Entri Terkini Yana Yassin

Recent Post no Thumbnail by Bina Blog

Puisi Suami Isteri | Poligami



Puisi Suami yg minta izin Poligami
Isteriku, jika engkau bumi, akulah matahari.
Aku akan menyinari mu kerana engkau mengharapkan sinaran dari ku.

Ingatlah bahtera yg kita kayuh, begitu penuh riak gelombang.
Aku pasti akan tetap menyinari bumi,
hingga kadang-kadang bumi terasa akan silauanku.
Lantas aku ingat satu hal bahawa Tuhan mencipta
bukan hanya bumi,
malah ada planet lain yang juga mengharapkan
sinaranku.
Lalu..
Relakanlah aku menyinari planet lain,
menyampaikan faedah adanya aku,
kerana sudah takdir Illahi sinaranku diperlukan
diplanet lain...


Balasan Puisi Sang Isteri
Suamiku, andai kau memang mentari, sang surya yang
memberi cahaya,
aku merelakan engkau berikan sinaranmu kepada segala
planet yang telah TUHAN ciptakan kerana mereka juga seperti aku
perlukan cahaya mu dan akupun juga tidak akan merasa kekurangan dengan
sinaran mu...
AKAN TETAPIIIIIIII.. 

Bila kau hanya sejengkal lilin yang berkekuatan 5 watt sahaja,

jangan lah bermimpi untuk menyinari planet lain!!!
Kerana bilik tidur kita yang kecil pun belum sanggup kau terangi.


Lihatlah diri mu pada cermin kaca di sudut kamar kita,
di tengah remang-remang pancaran cahaya mu yang
telah aku mengerti...
Cuba lihat siapa dirimu... MATAHARI atau lilin ?

please lah...!!!!!!





3 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Copyright © Yana Yassin Designed by Ms.Azhafizah