Entri Terkini Yana Yassin

Recent Post no Thumbnail by Bina Blog

Review Real Steel | Bukan sekadar Robot.

Assalammualaikum *___*,

Lambat jugak YY nak citer pasal Real Steel. Padahal dah tgk lepas 3 hari ja kuar panggung. Ni semua angah nyer pasal lah. YY mmg x tahu pun Real steel nie pasal apa. xtgk trailer, dan xtahu jalan citer pun. Tapi awal2 angah dah book tiket nak tonton hari Sabtu. Padahal masa tue baru Rabu kot. Punyer lah berkobar2, kata kalau lambat takut tiket habis.

Sabtu yang dijanji kan. menerjah ke Wangsa Walk. Kebetulan hari tue hujan lebat lah pulak. Tapi sebab 5minit ja dari rumah ke Wangsa Walk, xde lah tempoh jem semua kan.




Alah, mesti korunk dah tgk sinopsis pasal Real Steel nie kan. Pertarungan robot besi ciptaan manusia. Kisah pasal perhubungan antara bapa ( Charlie ) dan anak ( Max ) yang terpisah, dan dipertemukan dengan Charlie seorang peninju handal tapi taksub giler dengan robot peninju hingga cipta robot sendiri.

pelakon utama, dua2 pun best.

Tetapi masalah nyer Charlie selalu kalah dalam pertarungan. Hingga lah suatu hari bila nak cari robot ganti, Max menemui ATOM. Charlie x percaya dengan kebolehan ATOM, tapi Max tetap yakin ATOM mampu berlawan. Scene2 masa nie lah yang YY teruja sangat. Masa Max beria melatih Atom untuk berlawan. yang best bila bab robot menari hokeey.



Ending, Best sampai YY rasa xmo kuar panggung sebab mmg best gilerrr. Cerita nie lebih kepada elemen kasih sayang dan kepercayaan. Walaupun x kenal dari awal nyer, tapi kekemiaan anak dan bapa terserlah. Ada jugak babak komedi yg buat kan panggung tertawa. Jangan x tahu, ada jugak babak sedih, YY ada nangis jugak lah.Muhahahah, pandai cover mesti xde sape perasan kot.

Comel kan Max 
nama sebenar Dakota Koyo ( dh macam nama jepun)

Dahsat kalau mat salleh buat filem. Kagum tgk robot dan jalan cerita yang YY rasa Malaysia mmg x mampu nak buat Filem yang kos juta2 nie. Mmg teruja sangat, rasa cam nak g tgk lagi ja. Giler teruja tau. YY paling suka tgk lakonan Max, sebab dia comel sangat. Mulut YY nie x habis2 cakap, "eh, comel nye", "eh, cute nyer", mula lah gatal nak cari pakwe cam muka Max, muhahahaha, gatai kan.

YY bagi 10/10,.. mmg menepati citarasa YY. Rasa nyer nie satu2 cerita yang YY rasa nak tgk banyak kali.

ps : ada sesape nak blanja YY tgk Filem nie lagi tak, ngeh3x.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Copyright © Yana Yassin Designed by Ms.Azhafizah