Entri Terkini Yana Yassin

Recent Post no Thumbnail by Bina Blog

Review Filem DON 2 | Lakonan Shah Rukh Khan & Adi Putra


Weee~~ dengan mood macam nak demam. Selsema dan sakit tekak dah muncul. Mengadap Blog adalah wajib.  Now nak story pasal YY berkesempatan Menonton Wayang Filem terbaru Shah Rukh Khan. Terima Kasih kepada Budiey.com, bagi peluang menonton bersama dengan Adam Shah a.k.a ayam dalam Drama juvana tue. Walaupun YY dah pernah dating dengan Adam kat SINI. Tapi peluang berjumpa lagi adalah best.




Filem DON 2 lakonan Shah Rukh Khan, Priyanka Chopra  dan beberapa artis tanah air Malaysia, Adi Putra dan Syukri Hashim . Biasalah , cerita hindustan mmg YY minat pun. Tambah Plak SRK yang berlakon,biladapat peluang tgk wayang, teruja terus.

Sape tgk DON 1 , mesti tahu kisah SRK penjenayah yang susah giler di tangkap Polis. Kali nie,SRK siap serah diri kat Polis,dan Motif nyer adalah untuk melepaskan seorang penjenayah bagi membantu misi jenayah yang lebih besar. Bila korang tgk SRK berlakon area KLCC dan Pejabat Polis Malaysia mengadap KLCC, buat YY berfikir, Eh' ada ke pejabat PDRM ngadap KLCC eh'. Nak jugak tuko opis kalau camginie. Baru semangat sikit nak keje kan.Muhahahha, x bersyukur tul duk opis kat Bukit A kan.

SRK di penjara yang YY rasa cam lawa nyerr, Dari research penjara kat Melaka.

Woww, bila korang tgk SRK, korang akan rasa cam mamat nie macho giler kot. Stylo sangat bila dia beraksi. Dan yang best nyer DON 2 xde lah scene nyanyi banyak giler, rasa dalam 3 lagu kot. Cam biasa bila citer hindustan, pemandangan setiap tempat tue,mesti jadi cam chantek giler. Rasa macam nak pergi jerk, terutama bila diowg kat Jerman. Hadoii, untung lah jadi pelakon. Leh g obersea kan.

See, Macho tak??

Dan yang paling YY tak sangka, bila Hirthik Roshan pun ada sama. Hadoii, tangkap leleh dah. YY paling suka Hirthik Roshan Berlakon dalam Filem Krissh. Penuh lagak aksi. 

HR Watak Cemeo dalam DON 2

Haaa, korang nak tahu apa watak Adi Putra. Dia jadi Peguam kepada SRK yang turut membantu untuk SRK lari dari penjara. Comel jerk Adi Putra dalam DON 2 sebab rambut dia skema giler. Pasti korang pun rasa bangga bila tgk ada Pelakon Malaysia berlakon di samping pelakon Bollywood.

Adi Putra dalam DON 2

DON 2 antara Filem Aksi yang wajib korang tonton. Tak rugi pun. Tiada lagi sessi lari-lari anak sambil keliling pokok dan gegurl yang pakai sari. Dalam DON 2 korang akan tgk Heroin pun berlawan dengan penjahat tau. Takde dah watak lembik-lembik, semua ganas-ganas.

Detik Cemas, antara CINTA dan NYAWA.

So, terima kasih sekali lagi buat Budiey, sebab bagi peluang tgk wayang Free kat YY.Lain kali boleh kasi lagi eh. Kali nie YY dah tentu lah pergi bawak teman, cik Pen Merah kita. Merangkap jurufoto.Muhahhaha.

Budiey , Adam & YY

Tiket Wayang Panggung ODEON , Old School Gilerrr.


Untuk DON 2 , YY bagi 4.5/5 bintang. Filem wajib tonton sebab ada pelakon Malaysia dan Pemandangan di Malaysia. Bangga tau.




p/s : Tak salah kan kita bangga dengan negara Sendiri. Malaysia tanah air ku.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Copyright © Yana Yassin Designed by Ms.Azhafizah