul . Dalam mas korang nak isi minyak , boleh reedem on the spot gitue . Dah jimat lagi . 




Mari isi minyak di Shell




Nampak tak , sila Masukkan Bonuslink kad. Masa nie , korang boleh pilih nak reedem guna point atau pakai cash . 





Kalau korang isi minyak di Shell , dan menggunakan kad Bonuslink . Korang layak mendapat :

1 Liter Minyak = 1 Point
1 point = RM1 ( untuk semua minyak pelincir )
25% bonus Point untuk Shell V-Power Racing

dan 

dapatkan Bonus Point seperti Jadual di bawah :





Ok lah , harap korang faham apa yang YY nak share nie . Jom isi minyak di Shell dengan kad Bonuslink . Berbaloi - baloi dan jimat kooo . 





Detail : https://www.bonuslink.com.my/









Deeja Cosmetic Keayuan Semula Jadi

Assalammualaikum,


Baru - Baru nie, YY selalu nampak kengkawan duk citer pasal Deeja Cosmetic . Dalam hati macam tertarik pulak . Lelagi lah guna color oren yang menarik perhatian . So, apa lagi . Kita harus lah cuba jugak . Mana tu muka kusam YY , sejak beranak kecik nie menjadi semakin ceria . Gitewww, berangan tau nak cantik flawlesss . 






Rupanya jimat banyak tau kalau korang menggunakan produk Deeja Cosmetic nie . Dalam satu set , dah ada lengkap semua . Ada 5 dalam 1 . Sesuai untuk lelaki dan perempuan pulak tue . Putih , Gebu , Glowing seawal 5 hari, sape tak nak kan .  Meh YY citer satu persatu apa yang terdapat dalam Deeja Cosmetic . 


Sabun Pembersih Muka  - 120gram (WM RM12 / EM RM15)




Berwarna oren . Sabun nie berasakan carrot , susu dan air mawar . Patut lah color oren , bau pun kemain wangi tau . 




Krim Siang SPF50 - 5gram (WM RM28 / EM RM30)
Krim siang nie bertindak cam sunblock gituee. SPF50 tau . Dirumuskan daripada biji almond, biji tomato dan aloe vera.  Korang tak yah nak letak bebanyak , cecalit sesikit. Tadaaaa, siap.







Krim Malam - 5gram (WM RM28 / EM RM30)
Membantu untuk memperbaiki kulit korang di waktu tido , lelagi untuk masalah jerawat dan kedutan . Hoiii, xnak lah tua sebelum usia kan . Krim Malam pula dirumuskan khas daripada alpha hidroxy acid (AHA), Vitamin E, Retinoid Acid dan Gliseren




Cream Nano ( Malam sahaja )

Berfungsi untuk hilangkan jeragat/ pigmentasi, hilangkan sel kulit mati, hilangkan parut jerawat dan menaikkan aura wajah . Korang jangan pelik plak kalau guna, warna kuning cam kunyit tue . Dah memang iyernya terhasil dari kunyit pun . Bukan setakat kunyit , ada jugak minyak jojoba yang bertindak untuk penyerapan dengan cepat tanpa menyumbat pori-pori kulit dan menjaga keseimbangan ph yang normal pada kulit. 






Toner Nano - 30ml (WM RM40 / EM RM45)
Toner Nano pula dirumus khas daripada air mawar dan aloevera yang mampu mengatasi aye-bag, bertindak sebagai anti-penuaan,  mencerahkan dan melembapkan kulit wajah. cara guna toner, korang titis kat kapas muka, dan sapu . Kalau pepedih tue normal lah. Nak cantik kan . hahaahahaha.






Cara Menggunakan Deeja Cosmetic  (Siang) .
Bersihkan muka dengan pembersih muka Deeja , Sapukan Toner , kemudian Krim Siang . Settle .  


Cara Menggunakan Deeja Cosmetic  (malam) . 
Cuci muka dgn sabun pembersih, lepas tu pakai toner nano (jika perlu) , kemudian pakai krim malam(night) ,lepas tu lapis dgn krim nano pulak . Semua ini digungakan secara nipis tau , jangan pakai tetebal macam tepung gomak . 





Pada pendapat YY setelah 2 minggu menggunakan Deeja Cosmetic . Paling ketara rasa kulit muka cam halusss jer . Anak dara suka nooo pegang pipi ibu tembam dia nie sekarang . Tang parut pulak , ada lah beransur hilang . Waaaah , seronok tau . Harga pun berpatutan . Kalau beli set lengkap , memang jimat dan berbaloi . Jangan risau , Deeja Cosmetic halal dan berdaftar dengan KKM tau . 



Untuk Sebarang Pertanyaan / Order sila call / whatsApp hotline : 
+6019 694 5950

Facebook: 

Instagram: 






Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Copyright © Yana Yassin Designed by Ms.Azhafizah