Entri Terkini Yana Yassin

Recent Post no Thumbnail by Bina Blog

:: Trip To Langkawi Part 3 ::

Assalammualaikum uolsss *____* ,..

Hokey, diwaktu hujan yang lebat ini, Nak sambung citer pasal Langkawi part 3 ( hari terakhir ). Huaww, macam x puas tau. Rasa nak sambung coti lagi hokeyyy !!!. Sebelum nie dah citer kat Trip To Langkawi Part 1 - Day 1 dan Trip To Langkawi Part 2 - Day 2 . Nie dengan ikhlas hati nak sambung Day 3 plak.

Pepagi bangun udah siap2 sebab destinasi pertama ada lah IDAMAN SURI. Tempat jual Pinggang Mangkuk, Sourvenier, Sudu Garfu, dan macam2 lagi perkakas rumah. Tujuan nyer, alang nak beli barang2 yang telah di pesan oleh 'yang tersyang' ( mak ). Kesana lah kami tanpa bfast, sebab dah blasah roti dengan sambal ikan bilis(bekal dari mak alang) bersama bancuhan air milo ( along bancuh guna 3 in 1 ja ).






Selepas membeli belah di Idaman Suri, Kami terus ke Beras Terbakar kerna ada barangan yg semalam nak beli tapi x terbeli. Tapi sebab kan pandai sangat jalan, tetiba kami ternampak WILD LIFE PARK. Apa lagi, menyinggah kan diri lah. Kat sini kita boleh bagi makanan pada binatang2 yg di pamer kan. Yang paling excited angah ngan alang lah. Kita ngan achik follow camtue2 ja. Mata laks masih ngantuks kan. So, layan lah pict kat WILD LIFE PARK nie eh.













Dari situ kami ke Beras Terbakar membeli barangan seperti minyak gamat dan sourvenier. Masa nie dah tengahari, perut agak2 bekeroncong. Terus lah teringat akan kedai Nasi Ayam yg Zati cakap mmg sedap giler. Kesana lah kami untuk menikmati Makan tengahari di dalam keadaan cuaca yang renyai2. Mmg terbaeik lah Nasi ayam Nyer. Sampai sekarang duk terbayang2 lagi. Rasa nyer kat KL masih blum jumpa lagi Nasi Ayam yang sedap giler cam ginie. NASI AYAM PAK YA mmg KELASSSS.

sedang menunggu hidangan Nasi Ayam


senang hati dah kenyang

Terus menuju ke IK untuk bersiap2 pulang ke Kuala Lumpur. Agak lewat kami keluar dalam kul 2.30ptg. Padahal patut nyer checkout kul 12.30tgh kan. Nasib kami baik sebab x di charge atas kelewatan keluar dari IK. Menuju ke Dataran Lang untukk bergambar. Lepas tue tinggal kan achik ngan alang kat Jeti Point Langkawi sebab nak kena amik Zati tuk pulangkan kete. Bukan  xleh nak g amik Zati terus, tapi brg2 terlampau banyak sampai x muat kete. Alang sampai kena duk atas beg. Sib baik lah kechik kan.

Bersedia tuk Pulang ke Kuala Lumpur




Feri tuk ke Kuala Perlis kul 5.30ptg. Sampai2 ja, Pak Tam dah tggu. Sempat lagi Mak Tam bawak kami jejalan kat Kuala Perlis sampai ke Pulau Ketam. Akhirnya, Pukul 9mlm baru kami gerak ke Kuala Lumpur. Alhamdulillah, semua nyer berjalan lancar dan kami selamat sampai ke rumah masing2 keesokkan hari nyer ( sebab sampai umah alang kul 4pg, tido dulu lah ). Percutian yang sangat best, x kan lupa sampai bila2.



@ Jeti Point Langkawi

bersama cucu Mak Tam

Hokey,.. TAMAT lah sudah kisah di Langkawi. Next Plan ke,... ok2 , xmo citer dulu. Bila dah mula berjalan kan, asik nak berjalan ja. Haii, sib baik memasing bujang. Plan Last minit pun kekadang leh jadi kenyataan. Tapi macam Langkawi nie setahun plan tau.

Ok, Byeee !!!





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Copyright © Yana Yassin Designed by Ms.Azhafizah