Entri Terkini Yana Yassin

Recent Post no Thumbnail by Bina Blog

#TripMediaCherating | Aktiviti bersama Gajah di Pusat Konservasi Gajah Kuala Gandah.


Assalammualaikum,

Wee ~~ YY dah rasa macam Blogger Tourism plak. Maklum lah asik pi cuti-cuti Malaysia jerk. Sebelum nie YY dah Follow Majalas Santai ke Pulau Langkawi, Pulau Pangkor dan now ke Cherating plak. Memang best trip Majalah Santai Travel bersama Tourism Malaysia. Aktiviti semua menarik dan penginapan pun best belaka.

Pagi2 lagik kami dah berkumpul di Matic , Jalan Ampang. Pukul 6pg dah kena ada uolss. Tapi macam biasa, haruslah ada yang lambatkan. Jadi Bus bertolak dalam pukul 7pg. Brenti bekpes kat R7R Genting Sempah dan meneruskan perjalanan. Tempat persinggahan pertama adalah di Kuala Gandah tempat pemuliharaan Gajah.

PUSAT KONSERVASI GAJAH KEBANGSAAN, KUALA GANDAH.



Pusat ini di buka dari tahun 80-an. Tapi masa tue tak dibuka untuk orang ramai, lagi pun belum komersial jadi ramai yang tak tahu.Bila dah dibuka untuk orang ramai, jadi berpeluang lah sesape yang nak merasa bagi makan gajah, naik gajah dan mandi kan gajah. Yang best nyer masuk adalah PERCUMA yaaa. Tapi kalau nak naik gajah, terhad sehari 100orang jerk. Maklum lah, kang reramai mengamuk pulak gajah nya kepenatan. Tak pasal masalah lain timbul.

Kitaorg dapat sticker yang color hijau tue. Dapat semua aktiviti.
 Korang kena datang awal kalau nak merasa naik gajah, sebab terhad tau.

Blogger yang ikut Trip Media ke Cherating
Anne , Ruby , YanaYassin , NisaKay , Mejah


Memula, sebelum kita melakukan aktiviti bersama gajah, kitorg di tontonkan dengan video mengenai misi menyelamatkan gajah untuk di pindahkan ke habitat asal. Sedih jugak bila nengok nyer. Yer lah, kang kalau tempat yang tak sesuai, gajah boleh buat perangai mengganggu penduduk kampung.

Kemudian, baru lah masa untuk bag gajah makan. Memang teruja habis sebab boleh tgk gajah depan mata, siap main suap2 makan lagi. Memang pengalaman yang lain dan seronok sangat.




Sessi pagi gajah di beri makan Tebu. Nampak muka tetakut , tapi teruja.

Nie masa bagi makan baby gajah. 



Bila dah bagi makan, kita buat aktiviti menaiki gajah pulak ya. Memula macam takut, serius takut lah kan gajah buat perangai, mahu melambung YY. So, memula nak naik bertiga ngan Mejah dan Ruby. Sekali Ruby takut plak. Dah YY naik dengan Mejah jerk. Opss !! Jangan gosip yer, sebab Mejah tue dah macam adik YY jerk. Memula tak nak ler pegang orang depan, sekali ada org yang jaga tue cakap, baik pegang takut jatuh bila gajah buat perangai. Waaah, statement agak menyeramkan yaa. Nasib baik hari tue semua bebaik belaka. Jadi selamat lah kami. Terasa tau tulang gajah tue, dan bulu2 yang tajam terasa menyusuk di kaki. Auww, geli tau.

Muka seronok plus takut sebenarnya

Hebat lah Abg Sham snap, siap bulu gajah leh nampak tuee.


Kemudian, mari kita mandi. Yeaaah, mandi bersama gajah yaa. Tapi baby gajah jer tau. Kang bagi mak bapak gajah, takut tak larat plak korang nak mandi kan. Sebab besor sangat. Ramai sungguh yang berminat nak mandi dan gosok-gosok gajah kan.

2 ekor baby gajah bersedia untuk di mandikan.

Picture Credit to Abg Sham

Seronok mandikan gajah



Meh layan video macam mana Gajah buat terima kasih.


