Entri Terkini Yana Yassin

Recent Post no Thumbnail by Bina Blog

Tips - tips Percutian ke Beijing | Muslim Pakej


Wee ~~ korang pun sedia maklum yang YY bercuti ke Beijing. Now nak citer kisah percutian nie dari mula.  Pagi esok kul 2.05 pagi adalah penerbangan balik ke bumi tercinta Malaysia. Memang betul kata orang, hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri. Lebih baik negeri sendiri uolss. Rindu makanan Malaysia. Rindu Family kat Malaysia. Rindu teman-teman kat Malaysia. Padahal baru seminggu kot. Sebab, tak tahan hari-hari kena makan telur dadar. Muhahhahaha.



Perancangan secara tak sangka nie bermula selepas kitaorang bercuti ke KOREA tahun lepas. Balik dari negara K-pop tue, AA buat promo flight. So, apa lagi keje angah lah membooking. Tetiba angah msg, Ok DONE next year kita ke Beijing, Mahu naik tembuk besar China lah. Tiket Flight dalam RM 900++ untuk pergi dan balik. 

Kisah nya masa booking, memang takde flight direct ke Beijing, jadi kitaorang akan turun di Tianjin, dan ICT Travel akan pickup dari situ dan bawa ke Beijing. Bila AA buat direct Flight ke Beijing, AA telah mengubah jadual penerbangan. So, kitaorang dah kurang sehari dari masa asal 7 hari. Ada hikmah jugak, sebab 6 hari pun dah panjang kalau di Beijing nie. Sampai May si pemandu pelancong tak tahu dah nak bawa kemana .


Bermula dari booking tiket lah kita orang bermula aktiviti mengumpul duit. Bila nak bercuti, harus lah pakai duit kan. Kebetulan angah ada contact dengan Muslim Pakej direct terus dengan orang kat Beijing. We all tak guna orang tengah pun. Jadi jimat sikit lah. Sebab bila survey dekat Matta Fare dengan 7 hari memang takkan jumpa yang bawah 1K . Agak mahal yaa. Kalau murah pun, pakej yang kena campur dengan orang lain naik bus.

May , pemandu pelancong kitaorang yang baru 7 bulan belajar bahasa Indonesia. Kamus sentiasa di bawa.


Harga yang kami dapat dari ICT Travel, Muslim Pakej 
cuma USD220 untuk 6hari , 6malam ( RM 600++)

Dalam pakej termasuk :

* Hotel dengan kemudahan internet.

* Sarapan , Makan Tengahari dan Makan Malam di Muslim Restoran.

* Solat di masjid sekitar Beijing.

* Pengangkutan sebuah van termasuk pemandu dan pemandu pelancong berbahasa indonesia. ( Tak campur dengan pelancong lain, hanya kami berempat )

* Dibawa melawat tempat-tempat menarik dan membeli- belah .

* Jadual lawatan yang flexibel, boleh bertolak -ansur.


Yang best sebab kita tak campur dengan orang lain. Bukan tak best kalau campur dan beramai-ramai naik bus nie. Cuma leceh kot nak jaga reramai, nanti banyak sangat kerenah. Puas hati lah dengan perkhidmatan dari ICT Travel nie. Dan kalau korang nak tahu, sebenar nya kebanyakkan Travel Agency di Malaysia menggunakan kan ICT Travel nie, sebab Ini adalah Agency terbesar di Beijing yang ada Pakej Muslim. Owner nya memang seorang muslim. Kira Travel Agency di Malaysia dapat untung atas angin ja. Amik komisyen.


Harga yang kitaorang dapat untuk penerbangan dan pakej muslim 6hari , 6malam lebih kurang RM 1,500 ++ .


Muncung itik, muhahahhaa.


Tips-Tips bercuti di Beijing .

1. Bawa baju bersesuai mengikut musim , masa YY pergi nie musim sejuk. Suhu antara 10 - 20 darjah celcius. kalau bole bawa sarung tangan and pakai long john sbgai pemanas badan..

2. Jangan terus percaya dengan harga murah yang di tawarkan ketika membeli - belah. Cuba untuk kurang kan sehingga 80% dari harga yang di tawarkan. Kalau tak bagi, buat-buat nak pergi. Mesti diorang kasi punya. Ada sesetengah kedai sahaja yang tak kisah kalau kita taknak beli.

