Entri Terkini Yana Yassin

Recent Post no Thumbnail by Bina Blog

Kempen Astro Negaraku Sempena Kemerdekaan #GoBeyond #UrMalaysianIsShowing


Assalammualaikum,

Sempena Bulan kemerdekaan nie, Pihak Astro berbesar hati melancarkan kempen #GoBeyond dan #UrMalaysianIsShowing dan juga pelancaran muzik video yang bertajuk “Excuse me Sir, your Malaysian is Showing’ . Astro membawakan yang terbaik menerusi kepelbagaian kandungan televisyen, online dan aktiviti menarik secara langsung bagi meningkatkan unsur positif dan kegembiraan sempena Kemerdekaan Malaysia yang ke – 56 .


Astro Merdeka Day  175
 
YY pulak kebetulan di jemput ke Majlis Pelancaran muzik Video sempena kemerdekaan Astro di MidValley baru – baru nie. Bukan setakat pelancaran, tapi ada jugak games yang diorang pihak organiser dah sediakan. Teruja uolss, games menarik sebab kita orang kena aktif sosial online di Twitter dan Instagram. Patut lah awal2 lagi dah di pesan supaya tipon batery penuh dan jangan lupa bawak backup seperti PowerBank.

 
Astro menjemput semua rakyat Malaysia untuk menyertai kempen #GoBeyond dan menggalakkan perkongsian hashtag #GoBeyond di media sosial. Tindakan positif seperti membantu orang yang memerlukan atau menulis mesej inspirasi, akan mencetuskan Postive Engine dan setiap perbuatan positif akan dicatatkan. Kini, kempen #GoBeyond Astro telah menerima sambutan sebanyak 140,000 maklum balas positif .

 
Positive Engine menampilkan pelbagai rekaan yang menampilkan mercu tanda unik Malaysia. Positive Engine kini dipamerkan di pusat membeli belah Midvalley Megamall di aras 3 untuk tatapan semua.


 
Astro Merdeka Day  144
Astro Merdeka Day  142
Positive Engine



 
Astro meraikan ‘Best of 1Malaysia’ dan kepelbagaian budaya di Malaysia dengan mengiktiraf lingo yang unik seperti Syok!, Gostan, Brudder, Fuyoh, Macha, hanya difahami oleh rakyat Malaysia. Semua orang boleh menjadi sebahagian daripada ini dan memiliki lingo kegemaran mereka di T-shirt melalui #UrMalaysianIsShowing Facebook app. Hasil daripada jualan akan disumbang untuk kebajikan.


 
Pada hari pelancaran tue, memula dipersembahkan secara live Music Video kreatif oleh selebriti Malaysia bertajuk “Excuse me Sir, your Malaysian is Showing’ . Diantara Selebriti yang hadir Pak Nil, Lisa Surihani dan ramai lagi. Kemudian Positive Engine pun dipersembahkan kepada umum.



 
Astro Merdeka Day  167
Pelancaran akan dilakukan oleh Ketua Pegawai Operasi Astro, Henry Tan dan Selebriti Astro.



 
Astro Merdeka Day  161
Positive Engine akan dipersembahkan.



 
Astro Merdeka Day  155
Secara Rasmi Positive Engine dipertontonkan kepada rakyat Malaysia



 
Selesai acara rasmi, aktiviti untuk bloggers pun bermula. Setiap team di beri 4 orang satu kumpulan. Ada 27 Task yang harus di lakukan. Pelbagai tugasan harus di Tweet , Instagram dan InstaVideo. Seronok wei games nie semua sebab boleh dapat kenalan baru dan secara tak langsung kita membuat orang sekeliling happy dengan setiap tugasan yang di beri .


 
Astro Merdeka Day  148
Lagu “Excuse me Sir your Malaysia is showing”, dipersembahkan secara Live.



 
Walaupun YY kumpulan 14 tak menang, tapi YY enjoy . Kalau menang tue kira bonus, sebab pengalaman tue yang penting. Setiap tugasan memberi makna tersirat dan tersurat. Bukan setakat bersukaria, nilai – nilai positif di serap dalam tugasan yang diberi. Contoh tugasan buat InstaVideo bagi orang sekeliling kita ketawa. Sekurang – kurangnya kita buat orang happy kan. Sama jugak tugasan kena bersihkan Meja di FoodCourt. Ini mendidik kita mengamalkan kebersihan.


