Entri Terkini Yana Yassin

Recent Post no Thumbnail by Bina Blog

Luahan Hati | Bila Dah Merajuk


Weee ~~~ pagi nie hujan pulak. Seronok nya kalau x keje kan. Boleh tarik selimut tido balik. Ekekekke, berangan lah. Kehidupan seharian perlu diteruskan, bekerja untuk mencari sesuap nasi. Eceeeh, ayat touching lah pulak. Hurrm, lama rasa tak cerita pasal sendiri kan, asyik pasal #retis ja. Maklum lah, lately nie mood nak menaip ke laut lah plak. Di tambah dengan masalah-masalah peribadi yang tak di jangka.

Haa, korang kan. Pernah tak alami kengkawan rapat merajuk sebab tak dapat jumpa or dating or lepaking. The best part is, merajuk sebab tak komen status kat FB. Hurrrm, YY selalu bebenor kena tau, bila BFF merajuk tentang perkara-perkara di atas. YY tak berniat pun nak buat sesape kechik hati, tapi bila dah ramai kawan pun jadi masalah jugak kan. Nak kena bahagi masa lah pulak. Macam - macam kategori kawan nie, kawan sek rendah , kwn sek menengah , kawan belajar , kwn keje , kawan sepermainan masa kechik2 , kawan blogger dan mcm2 kawan lagi lah. Nasib takde kawan tadika, sebab dulu YY tak tadika pun, sian kan. Masa tue family susah, x mampu nak hantar tadika. Tapi nasib baik YY umo 4tahun dah boleh membaca. Kagum tak, kagum taaak. Muhahahhahaha.

So, kepada teman-teman yang berkecil hati dengan YY. Maaf ler yer. Kekadang kita tak perasaan telah mengabaikan orang - orang tersayang di sekeliling kita. Padahal, bila time YY free takde plak yang nk ajak dating , tapi bila dah ada janji. Haaaa, masa tue lah ada jer orang nak ajak kuar. Maaf sesangat tau. 

Bahagia kan bila di kelilingi orang yang sayang kan kita. Harap maklum, ini kisah kawan, teman sahabat. Jangan plak ada yang ingat YY tak sayang keluarga. Darah daging, keluarga mesti lah nombor satu. YY sayang keluarga dan orang - orang di sekelilingi YY sebab memasaing ada kekuatannya buat diri YY.



p/s : Biar Ikhlas berkawan, Baru kita rasa kasih sayang.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Copyright © Yana Yassin Designed by Ms.Azhafizah