Entri Terkini Yana Yassin

Recent Post no Thumbnail by Bina Blog

( Lawak ) Bila Ayah Menjeling


Jelingan  ayah...

Kisah  ini benar-benar terjadi padaku sewaktu aku kanak-kanak dahulu.
Ayah aku suka  memberi amaran padaku dengan menjeling garang jika aku
membuat sesuatu yang  tidak disukainya. 

Contohnya, jika ke kedai,kalau aku
mengambil gula-gula,  dia akan menjeling padaku bermakna aku disuruh
letakkan
semula gula-gula itu  ke tempatnya semula.

Suatu hari,aku mengikut ayah ke surau untuk solat  maghrib.Ketika sedang
rukuk, aku melihat kain pelikat tok imam tersepit di  celah punggungnya.
Aku yang 'konon'nya ingin membantu,terus menarik kain yang  tersepit itu.


Ayahku yang sedang solat terus memberi jelingannya padaku. Aku  pun faham
maksudnya itu,lalu terus memasukkan semula kain pelikat tok imam  itu
semula ke celah punggung tok imam tadi. Apalagi,melatah lah tok imam tadi.
Habis satu jemaah batal solat mereka kerana turut terkejut dengan latahan
tok imam tadi. Ayahku yang bermuka merah padam menahan malu dan marah
mengheret aku balik ke rumah. Malam tu, berbirat punggung aku  dirotannya.


Moral : Jangan memandai nak masukkan kain ke celah punggung tok imam. 







Sharing Is Caring


* Dari koleksi Email YY.





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Copyright © Yana Yassin Designed by Ms.Azhafizah