Entri Terkini Yana Yassin

Recent Post no Thumbnail by Bina Blog

Review | Filem KERAMAT - MIG


Weee ~~ seperti yang sedia maklum. YY berpeluang ke Pra-Tonton Filem Terbaru dari MIG. Filem Keramat genre Seram. Terima Kasih kepada MIG sebab bagi 2 tiket tuk YY menonton bersama dengan pelakon-pelakon Keramat. Dan dah tentu lah Majer David Teo pun ada. 

Sesape suka Filem bergenre SERAM. Korang boleh tgk Filem nie, sebab pasti buat korang banyak kali terkejut-terkejut sebab sound effect nya agak bagus jugak. Dah ler YY duduk sebelah orang yang penakut tengok Filem hantu, dia menjerit YY pun terjerit sama.Muhahahhaha.


David Teo The Producer

Azhari Pengarah KERAMAT

Sinopsis ::
Keramat mengisahkan di tahun 1900, seorang lelaki bernama Habib telah difitnah merosakkan kehormatan Mustika. Akibat dari itu, Habib telah dikerumuni dan dipukul oleh orang kampong diketuai oleh Jabar, abang kandung Mustika. Habib yang merupakan bukan calang-calang orang terus dipukul dan kain yang selama ini menutupi wajahnya ditarik oleh orang kampong dan berlakulah satu peristiwa yang amat dahsyat di mana semua penduduk kampung mati dek cahaya terang yang terpancar dari wajah Habib.



Di zaman ini, kehidupan dua beradik iaitu Nazmir dan Nasti mula dihantui pelbagai pertistiwa pelik dan menyeramkan bermula dengan kehilangan bayi yang dikandung Syazura, isteri Nazmir. Sejak itu, seorang demi seorang ditimpa pelbagai peristiwa di luar fikiran termasuk Munirah, Isteri Nasti. Keinginan Syazura untuk pulang ke kampong halaman suaminya menjadikan keadaan bertambah rumit. Satu persatu rahsia terbongkar dan mendedahkan sebuah sejarah yang mengejutkan Nazmir, Syazura, Nasti dan Munirah. Siapa sebenarnya dalang dalam perkara ini dan apakah rahsia tersebut?

Barisan Pelakon, Pengarah dan Producer.

PENGARAH :
Azhari Mohd Zain

PELAKON :
Zul Handy Black
Rebbeca Nur Islam
Mon Ryanti
Adey Syafrien
Putri Mardiana
Diana Amir.

Review :
* Memula cerita agak blur, sebab di mulakan dengan kisah di tahun 1900.

* Ada scene seram jadi tak seram ,akibat dari dialog yang longgar dan agak 'kelakar'.

* Pelakon baru Mon Ryanti agak bagus, dan lakonan agak berkesan.

* Sound effect bagus sangat, memang buat diri banyak kali terkejut.

* Wajah hantu agak mengerikan.

* Ending citer di luar jangkaan ( ibarat YY tak pernah tgk ending semua jadi camtue ). Nak tahu kesudahan, patut tonton Filem nie.

Trailer :

Filem Keramat nie bakal di tayangkan pada 12 Januari 2012.

YY bagi 4.5 /5 bintang.

Diantara Blogger yang YY jumpa di Majlis Pra-Tonton Keramat ( mana yang YY prasan lah ) :
Jamar
Amal
Ada yang tertinggal ke??



p/s : Next week Pra-Tonton  Filem Seram lagi, Sumpahan Kum Kum. Jumpaaa nanti.





4 comments:

  1. tgk iklan kat tv pun dah seram hu huu...takut nak tgk...

    ReplyDelete
  2. aha..yang berlakon jadi Nasti tu pun cool gak...rasa dia leh jadi hero nanti...ala2 Aeril Zaefril...

    Kesimpulan, filem ni seram tapi dialog dia kadang2 kelakar...wahaha...

    ReplyDelete
  3. betul tu kaki wayang...tgk hantunya seram,dengar skrip nak tergelak plak...
    anyway salam kenal yana
    saya pun hadir gak..tak sempat nak kenal dan berborak...
    segan...heeeee

    ReplyDelete
  4. YY kawan guy yg snap gambar dgn Ieka tu kn ms last kat MBO n terjumpa kat parking tu? kite mcm prasan YY..hihi

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Copyright © Yana Yassin Designed by Ms.Azhafizah