Entri Terkini Yana Yassin

Recent Post no Thumbnail by Bina Blog

Peluang kerjaya Dalam PDRM | Jom yang berminat.

Wee ~~ sape minat nak jadi Polis. Pasukan Keselamatan Polis Di Raja Malaysia. Peluang korang nak ramah mesra adalah pada Sabtu nie di Dataran Merdeka Sempena Hari Polis yang ke - 205. 

 


Detail ::

DATANGLAH BERAMAI-RAMAI : 
Sempena Sambutan Hari Polis Ke - 205 Tahun pada ketetapan berikut:

Tarikh: 24 Mac 2012 (Sabtu)
Masa : Mulai 10.00 pagi hingga 1.00 pagi
Tempat: Dataran Merdeka

Pelbagai acara dan persembahan menarik telah disediakan, antaranya pameran PDRM, pertunjukan khas PDRM, persembahan hiburan PDRM dan artis tempatan di samping pelancaran maskot PDRM dan lain-lain agenda yang diaturkan khas untuk tatapan umum.

Luangkan masa anda untuk turut serta bersama kami memeriahkan lagi Sambutan Hari Polis pada tahun ini. JUMPA ANDA DI SANA!!!
 

Polis Diraja Malaysia ( Royal Malaysia Police ) 
KLIK untuk ke Official Facebook PDRM



Dan, peluang nak jadi Polis ::

Permohonan bagi jawatan di dalam Polis DiRaja Malaysia (PDRM) kini boleh dibuat secara online melalui Portal Rasmi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA),www.spa.gov.my mulai 20 Mac 2012.

Calon-calon hendaklah berumur tidak kurang 18 tahun dan tidak lebih daripada 28 tahun bagi permohonan menggunakan kelulusan PMR/SPM/STPM/Diploma/Ijazah Sarjana Muda/Sarjana dan tidak melebihi daripada 35 tahun bagi permohonan menggunakan kelulusan PHD pada tarikh pendaftaran. Sila rujuk pautan : Skim Perkhidmatan PDRM.

Permohonan adalah menggunakan Borang Pendaftaran Pekerjaan di Sektor Awam (SPA8i) yang boleh diperolehi melalui pautan ini :
http://putra3.spa.gov.my/online/BORANGSPA8I

Maklumat lanjut, hubungi talian : 03-2266 8350 / 8344 / 8347. (Unit Pengambilan PDRM)
 





p/s : Peluang kerjaya untuk semuaaaa.





4 comments:

  1. mnarik nie..nak share kat blog jgk laa..

    ReplyDelete
  2. hmm interesting.. goodluck kepada mereka yang memohon untuk menjadi polis :)

    ReplyDelete
  3. nak jadi polis glamer cam yana yassin...:-)

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Copyright © Yana Yassin Designed by Ms.Azhafizah