 
Diantara gambar yang diambil untuk tugasan yang di beri kan. ( Dari kiri ke kanan ).

 
Astro Merdeka Day  106Astro Merdeka Day  113Astro Merdeka Day  115
Astro Merdeka Day  116Astro Merdeka Day  118
Astro Merdeka Day  121Astro Merdeka Day  123
1. Peluk pengunjung yang berada di Sekitar .

2. Memakai pakaian bercirikan bendera Malaysia ( Biru , Kuning , Merah )

3. Bergambar dengan pengunjung kanak – kanak yang tersenyum riang.

4. Memberi bunga kepada pengunjung sekitar.

5. Kibarkan Jalur Gemilang ( Bendera Malaysia )

6. Membuang sampah dan mengemas meja Food Court.

7. Posing ala Tugu Negara
 
 
dan banyak lagiiiiii,  sehingga 27 tugasan
.
 
Eh jap meh layan InstaVideo salah satu tugasan yang diberi.

 
 
banyak lagi instaVideo di SINI
 
Astro Merdeka Day  127Astro Merdeka Day  128
Kami lah Team 14 Smile


 
Banyak lagi tugasan yang di beri memberi unsur-unsur positif . Rugi korang yang tak join event nie. Terima Kasih Astro kerana memberi peluang YY menyertai Kempen Astro Negaraku yang sangat fun niee.

 
 
Astro Merdeka Day  137
Dapatkan aplikasi Facebook Go Beyond dan tetapta kan nilai positif diri korang di laman web https://www.facebook.com/AstroGoBeyond/app_179047725597311
 
astro beyond 1
Klik Gambar untuk Ke Apps Facebook


 

Bab Tshirt bercirikan Malaysia nie, memang menarik sangat. Setiap Perkataan di Tshirt adalah apa yang rakyat Malaysia selalu sebut . Sangat menunjukkan ciri – ciri Malaysia, kreatif dengan idea baru dalam rekaan Tshirt.



 
Astro Merdeka Day  136
Tshirt bercirikan Malaysia.



 
Astro Merdeka Day  183
Kami happy , Yeaaah !!!!


 
Astro Merdeka Day  101Astro Merdeka Day  102
Tahniah buat pemenang, korang memang hebat lah .
Jom Layan Music Video Menarik niee.
Eh jap, korang tau tak cara nak share korang punya Go Beyond Act iaitu nilai positif korang. Alah senang jer, semua nya di hujung jari. Menarik uolss, YY dah try pun. Mana tahu ekspresi kita nie boleh buat orang lain gembirakan.
2. Kemudian korang Klik JOIN US !
Celcom Portal Digital301
3. Kemudian, KLIK di Submit An Act
Celcom Portal Digital302
4. Letak kan Nilai Positif Korang , Kemudian Submit Your Act To Wall
Celcom Portal Digital303
5. Yeah, Nilai Positif korang telah menambah Power Positive Engine.
5. Celcom Portal Digital304
Nilai Postitif YY telah di kongsi, camne ngan Nilai Postif korang ? Tak Nak Share ke ?
Dan ,
Korang jugak boleh design Malaysian Tshirt Korang sendiri. Cara – Cara nya meh tengok sini. Memula Klik LINK https://apps.facebook.com/yourmsianisshowing  , Kemudian Korang ikut arahan, past tue siap lah korang punya design sendiri .
Astro Beyond Negaraku Merdeka  300
Astro Beyond Negaraku Merdeka  301Astro Beyond Negaraku Merdeka  302
Astro Beyond Negaraku Merdeka  303Astro Beyond Negaraku Merdeka  304
Astro Beyond Negaraku Merdeka  305
Astro Beyond Negaraku Merdeka  306Astro Beyond Negaraku Merdeka  307
Tadaaa, dah berjaya design Tshirt Pilihan sendiri.




