Entri Terkini Yana Yassin

Recent Post no Thumbnail by Bina Blog

Mengimbau Kenangan Zaman Sekolah Rendah

Di pagi ahad yang indah ini. Masa untuk melepak di rumah ja. Dah ler xleh nak tido malam tadi gara2 blasah 2cawan white coffee. Ya, ampun puas duk paksa mata tapi xleh nak tido gak. Masuk tido pun dah kul 4pg, gara2 YaNa YassiN 1st Giveaway. Then Subuh dah terjaga,past tue xleh tido dah.

Hokey, nak citer bab tajuk tue kan. Kat FB adalah kawan masa Sek. Ren. Jln Kuantan (1),KL. letak status camnie dlm Group SRJK(1)



Jimi Remon
main galah panjang.. Main tepuk batang ice cream, main lawan pemadam.. Sampaikan tiang tiang kat kantin pun boleh jd mainan.. Rindu plak zaman kanak kanak.. : ) "

So, we all suma ahli group terus teringat zaman2 sekolah rendah dolu. G sekolah jalan kaki je, langsung x rasa jauh. Duit blanje sekolah cuma 50sen tapi boleh makan mee goreng siap air sirap. Silap2 duit ada lebih boleh masuk dalam tabung. Masa nie dah 1 Malaysia pun kat sekolah. Melayu, Cina ,India suma berkawan baik. Siap kat kelas dulu ada orang Burma , ada jugak Iban. Xde pun gaduh2. Hormat cikgu lagik. Cikgu garang giler pun kita xde sampai nak tumbuk cikgu or pancit kan tayar kete cikgu.

Ehsan Cik Google - Galah Panjang
Ehsan Cik Google - Rebut Tiang
Ehsan Cik Google - Main getah

Bila bab main kat sekolah, boleh layan main galah panjang, Tepuk batang ice cream, main lawan pemadam dan ada jugak main rebut tiang. Kalau main rebut tiang nie, jatuh ke dah x rasa sakit. Tau2 ja, ada luka sini-sana. Xpun lebam kat badan. Tapi seronok, enjoy giler. Paling x leh lupa bila main getah dalam kelas. Budak laki pun join gak permainan yg slalu nyer pompuan jer main. Main batu seremban, bila musim je sibuk suma nak buat sendiri batu seremban nyer. Ada yg guna kacang hijau, ada jugak yang guna pasir. HuH !!! best nyer zaman nie. Bila main bola sepak, budak pompuan pun join gak, pakai baju kurung pun blasah ja. Siap sorok bola dalam kain lagi. Hahahaha !!! kalau ingat2 balik pasti buat diri tersenyum sendiri.

Ehsan Cik Google - Main Batu seremban

Agak2 budak2 zaman skg sekolah ada x permainan cam yg kite citer tue. Rasa cam xde jer kan. Zaman skg suma dah bijak IT.Lagi selesa duk rumah ngadap Lappy. Bertemu pun di alam cyber ja. Xde lagi aktiviti lepak2 kat luar, Join aktiviti belia ke. kalau ada pun yang aktif mungkin hanya segelintir. Balik sekolah dah x sabar nak sampai rumah, nak layan FB, nak layan Twitter. X pun nak layan Blog. arghh !!! miss nyer zaman sekolah dolu.




JOM JOIN YaNa YassiN 1st Giveaway


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Copyright © Yana Yassin Designed by Ms.Azhafizah