Entri Terkini Yana Yassin

Recent Post no Thumbnail by Bina Blog

Tips Gaya Hidup Aktif


Weee~~~ lama dah tak share pasal tips-tips kesihatan kan. Sekali - sekala kita patut share sesuatu yang sihat. Meh sini nak citer pasal Gaya Hidup Aktif. Semuaaa orang pasti suka kalau nak hidup sihat, gembira dengan yang tersayang. Betul tak?? Ada 6 Tips yang YY nak kongsi ngan korang.


1. Kawal pengambilan minuman manis bila makan kat luar. Kalau teringin sangat nak minum teh tarik, letaksikit susu pekat.Kalau air lain,minta kurangkan gula.

2. Kalau minat sangat dengan makanan segera cam KFC ke, McD ke.Harap uols kurangkan. Lebih elok kalau bawak bekal makanan seimbang dari rumah, so kita leh tahu porsi makanan yang diambil, malah boleh kekalkan cara masakan yang sihat.

3. Lakukan perubahan sedikit demi sedikit dalam diet harian korang. Maklumlah, dah terbiasa kan, kalau makan roti canai mesti nak kena dengan teh tarik untuk sarapan pagi. Biar kawan buat , kita jangan ikut. Boleh kan?

4.  Hurm, kalau opis tue agak-agak tinggi, amalkan naik tangga . Anggap macam Lif rosak. Boleh jugak bersenam secara tak langsungkan. Silap-silap dah boleh amalkan 10,000 langkah sehari untuk gaya hidup sihat.

5. Yang bawak kete gi keje, korang boleh jugak letak kete tue jauh sikit dari opis. Menapak tue dah kira macam senaman jugak. Kalau pergi dan balik,menapak dah berapa langkah agak nya, kan dah bersenam tue.

6. Curi sedikit masa, sekurang-kurangnya 5minit setiap pagi untuk melakukan senaman ringan seperti menggunakan threadmill.


So, dari tips-tips kat atas tue, agak-agak korang boleh buat tak. Jom lah kitaamalkan gaya Hidup Sihat. Tak rugi pun, Malah ada tips yang YY bagi tak gunakan duit pun.




p/s: Nak hidup Sihat sebab banyak lagi cita-cita tak tercapai.





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Copyright © Yana Yassin Designed by Ms.Azhafizah