Entri Terkini Yana Yassin

Recent Post no Thumbnail by Bina Blog

Akhirnya mamat pergi buat selama-lamanyaaa , sob sob sob :((


Akhirnya, setelah 4 hari mamat berada di hospital Veterinar UPM. Mamat telah meninggal kan YY dan family untuk selama-lamanya. Kalau korang baca entri nie , mesti korang faham apa maksud YY .

 

Lepas balik dari JB hari tue, mamat macam tak mo makan. Ini amat merisau kan YY. So, rabu lepas YY pun bawak lah mamat ke Klinik Veterinar kat Cheras. Then bila Doc check, doc suh YY bawak mamat ke Hospital Veterinar UPM. Sebab nya, Klinik tak cukup alat. Bila kat Hospital, mamat telah di tahan ward. Sedihnya bila YY tengok muka mamat masa tue. Pandang macam x jumpa lagi. Dan hati YY masa tue pun x best giler. Dalam memandu pulang, sepanjang jalan YY nangis sampai kabur2 mata.

 
nie masa mamat kena demam kuning sampai masuk air.kaki luka.

Jadi, Sabtu memang YY dah pakat dengan angah & ibu nak g lawat mamat kat hospital. Sebelum tue Jumaat YY dah call, doc kata mamat still xmo makan. Tapi doc dah amik darah mamat. Jadi, dengan berkobar nyer pg tadi YY bawak makan tuk mamat. Pukul 10 pagi YY dah sampai, x sabar nak jumpa mamat. Tapi, berita sedih yang YY terima. Mamat telah tiada. Mamat pergi tanpa sempat YY jumpa, YY nak bagi dia makan. Sedih yang sesangat. 

 
mamat memang suka duk tempat sempit

YY bela mamat dah 9 tahun. Satu jangka masa yang sangat panjang. Kalau budak dah darjah 3 tau. YY sayang gegiler kat mamat. Sebab mamat sangat bijak dan baik. Langsung tak menyusahkan. Jadi, YY macam telah terima mamat telah pergi. Doc kata mamat kena Leukimia ( kurang sel darah marah ) . Kalau ikut result darah, buah pinggang dan hati mamat ok. Dah ada pun penderma nak kasi darah kat mamat. Tapi tak sempat. Doc pun kata kalau ikut result mamat boleh hidup panjang lagi.

Mamat di lengan arwah ayah. 

Mamat selamat di 'semadi ' kan.

YY jadi sedih dan terkilan, rasa macam mamat merajuk x mo jumpa YY lagi. Yer lah, sepanjang hidup mamat. Mana pernah dia tido tempat lain. Nie plak YY tgglkan dia kat hospital. Adakah mamat merajuk?? Ini yang buat YY rasa sedih sangat. Now pun mata bengkak giler. Sebab sepanjang masa air mata nak meleleh. Maklum lah, mamat selalu duk teman YY masa online. Dan mamat paling suka duduk atas dada bila YY baring. Arghhh !!! serius sedih sesangat. 





Antara Video kepintaran Mamat.



Terima kasih kepada yang bagi kata-kata semangat kat YY di FaceBook dan Twitter . YY kena redha dengan pemergian mamat. Walaupun rasa macam x leh terima hakikat. Tapi hidup perlu diteruskan. Kepada sahabat ,terharu kerana mengerti. Hanya yang pernah mengalami dan pencinta kucing memahami apa yang YY rasa. Sob sob sob. !!!






p/s : YY tak mahu bela kucing lagi. Sob Sob Sob :((



10 comments:

  1. bila kita jaga mcm separuh dr hidup kita, pemergian 2 mesti terase. lg2 stiap mase dia bsm susah n sng. patah tumbuh hilang berganti. yg pnting kita penah ade dia mse bsme kitee.

    ReplyDelete
  2. seriously, bila baca ni mata sy bergenang2 je...tumpang sedih...sbb last few year kucing sy mati sbb kidney problem..then last 2 months kucing sy mati sbb kena patuk ular...hmmm sedih2

    ReplyDelete
  3. arrrrrr sedihnyeeeeee :( sabarrr tau..

    ReplyDelete
  4. Memang sedih sesangat. Tapi hidup perlu di teruskan,kan.

    ReplyDelete
  5. yana bersabar ye.. btw, tadi zara ingat mamat tu orang .. huhu~ apepun, harap tabah ye.. :)

    ReplyDelete
  6. Saya memahami perasaan apabila kucing kesayangan pergi. Ketika kecil dahulu kucing belaan saya kalau sakit akan hilang macam tuh sahaja seperti tidak mahu melihat tuannya bersedih dengan meninggalkan rumah tuannya.

    ReplyDelete
  7. Teruja tgk kamu sayang kucing yana. Siap ada payung lagi kt kubur tu
    Jodoh Ada Di Tempat Kaki Kita Berdiri

    ReplyDelete
  8. siyes sedih ok!
    ritu baby kucing aq yg paling comel mati sebab kena baham ngan anjing.. abah aku pon nangis sbab itu kucing kesayangan dia..huhuhu

    eh. jomma tengok my cat kat blog...

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Copyright © Yana Yassin Designed by Ms.Azhafizah