Jadi, korang boleh lah datang ke tempat menarik nie. Masuk adalah PERCUMA. bawak lah keluarga, kengkawan untuk merasa pengalaman baru bersama gajah yang jinak dan cerdik. Call 09-2790391 untuk tempahan. Maklum lah, terhad kan kalau nak merasa aktiviti seperti menaiki gajah. 



Buat tempahan untuk buat korang tak stress kekalau tak dapat nak naik gajah nanti :))



Untuk maklumat lebih lanjut sila lawati www.wildlife.gov.my






[ Contest ] - "We Grill Champions" | Minggu 2

STICKY POST


Wee ~~~ ok selepas contest di Minggu 1 . Now YY nak sambung untuk contest mingu ke -2. Hadiah masih sama yer uolss. Boleh menang  1 x Nando's Peri Platter (for 4pax) bernilai RM62 . So, apa lagi meh baca syarat - syarat bagi minggu ke-2 pulak.


Contest "We Grill Champions" akan berlangsung selama 4 minggu. Dari 18 Jun 2012 - 13 Julai 2012. Kira ada 4 task. So, setiap minggu ada seorang pemenang. Kalau korang bertuah, mana tahu boleh menang setiap minggu. Mahu sekampung korang boleh bawak makan Nando's kan.

Syarat - Syarat Contest Minggu 2 :

1. Terbuka kepada sesiapa yang mempunyai blog, lagi bagus follower blog YY.
2. Buat satu entri dengan Tajuk 
Contest We Grill Champions Minggu 2 - Blog Yana Yassin"
3. Letak kan Video di bawah di dalam entri tersebut.
4. Buat satu entri, Berdasarkan Video di bawah Diantara Harry Kok dan Macho Kai, siapa yang menjadi pilihan korang dan mengapa. Letakkan gambar anda dengan pakaian Hijau atau Merah mengikut pilihan korang.
5. Pemenang akan dipilih oleh YY sendiri melalui cabutan.
6. Keputusan adalah muktamad, Sebarang perubahan tertakluk kepada penaja.
7. Tarikh tutup Contest minggu kedua pada 29 Jun 2012 - 12.00malam.
8. Tinggal kan nama penuh , email dan link url entri di ruangan komen.
9. Hadiah berupa 1 x Nando's Peri Platter (for 4pax) bernilai RM62









Selamat Maju Jaya korang. Kalau menang boleh bawak tersayang pi dating makan Nando's tau.





Selangorlicious Eat Out - Restoran Mee Ketam, Cendol & Laksa

Assalammualaikum, 



Weee ~~ nak cerita bab makan. Sape tak suka makan kan. Hari tue kan, YY berpeluang join program selangorlicious Eat Out di Restoran Mee ketam Shah Alam. Hurm, kalau bab makan mana boleh lepas peluang. kebetulan hari Ahad, dan memang free pun. YY siap angkut ibu pi sekali. Ibu bila dengar nak makan Mee ketam jerk, harus teruja sama kan.


Kebetulan memang YY dah pernah pi Restoran Mee Ketam Shah Alam , Seksyen 7 nie dengan Rayyan dan Mejah , ada kisah kat SINI. So, takde ler sesat macam 1st time pi dulu. Gigih mencarik walaupun sesat berejam. 

Pilihan Ibu, Mee Kari Ketam

Nampak tak, betapa sedap nya sampai ibu takmo pandang camera dah.

Pilihan YY, Bihun Sup Ketam.

Bila makan, harus lah ada minuman. Pilihan kami Lai Chi Kang Collagen. 
Auww terasa muda selepas minum.

Mee Ketam nie di buka dari 2010. Now dah lebih kurang 2 tahun, tapi dah ramai yang tahu tentang kesedapan Mee Ketam di Shah Alam nie. Jangan tak tahu, pemilik Restoran Mee Ketam ini adalah pasangan kembar lelaki. Setiap hari lebih kurang 30kg ketam yang di masak dan Udang Galah di bawa khas dari Kota Kinabalu. Jadi, dah tentu lah Fresh dan besar. Memang terbaik lah.

