Entri Terkini Yana Yassin

Recent Post no Thumbnail by Bina Blog

Pelancaran Kawasaki GT World dan Pusat GIVI oleh SC Premium Bikes







Weee ~~ Sape minat motor. Tambahan pulak moto yang besor2. Meleh jugak air liur tengok kan. Seksi jer rasa. Plus dapat pulak pakwe hensem yang bawa, lagi lah rasa macam. "haaai abg, boleh saya tunggang bersama", gitu lah kan. 

YY bukan nak citer pasal moto kecilan hokey, tapi motor kawasaki. Yeaah, benar Kawasaki uolss. Motor idaman ramai kan. Muhahahha, bila citer macam lah YY reti sangat bawak moto. Dah tentu lah tidak. Tapi bila mamat retis nie ajak YY ke Pelancaran Kawasaki GT World and Givi Centre kat Bandar Sunway. Tq yer Bro. Ini adalah Showroom terbaru dari SC Premium Bikes Sdn. Bhd.

 


Acara ini di rasmikan oleh Mr Chua Chern Kwang atau lebih di kenali sebagai 'Ah Hoi' . Beliau adalah salah seorang yang sangat meminati dunia permotoran kuasa besar dan turut menyertai beberapa ekspidisi yang melibat kan motor kuasa besar . Majlis pelancaran Showroom nie, turut di hadiri peminat - peminat motor kuasa besar, dan kami para blogger amat berbesar hati turut sama di jemput untuk memeriahkan majlis yang meriah ini


 
Majlis di mulakan dengan ketibaan tetamu jemputan dan para- para peminat motor berkuasa besar terutamanya pemilik Kawasaki. Kemudian diteruskan dengan ucapan dari pemilik Showroom , GM Kawasaki dan GM Givi. Meriah nya suasana masa tue, cuaca panas pun dah tak kisah. Tambah bila tengok motor yang harga nya boleh beli sebuah kete kancil berada di depan mata. Bila dah rasmi, apa lagi amik peluang berposing dengan motor Kawasaki. Hijau lagi, my favorite color. Dan kami di beri peluang melawat showroom kawasaki yang terbaru di Bandar Sunway ini.




Sesambil tue, we all di jamu dengan sajian yang enak. Diantara menu nya, Bihun Goreng , nasi goreng , sate , ayam goreng , dan banyak lagi. Masa nie lah kami dapat kenal-kenal dengan orang yang hadir terutama nya blogger. Maklum lah, bila ada event macam nie lah baru kami dapat bertemu, kalau tak bertegur sape di alam maya jer.

 


Hokeey, bab yang paling best adalah cabutan bertuah. Banyak weeeiii hadiah yang disediakan. Dengan harapan YY pun bertuah sama, tapi seperti biasa tak bertuah lah kan. Mejah ngan Ammar jer wakil blogger yang menang beg dari Givi. Untunglaah, bertuah kan.Cabutan bertuah ini untuk semua yang hadir, masa daftar kena isi satu card dengan sedikit detail mengenai diri. Masa isi tue dah teruja, hope menang tapi bukan rezeki YY nak bertuah hari tue. Yang penting masa daftar dapat goodies beg yang diisikan dengan majalah permotoron, t-shirt , sticker dan buku. Terima Kasih banyak lah sebab ada jugak tanda kenangan dari kawasaki untuk YY.



 

Selesai semua acara, haruslah sessi bergambar. Para Blogger selalu nya memang ada sawan posing nie. kami berpeluang bergambar bersama pemilik Showroom dan beberapa orang penting di dalam majlis nie. Pengalaman baru buat YY menghadirkan diri ke acara seperti ini.

 

Jom Terjah Showroom yang best niee:

Alamat SC Premium Bikes Sdn Bhd
19, Jalan PJS 7/17
Bandar Sunway
46150 PJ, Selangor
T: 03-5635 3933
F: 03-5638 8502





YOU RIDE , WE CARE



Blogger yang hadir ::

2. Armujahid
3. Terbang Tinggi2

4. Akubiomed
5. Ammar
6. Yana Nanako
7. Anastasyea
8. Acul ( SUMBER GAMBAR CUN )
9. Cik Nurul


dan ramai lagi :)













Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Copyright © Yana Yassin Designed by Ms.Azhafizah