Entri Terkini Yana Yassin

Recent Post no Thumbnail by Bina Blog

( LAWAK ) | Muhahhaha , Kelakar ke??



Lawak 1
Majikan : kamu di pecat!
Pekerja : tapi saya tidak melakukan apa-apa!!
Majikan : itu lah sebabnya mengapa kamu di pecat..

Lawak 2
Tuan rumah : adakah kamu telah mencuci ikan ini
sebelum kamu mengorengnya.
Pembantu rumah : saya fikir itu tidak perlu apa
gunanya mencuci ikan yang memang berada dalam air
seumur hidupnya.

Lawak 3
Seorang penumpang kapal terbang bertanya kepada
seorang wanita tua disebelahnya.
Penumpang : makcik tahu tak nama lapangan terbang yang
kita lepasi tadi?
Makcik : tidak.makcik tak tau.kenapa?
Penumpang : sebab anak makcik turun di situ tadi dan
tidak naik semula.

Lawak 4
Guru : louie, jika saya beri awak dua ekor arnab hari
ini , dan dua ekor lagi pagi esok berapa ekor arnab
yang kamu ada di rumah?
Louie : tujuh
Guru : apa maksud kamu "tujuh"?
Louie : yalah, saya sudah ada tiga ekor arnab di
rumah.

Lawak 5
Seorang penerbit filem mahu menerbitkan sebuah filem
yang paling canggih dalam dunia, dan dalam filem itu
ada adegan pertempuran yang paling hebat pernah
diadakan.

Penerbit : saya akan menggunakan dua pasukan tentera
setiap satu mempunyai 25 ribu tentera.
Pengarah : kalau 2 pasukan mejadi 50 ribu, bagaimana
kita mahu membayar mereka?
Penerbit : ini lah yang saya telah rancangkan, kita
gunakan peluru hidup!

Lawak 6
Anak ular : ibu kita nie beracun tak?
Ibu ular : tidak.mengapa tanya?
Anak ular : saya baru saja tergigit lidah saya!

Muhahahhaha.. " 






p/s : Selalu SENYUM pun petua Awet Muda.



4 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Copyright © Yana Yassin Designed by Ms.Azhafizah