Udang Galah Masak Cili.

Nampak , muka teruja di situ yaaa,


Dapur di letak di depan, Jadi kita boleh tgk cara masak dan kebersihan terjamin.

Wakil Selangorlicious menemuramah pemilik Restoran Mee Ketam

Pemilik Restoran.

Selangorlicious memang buat program nie tergempar. Mana tak nya, pemilik restoran memang tak tahu pun ada orang ramai nak serbu restorannya. So, cara macam nie baru kita boleh lihat dengan sendiri macam mana diorg nak handle pelanggan yang ramai dan bermacam ragam. Memang salute lah, sebab tokei pun turun padang amik order dan lap meja bagai. Memula ingatkan pekerja gak, sekali bos daarrr. Macam nie baru betul, kalau awal-awal dah bgtau, comfrim diorg dah prepare makanan sesedap dan special dari biasa. Jadi, boleh tutup kelemahan kan. Good job Selangorlicious dan Restoran Mee Ketam.

Nampak, murah kan harga nya. Ketam ngan Udang Galah kowt.

Canggih, sila Like Mee Ketam KL di Facebook yaa.

Pernah Masuk Rancangan JJCM lagikk.

Diantara promo di dalam Majalah dan Suratkhabar.

Restoran Mee Ketam ,
Seksyen 7, Shah Alam
Di belakang Unisel
Berdekatan dengan Petronas

Dibuka dari 12.30tgh - 10malam 
Dibuka setiap hari kecuali Isnin.

Now dah ada cawangan di Kuala Lumpur ( Keramat )
SEBELAH MASJID DATO KERAMAT , 
PASAR KERAMAT (bawah flat Baitulmal)
hubungi 019-2346388 - usamah



Bila dah makan, harus lah ada pencuci mulut kan. Jadi kitaorg dibawa ke atas bukit, tepi jer dengan restoran Mee Ketam. Ada 2 beradik yang jual Cendol dan Laksa. Memang sedap lah. Cendol cukup rasa, tapi tang laksa terpaksa bungkus sebab perut dah nak meletop makan banyak bebenor.


Pasangan Adik Beradik, sorang urus laksa, sorang lagi urus Cendol.

Cendol memang sedap.

Ibu , Nurul dan YY

Terima Kasih kepada Team Selangorlicious yang bagi pengalaman makan - makan yang sedap dan menarik nie. Memang buat YY bahagia, sebab bila perut kenyang hati gembira. Eceeehhh, falsafah plak kan. Korang pun kalau teringin, pi jer terjah kat Seksyen 7 Shah Alam. Senang sangat nak jumpa. Lalu kot sign ke Icity, nampak Jacel belah kiri terus lagi. Bila nampak Petronas belah kanan, korang U-turn. Masuk lorong kiri pertama lepas Utrun, terus tas bukit. Pandang belah kiri dah jumpa Restoran Mee Ketam. Yang cendol korang pandang belah kanan. Mesti nampak.

Diantara Yang menjoinkan Diri. 

Dian dari Selangorlicious

Apa lagi, kalau nak tahu tempat-tempat menarik makan-makan di Sekitar Selangor. Korang rerajin lah terjah Selangorlicious.my . Lepas ne, takde lah pepening nak cari tempat makan, sebab hanya satu klik jerk, taraaaa anda hanya perlu buat pilihan.






P/S : Terima Kasih Selangorlicious, 
Dedengar lepas nie makan area gombak plak. Nak joinnn !!!!!






#HiteaWithRA | Masa blogger beramah mesra di My Bazaar.


Wee~~Hurmm, bila bab nak mula bicara macam susah bebenor. Kali nie YY nak cerita pasal #HiTeaWithRA ,Yerrr kengkawan HiTea yang di anjurkan oleh Ruby sempena dah 9 tahun dia berblog. Giler hebaak kan. Plus sekarang Ruby adalah Full Time Blogger. YY rasa orang yang buat blog secara sepenuh masa ini adalah hebat yaa, sebab YY sendiri tak mampu melakukan nya. Cukup lah buat secara part time. Mengisi masa lapang kata orang kan.

