Entri Terkini Yana Yassin

Recent Post no Thumbnail by Bina Blog

Review | Filem Aku Terima Nikahnya - Sinopsis & Trailer

Assalammualaikum,

Weee ~~ meh kita review Filem lagi . Kali nie Filem terbitan MIG yang diarahkan oleh projek Skim 10 pengarah muda MIG, dan Eyra Rahman adalah pengarah terakhir dalam projek nie. Seorang pengarah perempuan yang berbakat pernah menjadi pembantu kepada Osman Ali pengarah Ombak rindu tuee.

Filem Aku Terima Nikahnya Filem ke-66 terbitan MIG yang dilakonkan oleh Pelakon hebat kelahiran Singapua Adi Putra dan Hot mama Nora Danish. Pelakon pembantu lain ialah Mon Ryanti , Alex Yanz , Kamal Faridz serta beberapa pelakon senior seperti Dato' Tarmimi Siregar , Dian P.Ramlee dan Azizah Mahzan. Lokasi pengambaran sekitar Kuala Lumpur dan Port Dickson pada Februari 2012.




Sinopsis :

Kisah Sepasang kekasih Johan ( AdiPutra ) dan Arlisa ( Nora Danish )  yang disatukan dengan ikatan pernikahan . So, bila dah kawin, melalui detik-detik indah hidup sebagai suami isteri. Tapi satu tragedi berlaku apabila Johan di timpa kemalangan dan disahkan menghadapi Selective Amnesia yang manaJohan hanya ingat perkara yang berlaku ketika dia berusia 31 tahun iaitu 2 tahun sebelum dia mengenali Arlisa.

Aku Terima Nikahnya.

Romantis



Johan yang tak ingat langsung dengan Arlisa bertindak menjauhkan diri daripada isterinya sendiri . Namun Arlisa tidak pernah putus asa berusaha untuk Johan mendapatkan Ingatannya kembali. Perlbagai usaha dan cara yang Arlisa lakukan tapi tidak berhasil. Pertemuan Johan dan Suriya ( Mon Ryanti ) , kawan baik Arlisa menyebabkan Arlisa cemburu kerana Johan lebih mesra bergaul dengan Suriya berbanding dirinya sebaga isteri kepada Johan. 

Kesedihan tak terbendung oleh Arlisa

Siapa kau ?? Kata-kata Johan yang mengejutkan Arlisa.

Ketegangan berlaku


Sehingga, suatu hari Arlisa terserempak dengan Johan dan Suriya didalam keadaan mencurigakan. Arlisa sangat kecewa dan berputus asa. 



Adakah Arlisa akan mengalah ? Adakah Johan akan mengingati semuanya kembali ? Apa akan terjadi dengan perhubungan Johan dan Arlisa ? Tue korang kena tengok lah yaa.





Trailer 






Review :

Gandingan antara Adiputra dan Nora Danish memang tak leh nak pertikai kekemian diorang. Sape layan Drama Tentang Dhia sebelum nie, mesti korang faham maksud YY. Memang babak romantis menjadi uolss. Tersentuh dihati gituee. Nampak real cam diorg nie memang suami isteri bukan sedang berlakon. Kalau dah Pelakon hebat, harus lah feel lain macam kan. Cuma bagi YY lah, bila babak sedih jadi tak sampai lah kat hati nie. Maybe sebab dialog macam tak kena pulak dengan babak sedih ketika tue. tapi bukan semua babak lah. 

Bagi YY, Filem nie boleh ditonton buat semua yang sedang berkasih sayang. Mana tahu yang adamasalah, pun boleh tengok. Kasik korang semangat sikit nak perbaiki hubungan korang yang ada masalah tuee. Korang boleh lihat betapa berusaha nya Arlisa untuk mendapatkan semula cinta yang Johan 'terlupa'.


4.0 / 5 bintang



*******************************************************

Gambar sekitar Malam Preview Aku Terima Nikahnya.






PC time

Pengarah












P/S :  Romantik kalau nak tiru tunggu ada ikatan yang sah yaa .:P







9 comments:

  1. adi dgn nora memang serasi berlakon bersama.. teruja ni nak tgk

    ReplyDelete
  2. Mmg x sabar nak tgk cter ni..suka ND ngan Adi Putra tu :)

    ReplyDelete
  3. byk gaks bintang YY bagi utk filem ni yer...

    ReplyDelete
  4. ler, ada ker time ni. tak nampak pun.

    ReplyDelete
  5. sebenarnya untuk filem ni, rasanya dorang tersalah pilih pelakon lelaki..cuba kalau dia ambil boni kacak jadi pelakon lelaki, rasanya boleh tembus ke eropah filem ni

    ReplyDelete
  6. YY nangis x tengok filem ni??? ;)

    ReplyDelete
  7. Best ke filem ni?x berkesempatan nak tgk...tp gandingan nora dan adi memang tak dapat nak dipertikaikan...

    ReplyDelete
  8. sy ade link kan entry preview ni di ~Sinar CintaKu~! tq ^^

    http://sinarcintaku.blogspot.com/2012/10/pratonton-aku-terima-nikahnya.html

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Copyright © Yana Yassin Designed by Ms.Azhafizah