Entri Terkini Yana Yassin

Recent Post no Thumbnail by Bina Blog

Review Filem Zaiton Ceritaku | Sinopsis & Trailer



Assalammualaikum,

Wee ~~ Korang kenal Zaiton Sameon tak? Zaiton Sameon seorang DIVA dalam bidang nanyian di dalam tahun 80an. Kira lagu-lagu Zaiton Sameon nie memang melatop lah, antara nya menaruh harapan. Kalau dengar, mesti kita nak nyanyi sama, kekuatan lagu dedulu berbanding lagu sekarang. Ntah lah, bagi pendapat YY yaa. Kang jangan korang kata YY buta musik pulak.


So, kalau korang pasan lah, satu Filem Biografi bertajuk Zaiton Ceritaku akan menerjah panggung 1 November 2012 nie. Dan cam biasa lah, harus YY dapat tonton dulu di prebiu bersama Media. Terima Kasih Azwan sebab jemput kita lagi. Seronok sangat sebab dapat menonton bersama pelakon-pelakon dalam Filem nie, termasuk Zaiton Sameon yang turut memeriahkan majlis.






Sinopsis :
Di sebalik keindahan kehidupan yang dilalui, tidak terbayang keperitan yang bakal dialami. Malang tidak berbau, dalam sekelip mata semua yang disayangi hilang tidak berganti. Peristiwa malang yang menimpa Zaiton Sameon meragut segala-galanya. Zaiton terlibat dalam kemalangan ngeri yang telah mengorbankan nyawa anaknya Irwan. Malah karier beliau sebagai penyanyi juga musnah kerana peristiwa itu. Kehidupan yang dilalui selepas kemalangan sangat perit dan menyakitkan. 


Zaiton di zaman kegemilangan

Zaiton selepas kemalangan , sedang di pujuk maknya



Maka terhasillah sebuah karya filem Zaiton Ceritaku olahan daripada kisah benar Zaiton Sameon. Tiada tempat untuk beliau bergantung kecuali ibunya yang tidak jemu menjaga dan mengharapkan beliau bangkit kembali. Namun, sudah jatuh ditimpa tangga, ibu pergi buat selama-lamanya. Zaiton hidup terkontang-kanting, saudara-mara pergi entah ke mana. Secara kebetulan beliau dipertemukan dengan Rahim, seorang insan yang ingin menjaga Zaiton kerana belas ehsannya. 


Keluarga Zaiton

Adik Zaiton memujuk untuk cuba berjalan semula



Walaupun begitu, masih ada sebilangan manusia yang mengukur jiwa dengan wang ringgit. Mereka mempergunakan Zaiton kerana yakin masih ada pesona bintang pada dirinya. Adakah Zaiton kembali mengecapi kegemilangannya, ataupun hanya menadah impian?

Zaiton Sameon DIVA


Info & Trivia
Filem Zaiton Ceritaku diilhamkan oleh Hajah Ainon dan Hj. Burhanuddin, merupakan pengarah urusan Les’Copaque Production yang telah mendominasikan produk animasi Upin dan Ipin dan Filem Geng: Pengembaraan Bermula.


Kali ini di bawah naungan Bruang Filem Sdn Bhd mereka sekali lagi menghasilkan sebuah filem biografi Zaiton Ceritaku berdasarkan kisah sebenar perjalanan hidup Zaiton Sameon.
Filem sulung arahan Esma Daniel bakal menyajikan sebuah penceritaan yang menyayat hati dan menyentuh perasaan penonton yang mengenali Zaiton Sameon dan juga pada mereka yang baru mengenalinya.


Filem Zaiton Ceritaku juga hasil kerjasama Pengarah Sinematografi Mohd Noor Kassim yang pernah memenangi Anugerah Sinematografi Terbaik dalam Filem Hikayat Merong Mahawangsa dan dibantu oleh Pengarah Seni Ombak Rindu Mohd Khairul Md Dan.


TRAILER




Review :


Bagi YY ini dalah Filem wajib tonton . Filem yang berkisar kan dari sebuah kisah benar, mampu menjadikan pengaran buat kita semua . Lakonan Nadia Aqilah sebgai Zaiton Sameon harus di puji kerana memang bagus dan terbaik. Walaupun YY bukan orang Filem atau orang seni, tapi dari pandangan YY memang Nadia Aqilah berjaya bawa watak Zaiton dengan baik. Kesedihan yang di paparkan memang sampai kat hati niee, ada jugak babak yang mampu membuat airmata YY bergenang. Sedih lah, bila sudah jatuh di timpa tangga . Dah ler kemalangan , lupa ingatan lagi. Kemudian keluarga sorang demi sorang meninggalkan nya. Weii, touching lah.

Sebagai pengarah yang pertama kali mengarah, Esma Danial harus di puji. Memang tak sangka beliau mamp mengarahkan filem yang mampu membuatkan hati tersentuh. Paling YY suka adalah sinematigrafi nya. Memang cantik. Tahniah buat tenaga produksi. 

Walaupun ada yang kata Filem Biografi susah nak laku kat Malaysia, tapi YY rasa baik korang tengok dulu baru buat penilaian. Jangan terlalu cepat membuat keputusan bila Filem camginie jer comfirm tak best. Ini adalah pandangan YY, just nak share dengan korang.


4.8 / 5 Bintang.



********************************************

Gambar sekitar Tayangan Esklusif Fielm zaiton Ceritaku

Nadia Aqilah dan Zaiton Sameon

Nadia Aqilah


Arash Muhamad

Fazlina Rauf

Karl Shafiq



Sidang Media

Pengarah Esma Danial



Kami menyokong Filem Zaiton ceritaku.







P/S : Apa yang berlaku pasti ada hikmahnyaa :))










Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Copyright © Yana Yassin Designed by Ms.Azhafizah