Entri Terkini Yana Yassin

Recent Post no Thumbnail by Bina Blog

Bila Tak Guna AKAL

Assalammualaikum, morning uols. Today mula keje dengan hati yang masih sedih dengan kehilangan mamat. Serius YY masih terbayang-bayang mamat masih ada. Harap YY dapat kuatkan hati sebab buat ms nie, tgk kucing jer pasti YY kesedihan.

Pagi nie YY nak citer satu kisah menggeramkan. Semalam kan, YY ada event #KAWASAKI bersama beberapa rakan blogger. Tq kepada BroFramestone sebab ajak YY join sama. Walaupun masih dlm mood sedih, YY tetap jugak memenuhi janji yang telah di buat. Nanti YY story pasal event nie di lain entri yer.

Nak di jadikan citer, masa YY nak balik dari event #KAWASAKI nie, di satu simpang 4 kat area Bandar Sunway, untuk pengetahuan uolss event nie mmg kat Bandar Sunway pun. Masa tue trafic light merah. Then bila hijau jer, YY baru nak gerak kete belakang YY dah x sabar siap hon. Hati dah panas masa tue. Sekali YY nak terus, tetiba kete tue potong kiri dan nak masuk kanan pancung kete YY. Apa lagi, tersagat lah. Agak teruk jugak.

Kete tue laju jer kekiri, dan YY terus ke depan ja. Agak kuat jugak bunyi tersagat.Bila sampai umah baru YY tgk kete hasil sentuhan terlarang yang berlaku, Ya Ampunnn agak teruk calar nya. Dan yang pasti mesti kete tue pun calar teruk gak. Haaaisshh, geram tul lah. Bawak kete tak reti sabar kot. Menyusahkan orang betul. Tak pasal kena ganti bumper kot sebab dah terkepak.Dugaaaaan.








Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone  
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Copyright © Yana Yassin Designed by Ms.Azhafizah