My Bazaar @Scott Garden



So, Majlis dibuat kat Scott Garden Jalan Klang Lama, alah bangunan baru yang bersama-sama dengan Tesco. Kalau lalu jer Jalan Klang Lama pasti nampak besar gedabak tepi jalan besar. Pepagi YY duk tolong ibu buat kuih, sebab dah janji ngan Ruby nak bawak sikit kudapan. Perjanjian nya Majlis pukul 2ptg, so kuar awal sikit sebab xmo lah lewat dan mana ler tahu jem kan, KL biasa lah, sukar dijangka.

Diantara menu yang ada.

Makan time,


Majlis dimulakan dengan ucapan sikit dari Ruby. Tetiba kan Ruby jadi pemalu. Lepas tue, apa lagi sessi ramah mesra sambil makan - makan. Macam- macam menu ada, di masak oleh mak Ruby sendiri. YY duk blasah rendang Ayam, sedap wei. Siap ada nasi impit, dah macam nak raya jer rasa. 

Yeaah, dapat Voucher RM10.

Shopping Time


Then, aktiviti shopping lah apa lagik, kitaorg dapat Voucher RM10 yang di taja oleh My Bazaar. YY dari rasa xmo beli apa, sekali terbeli lah. YY beli kasut dan aksesori wanita. Yeaaaah, memang best lah My Bazaar nie, banyak baju cechantek tau. But yang x best sebab baju untuk Big Size macam YY nie takde lah plak. Lain kali My Bazaar kena jual baju untuk orang gedabak macam YY yang suka Fesyen jugak tau.

Jen , Anis , Ziera , Ruby , YY , Nurul & Anne ( Pic Credit to Ruby )

Yang memeriahkan Majlis, Tapi mengapa saya takde dalam gambor ini. Huawwawawaa ~~


Terima Kasih kepada Ruby sekali lagi kerana jemput YY bagi memeriahkan Majlis, Seronok sekali sekala berkumpul dengan kenalan blogger. Banyak yang kita boleh Sharing kan. Lain kali , kalau buat lagi, jangan lupa jemput ai lagik yerrr. :))






Blogger bertemu dan beramah-mesra di Event Astro On The Go .


Wee ~~ Nak hupdate pepanjang macam tak sempat lah. Sebab YY nak ke event makan-makan anjuran Selangor Tourism. Yeaah, nak pi makan Mee Ketam lagi. Kalau bab makan, mana boleh lepaskan peluang tau. Program Selangor Tourism iaitu Selangorlicious Eat Out. Siap ada contest boleh menang wang tunai. Menarik tau. Makan dan boleh menang duit lagi. Nak tahu lanjut boleh terjah selangorlicious.my .

Opss, sebenarnya YY nak bagi tau malam tadi YY berpeluang ke event Astro On The Go. Terima Kasih Kak Sha sebab bagi YY pi, teruja tau sebab banyak aktiviti menarik. So, apa kat layan gambar masa majlis malam tadi di The Pool , Jalan Ampang.

Antara Blogger yang Teruja dengan event Astro niee. Feel macam masuk TV uolss

Bersama Cik Lily , PenMerah , Nurul , YY , Redmummy , dan Abg Nara

Bersama Anis 
( Top 10 Blogger of The Year Digi Wowww Award 2012 )


Diantara Menu yang disediakan.

Bersama Yuyu Zulaikha, setiap kali jumpa besar tue jugak, tak besor2 lah adik oiii.

Adam sebagai MC di Majlis Astro On The Go.


Senior YY masa sekolah dulu, jumpa balik di Blog . 
Dan baru jumpa di realiti semula. Sila terjah blog dia yerr SINI

Bersama Penyokong Malaysia Tegar.

Redmummy menang latest Ipad untuk kategori Best Dress. Tahniaaah !!!


YY pun menang voucher gak uols. Soklan senang jer tapi ramai yang tolong cari jawapan. Cerita penuh nenanti YY citer eh. Nak siap jap, Ibu dah bising. Semangat nie nak mkan Mee Ketam. Lallalallala, makan, makan, makan.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Copyright © Yana Yassin Designed by Ms.Azhafizah