Entri Terkini Yana Yassin

Recent Post no Thumbnail by Bina Blog

Mydin Buka Cawangan Baru di Alor Setar Kedah | Jom terjah.


Wee ~~ sape suka bebenor shopping. Bila Gaji jer, mesti fikir nak shopping. Terutama beli barang rumah lah kan. Macam sabun ke, syampu ke, ubat gigi ke, dan macam-macam lagi lah. Barang keperluan setiap bulan yang wajib beli kan. Korang selalu shopping kat mana yer?? 

Meh sini YY nak bagi cadangan kat korang. Apa kata shopping kat Mydin. Mydin terkenal dengan barangan harga borong dan murah tau. Boleh terbeliaaak mata kalau korang tengok harga bebarang yang di jual kat mana-mana cawangan Mydin kat Malaysia nie. Korang tahu ke sejarah penubuhan Mydin nie. Haaa, YY nak kasi sikit info kat korang.



SUSUR GALUR 55 TAHUN MYDIN MOHAMED HOLDINGS BERHAD
Mulanya hanyalah sekadar menjual barang-barang permainan dan barangan keperluan di kaki-kaki lima dan pasar malam. Tuan Gulam Hussein, bapa kepada Tuan Mydin Mohamed pada ketika itu gigih mengusahakan perniagaannya di Pulau Pinang sekitar tahun 1940-an. Namun, perniagaannya musnah akibat tercetusnya Perang Dunia ke-2 . 



Selepas tamatnya perang, Tuan Mydin bertekad untuk membangunkan semula perniagaan bapanya dengan membuka kedai pertamanya di Kota Bharu, Kelantan. Di sinilah bermulanya legasi perniagaan syarikat MYDIN, hasil daripada usaha yang gigih serta semangat juang yang tinggi yang dimilikinya.

Setelah 55 tahun penubuhannya, MYDIN kini berjaya memperkembangkan perniagaan dan memiliki sehingga 97 rangkaian perniagaan yang terdiri daripada 18 buah emporium, 8 buah pasar raya besar (hypermarket), 9 buah kedai serbaneka 24 jam (MyMart), 53 buah pasar mini (MyMydin), 6 buah francais (MydinMart) dan 3 buah bazaar. 



********************************************

Haa, camne. Bukan senang tau nak berjaya. Usaha tue penting . Dan kini Mydin membuka Cawangan terbaru nya Pasar Raya Besar Mydin Taman Saga , Alor Setar Kedah. Ini adalah Pasar raya Besar yang ke - 8 , selepas 2 bulan lalu di buka kat Kulai Jaya,Johor. Tahniaaah buat Mydin kerna melangkah lebih maju. Majlis perasmian disempurnakan oleh Tuan Mydin Mohamed, Pengasas dan Pengerusi Mydin Mohamed Holdings Berhad. Turut mengiringi beliau ialah isterinya, Puan Rowshen, Tuan Haji Saduruddin, iaitu adik beliau berserta isteri,  Encik Azmin Saduruddin, Pengurus MYDIN cawangan Utara, dan juga ahli lembaga pengarah yang lain. 


Dijangkakan juga pembukaan MYDIN di sini akan memberi manfaat untuk penduduk dari Perlis, Pendang dan Jitra untuk datang menikmati tawaran harga rendah & borong MYDIN seperti yang dirasai oleh semua pelanggan sebelum ini. Bangunan hypermarket ini berkeluasan  keseluruhannya sebanyak 104,000 kaki persegi, di mana 40,000 kaki persegi adalah merupakan keluasan pasar raya. Manakala yang selebihnya adalah merupakan 22 buah lot kedai dengan berkeluasan antara 96 - 430 kaki persegi dan 18 buah lot bazaar yang berkeluasan 100 kaki persegi. 



MYDIN YANG AKAN DIBUKA
Kejayaan pada hari ini akan diteruskan lagi kerana MYDIN sedang dalam perancangan untuk pembukaan beberapa buah lagi hypermarket baru di pelbagai kawasan seluruh Negara. Diantaranya adalah :
§  Bandar Meru Raya, Ipoh, Perak
§  Manjoi, Perak
§  Bukit Mertajam, Pulau Pinang
§  Taman Rinting, Johor Bharu
§  Mutiara Rini, Johor Bharu
§  Jasin, Melaka




PERANAN MYDIN DALAM PROGRAM TUKAR DAN KEDAI RAKYAT 1MALAYSIA
MYDIN berperanan membantu proses transformasi kedai runcit tradisional bersaiz antara 600 kaki persegi sehingga 3000 kaki persegi. Di bawah program transformasi ini, penekanan diberikan kepada aspek kerja-kerja membaik pulih infrastruktur seperti mengecat bangunan kedai, pemasangan rak dan keseluruhan susun atur semula barangan mengikut kategori seperti di pasar raya besar (hypermarket), pemasangan jubin lantai dan pemasangan sistem tempat jualan (POS) yang lebih sistematik dalam mengurus bilangan stok serta membantu peruncit dalam mengetahui margin keuntungan mereka.

Selain itu, MYDIN telah diberi mandat oleh YAB Perdana Menteri bagi menerajui projek Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M) kerana kejayaan perlaksanaan program Transformasi Kedai Runcit (TUKAR). Dalam konteks ini, MYDIN berperanan memastikan KR1M beroperasi dengan jayanya sejajar dengan matlamat dan inisiatif kerajaan dalam membantu rakyat. Kedua-dua program ini menjadi salah satu daripada program Tanggungjawab Sosial pihak MYDIN untuk masyarakat.

Perkembangan, Aktiviti dan Promosi MYDIN boleh didapati dari
Laman Web   : www.mydin.cim.my
Facebook      : www.facebook.com/mydinmalaysia
Twitter          : www.twitter.com/mydinmalaysia





p/s : kan bagus kita sokong usahawan malaysia.





7 comments:

  1. Pertama kali dengar masa dulu2 dari kawan2 . Ingat mcm kedai mamak rupa2nya nah kau... pergi mula2 masa dok KL 16 tahun lepas.
    Lepas tu tau dah lah ..mamak bukan sebrang mamak.Ye dok?

    ReplyDelete
  2. wah...nak bukak kat jasin plak.... sonang la org jasin nak shopping pas ne...

    ReplyDelete
  3. sebelah rumah DN pun ade mydin gak. balik keje singgah..

    ReplyDelete
  4. Shopping kat mydin best... Sebab murah.. :-)

    ReplyDelete
  5. mcm tu rupenya kisah awl2 dorang meniaga eh.. baru akak tau.
    shopping kat mydin memang best

    ReplyDelete
  6. hai...mai sggah sni tgok prasmian mydin kt meru raya pulak :)

    http://diarisosial-syakirrahman.blogspot.com/2012/05/majlis-pembukaan-mydin-terbesar.html

    ReplyDelete
  7. sejak mydin taman saga di buka mmg slalu beli brg dapur di situ..walaupun jauh sikit dr rumah kira berbaloi juga la mcm2 ada..hihi

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Copyright © Yana Yassin Designed by Ms.Azhafizah