3. Jangan tawar-menawar dah dapat harga korang nak, dah tue x jadi beli. Memang diorang akan marah. Kebanyakkan penjual agak kasar dan pembengis.

4. Bawak memory card standby, sebab korang akan amik gambar yang banyak. Cam kitaorang balik bilik, terus transfer kat lappy. Kalau tak memang tak muat untuk sepanjang percutian hanya 8G memory card.

5. Bawak cili padi, sambal ikan bilis , maggie dan milo 3 in 1 sewaktu dengan nya. Takut tak kena selera dan tak kenyang jer makan di Beijing nie.

6. Masa kitaorang nie panjang, sebab dah book flight baru cari pakej ground. Sebenarnya masa untuk lawatan di Beijing cuma 5hari 4 malam jer. So, macam kitaorang nie masa panjang, masa lawatan agak santai dan tidak terkejar-kejar.

7. Bawak botol air kosong sepanjang berjalan di Beijing, sebab memang takde paip air yang disediakan dalam tandas diorang.

8. bawak lotion secukupnya sebab kulit akan mudah kering dan mengelupas sbb cuaca kat sini sangat sejuk. ( musim sejuk )

9. bawak baju tebal sekurangnya 2 helai , seluar jeans pon kalau bole pakai yang jenis penebat haba..( kat uniqlo-klcc banyak baju/sluar yg sesuai ngan suhu sejuk )

10.Tak perlu risau if naik tren dan x pasti dah sampai kat stesen mana, sebabnya setiap kali tren berhenti akan ade lampu berkelip di nama stesen yang tren berhenti.. so senang crite kena berdiri betul2 dekat ngan pintu tren untuk tau stesen mana yang dah sampai.

11.  lagi tips,..... akan di tambah bila ingat. :)







P/S : ada sesape yang plan nak bercuti ke?? 










12 comments:

  1. Salam, nak bercuti? sape yang taknak.. tapi belum masanya lagi kot :)

    ReplyDelete
  2. budak kecik pun harga RM600 gak?

    ReplyDelete
  3. balik sini mesti muak tengok telur dadar utk seketika. hee...

    welcome home!!! ^_^

    ReplyDelete
  4. nice tips sis..:)

    p/s:boleh la ke beijing lepas ni..hikss

    ReplyDelete
  5. kalau ade tour guide okey la kan...kalu pegi sendiri mesti ada businesscard tempat yang kita pergi dalam bahasa mandarin sebab diorang tak pandai cakap english kan ( orang tempatan )

    ReplyDelete
  6. Bulan 12 wife saya akan ke beijing...terima kasih yana atas tips ini....

    ReplyDelete
  7. Yana... Tq atas info... Boleh x call me 0193880628 shukri utk info y lbh detail sbb mak n abah teringin sgt nak gi sana... So nak minta tips n panduan terbaik jua pakej y jimat... Tq saya tunggu panggilan yana... Sms pun xpe nnt saya call semula tq.

    ReplyDelete
  8. Salam ... Yana , saya amat tertarik dengan apa y yana share... Mak n abah saya nak ke sana n minta saya uruskan so mohon panduan n tunjuk ajar.. Just call ur sms me 0193880628 tq

    ReplyDelete
  9. salam.. saya plan nak ke sana sendirian cuma saya perlu kan pemandu pelancong..di mana saya boleh dpt kn num atau contact person di sana..

    ReplyDelete
  10. salam.. saya plan nak ke sana sendirian cuma saya perlu kan pemandu pelancong..di mana saya boleh dpt kn num atau contact person di sana..

    ReplyDelete
  11. As salam yana, pls give contact num tours guide u ni...saya plan nak g tis year...or email kat saya ladyd9881@hotmail.com

    ReplyDelete
  12. Assalam yy..makcik dah baca blok yy...suka sngat..dah plan nk g bercuti ng family 4 org..november 2014..tiket blum amik lagi..first nk tnya senang tak pgi sendiri ..backpacker le katakan...

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Copyright © Yana Yassin Designed by Ms.Azhafizah