Entri Terkini Yana Yassin

Recent Post no Thumbnail by Bina Blog

Trip to Beijing - Part 1 ( Live from Beijing )



Wee ~~ salam dari Beijing uolss. Today dah masuk malam ke-2 YY berada di Negara 'Komunis' . Hari nie kita orang ke 5 tempat iaitu Tian An Men Square , Forbidden City , Silk Store , Niujie Mosque , Muslim Supermarket dan Acrobatic Show. Untuk pengetahuan YY pergi berempat jer dengan geng kaki jalan YY. Amik Pakej Muslim direct terus dengan orang Beijing, so jimat sikit. Kalau amik dari Malaysia agak mahal sebab akan ada komisyen untuk diorang kan. Detail, nanti YY citer eh. Siap YY boleh kasi contact no. sekali kalau korang memang berniat nak pi Beijing.

LCCT jom terbang.

Di Airport Beijing


So far suhu lebih kurang 10 darjah celcius dan agak sejuk. Tapi YY suka bebenor. Orang lain sibuk ngan baju sejuk, tapi YY sebab banyak lelemak terlebih, x pakai sweater pung. Kitaorang di bawa berjalan oleh pemandu pelancong yang bernama May. May orang China yang boleh berbahasa indonesia. Kira nasib kitaorang baik lah, dapat yg senang kitaorang nak  komunikasi. Maklum lah, orang China nie, bahasa Inggeris pun diorang tak beberapa nak faham. Ibarat dah macam itik ngan ayam bercakap. 

Kenderaan Yang akan membawa kami berempat sepanjang berada di Beijing


Hanya kami, takde campur dengan pelancong lain yaaa.


Korang layan dulu gambor hari pertama YY di Beijing yaa. Harap korang seronok melihat , macam mana seronok nya YY berada di tempat orang. Aksi-aksi terlampau korang jangan tiru pulak. 

Tian An Men Square - Sopan

Tian An Men Square Mula Hilang Ingatan - Muhaahhaha.

Forbidden City

Kemeriahan Manusia

Hilang ingatan lagi. - Forbidden City


Masjid terbesar di Beijing, Niujie Mosque

Jom tengok Acrobatic

Hebat diorang niee, kagum jap.

Persembahan yang menarik


Alamak, maaf ya korang layan gambar bebanyok nie. Dah malam kedua baru tahu boleh guna internet percuma. Memula sampai kata takde wifi, rupanya kena guna cable. But, tak best nyer tenet sini dah block tak leh nak buka facebook. Nasib baik boleh buka blog kan. Bebel kat sini jer lah. Harap korang tak bosan. Ada 5 hari lagi YY kat sini. Esok misi nak ke Tembok Besar China. Harap larat naik sampai atas. 



P/S : Makan pun sedap jugak kat Beijing nie, but tetap ada bawak cili dari Malaysia.







Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Copyright © Yana Yassin Designed by Ms.Azhafizah