Entri Terkini Yana Yassin

Recent Post no Thumbnail by Bina Blog

Bebelan Sebelum Bercuti Panjaaaaaang :P

Assalammualaikum,
 
Salam Jumaat korang. Camne kat opis today. YY tengah bosan sebab takde keje. Yang cuti pun ramai. Kalau sape yang pasan, kan YY nak bercuti seminggu bermula esok. Nak pi Negara 'Komunis' . Cam biasa YY bersama insan - insan tersayang yang kaki jalan. Kitaorang travel berempat jer dan semua nya gegurl. Flight petang esok ( Sabtu ) tapi cam biasa YY bab packing agak kemalasan. Satu benda pun tak kemas lagi. Gigih lah malam nie nak berkemas, mana nak siap kan entri lagi. Haissh, nie lah bahana kalau mood menulis turun naik.
 
Kekonon YY nak buat entri Auto Post, kot3 lah x dapa tnak online kan. Kang, muntah darah pulak korang tiap kali buka Blog YY nie asik entri sama dan dah basi pun. So, YY akan usaha kan jugak supa ada entri walaupun YY berada jauh dari bumi Malaysia. Eceeeh, ngada kan. Macam lah ada orang nak baca bebelan YY yang takde pekdah nie.
 
Kalau ikutkan, YY mana lah biasa bercuti jejauh nie. Tapi satu Malaysia YY dah pusing termasuk Sabah dan Sarawak. Seronok bila dapat berjalan ke tempat orang. Tak kan kita orang KL, nak duk KL jer kan.
 
Sebab kan insan - insan tersayang nie kaki jalan, Jadi kitaorg dah berjalan bersama berempat ke Pulau Pinang , Langkawi , Melaka , Korea , Singapore dan Negara yang YY akan pergi esok. Comfirm lah YY akan citer ngan korang pengalaman YY kan. Dan tak lupa satu lagi negara tahun depan Januari 2013 . Maklum lah, bila tambang murah AA, kena lah beli awal. Kalau duit banyak sampai tak tahu nak buat apa, boleh arr plan terus beli tiket. Cam kitaorg, memang kena tunggu tambang murah lah.
 
Tips kitaorang berjalan kan. Memula Usha tiket dan beli. Kemudian buat collection bulanan. So, takde lah nak kuar duit sedebuk. Biasanya perjalanan kan jauh lagi dari tarikh pembelian tiket, sempat ja nak kumpul duit. Ikat perut jugak lah, berjalan nya pasal. Paling best bila kita ada kawan yang sekapala, x banyak kerenah. Boleh dibawa bincang Ketepi dan ke tengah.
 
 
Sebabkan asik berjalan, ada yang ingat YY keje dengan Travel Agency , Bila asik jumpa retis orang ingat YY keje bidang hiburan , Haiyaaak, YY nie keje sepenuh masa "urusan seri paduka baginda". Blogging adalah sesuka mengisi masa lapang.
 
 
 
P/S : Jom join Mega GA YY, Banyak Hadiah woooo !!!!



7 comments:

  1. fuyoooo berjalan2...seronoknyaaaaaaa

    ReplyDelete
  2. Nak ikut...
    Beli la souveniur sikit...

    ReplyDelete
  3. bestnya ada kawan2 sekepala nk g travel.... take care dear... :)

    ReplyDelete
  4. wah..
    untnglaa..
    dak SPM nie..
    dok study jer..
    makan buku, tidur buku, mandi buku, mimpi buku.. *nampak sgt melampaukan*

    hiperbola jer..

    hehe

    http://nurainishahroni.blogspot.com/

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Copyright © Yana Yassin Designed by Ms.Azhafizah