 
P/S ; Bangga jadi Rakyat Malaysia yang aman damai.

Siapa tahu apa yang ALLAH aturkan untuk kita .



Assalammualaikum,


Hai korang, macam lama jer YY tak membebel kan. Tetiba rasa macam nak share kisah kerjaya. Kalau ikut sejarah, YY lepas SPM sambung belajar dalam bidang engineering. Result YY SPM nak kata bagus sangat takde lah, tapi alhamdulillah dapat  jugak sambung belajaq.



Then, habis 3 tahun belajaq, dengan sijil bertaraf Diploma, YY bekerja di BCB Bank yang sekarang di kenali sebagai CIMB Bank. Haa, masa nie korang boleh nampak. Belajaq Engineering, tapi pi keje bank. Sebenarnya kita tak leh memilih, janji rezeki halal dan kita mampu buat keje tue, kita buat jer. Ada jugak yang memilih keje, kekonon kalau ada sijil engineering, kena keje bidang engineering. Tapi , bg YY rezeki Allah nie luas, janji kita ikhlas buat sesuatu pekerjaan tue.



So, bila dah 3 tahun lebih berkhidmat dalam bidang perbankan, YY dapat pulak interview dalam sector Awam, senang citer dapat keje gomen . Memula tue hati cam sedih gak nak pi, sebab ketika itu keje kerajaan gaji permulaan cuma RM650 . Kurang banyak 3 kali ganda dari YY di bank. Bayangkan masa interview pun, dah di tanya rela ke nak keje dengan gaji yang kurang banyak. Gigih jugak lah YY nak jawab soklan tuee.



Alhamdulillah, YY dapat tawaran keje di tempat sekarang. Sebagai Pembantu Tadbir Gred 17 . Kalau korang nak tahu, keje Gomen nie YY guna sijil SPM jer. tapi demi masa depan yang terjamin dalam sector Awam, dan memang permintaan arwah ayah nak anaknya keje gomen, YY terima tawaran kerja yang gaji lebih rendah tapi ada jaminan masa depan.



Memula keje, struggle jugak lah YY nak teruskan hidup. Dengan gaji yang kurang 3 kali ganda, tapi YY bernasib baik menetap dengan keluarga. So, ada lah jimatnya kat situ. YY pi balik keje naik bus jer, tapi tahan setahun x sanggup jalan jauh naik turun bukit, YY nekad beli kete. Mula keje gomen 2006 , setahun jer 2007 YY beli kete dan genap setahun YY telah disahkan jawatan.



Sejak YY berkhidmat dalam sektor Awam nie, tak sangka rezeki YY murah dan segala urusan dipermudahkan. Mula berkhidmat 2006 , Sah jawatan 2007 , Menerima Anugerah Cemerlang - ( 2010 ) , Menerima Anugerah Juara Penuh Disiplin Peringkat BA ( 2013 ) dan setelah 7 tahun berkhidmat YY berjaya menjadi calon simpanan untuk Kenaikan Pangkat ke Gred N27. Syukur alhamdulillah.



Rezeki nie kita tak tahu, mungkin memula kita rasa down, perit , kecewa , rugi tapi setiap yang berlaku ada hikmah nya. Untuk yang gagal dalam SPM, atau gagal dalam bidang pendidikan, bukan bererti hidup korang telah berakhir. Sebab Allah dah aturkan hidup kita, jadi dugaan yang datang sebab Allah sayang dan DIA tahu kita mampu atasi setiap dugaan.



Memula masa YY keje di Bank dulu, YY pernah terfikir “nyesal jer sambung belajaq sebab ada kengkawan kat bank yang lepas SPM terus keje, dah naik pangkat jadi pegawai pun “ , tapi bila fikir2 balik, ada jugak guna nya Dilpoma YY tue, sebab boleh digunakan untuk kenaikan pangkat ke Gred 27 yang YY dapat.



Setiap orang ada rezeki nya, buat apa kita nak cemburu dengan apa yang orang sekeliling kita dapat, mungkin kita rasa diaorang lagi best dari kita, tapi kita tahu ke apa yang diorang alami. Mungkin terenyum tapi hati siapa yang tau.



