Entri Terkini Yana Yassin

Recent Post no Thumbnail by Bina Blog

Cerita Yana Yassin dan Fazura Gojes



Assalammualaikum,

Wee ~~ lepas jer YY letak Video dari Miss Fazura Gojes kat sini. Ramai rupanya peminat Fazura yang sangat humble dan tak sombong nie. So, saje lah nak share dengan korang gambar-gambar di kesempatan YY bertemu dengan pelakon Fazura yang gojes.


123_8052

Masa nie Fazura , Maya Karin dan Fara Fauzana belanja tengok wayang citer ombak rindu. Memang meriah panggung bila ada yang terperasan pelakon utama ada sekali dalam panggung. Semua duk pakat tepuk tangan gituee. Best3x.




Anugerah EH306_DSC_34692012

Di Anugerah EH, memang tak nafi Miss Fazura memang best. Baik hati sangat. Sanggup tunggu punya ramai peminat yang nak bergambar dengan beliau. Daripada seorang pelakon yang nyombong bebenor . Nak tahu kisah pelakon sombong itu ada kat SINI. Malam Anugerah EH , Fazura menang Anugerah Selebreti Wanita Paling Bergaya.




Filem Zaiton Ceritaku  183

Dan yang terbaru jumpa di Majlis Tayangan Ekslusif Filem Zaiton Ceritaku. Walaupun tak berlakon dalam Filem nie, tapi Fazura datang bagi sokongan. Memula sampai, ramai media beria nak amik gambar dia tapi secara baik Fazura kata xnak over shadow pelakon-pelakon Zaiton Ceritaku tapi tetap posing untuk pihak media snap picture gojes dia. Siap tunggu sampai habis pc tau, selalu nya lah yang YY pasan kalau artis yang tak terlibat dengan Filem yang di tayangankan, memang tak lah diorang nak tggu sampai habis. Bagus lah Fazura, boleh lepak lama-lama. Borak2, siap buat lawak gelak-gelak lagi. Memang tak nafi Fazura langsung tak sombong. Sesape yang amik gambar dengan dia, comfirm Fazura yang ucap terima kasih dulu. senyuman? memang tak lekang dari bibir.



P/S : Gojes dan ramah, Bagus lah.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Copyright © Yana Yassin Designed by Ms.Azhafizah