Dalam bidang bogging pun dah mula nampak hasil, Insha Allah kalau ada jodoh YY mendirikan rumahtangga, duit blogging banyak membantu . Keje kena ikhlas, baru kita akan rasa nikmatnya. Tak guna dengki mendengki, sebab rezeki Allah yang bagi, yer daaak. diam tak diam dah lebih 10 tahun YY bekerja, ada lah nampak hasil dari bekerja.



Waaah, macam panjang jer YY membebel, macam lah korang nak baca kan. Saje nak share luahan hati nie, sebab YY rasa mcam lama sangat dah tak buat entri personal.



P/S : Entri nie sempena 1 september , genap 7 tahun berkhimat di Sektor Awam.



Dashboard bermasalah tak update :(


Assalammualaikum,

Hurm,. Dashboard YY nie dah bermasalah lama arr. Setiap kali post entri, comfirm tak kuar kat Dashboard. Dah tue keluar lambat giler dari masa publish. Menggangu kedatangan pengujung ke Blog lah pulak. 

Now tengah gigih mencari jalan penyelesaian selepas berbulan gak masalah nie. Ada sesape boleh bantu tak ??


P/S : Saje nak testing, lepas duk godek3 . 

Proses Rawatan Liposonix


Assalammualaikum,

Wee, sape dah baca intro yang YY citer pasal Liposonix. So, apa pendapat korang ?? masih x clear ke apa yang YY bebelkan ??


So, mari kita mulakan dengan gambor ini.







Kemudian korang layan video nie dulu .





1. Alat rawatan sistem Liposonix ® diletakkan di kawasan yang disasarkan.


2. Ultrasound berintensiti tinggi tertumpu (HIFU) tenaga memberi tumpuan kepada lemak yang disasarkan dan memusnahkan sel-sel lemak di bawah lapisan kulit.


3. Satu luka berterusan dicipta pada lemak yang disasarkan dan tidak membahayakan dilakukan untuk lapisan kulit.


4. Tisu lemak akan dikeluarkan melalui penyembuhan semula jadi badan dan proses penyingkiran.




 
Camne ?? Korang yakin tak dengan rawatan Liposonix nie. Macam yang YY citer sebelum nie lah, rasa sedikit sejuk, x selesa  , prickling, tingling atau warmth tetapi semuanya rasa sikit jer lah . Macam orang selalu cakap , sakit cam kena gigit semut api gituee. Ada lah sikit kesan sampingan macam lelebam kat tempat rawatan, tapi xde lah teruk kan. Yang penting cita- cita untuk kecil tercapai Smile




 




 
Fuhhh !!! kalau berjaya ramping sebelum jadi pengantin best jugak niee.. Alahai cecite nak jadi pengantin kurus mungkin leh tercapai dengan Liposonix. Korang ada rasa cam nak cuba tak ??



 
Maklumat lanjut boleh ke www.solta.com

















Liposonix–1 Rawatan mengurangkan 1 inci | Jom Kurus :)


Assalammualaikum,



Hai korang, seronok ke beraya. Mesti sakan korang beraya , makan tak hengat donia. Biasa lah, ada makanan yang kita jumpa time raya jer. Kalau x musim memang payah macam ketupat daun , lemang dan rendang.



So, bila dah makan banyak, perut pun maju ke depan. Haaa, nie yang YY nak share dengan korang. Satu cara baru nak mengecilkan perut korang yang dah berlipat – lipat dan maju ke depan.



Memperkenalkan Liposonix , satu rawatan yang mudah dan selamat.


image


Apa itu Liposonix

- Satu Rawatan yang Selamat , tanpa pembedahan dan non-invasive .

- Satu sistem dengan keupayaan ™ Contouring Custom yang mensasarkan untuk menghapuskan lemak.

- Satu rawatan revolusi menggunakan keamatan tinggi dengan ultrasound untuk merawat & menghapuskan lemak degil.

- Satu Rawatan yang terbaik bagi yang mementingkan saiz dan bentuk yang ideal dengan xperlu lagi berdiet dan bersenam.

- Satu penyelesaian jangka panjang untuk mengurangkan berat badan dan lemak.




Sebelum YY bebel panjang, meh ler tengok intro Video berkenaan Liposonix . Kasik korang teruja lebih sikit nak kurus.




Intro Rawatan Liposonix



Proses Rawatan .


Ketika Rawatan korang mungkin rasa sedikit sejuk, x selesa  , prickling, tingling atau warmth tetapi semuanya rasa sikit jer lah. Xde lah sampai korang melalak, meraung kesakitan macam nak operate kan.


Selepas rawatan korang kena lah ikut apa kata pakar, macam bila masa makan sesuai dan sebagainya. Rawatan Liposonix lebih di titik beratkan di bahagian abdomen. Korang yang nak kecikkan bahagian yang demoks tue, sesuai lah gunakan rawatan Liposonix sebab xde guna pembedahan pun. Kira perut pun xde lah di belah , di kerat2. Setiap rawatan boleh mengurangkan sehingga 1 inci (2.5 cm) .


Lepas korang buat rawatan, boleh lihat kesan nya antara 8 hingga 12 minggu (  masa yang diperlukan untuk badan secara semulajadi memproses lemak yang dirawat ) . Segala lemak korang akan keluar secara semula jadi, so jangan risau sebab Rawatan Liposonix selamat .



Jom Layan Video ketika pelancaran Liposonix di Singapore





Maklumat lanjut boleh ke www.solta.com



Ebay Malaysia pilihan utama untuk Bershopping


Assalammualaikum,



Sape suka beli barang online ?? dah tentu lah ramai yang suka kan, sebab beli barang online boleh jimat banyak macam xyah susah-susah redah kesesakan lalulintas, nak cari parking lagi, minyak tol semua nak kena kira.




Ebay malaysia 100



So, nie nak bagi cadangan kat korang yang suka shopping online. Sila lah menerjah ke ebay Malaysia di http://bit.ly/12S5NK7 untuk mendapatkan barang – barang murah . YY bila memula tau pasal ebay Malaysia nie memang teruja sangat, sebab banyak barang murah yang boleh buat rambang mata. Tengok tue nak, tengok nie pun nak. hari – hari duk usha Ebay Malaysia.




Ebay malaysia 101



Akhirnya, selepas berhari – hari duk usha baik punyaaa. YY pun terbeli, haiyaaakkk sila percaya terbeli yerr. Muhahhahaha. YY terbeli Power Bank. Kebetulan memang YY duk cari power bank jenama Pineng nie, bila nampak ada murah punya kat ebay, cecepat lah beli kan sebelum masa nya tamat.



Cara – Cara membeli di Ebay Malaysia ::



Log In Di Ebay Malaysia dahulu - http://bit.ly/12S5NK7


1.
Ebay malaysia 201

Pilih Barang yang korang nak.




2.
Ebay malaysia 202

Bersedia untuk membayar




3.
Ebay malaysia 203

Bayar menggunakan Paypal ( Cara daftar Paypal – SINI )



4.
Ebay malaysia 204

Log In Acct Paypal



5.
Ebay malaysia 207

Bayaran settle, tunggu barang sampai jer.




Power Bank Pineng berkapasiti power 16,800 mAH , pilih pulak warna gold. Bila dapat kat tangan memang seronok giler, sekali tgk dah macam jongkong emas. disertakan dengan 4 connector, memang berbaloi lah beli power bank kat ebay Malaysia nie.




IMG_6040[1]

Yeaaah, dah sampai pun power bank idaman.




IMG_6041[1]IMG_6043[1]

Power Bank Pineng dah sampai di tangan




ebay Malaysia

Mari mengecharge phone




Eh, korang jangan ingat ada power bank jer tau. Banyak lagi barang lain yang ada. Macam Smartphone, baju , jam tangan , aksesori telefon dan macam – macam lagi. Semua ada lah.



ebay Malaysia 900

Korang boleh terjah ke http://bit.ly/12S5NK7







P/S : Korang bila lagi nak shopping di ebay Malaysia.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Copyright © Yana Yassin Designed by Ms.Azhafizah